Thursday, February 12, 2009

PESANAN SEBELUM TIDUR

Polis telah pun mengharamkan ceramah umum di Perak sehingga keadaan kembali tenang. Tidak tahu sampai bila. Semuanya bergantung kepada kuasa Polis, bukan kuasa rakyat.

Media akhbar parti, Harakah dan Suara Keadilan dirampas hampir di seluruh negara oleh KDN. Juga tidak tahu sampai bila akan dihentikan.

Media dajjal semakin gila menyebar dakyah dan propaganda bagi terus menipu rakyat. Berita Hairan, Utusan Meloya dan TV sedang 'menjernihkan' imej kerajaan haram di Perak.

YAB Menteri Besar Perak yang sah, Dato Seri Mohd Nizar dinafikan haknya untuk menyampaikan maklumat. Tiada liputan yang elok. Semuanya menggunakan ayat sama, penderhaka. Sedangkan rakyat menilai sebaliknya. Penderhaka pada rakyat bukan Nizar. Rakyat bukan bodoh.

Namun ada segelintir rakyat yang masih tidak punya akses pada maklumat dan media alternatif. Pandangan mereka dibentuk oleh maklumat yang serong. Menjadi tanggungjawab kita membetulkan sistem ini dengan apa cara sekali pun.

Kita bakal berdepan dengan 2 pilihanraya kecil serentak tidak lama lagi. Tuntutan menyampaikan maklumat ini menjadi semakin penting dan mendesak.

Adalah disarankan kita kembalikan semula semangat sepertimana era Reformasi 1999.

Buat salinan artikel, sebarkan blog yang menyokong perjuangan rakyat, tinggalkan di tempat-tempat strategik untuk bacaan seperti di warung kopi atau tempat tumpuan awam.

Mahazalim, mahafiraun, detikdaily, tranungkite merupakan wadah maklumat internet yang muncul era reformasi.

Kita telah disekat sebagaimana tahun 1999 dan kita perlu bangkit dengan semangat sepertimana era reformasi 1999.

Umno@BN telah berada bagai telur di hujung tanduk. Tindakan mereka sekarang tidak akan dapat menyelamatkan mereka lagi.

Ayuhhh.....segarkan kembali semangat reformasi 1999. Sebarkan maklumat.

FALSAMPAH DAN FALSAFAH

Ketika ditanya sama ada beliau mendapat sokongan majoriti rakyat Perak walaupun selepas Sultan Azlan Shah tidak perkenan untuk membubarkan DUN ekoran kemelut politik yang melanda, beliau berkata: "Ini adalah proses demokrasi. Adakah anda faham mengenai demokrasi? Adakah anda faham mengenai falsafah politik demokrasi?".

Jawapan dari Datuk Dr Zambry Abdul Kadir - malaysiakini

Saya bukanlah pakar dalam bidang bahasa dan falsafah. Cuma teringin nak mengulas berkenaan demokrasi di Malaysia kerana tertarik dengan jawapan yang diberikan kepada wartawan oleh Datuk Dr Zamry pada hari pertama beliau memasuki pejabat Menteri Besar Perak hari ini. Demokrasi ialah dua perkataan yang diambil dari bahasa Yunan. 'Demos' yang bermakna rakyat dan 'kratos' bermakna kekuasaan. Demokrasi menurut kamus dewan merupakan pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihanraya. Ia juga ditakrifkan sebagai unit politik atau sosial yang pada dasarnya di kuasai oleh semua anggota. Dan takrif ketiga ialah keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas.

Jawapan Datuk Zamry itu tidak salah tetapi mungkin kurang tepat dalam iklim politik semasa sekarang dan pada persepsi sebahagian besar rakyat Malaysia khususnya di Perak.

Umno@BN cenderung menggunakan hujah demokrasi bagi mempertahankan kebanyakkan dasar dan tindakan yang diambil. Walaupun tindakan yang diambil jauh dari memenuhi prinsip asas demokrasi, namun itu semua tidak penting. Yang penting ialah bilamana hajat dan keinginan mesti dipenuhi walau dengan apa cara sekali pun.

Tika mana Datuk Zamry mengeluarkan jawapan tersebut hari ini, demokrasi selagi lagi dicalar apabila masih ada tahanan ISA di Kem Tahanan Kemunting yang letaknya di negeri Perak. Sebelum ini semasa kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak, pendirian telah diambil untuk memindahkan Kem Tahanan Kemunting ke negeri lain. Kerajaan yang tertegak dengan sokongan rakyat tak akan sanggup bersekongkol dengan kezaliman terhadap rakyat.

Hari ini juga hak rakyat dalam negara demokrasi yang dijamin oleh perlembagaan negara juga telah dirobek. Suara rakyat sekali lagi cuba dibendung. Rakyat dipaksa menerima maklumat hanya melalui sumber 'mereka' sahaja. Di Thailand, hatta Thaksin yang digulingkan dan hidup dalam buangan di luar negeri pun masih dibenar bercakap kepada penyokongnya melalui layar besar di stadium secara live interaktif. Kerajaan Thailand yang juga mempunyai raja tidak menyekat Thaksin menyampaikan 'amanatnya' kepada penyokong di bumi Thailand. Tapi di Malaysia, yang sistem pemerintahannya sama dengan Thailand, segala media perdana di kawal ketat. Jangan salahkan rakyat jika menggelar media tersebut dengan gelaran media dajjal. Pembawa berita bohong dan berat sebelah yang hanya bertujuan untuk mengelirukan rakyat.

Media perdana tak pernah menyiar kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan Perak di bawah pimpinan YAB Dato Seri Mohd Nizar Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat. Dalam masa hanya 11 bulan, banyak masalah rakyat yang berjaya diselesaikan. Sebelum ini Umno@BN yang lebih 50 tahun mentadbir Perak tidak mampu melakukannya. Bahkan adakala kala lebih menyusahkan rakyat. Hak untuk mendapatkan maklumat yang sebenar dan adil adalah juga salah satu tuntutan yang perlu ada dalam sebuah negara demokrasi. Rekod hak asasi manusia Malaysia juga berada di tahap kritikal pada penilaian dunia. Syukurlah ada internet, jika tidak pasti minda kita berjaya dipasung.

Jadi sebelum pemimpin Umno@BN bercakap atau menggunakan alasan demokrasi, mereka sepatutnya merenung cermin besar di depan mereka. Lihatlah wajah mereka melalui cermin itu. Yang terpapar nanti hanyalah wajah hodoh, busuk dan bernanah kerana pencabulan hak demokrasi rakyat Malaysia.

Wajah Umno@BN tidak akan menjadi bertambah elok walaupun berlaku peralihan kuasa Mac nanti. Malah dengan apa yang berlaku sekarang, peralihan kuasa tersebut bakal membawa Malaysia kembali ke zaman gelap. Rakyat sekali-kali tidak akan mengizinkan ini berlaku. Isyarat jelas akan dihantar pada pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau. Suara rakyat suara keramat.

Wednesday, February 11, 2009

PAK HABIB MENULIS......

MAHATHIR TAK KUAT, SULTAN TAK BERKUASA

SUDAH DUA MINGGU berturut-turut Pak Habib tak menulis. Bukan kerana malas, atau tak ada idea, tetapi memikirkan masa itu emas. Kita tidak mahu hidup di dalam kerugian, tidak mahu membazirkan masa orang ramai membaca tulisan kita semata-mata kerana kita ada ruangan, terutama dalam keadaan suasana politik yang sedang mengharu-birukan pemikiran bangsa kita.


Dalam suasana yang tidak menentu di antara hidup matinya UMNO, panjang pendek umur institusi raja-raja kita, Pak Habib tak patut menulis sekadar nak isi ruangan semata-mata. Ini bukan masanya untuk melepaskan Batuk ditangga. Negara memerlukan orang kita.

"Cintakan tanah air adalah sebahagian dari iman". Hadis.

Pak Habib tak boleh hentam raja semata-mata kerana pintu istana sudah terbuka luas, sudah punah akibat pena-pena beracun yang telah menumbangkan tembok- tembok istana.

Pak Habib tak mahu dilebelkan sebagai Penulis Opportunist
yang menangguk di air yang keruh, tak mahu dilebel sebagai Pak Turut, atau Burung Tiung yang main ikut-ikut suara dan fikiran orang ramai, kerana kerja mengkritik Sultan Johor ini sudah 10 tahun dulu Pak Habib lakukannya.

