Friday, July 31, 2009

Al-Fatihah.......

ADUN Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman, 60 tahun dari PAS meninggal dunia akibat sakit jantung pada jam 6.30 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

DUN Permatang Pasir terletak dalam Parlimen Permatang Pauh.

Pada pilihanraya umum yang ke-12 lalu, PAS memperolehi 11,004 undi mengalahkan calon Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Al-Fatihah............


Thursday, July 30, 2009

1Malaysia : Mangkuk ni hayun kat mana????

Firma HK kuasai 31 peratus Bernas

Oleh Kamarulzaidi Kamis
kamarulzaidi@bharian.com.my

Penguasaan pelabur tempatan dalam syarikat beras negara merosot

KUALA LUMPUR: Firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd, kini muncul pemegang saham tunggal terbesar dalam syarikat strategik pembekalan beras negara, Padiberas Nasional Bhd (Bernas).

Berdasarkan pengumuman urus niaga pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia, kelmarin, Wang Tak menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.

********************************************************************************************

Mana Pewaris??? Taknak buat demo ke!!!

Mana Ibrahim Ali yang Perkasa??? Ko demo dok berahi make berah doh???

Mana Sifu Silat Lincah??? Sifu dah tak makan nasi, dia suka roti John.

Mana pegi Pekida??? Songkok tinggi tak siap lagi kot.

Puak-puak Umno dah pencen makan nasi ka???

Laaaaaa....patut pun Umno diam....

UMNO Pahang in large-scale stealing of flood relief aid

Please Umno, tell me this is not true


Pelahap betul puak-puak mangkuk hayun ni. Beras banjir pun depa sapu pi jual kat market.

Tak cukup lagi ka komisen sukhoi dan kapal selam tu?

Wednesday, July 29, 2009

1Malaysia : Hari bermaaf-maafan

Hari ini cuaca redup. Hari yang baik untuk bermaaf-maafan.

Utusan Malaysia minta maaf pada Tok Guru Nik Aziz.

Doktor pun dah minta maaf pada wartawan.

Bila lagi kerajaan nak minta maaf pada keluarga mangsa tahanan ISA???

Bila PDRM nak minta maaf pada keluarga mangsa yang mati semasa dalam lokap???

Bila SB nak minta maaf pada mangsa yang diseksa???

Bila FRU nak minta maaf pukul rakyat???

Bila SPRM nak minta maaf pada keluarga Teoh Beng Hock???

Tol naik....bila Samy Vellu nak minta maaf????

1Malaysia : Mari Kita Cipta Sejarah



Walaupun banyak blog dah siar artikel macam ni tapi aku pun tak mahu ketinggalan menjadi sebahagian dari pencipta sejarah.

01hb Ogos 2009 rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan bencikan kezaliman akan mencipta sejarah.

Pada hari itu Kuala Lumpur sekali lagi akan menjadi saksi kebangkitan rakyat.

Kerajaan harus belajar dari sejarah. Kezaliman dan kekerasan selamanya tidak mampu mengekang suara rakyat.

Rakyat bangkit kerana kezaliman kerajaan menggunakan akta ISA untuk menyekat kebebasan dan hak rakyat.

Kezaliman ISA tidak mengenal bangsa.

ISA zalim pada bangsa Melayu.

ISA zalim pada bangsa Cina.

ISA zalim pada bangsa India.

Rakyat Malaysia yang merdeka jiwanya tidak rela dibelenggu oleh undang-undang zalim seperti ISA.

Tuesday, July 28, 2009

1Malaysia : Dummies Afrika dan Samseng Malaysia.......

***************************************************************************************


Africa learns from Malaysia to handle corruptions.

Woi!!!! Dah lama hidup??? Nak mampus ke??? Kat Afrika tu banyak pokok, lagi baik terjun pokok je. Kalau gayat tak sanggup panjat pokok, pegi la 'sedekah' daging kat singa Afrika tu. Aku tengok Astro Animal Planet banyak singa-singa tengah kebulur. Maklum la sekarang musim haiwan mengawan.

Kalau yer pun jahil dan nak belajar, cari la 'tok guru' lain. Kat Malaysia ni banyak tok guru 'bidan terjun'.

