Tuesday, January 20, 2009

BERITA PERTAMA.....

Sebagaimana tujuan asal blog ini diwujudkan iaitu untuk memaparkan segala bentuk komen, kritikan, pendapat atau berita tentang kerajaan negeri BN atau kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Maka berita/artikel pertama yang sesuai telah diterima melalui email untuk disiarkan di CorongKita.


MPK BUAT HAL LAGI‏

From: ************@hotmail.com
Sent: Monday, 19 Jan, 2009 11: 01 PM
To: corongkita (corongkita@yahoo.com)


Harap corongkita dapat meuar-uarkan tindakan terbaru dari MPK-Manusia Paling Kejam, yg telah mengambil tindakan mahkamah terhadap penduduk di Parlimen Kuantan dan Parlimen Indera Mahkota yg gagal membayar saman parking meletak kenderaan yg telah lama sejak dari tahun 2003.

Adalah dipercayai tindakan tersebut sebagai satu hukuman kepada warga Kuantan yang telah memberi kemenangan kpd PKR di Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota. Sebahagian besar telah menerima notis dari MPK supaya hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan bermula awal Februari 2009.

Amat melucukan apabila hal sekecil itu pun hendak dibawa ke mahkamah yang jelas memakan belanja besar berbanding kesalahan yang dilakukan. Untuk rekod kadar parking kendreaan pada tahun sebelum sistem kupon diperkenalkan adalah 45sen sejam. Banyak lagi kesalahan yg MPK boleh kuatkuasakan saman atau kompaun seperti pusat hiburan yg melanggar masa yg ditetapkan dan penjualan arak secara bebas seperti yg didedahkan dalam Sinar Harian baru-baru ini. Mengapa MPK seakan tidak berani menyentuh dalang-dalang disebalik kegiatan haram terbabit??? Adakah MPK ingin mengambil jalan mudah mengutip hasil dengan hanya menyaman penduduk Kuantan yg 'biasa-biasa' sahaja. Sementara tokey-tokey besar terlepas dari sebarang tindakan!!!!

Umum mengetahui bahawa kehidupan mewah beberapa pegawai MPK sebelum ini menjadi bualan hangat di Kuantan. Memandu kereta mahal dan mempunyai rumah besar yg tidak sepadan dgn pendapatan sebagai pegawai MPK. Pernah juga dikenakan pertuduhan oleh BPR tetapi akibat campurtangan tangan-tangan ghaib, pegawai terbabit dilepaskan.

Pendedahan oleh pahangdaily juga memanaskan suasana di MPK. Beberapa pegawai sedang dipantau kerana disyaki memberi maklumat kpd blogger yg kemudian menyiarkan segala kebobrokan MPK di alam cyber untuk tontonan dunia.

Amat malang bagi MPK apabila mengambil tindakan membalas dendam sedangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah dulu menghapuskan segala saman-saman parking yg terdahulu seperti kerajaan Perak dan Pulau Pinang lakukan.

Sedangkan ada tiket parking yg mungkin tercabut, rosak akibat hujan maka pengguna di Kuantan tidak ada rekod untuk membuat bayaran atau tidak tahu langsung berkenaan tiket tersebut, sebab adakala parking attendant tidak melalui kawasan tersebut ketika kenderaan diletakkan. Perkara ini telah lama dibangkitkan ketika sistem tiket lama diguna dulu.

MPK seakan terdesak dengan masalah kewangan yg semakin meruncing maka apa saja tindakan akan diambil bagi memulihkan kantung MPK yg hampir kering akibat perbelanjaan tidak berhemah dan mungkin juga ada penyelewengan ke atas projek-projek yg dijalankan oleh MPK.

Harap jika ada peguam di kalangan Pakatan Rakyat Pahang dapat memberi perhatian terhadap masalah ini. Ketika rakyat sedang dihimpit masalah kegawatan ekonomi, MPK semakin menekan penduduk Kuantan dikala pegawai-pegawainya pula dengan senang hati membelanjakan duit hasil cukai rakya dengan boros dan tidak berhemah.






CorongKita: Sumbangan berita/artikel seterusnya yang bersesuaian dari pembaca amat dihargai. Segala cadangan atau pendapat berkenaan masalah di atas sila nukilkan di ruangan komen.

Saturday, January 17, 2009

RINGKAS : BADI 'DOKROKCETONG'


Calon PAS memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan dengan majoriti 2,631 undi. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi.Calon bebas pula mendapat 193 undi.

Nampaknya badi 'dokrokcetong' yang dilaungkan oleh Umno kepada PAS telah melayang ibarat boomerang mengenai kepala ketua kempen yang sibuk ke hulu ke hilir sepanjang tempoh kempen. Umno semakin ditolak dan akan terus dihumban rakyat.