Ketika orang ramai termasuk pemimpin-pemimpin asyik mengangguk-gangguk depan Raja, Pak Habib dah geleng kepala.
Bila orang kutuk dan benci raja, kita pun ikut sama, ini kerja tak tak betul. Lanyak dan belasah raja semata-mata kerana ada orang yang berkuasa berdiri di belakang kita atau sekadar hendak melepaskan geram, nak balas dendam sambil hendak mencari nama, konon akulah wira memalukan institusi penulisan. Sebelum Perdana Menteri bersuara dulu penulis yang berlagak jaguhan bersembunyi di mana?

30hb Desember 1992 Pak Habib pergi ke P.W.T.C, masuk ke dalam Dewan Tun Hussein Onn berkumpul bersama-sama ahli UMNO untuk mendengar taklimat Dr. Mahathir kepada ketua-ketua UMNO mengenai Pendirian kerajaan hendak melucutkan kekebalan raj -raja. Ini amanat penting, ini sejarah, kita tak boleh dengar dari mulut ke mulut, kita kena dengar dari mulut Perdana Menteri sendiri. Penulis adalah mata dan telinga rakyat.

Hendak mencabut kekebalan raja-raja ini bukan kerja mudah, lebih kurang macam kita hendak mencabut taring daripada mulut ular yang sangat berbisa. Apakah magic atau keramah yang ada pada Mahathir untuk berlawan dengan sembilan raja-raja yang kebal-kebal belaka ini? Cuma tukang main silap mata dan bomoh ular sahaja yang dapat melakukannya. Kalau ia pun Raja Berperlembagaan ini bolehlah diibaratkan macam ular pemain silap mata. Masakan ular boleh bertukar menjadi cacing sesudah hilang bisanya nanti?

Pak Habib percaya pemimpin UMNO seperti Dr. Mahathir yang sudah menempuh lebih besar gelombang dari sekadar buih dalam cawan teh tarik. Tentunya Che' Det dapat bergelut bersama ular peliharaan UMNO yang sudah membesar menjadi seperti naga dalam metos pribumi.

Mengganggu raja, bererti mengganggu gugat hati nurani bangsa Melayu. Menghina raja samalah mempersenda dan merendah-rendahkan mertabat bangsa Melayu. Biarpun tak ada apa benda lagi di bumi bertuah ini yang akan kekal dengan nama Melayu.

Nasib baiklah yang berkonfrantasi dengan raja-raja ini parapemimpin UMNO sendiri, kerana bangsa Melayu telah menerima bahawa UMNO itu Melayu, kalau tidak tentulah buruk padahnya. Tak mustahil Malaysia boleh jadi macam Bosnia.

Golongan orang tua-tua terutama yang berada di kampung -kampung yang masih hidup di dalam kegelapan mereka sangat takut dengan raja-raja, malah mereka lebih takut pada raja dari Allah Azajawallah
. Padahal raja bukannya ada kuasa, nak buat macam mana? sayang kehilangan raja atau malu pada beruk, ular yang ada raja? Daun-daun pakau pun ada raja juga. Raja kekuk, Raja Kelawar, Raja Spade dan Raja Diamond.

Masih ramai di luar dan di dalam UMNO yang percaya pada daulat raja, masih takut digelar penderhaka. Pada mereka kalau tak ada raja orang Melayu semua akan mati kerana mereka telah menyerahkan hidup mati, ibadat mereka, pada raja, biar pun di dalam solat lima waktu sehari mereka berkata dihadapan Tuhan perkara yang bertentangan dengan yang diamal bila berhadapan dengan raja-raja. Nauzubillahi minal zalik
.

Itulah yang menyebabkan ramai orang tua-tua yang tak tahu ada peranan raja arah pada Mahathir, kerana mereka tidak membaca dan berfikir. Baca akhbar dalam tandas sekadar tunggu melepaskan projek saja. Baca akhbar pun bukan faham sangat, kerana fikiran masih tertutup, terbelenggu dan jiwa yang meletakkan keiatimewaan dan kedaulatan raja-raja diatas segala-galanya.

Tujuan Pak Habib pergi semata-mata ingin melihat muka Dr. Mahathir dari dekat. Macammana nak buat ramalan mengenai Mahathir kalau tidak dapat menfirasatkan mukanya terlebih dahulu? Nak tinjau , nasib Dr. Mahathir bila lawan Sultan Johor Almutawakil. Nak firasatkan muka orang yang akan mencipta sejarah hangsa bukan boleh main-main. Kalau salah firasat peminat tidak akan percaya lagi dengan tulisan-tulisan Pak Habib.

Orang-orang UMNO yang ada di dalam dewan itu bukan boleh diharapkan sangat, banyak terdapat gunting di dalam lipatan, musuh di dalam selimut dan pagar, pagar yang diharapkan adalah jenis-jenis pagar yang makan padi.
Ramai yang pipih di luar rencong di dalam. Telunjuk lurus kelengking berkait, ada yang seperti udang di sebalik batu. Namun tidak kurang yang seperti dun dalam daging dan abuk yang berada di dalam mata. Kasihan Dr. Mahathir, itulah cakap Pak Habib tak mahu dengar.

Semua orang tahu ada Menteri Besar yang lebih takut kepada Sultan daripada Perdana Menteri dan kuasa parti yang mengangkat mereka. Apa sultan minta, MB, timbalannya dan para Exco yang menjadi orang sultan setuju saja. Inilah jenis jenis ahli politik dan wakil rakyat yang sedang mendengar taklimat Mahathir, nampaknya masuk telinga kanan keluar telinga kiri serupa mencurah air di daun keladi
seperti membisik sesuatu kepada orang pekak. Apakah orang macam ini yang diharapkan untuk menyampaikan amanat Mahathir kepada rakyat?

Nasib baiklah ada media massa dan para penulis cabuk yang pernah di perhina oleh para pengampu UMNO sebagai orang yang mesti dicurigai oleh UMNO. Kalau tidak siapa yang hendak percaya pada pernimpin yang cakap tak serupa bikin. Nasib baik perkara ini melibatkan maruah dan keselamatan, ekonomi danpolitik negara.

Ramai yang pucat lesi, gelisah dan serba salah takut dengan dosa-dosa sendiri semasa duduk sebaris di atas pentas dengan Mahathir. Tapi muka orang politik relax macam sadin saja.

Kita tahu adanya pemimpin UMNO yang sedang duduk diatas pentas masih percaya raja punya daulat. Maka mereka bolehlah buat apa saja, ikut kemahuan Sultan yang mengatasi undang-undang. Salah mereka mempunyai kepercayaan demikian sedangkan mereka sudah lihat dengan mata kepala sendiri. Orang yang dimurkai Sultan mustahil boleh jadi Menteri Besar atau para EXCO atau Wakil-wakil Rakyat?

Tunku Muhamad Taib, Menteri Besar Selangor mencipta sejarah yang pertama. Sultan Selangor hari ini seperti tikus jatuh ke beras
kerana gagal mengusir Mike Tyson dari kerusinya. Namun Sultan berjaya meletakkan Timbalan Menteri Besar sebagai mata-matanya. Salah siapa? Angkara siapa?

Kehendak Sultan semua lulus kerana pembesar takut kepada Sultan dan istana bukan kerana sayang dan hormat. Orang ramai percaya bahawa Sultan dan istana paling berkuasa hingga terlupa tentang kekuasaan Tuhan.

Maka sebab itulah Sultan merasa yakin bahawa mereka sebenamyapunyakuasa, melebihi perlembagaan dan undang-undang, melebihi Perdana Menteri dan kerajaan. Mereka boleh melakukan apa saja. Mereka kebal dan siapakah yang berani mengambil kekebalan yang telah diperolehi lebih tiga puluh lima tahun dari mereka? Datuk-Datuk dan rakyat jelata akan terus menyembah dan menjunjungi duli-duli yang tidak disenangi oleh mereka. Banggakah kita dengan manusia serupa ini?

