Wednesday, January 7, 2009

P.36 - CUBA MINTA HAKMILIK TANAH DAN AIR PERCUMA

Dah jadi badi tiap kali pilihanraya macam-macam dok janji nak beri pada rakyat. Seolah-olah selama ni rakyat tak dapat apa pun...ada pilihanraya baru sibuk nak beri itu ini.

Projek pembangunan RM5.8 juta untuk penduduk Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri merancang melaksanakan projek pembangunan bernilai RM5.8 juta di Kuala Terengganu sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat untuk menerajui kawasan itu pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan ini.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata, peruntukan tersebut meliputi RM2 juta untuk projek membaiki longkang dan jalan raya yang rosak manakala RM3.8 juta lagi untuk projek-projek kecil di kawasan Parlimen Kuala Terengganu.


Tu yang jenis berjanji. Ada juga dengar cerita jenis ugut!!!

Sebuah keluarga yg telah kematian bapa dan hidup dibelenggu kemiskinan.Keluarga tersebut yang menerima bantuan zakat dr kerajaan negeri telah diberi amaran oleh puteri umno untuk tidak rapat dgn seorang ajk muslimat PAS yg sering menziarahinya.

Aku pun bukanlah pandai sangat. Tapi kalau boleh nak bagitau kat pengundi di P.36 tu apakata kali ni minta kerajaan negeri Terengganu beri hakmilik tanah dan air percuma kat rakyat Terenganu. Tak kira la sapa menang pun kerana yg lawan ni kerusi parlimen, negeri Kuwait Malaysia ni tetap puak Umno dok jaga lagi. Tanah dan air tu kuasa kerajaan negeri, macam Selangor dan Perak duk buat tu. Kalau Wan Farid kalah pun kerajaan negeri boleh buat juga. Tak perlu tunggu Umno menang parlimen.

Lagi satu isu pengangkutan awam kat Bandaraya Kuala Terengganu ni teruk amat!!! Buat malu jer dapat status bandaraya. Pi la gegar ofis Datuk Bandar cerita pasal isu ni. Ni isu setempat yang hari-hari rakyat Kuala Terengganu kena hadapi. Lagi pun isu ni dah lama dah. Yang aku tengok jalanraya yang dah elok pun dok korek buat baru lagi apa pasal??? Buat la jalan kampung..bukannya jalan tar ke rumah pengerusi JKKK je. Sekarang musim hujan jalan becak. Nak pegi surau pun basah kain dulu terpercik.

Kalau boleh minta tunaikan secepat mungkin dalam tempoh kempen ni. Dah nak tolong sangat baik minta dua menda tu berguna utk jangkamasa panjang. Takat duk janji nak buat parit, longkang, jalan tu nak beri projek kat kroni depa je.

Tanah yg PAs proses dulu boleh la MB Terengganu skrg lulus beri geran kekal. PAsal air tu kalau tak sempat boleh la mulakan dengan membuat sidang media terbuka. Kurang-kurang satu Malaysia boleh jadi saksi yg Terengganu pun berhajat nak beri air percuma pd rakyat.

Ini cadangan saja. Tak tahu la kot-kot orang Terengganu dah selesa dengan wang ehsan...dengar cerita dapat la RM400 untuk buka sekolah. Sampai lupa barang-barang mahal takat beri byk tu sekali pergi market pun habis. Takkan tiap bulan nak suruh wakil rakyat meninggal??? iskkk....tak baik cakap gitu.....

2 comments:

  1. mapuh kerah mati idup smula pun matsaid takkan wi punya la...abis tu anak-beranak dia kat kijal nak makan menda??? rumoh macam istana beso nak mapuh.....ambik pitih mana lagi kalu tak curi duit royalti???

    ReplyDelete
  2. guane nak wi tanah doh..tanoh doh abis dpt ke sedara-mara matsaid belake...kijal tu smua doh pecoh lot..pastu jual lot bangko mahal2....untung gila2 sedara-mara matsaid ni..hok rakyat mohon sampai ceroh dok lulus lg...

    ReplyDelete