Aku tak pernah pergi Afrika. Aku pun tak tahu tinggi mana bangunan kat Afrika tu. Dan aku juga tak tahu tingkat berapa ACA-Anti Corruption Agency kat Afrika tu.

Yang aku tahu, SPRM Selangor kat Plaza Masalam tingkat 14. Dan aku tahu mengikut hukum fizik dan graviti, manusia yang jatuh atau dijatuhkan dari ketinggian tingkat 14 akan mati.

Aku harap dan doa-doa agar bangunan ACA kat Afrika semuanya rendah-rendah belaka. Kalu boleh letak kat mezzanine floor.

Aku pun musykil. Apa la yang Mat Gelap tu tahu pasal 'rekod cemerlang' SPRM kat Malaysia ni. Atau dah kena kelentong? Orang Johor yang jual pasir kepada Singapura tentu pandai kelentong Mat Gelap kat Afrika. Skill menipu ni sama jer cuma kena tukar produk apa yang hendak ditipu.


Dulu orang cukup takut kalau kena tahan dalam lokap. Belum tentu salah, dah macam-macam hal boleh berlaku. Dan baru-baru ni orang pun dah cukup fobia kalau kena tahan kat mana-mana pejabat tinggi.

Tup-tup lepas ni ada pulak yang terpaksa bawa peguam bila nak masuk hospital!!!!

Cukup la peranan menakut-nakutkan rakyat ni keje polis dan SPRM jer yang buat.

Kakitangan yang terbabit kat hospital jangan la tiru perangai buruk tu. Buruk sangat nanti takdak orang sanggup buat menantu. Kat tempat aku, bila masuk meminang, bakal pak mertua tanya bakal menantu kerja apa. Kalau kerjanya polis, FRU, SB atau SPRM...jawabnya kirim salam la.

Jangan la negara kita ni jadi macam dalam filem Hindustan tu. Hampir semua sistem kerajaan korup. Dari wakil rakyat, inspektor sahab, majistret, doktor sahab, ketua kampung dan ayah heroine pun jahat. Cuma hero dan beberapa kerat pak lawak bodoh ajer yang baik.

Orang pergi ke hospital adalah orang sakit yang minta rawatan, janganlah pula ada kakitangan hospital yang beri sakit pada orang yang tengah sihat. Dan juga bukan tugas doktor membaca akhbar di jabatan kecemasan.

Ingat ni baik-baik. Rakyat Malaysia membayar cukai kepada Kerajaan Malaysia. Malaysia adalah antara negara yang disifatkan sebagai 'the highes taxed country'. Macam-macam cukai yang kerajaan kenakan pada rakyat.

Dan cukai-cukai ini sepatutnya digunakan untuk memberi manfaat kepada rakyat termasuk membayar gaji kaitangan awam setiap bulan. Dan seharusnya perkhidmatan yang baik harus diberikan kepada rakyat sebagai 'majikan' mereka.

Malaysia sedang dilanda virus selsema babi, janganlah kakitangan hospital buat perangai lebih gila dari babi gila.

Pesanan akhir kepada kakitangan hospital tu, kalau takleh nak ubah perangai samseng tu, lebih baik minta tukar kerja jadi polis, SB, FRU atau pegawai penyisasat SPRM.


Friday, July 24, 2009

1Malaysia : Puaka Sang Saka Gila.......

Gila. Suatu keadaan mental yang tidak sihat atau tidak waras.

Mental yang tidak sihat atau tidak waras akan menyebabkan pemilik otak tersebut melakukan perkara-perkara gila atau menyokong kerja-kerja gila.

Puaka Sang Saka Gila. Sejenis perangai gila yang menyerupai hantu jembalang pocong yang diwarisi sejak 11hb Mei 1946. Sindrom Puaka Sang Saka Gila ini hanya hinggap ke batang tubuh sesetengah penduduk Tanah Melayu sahaja.

Apabila darah pengidap penyakit Puaka Sang Saka Gila ini diletakkan di bawah mikroskop, maka dapat dilihat jelas imej seakan keris terbentuk dan tanpa sarung. Untuk rekod, penyakit ini tidak dapat diubati dengan memakan Panadol atau menogok ubat batuk cap Ibu dan Anak.