Kebetulan Pak Habib terkenal sebagai seorang Ahli Firasat, seorang penulis yang berani, yang tak peduli siapa pun, Dr. Mahathir yang kebetulan Menteri Dalam Negeri yang boleh tahan orang dibawah ISA pun Pak Habib hantar memo suruh berhenti, inikan pula raja yang cuma menjadi lambang. Pena Pak Habib tak kira tentang kekebalan raja. Pak Habib takut pada Allah saja kerana tak ada manusia yang kuat dan berbisa melainkan dipinjamkan oleh Allah.
Hendak buat macam mana ianya sudah menjadi tugasdan tanggungjawab. Ianya adalah menjadi amanah dan disebabkan Pak Habib telah diterima sebagai penganalisa dan Pemikir, maka menjadi kewajipan Pak Habib kepada para peminat-peminat Pak Habib yang mahukan pandapat dan buah fikiran Pak Habib yang ikhlas mesti ditunaikan.

Pak Habib teringat semasa Dr. Mahathir bersalam dengan Pak Habib dia bertanya. "You buat apa kat sini you bukan ahli UMNO."
Dia bergurau, dia ketawa kecil bercakap sambil berjalan. Nun di lubuk hatinya dia tahu yang menghidupkan UMNO bukan semua ahlinya, begitu juga yang memberi undi dan penyokong kerajaan, adalah orang ramai di luar UMNO.

Mereka adalah rakyat Malaysia yang percaya kepada kewibawaan dan kepimpinannya, rakyat yang cintakan negara ini. Rakyat jelata yang mempunyai sense of responsibiliti.

Ternyata kebanyakan daripada Menteri-Menteri Besar kecut bila berhadapan dengan raja-raja mereka. Prinsip dan perjuangan untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanahair hilang ke mana, bila keutamaan diri dan keluarga bermain di dada? Inikan pula Ketua-Ketua Bahagian dan Ketua-ketua Cawangan dan Ahli Biasa yang masuk UMNO semata-mata nak cari peluang berniaga dan harta.

Apa lagi rakyat Johor yang tahu perangai AlMutawakil yang mempunyai kekebalan. Nasib baik ada Menteri Besar yang tabah dan bij aksana macam Tan Sri Muhyiddin dapat menyesuaikan diri menyelesaikan krisis istana dan rakyat kalau tidak mungkin terjadi pertumpahan darah. Mudah-mudahan Allah selamatkan Muhyiddin dan memberikan hidayat kepada Almutawakil Sultan Mahmud Iskandar.

Dalam dewan ramai ahli UMNO yang jadi telinga dan kakitangan raj ayang menjadi musuh dalam selimut
yang telunjuk lurus kelengking berkait buat muka selamba pura-pura taat setia. Pak Habib fikir lebih baik biar wartawan duduk sama dalam dewan, tetapi nak buat macam mana semua di halau keluar kononnya ini perjumpaan tertutup. Nasib baik Pak Habib saja yang tertinggal bersama kawan-kawan dari Semangat 46 yang menyamar sebagai Ahli UMNO.

Cerita pasal Raja, kisah-kisah sebenar yang sedang berlaku didalam istana perlu diberi penjelasan supaya rakyat dapat tahu siapa raja mereka yang sebenar, dan para sultan juga patut diberitahu tentang kedaulatan Rakyat. Siapa yang berani berterus terang pada para Tuanku-Tuanku sekelian bahawa kedaulatan yang ada pada rakyat boleh menghakiskan kekebalan raja.

Kekebalan raja ini sukar untuk dipertahankan, ia ibarat air yang sedang surut. Hingga kehari ini saya tak fikir ada para pemimpin UMNO yang berani berterus terang walaupun mereka tahu Kekuasaan yang ada pada raja-raja diibaratkan seperti senjakala yang sedang menunggu waktu maghrib.

Cerita bagaimana manusia-manusia macam Tengku Wong dapat meminjam kekebalan raja-raja, cerita bagaimana keadaan kerabat di Raja Johor yang sedang berada di dalam keadaan kucing berak ke rambut memang tidak seronok didengar oleh mereka yang berjiwa royalist. Orang-orang konservertif juga tidak senang, apa lagi para kuncu-kuncu dan pecacai-pecacai serta algojo raja, tentulah mereka marah-marah pada kerajaan kerana menggunakan media massa untuk menaruh pasir dalam periuk nasi mereka.

Hampir di setiap hari media massa memuatkan di muka depan akhbar-akhbar tentang penyelewengan raja, itu pun baru sedikit dari keburukan raja dan kerabat mereka didedahkan. Masyarakat Melayu sedang menghadapi kejutan Budaya, manalah mereka tak kelam kabut dan manalah raja tak takut kehilangan kekebalan.

Surat dari pembaca dan ruangan-ruangan tertentu Rencana pengarang dan ruangan Professor Syed Hussein Alattas di Utusan Malaysia begitu menggerunkan pihak royalist dan konsevertif tiba-tiba saja lahirlah orang yang tidak pernah menulis pun sudah pandai dan berani menulis dan mengkritik raja. Nampaknya ramai sangat yang sudah tidak takut dengan raja lagi. Begitulah kata peribahasa Melayu, apabila pohon sudah tumbang kura-kura pun pandai memanjatnya. Lulus jarum maka luluslah kelindan.
Apakah raja dapat menahan Kejutan Budaya seperti ini?

"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya".

Kata-kata di atas adalah ingatan Tan Sri Raja Azlan Shah, bekas Ketua Hakim Negara dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980 di hadapan DYMM Raja Tuanku Syed Putera, Canselor universiti itu.
Kalau saja para raja dan kerabat mereka membaca dan berfikir, berfikir dan membaca, tentunya mereka akan hati-hati, ingatan itu ditujukan kepada raja-raja. Tunku Abdul Rahman juga pernah mengingatkan raja-raja semasa isu Sultan Johor dengan Tan Sri Othman Saat, Rahim Bakar dengan Sultan Ahmad Shah kerana kekebalan berada di tangan mereka, membuat tak peduli.

Jika kedua-dua putra raja yang berpengaruh tak berjaya menasihati raja apa lagi orang seperti Mahathir dan para Menteri Besar, raja kebal. Maka kenapa salahkan Perdana Menteri bila media massa dan media eletronik digunakan? Dr. Mahathir mengaku beliau membuat silap dan meminta maaf, sepatutnya dulu lagi beliau telah mengambil tindakan ini, tetapi nak buat macam mana Mahathir cuma manusia biasa yang tidak mempunyai kekebalan seperti raja-raja.

Peristiwa Sultan Johor memanggil jurulatih hoki Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) Douglas Gomez ke Istana Bukit Serene dan memukulnya bukanlah suatu peristiwa baru dan pelik lagi, ia sudah menjadi sejarah, istana Bukit Bising (Serene) diserang oleh media massa.

Kalau bukan Raja Azlan sebagai Presiden Persatuan Hoki, bukan juga anaknya Raja Nazrin sebagai Pemangku Raja Perak, cerita ini akan senyap begitu sahaja tetapi inilah hukum karma, bangkai gajah tak boleh ditutup, busuknya pekung di dada tak boleh disembunyi lama-lama. Buku bertemu ruas.Begitu juga pada suatu masa dulu pernah kedengaran desas-desus mengenai peristiwa Prebet Adam dikaitkan dengan kekasaran raja yang memerintah negara. Degas-desus itu senyap begitu saja kerana rakyat takut mempersoalkannya dengan lebih mendalam. Mahathir juga tidak mahu menghina rajanya. Hari ini pun rakyat sudah berani marah Perdana Menteri kenapa tidak ambil tindakan.

P
ada zaman ini peranan raja sebagai pelindung atau payung rakyat boleh dikatakan tidak wujud lagi. Malah ramai rakyat di negeri yang beraja sentiasa merasa terancam keselamatan mereka dari kekasaran pihak istana. Ramai rakyatnya dalam ketakutan kalau-kalau dapat penampar free jika tersilap memotong kereta anak raja atau tidak perlahankan kereta bila anak raja lalu ketika memandu.

Dari masa ke semasa peristiwa-peristiwa tingkah laku kasar dan tidak bermoral raja dan kerabat menjadi perbualan rakyat. Istana bukan saja sudah menjadi lambang keganasan tetapi juga lambang pembaziran dan kemungkaran. Peranan seseorang raja sebagai ketua agama Islam juga sering menjadi bahan ketawa orang ramai. Dulu di zaman jahiliah patung batu yang menjadi sembahan, tetapi kini orang Islam menyembah patung yang bernyawa. Bukankah ini menjadi tamparan kepada alim ulama?

