Tuesday, January 6, 2009

TERKINI : AKIM TARIK DIRI

Tanda-tanda awal Umno akan tersembam. Pun begitu petugas dan jentera parti jangan alpa...Umno@BN ni penuh dengan tipu muslihat.

Naib Presiden Akim batal hasrat tanding di saat akhir

[DIKEMAS KINI 9.45 PAGI] KUALA TERENGGANU: Naib Presiden Angkatan Keadilan (Akim), Harun Mohamad memutuskan untuk tidak bertanding pada saat-saat terakhir bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu

Beliau yang masuk ke pusat penamaan calon pada pukul 9.20 pagi tadi bagi menyerahkan borangnya bagaimanapun telah mengubah fikirannya atas alasan peribadi dan politik.

"Pagi ini saya mendapat ilham (untuk tidak bertanding). Lagipun, saya tidak berapa sihat sekarang.

"Saya memberi laluan kepada calon PAS untuk menghadapi Umno," katanya ketika ditemui di luar pusat penamaan calon.

Harun, 63, yang juga Pesuruhjaya Akim Terengganu bagaimanapun menafikan yang beliau dipujuk oleh mana-mana parti politik termasuk PAS untuk tidak bertanding.

Beliau turut meminta penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Umno supaya menyokong calon PAS atas alasan bahawa dasar Akim dan PAS adalah selaras untuk menjaga kepentingan masyarakat Islam.

Harun sebelum ini pernah bertanding pada pilihan raya umum 1974 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk.

...............................................................................................................................................................

Calon Akim tarik diri dan minta pengundi sokong PAS

Intan Abdullah & Khairul Azlan
Tue | Jan 06, 09 | 9:47:39 am MYT

KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Hrkh) - Calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun @ Abdul Rahman Mohamad mengumumkan menarik diri dari bertanding dalam pilihanraya kecil P.036 Kuala Terengganu pada pukul 9.30 pagi tadi.



Harun mengumumkan penarikan diri beliau sepuluh minit selepas memasuki Stadium Negeri.

Beliau turut menyeru kepada pengundi-pengundi di Kuala Terengganu agar memberikan sokongan padu kepada calon PAS, Abdul Wahid Endut.

Harun menjelas beliau menarik diri kerana dasar perjuangan Akim dan PAS adalah sama./wann_

**Artikel dipetik dari harakahdaily dan mStar.

1 comment:

  1. Presiden akim marah kat dia ni tarik diri...kena pecat pulak rasanya mcm kapten zahar tu.

    ReplyDelete