Saya dengan ini menarik kembali cadangan saya agar Hospital Tanjung Rambutan yang baru didirikan di P.36. Dan saya juga tiada halangan jika ada cadangan hendak membinanya di Pahang. Dengar cerita ada orang kuat dari Pahang monyok muka semasa melawat pusat mengundi siang tadi. Tidak juga diketahui adakah isterinya juga semakin turun berat badan selepas ini.

Apa pun tahniah kepada calon PAS yang menang, juga tidak dilupakan kepada petugas yang bertungkus-lumus bekerja keras. Pengundi di P.36 juga berhak mendapat pujian kerana sama-sama tidak mahu ketinggalan dalam arus reformasi demi satu 'Harapan Baru Untuk Malaysia".


***Catatan saya sebelum ini menjadi kenyataan. Usia dah 25 tahun tapi masih lagi belum hilang kesampukan penyakit 3 suku. Bila media kat Malaysia ni nak berubah. Atau tunggu rakyat 'perebah?'.

Jam 10:30 malam




Apa ada pada detik 10:30 malam? Pada hari-hari biasa setiap hari mungkin pada jam 10:30 malam ada yang sudah tidur dibuai mimpi, ada peniaga pasar malam sedang mengemas barang, ada kupu-kupu malam baru keluar sarang dan ada anak-anak muda masih berpeluh di gelanggang futsal. Namun semua aktiviti itu berlaku pada jam 10:30 malam pada malam-malam biasa. Tidak pada jam 10:30 malam pada tarikh 17hb Januari 2009. Malam itu malam keramat. Malam itu malam rakyat merasa puas. Malam itu akan jahanam kezaliman. Malam itu pejuang akan dijulang. Malam itu petualang dihumban.........

Dah tahu apa akan berlaku jam 10:30 malam pada tarikh 17hb Januari 2009 tu???? Susah sangat aku beritahu jer la.....SPR nak umum siapa pemenang pada pilihanraya kecil P.36 Kuala Terengganu!!!!

Pada saat tu, pada waktu tu jangan siapa-siapa duk tercongok depan tv atau corong radio nak dengar siapa yang menang. Sampai mampuih tak keluar berita, aku jamin!!! Kalau nak tahu jugak kena ada kat dewan kira undi di Kuala Terengganu, atau suruh siapa-siapa yang kenal kat sana sms atau jenguk aje kat internet. Aku cakap ni bukan cakap kosong. Dah berlaku dah tahun lepas. Sampai dekat subuh aku tunggu keputusan pilihanraya umum bagi Selangor dan Perak. Yang asyik duk keluar kat bawah tulisan kecil tu kawasan-kawasan yang puak-puak cap dacing menang di Pahang, Terengganu dan Perlis. Ada la kawan-kawan aku dari Selangor, Perak, Kedah, Penang duk sms beritahu puak-puak dacing kat sana dah pelingkup. Tapi aku cuma nak pengesahan, kena la jugak tengok tv yang suku tak berapa nak cukup akal tu. Kata orang tv tiga suku tu la. Aku kesian jugak kat pembaca berita tu. Dah tugas kena la buat walau orang duk kata macam-macam kat depa.

Dah 50 tahun puak-puak dacing tu asyik menang, bila masa kalah macam nak naik meroyan. Ada cerita menangis duk dalam kediaman rasmi sampai ketuk pun taknak buka pintu, ada yang suruh staff pi carik-carik dokumen panas dan kat Kelantan ada tak percaya suruh bini tampar muka kot-kot bermimpi!!! Yer la....dah berangan-angan senyum depan cermin tiap hari nak jadi MB......tup-tup terlingkup pulak dacing yang dikendong.

P.36 ni aku tak tahu la nak berlaku apa lepas SPR umum pemenang. Cuma ada yang kata mungkin banyak microphone akan kena baling sampai terbarai. Dah calon yang suka sangat nyanyi guna microphone kalah....microphone la jadi mangsa!!!!

Ada jugak yang kata pilot helikopter dah standby sejak petang hari mengundi tunggu nak cabut lari dengan bos balik ke Pahang. Hari-hari duk kempen lebih dari calon sampai ada yang confuse, kot-kot orang dari Pahang pulak yang bertanding kat Kuala Terengganu.

Aku bukan nak menujum, cuma aku rasa rakyat dah jelak dah. 50 tahun duk kena permain. Dah 12 kali asyik kena tipu. Takkan la bodoh sangat nak pilih puak-puak yang sama lagi??? Berapa kurun nak kena tipu??? Depa ni memang la pandai janji macam-macam. Tapi apasal susah sangat nak tunai janji-janji dalam masa 50 tahun rakyat dah beri peluang. Orang lain boleh buat dalam masa tak sampai setahun. Beri air, beri tanah.....tu semua boleh buat kalau memang sungguh-sungguh nak membela nasib rakyat.