Pada masa ini kedudukan seseorang raja sebegitu rupa hingga tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah atas sifat dirinya sendiri. Dengan lain perkataan seseorang raja di negara kita adalah bebas untuk melakukan apa saja termasuk membunuh orang tanpa sebab sudah mula menjadi perbincangan di sana sini. Pada mulanya memang sukar untuk di telan macam orang yang tiba-tiba mendengar bahawa bapanya seorang pembunuh tentulah dia terkejut, inikan pula kalau dia seorang manusia yang tidak beriman.

Bagi anak-anak dan kerabat raja pula mereka tidak mengatasi undang-undang dan dengan itu mereka tertakluk kepada undang-undang negara sama seperti rakyat biasa tetapi tingkah laku melebihi ayahanda mereka yang kebal. Bagaimanapun jika mereka melanggar undang-undang mereka boleh mendapatkan perlindungan di belakang seseorang raja tanpa mampu diambil tindakan oleh pihak-pihak tertentu sebab itulah kerajaan terpaksa tarik balik ilmu kebal yang ada pada raja demi untuk menyelamatkan umat dan kuah tidak tumpah ke nasi
namun ketam nak ajar anak berjalan lurus macam mana?Dalam keadaan sekarang rakyat terpaksa mencari jalan untuk melindungi diri dari ancaman raja dan kerabat raja. Buat masa ini rakyat terpaksa menerima saja apa-apa bentuk keganasan yang mungkin dilakukan oleh raja mereka tanpa mendapat keadilan yang sewajarnya. Terima kasih rakyat pada Mahathir yang berani menyabung nyawa bukan saja untuk melindungi rakyat tetapi membebaskan fikiran dan jiwa yang selama ini menggelapkan nasib rakyat jelata.Sebagai rakyat yang mengamalkan demokrasi, saya menyokong penuh tindakan berani Perdana Menteri saya, bahawa kerajaan patut mengambil tindakan undang-undang terhadap kerabat diraja termasuk sultan yang menyalahgunakan kebebasan kerana di dalam Islam siapa saja yang bersalah mesti menerima hukuman. Allah akan membalas walaupun sebesar zarah amal kebaikan atau kejahatan.

Raja-raja sepatutnya bersyukur kerana di Malaysia sahaja terdapat bilangan raja yang ramai. Kedudukan mereka sekarang juga adalah hasil perjuangan rakyat jelata yang banyak berkorban terhadap negara.

Kedudukan mereka adalah lebih tinggi daripada imam. Mereka adalah Ketua agama negeri dan berkuasa tentang adat istiadat Melayu, tetapi apakah mereka patuh pada perintah Allah dan Rasul? Apakah mereka hidup dalam keadaan, dikandungan adat sedangkan mereka mati akan dikandung tanah.
Sebagai ketua agama, untuk menghadiri konsert nyanyian juga adalah bertentangan dengan kedudukan mereka kerana ia mencemarkan agama Islam. Malah ulama-ulama kerajaan atau pembangkang tidak pernah menegur tentang keadaan ini walaupun sikap mereka tidak melambangkan sebagai Ketua Agama. Nampaknya Pusat Islam seperti merestui kemungkaran ini, mereka cuma menentang golongan yang tidak sehaluan yang menjadi sasaran, di tuduh menyeleweng, sesat dan terkeluar dari akidah? Apakah mengamalkan kekebalan itu akidah Islamiah?

Sebenarnya, ketidakadilan sikap laku tentang rajaraja ini telah lama dialami oleh rakyat tetapi pemimpin sebelum ini takut dan menghormati raja tidak bertempat, hingga 35 tahun lamanya kita hidup di dalam kehinaan baru tahun ini tiba-tiba tersedar. Tetapi tidakkah kita terfikir entah berapa banyak lagi rakyat jelata kita yang telah dianiaya oleh golongan ini? Apakah patut kita memberikan kemungkaran ini berterusan?

Contohnya, tidakkah kita terfikir mengapa Prebet Adam mengamuk pada suatu masa dahulu? Tentu ada diantara anda (pembaca) yang tahu, tetapi tidak mahu menghebohkannya kerana takut bala menimpa sedangkan membunuh orang Islam adalah sebesar besar dosa.

Sultan dan kerabat diraja Johor patutnya menjadikan peristiwa bola hoki sebagai pendorong untuk mereka sentiasa menjaga hati dan perasaan rakyat sebelum terlambat.

Kejatuhan Shah Iran raja yang telah memerintah 2500 tahun, raja segala raja ketangan seorang tua yang berumur 80 tahun tanpa senjata. Ingatan King Faruk bahawa akhirnya hanya tinggal lima raja sahaja di dunia yang diingatkan oleh Tengku Abdul Rahman semasa krisis Sultan Johor dengan Tan Sri Othman Saat tidak mahu dijadikan tauladan. Sekarang bila media massa membuat liputan baru pertama kali nak marah pasal apa? Raja buat 23 kali salah rakyat senyap saja.

Di Indonesia, serentak dengan revolusi kemerdekaan, raja-raja Melayu dan Jawa pun dihapuskan. Pada hal feudalisme Jawa cukup kuat malah sampai sekarang pun masih ada yang diamalkan dalam masyarakat Jawa. Semua orang tahu bahawa rakyat itu berkuasa.

Dalam tinjauan Pak Habib majoriti rakyat yang di bawah 30 tahun mahu pindaan perlembagaan dilakukan walaupun raja-raja tidak bersetuju, kerana majoriti rakyat bersetuju. Parlimen pun telah mencapai kata sebulat suara kerana raja mesti ingat tidak ada raja tanpa rakyat. Masakan raja yang cuma sembilan orang melawan rakyat seramai 18 juta?

Orang-orang Melayu yang sudah tahu tentang kemungkaran raja mulai 'hot' dan baran kerana adanya taukeh-taukeh ala "Tengku Wong" di semua negeri kerana merekalah yang mengaut keuntungan berjuta-juta dari kawasan balak, tanah perindustrian dan perumahan, dan bermacam-macam projek lagi yang diberi atas nama atau kerana istana. Orang Melayu duduk atas tanah haram jadi sasaran dan buruan pasti akan bersama-sama Mahathir. Inilah yang menyebabkan Mahathir kuat bukan batang tubuhnya.

Sudah menjadikebiasaan orang Melayu mempunyai ingatan yang singkat "Malay people have short memory"
bahawa ketuanan Melayu berada di tangan rakyat. Kita menjadi tuan kerana kuasa politik di tangan kita. Kuasa politik UMNO dan rakyat Melayulah yang menabalkan kembali raja-raja. Dengan kuasa politik inilah juga kita bangunkan pelajaran dan kemahiran serta menebus maruah bahasa dan ekonomi Melayu. Maka kita pun menjadi tuan dan dihormati. Ketuanan inilah yang wajib dipelihara dan dipertahankan habis-habisan. Semoga Allah merestui usaha kita untuk mengembalikan raja-raja kita kepada akidah Islam yang sebenarnya.

Seandainya Sultan Johor berfikir bahawa sebagai orang Islam selaku umat Muhammad kita diwajibkan meraikan dan melayani tetamu yang datang ke rumah, kita tak patut pukul tetamu dan hina mereka kalau ini dilakukan, tentu isu pukul Gomez ini tidak akan meletus sebesar ini. Atau sekurang-kurang baginda selaku seorang besar sebagai raja yang memerintah sesudah melakukan kesalahan terus meminta maaf tentu dengan mudah kes ini akan tertutup begitu sahaja.

Sebenarnya ini zaman penutup tahun dua ribu. Semasa Isma Isma manusia mulai hapus dan terkubur.

Kejajian sehari-hari kita saksikan bahawa anak-anak sudah tidak lagi menghormati ayah dan ibu mereka. Murid sekolah tidak lagi menghormati guru. Mereka tidak lagi mahu mempercayai perkataan berkat seorang murid dipukul guru. Ibubapa dan orang ramai bertindak terhadap guru. Inilah zaman bila raja pukul seorang rakyat satu negara bangun memusuhi raja.

Begitu juga dengan Majikan dan pekerja ini zaman buruh yang memerintah bukan majikan yang berkuasa. Tetapi raja bukan nampak ini semua kerana mereka kebal dalam istana, zaman pekerja boleh dipukul, bantai, dimaki hamun sesuka hati sudah berlalu seperti akan berlalunya kekebalan raja-raja kalau bukan melalui Parlimen tak mustahil melalui revolusi.