Wabak ini semakin merebak pada 16hb Julai 1981. Selama 22 tahun wabak ini membuat pengidap melakukan pelbagai kerja gila. Bermula dengan tragedi Memali dan last sekali menumbuk hingga lebam mata seorang hamba Allah yang baru dipecat. Nasib baik mangsa panjang umur.

Penumbuk yang baru diresapi penyakit Puaka Sang Saka Gila juga mempunyai skill menipu yang tinggi apabila dengan selamba menjawab kepada wartawan bahawa mangsa berada dalam keadaan safe and sound.

Seorang pengidap wanita penyakit Puaka Sang Saka Gila membuat statement bodoh. Tidak dapat dipastikan samada beliau ketika itu dalam proses monopuse atau tidak. Beliau mungkin keliru antara berbekam dan AP.

Kuman Puaka Sang Saka Gila menyerang lagi. Lebih ganas. Lebih sofistikated. Kalau dulu tumbuk, tapi sekarang letup.

Pengidap penyakit Puaka Sang Saka Gila juga agak sukar memahami matematik mudah. Pengidap selalu saja membeli barang dengan harga yang lebih mahal dari harga pasaran. Mengikut cerita classmate beliau, semasa bersekolah rendah beliau selalu tuang kelas kerana hobi memikat burung. Burung yang berjaya dijebak akan diajar menyebut perkataan - 'kor=mee=sen'.

Oleh kerana sekarang dunia digemparkan dengan wabak H1N1, maka kepopularan penyakit Puaka Sang Saka Gila semakin menurun. Bahkan Puaka Sang Saka Gila hampir-hampir padam pada 08hb Mac 2008.


Minggu lepas kuman Puaka Sang Saka Gila telah menjalani proses mutation. Kuman Puaka Sang Saka Gila menjadi lebih agresif. Lebih gila dari kuman gila babi ooppsss.....gila khinzir.

Kalau dulu sekadar tumbuk dan letup. Sekarang pengidap Puaka Sang Saka Gila sudah advance. Kuman Puaka Sang Saka Gila sudah pandai meniru gaya dan lagak vaksin bernama Pembela Rakyat atau doktor biasa tulis secara ringkas dalam medical prescription sebagai PR.

Puaka Sang Saka Gila perasan jer lebih. Puaka Sang Saka Gila mungkin dapat sponsor. Pengidap Puaka Sang Saka Gila mungkin dapat naik bas free, nasi bungkus free, air mineral cap dacing, kain batik free, t-shirt free dan duit poket RM20 sebagai upah melalak tengah panas.

Pengidap Puaka Sang Saka Gila semakin terdesak. Berbagai tindakan gila sanggup dibuat bagi menjamin kelangsungan spesies Puaka Sang Saka Gila yang semakin dibenci oleh budak belajar tinggi-tinggi.

Pengidap Puaka Sang Saka Gila sudah gabra. Dah buang tabiat. Dah cuba menipu siang-siang hari. Lain yang disuruh lain pulak yang dibuat.

Debu suci di tanah Arab tidak dapat merubah perangai Puaka Sang Saka Gila. Rupanya rasukan Puaka Sang Saka Gila ni payah nak buang.

Puaka Sang Saka Gila.....umat di Tanah Melayu bukan bodoh.

Umat Tanah Melayu tahu apa makna perkataan torture, terjun dan tolak.

Umat Tanah Melayu tahu kenapa seluar dan baju koyak.

Umat Tanah Melayu tahu kenapa talipinggang putus.

Puaka Sang Saka Gila.......地獄行きだ. ***

Puaka Sang Saka Gila......Jigoku e ike! ***


P/S : - Buka kamus bahasa Jepun.***
- Tragedi di Perak adalah juga akibat penyakit Puaka Sang Saka Gila model pocong hitam.

Thursday, July 23, 2009

1Malaysia : Nasib baik tak kena C4.......

Polis akan menyelesaikan siasatan berkaitan kematian Teoh Beng Hock tidak lama lagi.

TBH dipercayai mati semasa dalam kawalan dan tahanan SPRM. Polis siasat SPRM.

