Sunday, January 11, 2009

P.36 : NAJIB PERLEKEH PAK LAH.....

Wan Farid adalah calon Umno@BN dalam pilihanraya kecil P.36. Ke hulu ke hilir berjumpa pengundi. Senyum sampai lusuh. Bersalam pun sampai haus tapak tangan. Minum air kat warung macam nak pecah perut. Tiap waktu solat berjamaah kat masjid atau surau. Pendek kata apa saja la akan dibuat masa berkempen ni. Kalau dulu-dulu nak senyum pun payah. Nak jumpa lagi la susah..ni orang Umno pun sendiri duk complaint. Tapi sekarang ni celik mata saja nampak Wan Farid...kat tv...kat radio.. kat paper...kat Kuala Terengganu. Calon PAS pun kerja kuat juga berkempen cuma tak disiarkan dalam media. Yer lah...semua orang faham media kat Malaysia tahap 'bebas' macam mana.

Tu aku tak kisah la sebab semua tu calon. Berkempen tu wajib nak tarik undi. Cuma yang aku tak faham bila si Najib ni pulak tumpang semangkuk (hayun?) berkempen untuk diri sendiri. Berita tv pun lebih banyak siar ucapan Najib. Calon Umno tu bisu ke??? Kalau calon Umno segan, tak banyak cakap, baik siarkan ucapan calon PAS. Biar rakyat dengar..biar rakyat buat perbandingan..biar rakyat jadi hakim. Tapi siar yang betul la...jangan pulak siar yang dah edit..siar separuh-separuh pastu pembaca berita buat ulasan sendiri. Tu tak adil. Tu macam nak tipu rakyat.

Berbalik pada tajuk asal...Najib dilapor sebagai berkata :

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan memberikan pertimbangan yang sebaiknya terhadap permintaan kakitangan kerajaan apabila menjadi Perdana Menteri tidak lama lagi.

"Percayalah, pada masa akan datang, kakitangan kerajaan akan mendapat pembelaan sebaiknya daripada kerajaan," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama kakitangan kerajaan Persekutuan dan negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.
Najib ni macam duk perli Pak Lah. Duk kata Pak Lah tak beri pembelaan pada kakitangan awam. Memang la Najib tak sebut 'direct', tapi yang tersirat macam tu la lebih-kurang.

Aku nak tanya la kat Najib ni sikit....kalau dah perasan kakitangan awam tak dapat pembelaan sekarang, hang kan TPM dan Menteri Kewangan...apa tak cukup kuasa lagi ke??? Masa Anwar Ibrahim jadi TPM dan Menteri Kewangan dulu pun banyak yang dia buat untuk kakitangan awam. Rumah untuk cikgu-cikgu sekarang yang ala-ala kondominium ni Anwar punya inisiatif, naiktaraf berek polis yang macam sarang burung kepada yang lebih selesa, naik gaji polis, gaji askar dan yang paling penting zaman Anwar jadi TPM dulu minyak dan tol tak dibenarkan naik!!! Apa jawatan Anwar dulu tak sama dengan jawatan Najib sekarang???

Najib ni jangan jadi macam Wan Farid...minta jadi Ahli Palimen baru boleh buat itu ini. Baca sini.

Yang aku tahu Najib ni belum pun jadi PM dah buat macam-macam hal yang kontroversi yang bukan pun berkaitan pasal pembelaan kakitangan awam. Yang selalu orang duk sebut ialah pasal beli kapal selam, jet sukhoi, pasal helikopter dan terkini nak 'jual' IJN kat Sime Darby. Yang ni Najib boleh buat pulak tanpa perlu tunggu dapat kuasa jadi PM??? Yang pasal Mongolia tu aku malas nak sebut. Rakyat dah faham. Cuma puak Umno yang payah nak faham.

Pendek cerita...rakyat perlu tolak Umno@BN. Rakyat di P.36 perlu tolak Wan Farid. Mereka ni hanya tahu nak jawatan....dapat jawatan lupa pada rakyat yang beri amanah suruh jaga negara. Yang depa duk ingat macam mana nak rompak harta negara. Yang dapat 'pembelaan' ialah kroni-kroni sahaja. Kepada kakitangan awam yang mengundi di P.36 yang baca blog aku ni....jangan percaya janji-janji Najib. Dan jangan percaya kat janji-janji Rosmah yang sama ligat duk berkempen kat P.36 sekarang ni.

Kalau Najib nak beri dan berjanji jugak...minta puak-puak Umno tu beri yang ni dulu..baca sini.

Tapi yang paling afdal...jangan pilih dah Umno ni..jangan percaya Umno...jangan beri peluang kat Umno....PANGKAH SAJA CALON PAS!!!!

5 comments:

  1. ambe sokong 100% ape yg saudara tulih kat atas nu.

    para pengundi K.Tgnu, andalah merupakan titik mula kebangkitan PR untuk memerintah Malaysia. Mari bersama membantu menjayakan Pakatan Rakyat.

    Jgn mudah termakan pujuk rayu para Pemimpin UMNO Be End yg hanya pentingkan pembangunan tanpa memikirkan modal insan rakyat.

    ReplyDelete
  2. aku lalu kat kt...memang hngat...bendera sama byk,...aku harap org ganu undi pas...

    ReplyDelete
  3. Pasal Altantuya nampaknya Mat Tdo pun sokong tolong sorokkan fakta sebenar, macam defen Mat C4 semacam aje.....trump card utk Mac ni ke?

    ReplyDelete
  4. ada la tu paklah nak guna masa kecemasan.

    ReplyDelete
  5. Aku sebagai anak jati terengganu amat MALU kalo P36 kali ni dimenangi oleh UMNO keparat...
    Dan...aku istiharkan kalo UMNO menang kali ni aku dgn tanpa segan silu mengistiharkan bahawasanya org2 kat trg ni mmg bengong2 dang tolol2....takder akal dan tak waras...dan aku malu utk mengaku yg aku ni anak jati TRG....

    ReplyDelete