Soal sama ada raja-raja bersetuju atau tidak bersetuju tentang soal pindaan perlembagaan, tidak timbul lagi. Pertimbangan sekarang bukanlah undang-undang, tetapi tuntutan demokrasi, keselamatan rakyat serta maruah para pegawai kerajaan.

Undang-undang hanya berfungsi apabila rakyat masih mengkehendakinya. Apabila rakyat menolak, tidak ada undang-undang yang berkuasa. Suara rakyat adalah suara keramat. Rakyat memberi mandat kepada pemimpin dan parti untuk membuat undang-undang melalui Parlimen. Tetapi apabila Parlimen dan rakyat tidak mahu lagi kepada undang-undang itu, maka habis dan tamatlah peranan dan kuasanya.

Para pemimpin dan parti yang diberi mandat untuk membuat undang-undang itupun, akan jatuh apabila rakyat tidak percaya kepada mereka. Segala badan penguatkuasa undang-undang pun tidak boleh berfungsi lagi.

Mahathir akan menang dalam perlawanan ini bukan kerana dianya Dr. Mahathir, bukan kerana Mahathir kuat dan handal. Tetapi doa dari mereka yang dizalimi oleh raja-raja yang tidak berperikemanusiaan dan prilaku raja yang angkuh dan zalim pasti menerima pembalasan dari Allah di dunia ini akibat terlupa bahawa Allah yang berkuasa dan bila timbul kebenaran maka yang batil akan gugur dengan sendirinya.

APA BERLAKU HARI INI

Menteri Besar Perak yang sah, Dato Seri Nizar dan Pakatan Rakyat akan memfailkan saman bagi mencabar pelantikan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Tuesday, February 10, 2009

X-FILES : UFO DI MALAYSIA

Adalah dipercayai bahawa makhluk asing-UFO sedang menjalankan ujikaji terhadap manusia bumi khasnya di Malaysia.

2 ekor beruk yang tidak muncul hari ini dipercayai hilang diculik makhluk asing.

Dan makhluk dari Pekan juga dipercayai diculik kerana tidak muncul dalam media dajjal hari ini.

Kehilangan 3 makhluk dari bumi ini dipercayai sedang berada di satu tempat yang sama.

2 minggu lepas pun mereka berada di tempat yang sama apabila hilang serentak.

Rayuan akan dikemukakan kepada makhluk asing-UFO agar memulangkan segera 3 makhluk bumi tersebut kerana sebarang kajian yang ingin dijalankan terhadap 3 makhluk bumi tersebut hanya membuang masa.

Manusia di bumi khasnya Malaysia ingin menjadikan bahan kajian sejarah evolusi katak terhadap 3 makhluk bumi yang hilang tersebut.

APA DAH BERLAKU HARI INI

Hari ini YAB Dato Seri Nizar, Menteri Besar Perak telah dihalang dari memasuki pejabat Menteri Besar. Beliau akan menjalankan tugas rasminya yang sah dari kediaman rasmi beliau.

2 ekor beruk tidak dapat hadir ke mahkamah kerana sakit. Beruk-beruk ni memang selalu tak sihat. Tak dapat dipastikan samada beruk-beruk itu pergi ke Pekan untuk berubat.

6 Exco jadi-jadian selamat angkat sumpah.

SPR sudah terima notis kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang dan kerusi DUN Bukit Selambau. Jumaat ini akan diputuskan bila tarikh penamaan calon dan tarikh pembuangan undi.

Media dajjal juga seperti kebiasaan akan memutar-belitkan berita untuk menipu rakyat. Sementara itu akhbar Harakah dan Suara Keadilan dirampas hampir di seluruh negara hari ini.

Najib tak tahu pergi ke mana hari ini. Tapi yang pasti beliau tidak akan sekali-kali pergi ke Mongolia.

APA BERLAKU HARI INI

Hari ini YAB Dato Seri Nizar, Menteri Besar Perak akan memasuki pejabat Menteri Besar dan akan diikuti secara muka tak malu oleh MB jadi-jadian. Kita tunggu siapa yang dapat masuk.

Hari ini kes 2 ekor beruk dari Perak akan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan. Kita tengok apa nasib beruk 2 ekor tu.

Hari ini juga majlis angkat sumpah Exco jadi-jadian akan diadakan.

Hari ini juga Speaker Dewan Rakyat dan Speaker DUN Kedah akan menyampaikan notis kepada SPR tentang kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau. Adakah SPR akan bertindak di luar bidang kuasa lagi kali ini???

Dan bermula hari in juga media dajjal akan siang malam pagi petang akan menyiarkan berita untuk membodoh-bodohkan minda rakyat. Khasnya di Perak dan Kedah.

Mungkin hari ini juga Najib dah berhenti senyum tidak seperti 2-3 hari lepas. Mimpi buruk pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu kembali menghantui Najib.

Monday, February 9, 2009

BERKORBAN APA SAJA.....

2 pilihanraya kecil di Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dun Bukit Selambau, Kedah akan diadakan dalam masa 60 hari lagi. SPR akan mengumumkan esok bila hari penamaan calon, tempoh berkempen serta hari pembuangan undi akan dijalankan.

2 pilihanraya ini menuntut pengorbanan yang bukan kepalang dari rakyat yang cintakan keadilan. Setelah peristiwa trajis perampasan kuasa secara haram oleh Umno@BN diterajui Najib ke atas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, ini adalah peluangnya rakyat membuktikan bahawa Umno@BN sebenarnya telah hampir mati. Rakyat telah mual dan muak dengan politik perkauman, politik gula-gula, politik ugut dan politik rendah moral pimpinan Umno@BN.

Pilihanraya kecil DUN Behrang dan Changkat Jering berjaya 'dihalang' oleh SPR atas sebab-sebab teknikal yang dangkal. Pembubaran DUN Perak juga tidak mendapat perkenan Sultan. Rakyat seakan hilang arah. Rakyat tidak dapat 'melepaskan angin' dalam badan mereka. Angin ingin melakukuan perubahan melalui pilihanraya. Lalu rakyat memilih 'pilihan jalanraya' seperti yang berlaku Jumaat lalu di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Najib yang cuba bertindak jaguh sudah mampu tersenyum simpul. Media dajjal menjadi gila. Segala berita ingin disuakan ke telinga rakyat betapa Umno@BN kini kembali mendapat sokongan. Mereka lupa satu perkara. Melayu hari ini tidak lupa...rakyat Malaysia tidak lupa. Rakyat telah bangun dari mimpi setelah 50 tahun dibuai donggeng Umno@BN.

Nah...sekarang sudah ada 2 pilihanraya kecil seperti yang di harap-harapkan. Walaupun bukan di Behrang atau Changkat Jering, inilah juga peluang rakyat memberi sekali lagi isyarat jelas kepada Najib dan pimpinan Umno@BN yang lain bahawa hasrat rakyat untuk terus menolak Umno@BN masih konsisten pasca 8 Mac 2008. Rakyat tidak peduli jika MAc nanti Najib diangkat menjadi Presiden Umno. Rakyat bahkan tidak rela Najib menjadi Perdana Menteri yang dalam sejarah negara sudah dikaitkan dengan banyak skandal yang masih menjadi tanda tanya. Persepsi rakyat tetap tidak berubah. Dan Najib gagal merubahnya.

Umno@BN akan menggunakan segala jentera, malah dijangka lebih hebat dari Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Dulu Umno@BN menggunakan 3M, iaitu money, media dan machinery. Sekarang Umno@BN ada M yang ke-4, monarchy.

Sekali lagi diingatkan kepada pejuang Pakatan Rakyat, pengorbanan kali ini dalam menghadapi 2 pilihanraya kecil di Perak dan Kedah bukan kepalang dan calang-calang. Kepada yang bekerja swasta atau kerajaan, di harapkan bersedia mengisi borang cuti. Kalau tidak dapat sepenuh masa pun, boleh hadir setakat termampu. Kepada yang bekerja sendiri, bolehlah berkira-kira dengan anak-beranak, handai-taulan agar urusan peniagaan tidak terganggu.