Imej SPRM tercemar. SPRM dianggap melampau dan 'mengganas' terhadap rakyat Malaysia yang belum terbukti melakukan apa-apa kesalahan di mahkamah yang adil.

Itu cerita minggu lepas. Cerita SPRM. SPRM ugut rakyat.

Hari ni timbul cerita polis pulak. Polis pulak yang ugut rakyat.

Siapa nak siasat polis?

SPRM nak siasat polis?

SPRM pun tengah disiasat polis!!!!

Mahasiswa tu masih bernasib baik. Setakat kena ugut dengan pistol.

Pistol pelurunya keluar sebutir-sebutir. Peluru pistol tak berapa besar.

Kalau kena tembak dengan pistol pun tak la teruk sangat. Body masih 'in one piece'.

Mahasiswa tu patut bersyukur. Kalau kena C4.....bersepai!!!!! CSI Miami mungkin terpaksa dipanggil untuk bantu siasatan.

Sekali lagi.....siapa nak siasat polis????

1Malaysia : Selamat.......

Selamat harijadi yg ke-56 Najib.......

Selamat berkabung keluarga Teoh.....

Selamat menyiasat SPRM......

Selamat tak rakyat yang kena siasat....???

Komisen kapal selam dah 'selamat'.....

Komisen sukhoi pun dah 'selamat'......

Interchange LDP macam tak selamat......

Selamat Petronas syarikat ke-80 terbesar dunia.....

1 September selamat naik harga minyak.....

Selamat berdemo rakyat Malaysia 1 Ogos......

Malaysia semakin tak berapa selamat.......

Tuesday, July 21, 2009

1Malaysia : CCTV dari bilik di tingkat 14.......

Dah banyak baca artikel, kita layan 'cctv' pulak........

1Malaysia : Macam-macam ada......

Stadium runtuh.....senyap.....mana laporan? Janji sebulan siap. SPRM bila nak habis siasat?


Ubat pun 'hilang' jugak??? Siapa yang dapat kontrak supply ubat? SPRM sila siasat.


Yang ni siapa pulak nak siasat (afidavit palsu)??? SPRM, PDRM dan AG yang patut kena siasat. Haru. Takkan nak suruh JKKK jadi pegawai penyiasat.


'Titah' ini pulak ada siapa-siapa berani nak siasat???? ........ sini ....... dan sini. Rais Yatim taknak komen?


Kes ni cepat pulak habis siasat!!!! Ada apa-apa ker!!!! Reban ayam dengan restoran pun tak kenal. Reporter tu buta warna ker?? hehehehehe............


Yang ni lagi best. Berapa ratus saksi lagi nak siasat???? Musim sekarang ni memang payah nak cari kambing hitam. Banyak kambing baka kacukan.

Sunday, July 19, 2009

To TOTO : Tangkap Orang Torture Orang Tolak Orang

Seseorang dinilai berdasarkan perangai dan sejarah perangainya. Misalnya, kalau tiba-tiba hari ini saya tampil dengan penuh wara' serta bercakap dengan gaya yang penuh syakhsiyyah dan tarbiyyah, orang tak kata saya dah insaf.

Orang kata bakaq dah gila.

Saya juga boleh berlakon sebagai orang baik. Bercakap seperti wali dan mengatur ayat bagaikan seorang nabi. Boleh berlakon. Tetapi, habis lama pun tahan la tiga hari.

Lepas tu, terpacul balik segala perangai buruk aku.

Hari ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mendakwa, pihaknya tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan berhubung kes terbunuhnya Teoh Beng Hock yang sebelum itu disoalsiasat berjam-jam sehinga ke pagi buta oleh SPRM malah dilaporkan tidur di 'hotel' SPRM (sila rujuk berita The Star hari ini bertajuk "We have nothing to hide, says MACC chief" dan komen-komen di sini).

"Kami akan dedahkan semua. Kami sudah ada fakta-faktanya, kami akan adakan sidang akhbar dan memberikan laporan penuh," dakwa Mamat itu.

Ahmad Said boleh kata apa saja. Tetapi, orang menilai beliau berdasarkan perangainya serta sejarah perangainya.