Money talking. Ini merupakan halangan terbesar kita. Adalah di jangkakan bahawa pilihanraya kecil akan dijalankan akhir bulan ini atau seawal Mac nanti. Oleh itu, gaji atau pendapatan untuk bulan Februari ini bolehlah 'ditarik' sedikit untuk belanja sara diri. Bagi yang berkemampuan, bolehlah menyumbang lebih sedikit. Memang tiap kali ada pilihanraya, bilik-bilik gerakan Pakatan Rakyat tidak pernah kering dengan sumbangan yang melimpah-ruah. Inilah semangat yang ada pada kita yang tidak pernah wujud dalam jiwa penyokong-penyokong Umno@BN.

Ingat ini baik-baik. Minggu lepas mereka merampas kerajaan sah Perak secara haram. Mereka dengan angkuh menggunakan media seolah-olah semuanya atas kehendak rakyat Perak. YAB Dato Seri Nizar ditengking oleh SUK dengan biadab. Tidak dibenar masuk ke pejabat Menteri Besar. Lepas itu dengan angkuhnya mendakwa bahawa akan ada lagi negeri di bawah Pakatan Rakyat akan tumbang. Najib ingin menjadi Perdana Menteri dengan rekod 'cemerlang'. Ingin merampas, mengugut kerajaan Kedah dan Selangor melalui pintu belakang.

Ingat ini baik-baik. Sekarang kita kena bekerja keras. Kita wajib tumpaskan dan hapuskan kezaliman Najib Umno@BN ini dengan segera. Inilah peluang kita yang terbaik. Kita jatuhkan Umno@BN di kala mereka tengah berseronok menjelajah seluruh Perak 'menjaja' MB haram mereka. Kita sanggah mereka dengan isyarat yang jelas. Pilihanraya Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau adalah medan perang rakyat. Hancurkan kezaliman Umno@BN. Tumbangkan kerajaan haram Umno@BN di Perak. Sedarkan Najib bahawa beliau juga tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Ingat ini baik-baik. Maruah perjuangan kita mesti dipertahankan. Doa kita kepada Allah untuk diadakan pilihanraya telah diperkenan Allah. Kita mesti bertekad, kali ini tamatlah riwayat keangkuhan Najib Umno@BN yang cuba memperbodohkan rakyat.

Suara rakyat suara keramat.

TERKINI : BUKIT SELAMBAU, KEDAH

TERKINI : Sah akan ada pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau Kedah. Pengumuman telah dibuat sebentar tadi oleh YAB Menteri Besar Kedah. ADUN tersebut V.Arumugam telah meletakkan jawatan sebagai Exco dan ADUN serentak.


Sebentar lagi YAB Menteri Besar Kedah akan mengadakan sidang media.

Tidak dapat ditolak kemungkinan bahawa akan ada satu lagi pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau di Kedah pula.

Najib semakin tenat. Kedudukan beliau sebagai bakal Presiden Umno dan bakal Perdana Menteri semakin terancam.

Jika kalah kedua-dua pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau, maka Najib telah ditunjukkan jalan keluar oleh rakyat. Jika kalah salah satu pun, Najib dianggap hilang kepercayaan rakyat menerajui Malaysia sebagai Perdana Menteri. Jalan terbaik, jika berani, ialah Perdana Menteri sekarang bubar parlimen dan isytihar pilihanraya umum.

Namun sejarah lampau membuktikan bahawa Umno@BN bukanlah parti anak jantan. Apa yang menjadi kegusaran ialah jika Umno@BN akan menggunakan sisa-sisa kuasa yang ada untuk mengadakan lagi Ops Lalang dengan menangkap pimpinan Pakatan Rakyat. Isu terkini yang akan dieksploitasi ialah isu derhaka kepada Sultan - saman Sultan.

Rakyat diminta istiqamah dalam perjuangan menuntut keadilan dan melawan kezaliman. Yakinlah semakin kuat tekanan bermakna kemenangan semakin hampir.

Suara Rakyat Suarat Keramat!!!!!!

ALLAH MAHA BESAR!!!! RAKYAT PERAK HUKUM NAJIB

Al-Fatihah. Ahli Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.

Parlimen Bukit Gantang mempunyai tiga DUN iaitu Changkat Jering, Trong dan Sepetang.


Dengan kuasa Allah, apa yang cuba dielak oleh Najib Umno@BN bakal terjadi. Najib bukan takut mengadap Sultan Perak, itu semua dalam poket beliau. Adat istiadat istana bukan perkara asing kerana beliau berasal dari golongan bangsawan. Tidak pernah kenal erti susah. Apa yang Najib bimbangkan ialah hukuman rakyat Perak. Benar, seminggu yang lalu SPR menolak untuk diadakan pilihanraya kecil 2 DUN di Perak dengan alasan yang dipertikai ramai pihak. Selepas itu Najib diselamatkan sekali lagi dengan keputusan Sultan Perak yang tidak memperkenankan pembubaran DUN Negeri Perak. Taboo Najib terhadap pilihanraya masih belum kebah. Tersembam di Permatang Pauh dan jatuh parit di Kuala Terengganu. Semuanya memberi indikator jelas, Umno@BN ditolak rakyat. Peralihan kuasa dari Abdullah kepada Najib Mac ini juga ditolak rakyat. Umno@BN berada di ambang sakaratulmaut politik Malaysia.

Sementara ramai dari kita melampiaskan kemarahan ke arah Istana Iskandariah, watak sebenar disebalik semuanya yang berlaku adalah tuk dalang yang bakal meniti persada kuasa di Putrajaya sebulan lagi. Tuk dalang ini yang patut dihamun rakyat. Tuk dalang inilah yang melanggar perlembagaan. Tuk dalang ini sudah melihat bahawa option lain sudah tertutup bagi menyambung hayat parti beliau selain berselindung di belakang tabir istana. Pada perkiraan tuk dalang, ketaatan Melayu pada raja bukan kepalang. Tidak pernah terlintas bahawa rakyat kali ini juga akan bangkit menentang kezaliman. Tidak kira di mana. Tidak kira warna. Samada biru gelap atau kuning....rakyat sudah tekad.

Rampasan kuasa haram dilakukan. Muncullah beliau dengan berkata-kata di corong media dajjal bahawa keyakinan rakyat terhadap parti beliau telah pulih. Dengan harapan 'kemaluan besar' yang diterima pada 2 pilihanraya kecil lalu sudah terbayar. Kononnnya beliau bukanlah bertanggungjawab terhadap kekalahan tersebut. Politik melepas diri yang beliau amalkan sejak dulu seakan menjadi. Semuanya nampak cantik bila semua jalan pilihanraya kecil telah ditutup. Rakyat dipaksa terima kenyataan pahit. Kenyataan demokrasi telah dicabul.

Beliau tahu, jika ada lagi pilihanraya kecil berlaku dalam masa terdekat, beliau tidak dapat lagi melepaskan diri dari bertanggungjawab. PakLah semacam sudah hilang peranan dalam iklim politik Malaysia sekarang. Amat jarang muncul di corong media dajjal. Sejak 8 Mac 2008, PakLah juga yang dipersalahkan tiap kali menerima kekalahan dalam pilihanraya. Tapi kali ini tidak lagi. Sementelah pula pilihanraya kecil di Perak. Mahathir pun tidak mampu menafikan bawah kali ini bukan PakLah yang patut dipersalahkan. Selama ini Mahathir lah yang menjadi tukang palu gendang tuk dalang. Semua kesalahan dipalu ke arah orang lain demi menyelamatkan tuk dalang asuhan beliau dari menerima aib. Namun kuasa Allah Maha Besar. Hari ini Allah menentukan bahawa seorang pejuang Islam, pejuang rakyat pergi mengadap Illahi. Allah menunaikan munajat hambaNya yang memohon pertolongan. Pemergian Ustaz Haji Roslan Shaharum bukanlah sia-sia. Insyaallah, pertolongan Allah telah sampai. Kali ini tuk dalang akan menerima bahana permainan politik kotor rampasan kuasa haram yang beliau caturkan.

Menariknya, DUN Changkat Jering terletak di dalam Parlimen Bukit Gantang. Di situ juga terdapat seekor pengkhianat rakyat. Gelaran beruk dan katak telah secara rasmi diberikan kepada beliau oleh rakyat Perak dan rakyat Malaysia sejak seminggu lalu. Rasanya kali ini rakyat Perak khususnya pengundi Changkat Jering tak akan melepaskan peluang menghukum pengkhianat tersebut. Kita juga ingin melihat skrip apa yang akan tuk dalang putarkan kali ini. Dalam suasana sekarang, skrip yang paling ampuh ialah skrip penderhaka. Percayalah, media dajjal akan memutarkan skrip ini siang malam bermula malam ini!!!!

Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang bakal berlaku dalam masa 60 hari lagi. Tidak boleh tidak, Najib akan bersemuka secara berdepan dengan rakyat Perak semasa berkempen. Najib juga dalam masa sebulan lagi akan berdepan dengan mesyuarat agung Umno. 2-3 malam sudah Najib bermimpi indah menaiki takhta presiden Umno, perkembangan yang berlaku hari ini mungkin merencatkan sedikit impian tersebut. Berhadapan dengan pilihanraya kecil dan mesyuarat agung Umno adalah 2 perkara yang cuba dielak berlaku serentak. Najib tiada pilihan. Dan rakyat juga tiada pilihan. Pilihan tunggal yang ada bagi rakyat ialah mencabut nyawa politik Umno@BN. Demokrasi akan kembali subur bila hak rakyat dikembalikan. Suara rakyat suara keramat. Pengundi di Parlimen Bukit Gantang, anda adalah pencipta sejarah. Pengundi Parlimen Bukit Gantang sekarang ini menjadi lebih penting dari pengundi Parlimen Pekan. Dan pastinya pengundi Parlimen Bukit Gantang tidak akan redha dengan kebejatan Umno@BN. Liang lahat politik Najib sedang digali pengundi Bukit Gantang. Rakyat hakim negara.

Sunday, February 8, 2009

BILA DIKENANG-KENANG.....


Tengok gambar Nizar yang ni.....


macam nak sama dengan gambar ni....



harap-harap jangan jadi begini....

atau lebih teruk begini.


Aku sumpah tak akan sokong pemimpin macam ni.



Tapi takpe, kerana tak lama lagi akan jadi macam ni.

Friday, February 6, 2009

02 September 1998 dan kini

Hampir 11 tahun tarikh itu berlalu. Bagi orang Melayu dan rakyat Malaysia yang tidak mudah lupa, tarikh tersebut sangat signifikan kepada kebangkitan rakyat menyatakan sikap mereka melawan kezaliman pemerintah.

Pada tarikh 02 September 1998 jam 10 pagi, Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah dipanggil menemui Perdana Menteri-Mahathir. Anwar diminta agar melepaskan jawatan, namun beliau enggan. Mahathir memberikan tempoh hingga jam 3 petang atau Anwar akan didakwa. Episod seterusnya menyaksikan Anwar dipecat pada petang hari itu juga. Anwar diminta mengosongkan kediaman rasmi dengan kadar segera. Elektrik, air dan telefon dipotong. Anwar juga tidak dibenarkan masuk ke pejabatnya bagi mengambil barang-barang peribadinya. Malam itu kediaman Anwar sesak dengan kehadiran orang ramai untuk mendengar penjelasan. Anwar seterusnya mengadakan jelajah hampir ke seluruh negeri menemui rakyat menceritakan hal sebenar bagi membela dirinya yang dianiaya. Laungan 'REFORMASI' bergempita dan rakyat sudah berani turun ke jalanraya.

Dan pada 20 September 1998 Anwar ditahan dibawah ISA. Tengah malam itu dalam sel di Bukit Aman, Anwar dibelasah hingga hampir menemui ajal oleh Ketua Polis Negara-Rahim Noor. Segalanya terbongkar apabila Anwar hadir ke mahkamah dengan mata lebam. Pada 14 April 1999, Anwar dijatuhi hukuman penjara selama 6 tahun. Tarikh itu terus diingati dengan panggilan 'Black 14'. Tarikh gelita untuk kehakiman, gelita untuk rakyat Malaysia yang dahagakan keadilan dan gelita untuk Malaysia tercinta.

Pada tahun itu diadakan juga pilihanraya umum ke-10. Rakyat menjadi hakim negara. Akibatnya Terengganu jatuh ke tangan Barisan Alternatif-PAS. Dan beberapa kerusi negeri lain banyak dikuasai pembangkang. Jumlah ahli parlimen pembangkang juga bertambah. Tapi ketika itu Anwar masih di dalam penjara Sg. Buloh dan Mahathir masih kekal Perdana Menteri Malaysia. Ketika itu ramai golongan muda pendokong gerakan reformasi tidak dapat mengundi. SPR dilihat menjadi penyelamat kepada Umno@BN.

Hampir 10 tahun selepas itu, Anwar sudah lepas bebas. 2008 muncul lagi pilihanraya ke-12. Rakyat menjadi hakim negara. Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak berjaya ditawan Pakatan Rakyat sementara Kelantan masih kekal di tangan PAS. Umno@BN sudah hilang 'seri penarik'. Rakyat sudah mual. Rakyat sudah sedar. Rakyat sudah menghukum.

Selepas 1998 hingga 2009, Umno@BN masih terhukum dengan kesilapan lampau pemimpinnya. Perbuatan Mahathir memecat Anwar selepas Anwar enggan meletak jawatan walaupun dalam kuasa budibicara beliau bukanlah justifikasi bahawa rakyat perlu menelan bulat-bulat keputusan tersebut. Mahathir pada ketika itu berada di puncak kuasa. Bukan sedikit juga jasanya pada negara setelah hampir 16 tahun menjadi Perdana Menteri. Rakyat seakan tersihir dengan pembangunan dan kemajuan yang diciptanya. Tapi semuanya tidak bermakna apabila dia membuat satu keputusan yang mungkin betul dari segi perundangan tetapi cukup 'salah di mata rakyat'. Bak kata pepatah, 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'. Sekali buat jahat Mahathir pada Anwar itulah yang menyebabkan rakyat membenci beliau dan bangkit menentang hingga berani turun ke jalanraya menyatakan protes secara terbuka.

Diimbau kembali rentetan peristiwa lalu kerana ada menyatakan bahawa suasana 'hangat reformasi' sukar diulangi. Bahangnya mungkin hanya terjadi sekali. Dan bagi yang menyertai atau menjadi sebahagian dari penggerak reformasi, mengingati tiap detik ianya berlaku satu pengalaman yang amat berharga. Namun ianya bukan suatu yang mustahil berulang lagi ketika ini. Watak-watak seperti polis, SPR, kehakiman, Umno@BN dan rakyat masih ada. Cuma watak-watak lain yang mungkin sedikit berbeza. Dan yang paling penting rakyat tidak mudah lupa. Walau bagaimana cuba dielak dari rakyat membuat keputusan, masanya akan tiba juga.

Rakyat bukan barang permainan, rakyat bukan barang dagangan, rakyat perlu dihormati untuk menghormati, justeru hak rakyat perlu dikembalikan. Biarlah Mahatihr seorang sahaja yang memegang catatan sejarah hitam dengan membuat berjuta jasa tapi tenggelam dengan hanya satu keputusan yang silap di mata rakyat. Rakyat hakim negara.

Wednesday, February 4, 2009

MARI KITA TENGOK SIAPA YANG KENA!!! (SATU)

Semua tertungu-tunggu apa yang bakal berlaku petang ini.

Najib yang dijadualkan mengadakan sidang media bermula jam 4pm masih lagi 'berdiam diri'.

Ini petanda baik. Petanda ini dah pernah muncul. Terbaru pada malam 17hb. Januari 2009.

Kalau ada berita baik di pihak Umno@BN, sudah pasti jam 4.01pm tadi lagi dah Najib akan buat sidang media sambil tersenyum sambil nak koyak telinga.

Apa pun kena tunggu berita selanjutnya setelah dapat pengesahan. Insyaallah rancangan jahat mereka akan gagal. Rakyat akan kembali membuat keputusan menghukum Umno@BN seperti di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.


Berita seterusnya akan menyusul.

MARI KITA TENGOK SIAPA YANG KENA!!! (INTRO)

Kapal selam sudah di air, sukhoi dah mula panaskan enjin......segalanya nampak ok untuk jalan menuju ke persada kuasa dalam masa sebulan saja lagi.

Namun peristiwa besar yang bakal terjadi petang ini atau esok bakal merubah angan-angan indah menjadi mimpi ngeri yang tak kebah-kebah.