Berdasarkan perangai dan sejarah perangainya, dengan memilih ayat sehabis lembut yang saya mampu, izinkankan saya katakan, i find it extremely hard to believe Ahmad Said or SPRM.

Saya tidak menghasut orang lain supaya menuduh Ahmad Said dan SPRM kaki tipu, cakap pembohong hidup-hidup. Saya juga tidak kata Ahmad Said dan SPRM compulsive liar tahap gaban. Masalahnya, susah sungguh saya nak mempercayai Mamat itu dan SPRM yang dikepalainya, susah sangat-sangat!

Mamat itu boleh mendedahkan semuanya. Tetapi, saya bimbang ada sifat tertentu yang lebih terdedah dan terserlah!

Friday, July 17, 2009

1Malaysia : Siapa Pembelot Rakyat Malaysia??? (S.P.R.M)

Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut.

Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut. SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP.

Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan.

Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah. Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan.

Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan.

Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya. Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis. Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik

SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit. Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa.

Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu. Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia.

Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau.

Malaysia Today menulis semua ini. Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today.

SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama. Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana Umno menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri.

Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku!

Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap.

Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan. SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahumenyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang.

Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM.

Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu.

Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia. Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan.

Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah.

Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau.

SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh kealam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ketingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang.

Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap.

Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa. Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh.

Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua.

1Malaysia : Rakyat Tidak Selamat

Umno@BN & Rosmah@Najib makin terdesak.

Desas-desus di sidang NAM di Mesir beliau cuba 'lari' dari wartawan yg cuba mendapatkan jawapan dari beliau. Isu Manohara pun tidak mampu beliau jawab semasa di Indonesia.

Amat malang bagi Malaysia mempunyai seorang pemimpin seperti ini.

Hukuman rakyat melalui peti undi tidak dapat memberi pengajaran kepada manusia yg bernama Rosmah dan Najib.

'Kerja gila' @ konspirasi terhadap Anwar juga satu tindakan terdesak untuk mematikan demokrasi di Malaysia.

Lengkaplah sudah jentera kerajaan digunakan untuk memuaskan hati dan 'sifat binatang' mereka.

Polis, SPR, Iabatan Pendaftaran, Imigresen (rekod Altantunya), SPRM, Kehakiman, Peguam Negara, Hospital (kes Kugan) dan Tentera (Manek Urai).

Mungkin rakyat di Bandar Tun Razak akan memberi satu lagi signal kepada Umno@BN dalam masa terdekat.

Rakyat tidak akan lupa peristiwa ini. Rakyat tidak akan membiarkan kejadian ini berulang lagi. Dan rakyat tidak akan memaafkannya.

Apakah pilihan rakyat selepas ini?

Pilihanraya, jalanraya (demonstrasi) atau...........??????

Tuesday, July 14, 2009

1 MALAYSIA : KAU PERGI JUA..............

'Cerita' tak rasmi dah menang 2,000. Berita rasmi kena tunggu AssPeeArr umum malam ni. Tapi kalau cerita tak rasmi tu jadi betul, kena la tunggu sampai tengah malam baru berita rasmi keluar. Kalau keluar pun sekejap jer. Muka pembaca berita pun disuruh buat-buat sedih.

Hahahaha......1Malaysia dah tahu trick lama tu. Tapi aku kesian kat pembaca berita tu, dia terpaksa kerana dipaksa. Kalau tak ikut perintah nanti kena macam minah ni.

Cerita atau berita mana yang keluar dulu dah tak berapa syok kerana mamat dan minah ni dah cabut awal-awal lagi. Tak sanggup nak dengar berita sedih malam ni. Maklum la angin bulan madu 100 hari masih terasa. Manek Urai buat potong stim ajer!!!

Lain kali sebelum nak lari tu kena la ambil tahu 'kebajikan' rakyat sikit.

Kesian la kat diaorang ni. Dah sampai serak suara duk pekik '1Malaysia' kat Manek Urai selama 7 hari 7 malam.

Lain kali kalau nak beri, kena beri sama rata sama adil.

AssPeeArrM kat Manek Urai pun cuti jugak ke hari ni????



***Alamak baru dapat berita yang Gerombolan tengah celebrate!!! Stop dulu. Nak tengok berita mesti keluar awal ni. Jengg...jeng...jeng.....