Berita seterusnya akan menyusul.

Tuesday, February 3, 2009

SAMPAI BILA NAJIB MAMPU BERTAHAN

Safe by the bell. SPR sebentar tadi baru sahaja membuat keputusan bahawa kedudukan 2 Exco Perak dari PKR yang dilaporkan meletak jawatan masih sah sebagai ADUN. Justeru itu pilihanraya kecil tidak perlu diadakan. Walaupun ada yang memberi pendapat keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar berhubung kekosongan dua kerusi - Changkat Jering dan Behrang - yang akan membuka laluan untuk pilihanraya kecil adalah muktamad dan tidak boleh dicabar. Saya tidak berkemampuan untuk berhujah dari sudut perundangan secara terperinci. Apa yang ingin diutarakan di sini adalah dari segi moral dan pandangan umum khasnya rakyat di negeri Perak dalam kemelut yang melanda suasana politik negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Daripada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan parti politik samada dari PR atau Umno@BN, tidak dapat tidak ianya pasti menunjukkan ke arah batang tubuh bakal Perdana Menteri, Najib Razak. Pandangan ini bukanlah pandangan kosong, ianya juga ada bersandarkan pada fakta lampau iaitu pada tahun 2004 ketika pilihanraya umum diadakan. Ketika itu, apa yang digelar 10 budak hitam dari PKR (dulunya PKN- Parti Keadilan Nasional)telah mengisytiharkan menyertai Umno di rumah Najib. Mereka dijanjikan habuan dan ada kenyataan terbuka dibuat tetapi hingga kini masih tiada jawapan atau penafian dibuat samada oleh Najib atau 10 budak hitam tersebut.

Terbaru dan telah pun diakui secara akuan bersumpah bahawa Najib juga terlibat dalam 'urusniaga' tawar-menawar untuk ADUN PKR menyeberang ke dalam Umno.

Jumlah yang ditawarkan bukan sedikit, malah menerjah hingga puluhan juta seperti didakwa dalam akuan bersumpah tersebut. Kalau akuan bersumpah dari ADUN PKR dianggap bias, terkini pengakuan juga telah dibuat oleh seorang bekas timbalan menteri bahawa memang wujud pertemuan antara Najib dan ADUN PKR tersebut sepertimana didakwa dalam akuan bersumpah. Jadi di sini, adakah salah jika rakyat menuding jari ke satu arah...Najib!!!!

Dalam negara yang mengamalkan demokrasi, pandangan umum atau persepsi rakyat terhadap pemimpin bukanlah satu kesalahan. Pemikiran rakyat tidak boleh dikongkong ala pemerintahan komunis. Namun akta yang ada berjaya menakut-nakutkan rakyat dari meluahkan secara zahir apa pandangan mereka kepada pemimpin. Oleh itu sebilangan besar rakyat yang tidak punya saluran maklumat alternatif dan masih bergantung pada media perdana yang telah lama dipasung, minda mereka juga terpasung dengan berita-berita berat sebelah yang kadangkala jauh dari kebenaran. Bagi pemimpin yang korup, maklumat alternatif ini satu ancaman dan penyebar maklumat mesti dikekang. Itu yang berlaku pada blogger seperti Raja Petra yang beberapa kali telah ditahan.

Episod tawar-menawar ini juga bukan terhad untuk memancing ADUN PKR menyertai Umno sahaja, bahkan melibatkan juga 'suasana' lain. Ketua Umum PKR- Anwar Ibrahim sekarang dituduh melakukan seks luar tabie dengan bekas pembantu khas beliau. Dalam kes ini ada juga pertemuan diadakan antara Saiful dengan Najib sebelum laporan polis dibuat. Rakyat juga cuba disogok dengan cerita bahawa Saiful berjumpa Najib kerana ingin mendapat sokongan permohonan biasiswa beliau. Jadi sekali lagi, adakah salah jika rakyat menuding jari ke satu arah...Najib!!!!

Ibarat macam permainan sukan bolasepak, rakyat sudah dapat membaca corak permainan bagaimana sesuatu pasukan akan gunakan. Nampaknya pasukan Najib masih menggunakan tektik permainan yang lama. Maka risiko untuk kalah dalam perlawanan terbaru adalah tinggi seperti mana perlawanan di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Lawan sudah tahu ke arah mana bola akan dibawa. Rakyat di Perak juga sudah bersedia meraikan kemenangan hattrick bagi PR. Namun SPR sudah meniupkan wisel. Pun begitu, rakyat sudah kenal hati budi pemimpin. Hukuman kalau tidak sekarang boleh juga ditangguh hingga pilihanraya umum akan datang. Rakyat hakim negara!!!!

Dan kepada 2 orang Exco Perak dari PKR, jika mereka khianat pada perjuangan maka mereka juga pasti tidak akan dimaafkan oleh rakyat. Kedua-duanya jika membuat keputusan yang salah pasti akan mendapat kutukan dan hinaan oleh rakyat serta dilayan seperti anjing kurap oleh Umno kerana mereka sudah tidak bernilai lagi.

Sunday, February 1, 2009

PAKJIB MUDAH LUPA



Ini Dato' Najib Kena Jawab-Sumpah Zul Helmi - video powered by Metacafe



Nampaknya PakJib ni benar-benar anak murid tegar Mahathir bilamana masih lagi percaya pada slogan keramat gurunya "Melayu Mudah Lupa".

PakJib mungkin terkhilaf, yang mudah lupa bukannya Melayu...yang mudah lupa ialah Melayu yg di'Umno'kan saja. Melayu sekarang sudah beringat-ingat. Melayu sekarang sudah mampu berfikir secara waras. Melayu hari ini tidak akan termakan dengan gula-gula manis Umno. Dan yang paling penting, Melayu sekarang sudah pasti akan menghumbankan Umno dalam pilihanraya akan datang. Percayalah.

PakJib silap jika beranggapan Melayu sudah lupa tentang perbuatan beliau yang telah lalu. Kerana itu PakJib masih lagi menggunakan kaedah lamanya dalam kemelut kehilangan 2 orang Exco Perak dari PKR. Klip video di atas sudah lama tapi PakJib masih belum berani menjawabnya. Sepatutnya sikap 'berani' bersumpah di Permatang Pauh dilakukan sekali lagi dalam hal ini. Malaysia bakal ada spesies sesumpah baru yang akan bersumpah mengikut musim dan keadaan tertentu. Di Perak tidak lama lagi akan muncul sesumpah tersebut, kita tunggu saja di masjid mana sesumpah itu akan hinggap nanti.

Keajaiban juga berlaku di bumi Malaysia hari ini. Bilamana 'orang hilang' yang dicari-cari selama lebih kurang seminggu tiba-tiba saja bersuara menafikan meletak jawatan. Dah puas serata tempat ditanya. Dah keluar tv pun anak-bini mencari. Tak diketahui kemana hilang tenggelam. Tup-tup muncul kenyataan yang mereka sebenarnya kurang sihat dan ada m.c. Kurang pasti pula siapa yang keluarkan m.c tersebut. Cuma kalau dah tak sihat mengapa tak berehat di rumah bersama keluarga??? Atau mereka berdua sedang mengamalkan perubatan tradisional yang mensyaratkan kena bertapa dalam lubang gua dan tak boleh bercampur-gaul dalam tempoh tertentu.

Saya kurang arif dan ingin bertanya samada di Pekan ada gua atau tidak. Saya juga kurang arif tentang penyakit apa yang sedang dihidapi. Ada juga dengar desas-desus penyakit merbahaya yang belum ditemui penawar namanya 'al-fulus'. Yang merawatnya bukan doktor di hospital tapi satu jenama lama yang diberi nafas baru bergelar SPRM.

Saya juga teringat tentang 'tagline'-buang tabiat, yang selalu orang-orang tua dulu gunakan untuk mengambarkan bahawa ajal, penamat, 'the end' sesuatu benda akan terjadi dalam masa terdekat. Perkara-perkara pelik, lapuk, 'dummies' akan dilakukan oleh si polan si polan. Dalam masa 60 hari lagi kita semua akan mengetahui siapa yang bakal ditamatkan riwayat oleh rakyat Perak. Dah lebih 50 tahun asyik buang tabiat tiap kali pilhanraya. Terkini buang tabiat di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.


Selamat jalan Umno.....dulu, kini, selamanya.