Mula jam 8.oo pagi nanti rakyat dan pengundi di P.36 akan keluar mengundi memilih pemimpin mereka ke parlimen. Memilih antara hak dan batil, dusta dan benar, adil dan zalim. Walau apa pun keyakinan kita terhadap hasil kerja keras selama tempoh berkempen , harap jangan leka dengan tipu muslihat musuh di saat-saat akhir. Mereka akan berusaha dengan segala upaya bagi mencapai matlamat walau dengan cara yang kotor.

Kepada petugas, pejuang dan pencinta keadilan....insyaallah pada jam 10:30 malam 17hb Januari 2009.....berita gembira akan diumumkan. 'Harapan Baru' untuk Malaysia akan terus subur.

Wednesday, January 14, 2009

HAPRAK BETULLL.....


(PERHATIAN : Web tranungkite.net tidak dapat di akses. Waspada laman web klon tranungkite)

Dulu aku pernah dengar ada orang duk kata kalau jumpa ular dengan samiey value....ketuk la samiey value dulu. Aku setuju sangat. Bukan apa, aku ni termasuk dalam golongan yang sayang kat binatang. Tak kira la binatang apa pun. Hak haram macam khinzir tu tak boleh nak buat apa la sebab memang dah haram Nak sentuh pun tak boleh macam kucing atau hamster. Tapi sejak aku duk pusing-pusing pasang telinga dengar borak kedai kopi pasal P.36 ni, aku ada dengar pulak satu peribahasa baru...bunyinya sedap la jugak......."kalu jumpa anaconda dengan pak jib....ketuk la pak jib dulu!!!!" Haaa....pernah dengar peribahasa tu sebelum ni???? Masa kat Permatang Pauh yang hangat pun tak dengar peribahasa lagu ni. Yang aku selalu dengar satu perkataan Melayu yang dah di 'orang putihkan' - Sayfool Bloodyfool. Kalau tak tahu apa maksudnya kena pi mengaji lagi.

Aku pun heran jugak. Apasal marah hangat kat dia??? Dia bukan calon pun. Dia pun bukan dapat kontrak Monsoon Cup. Masjid Kristal tu bukan idea dia. Hak aku ingat dia ni memang cekap bab-bab kapal selam, jet dan helikopter je. Habis tu apasal duk kata macam tu kat dia???

Dah dekat nak habis 2 cawan kopi baru la aku tahu. Yang mereka tu semua duk hangat tu bukan apa. Hampir segenap pelusuk P.36 tu duk banyak tampal poster muka dia, banner pun sama, baca paper pun dia jugak, buka tv pun dia lebih semangat dari calon dan bini dia pun sama naik kempen. Yang ni lagi buat orang meluat!!!

Lagi satu bab janji. Sepanjang tempoh kempen yang dah seminggu start ni, hari-hari ada-ada saja janjji yang dibuat. Dah lebih 50 tahun perintah dan dah 12 kali menang pilihanraya pun masih tak cukup masa nak tunai janji ka??? Hang nak berapa tahun lagi ni??? Beri la chance kat orang lain pulak. Tengok lagu mana style perintah. Takkan nak beri air percuma dan tanah kat rakyat macam Selangor dan Perak duk buat sekarang nak kena beri masa 50 tahun lagi kot??? Kalau lagu tu hampir seabad la duk janji nak buat itu nak buat ini.

Dia duk janji nak bawa pembangunan kalau menang.....ini cadangan banyak bagus!!! Kroni pasti tersenyum.

Dia janji nak pulangkan semula royalti minyak. -Yang rompak dulu puak dia jugak.

Dia janji nak buat perubahan besar. - Siapa saja yang perintah negeri dan pusat dengan amanah mampu jugak buat perubahan.

Janji nak bela rakyat, nak basmi miskin tegar, nak naiktaraf tadika, janji....., janji......., janji............


Telinga aku pun dah tak sanggup nak dengar. Banyak sangat janji duk tabur. Ni pun baru la aku tahu orang Terengganu ni suka cakap kuat-kuat. Borak kat kedai kopi macam berbahas dalam parlimen.

Bagi aku dia nak janji tak salah. Yang salah bila tak tunai janji atau lambat yang amat nak tunai janji. Sampai berulang pilihanraya asyik duk janji saja la kat rakyat yang dah lama melopong. Yang dia duk janji hari-hari kat P.36 tu, dia perasan tak janji kat kampung rumahtangga sendiri pun tak buat-buat sampai sekarang. Ada la aku baca sikit pasal kerajaan negeri beri balak tapi kilang papan sampai nak kena tutup. Balak hilang entah ke mana. Hang nak tau baca la sendiri.

Tu bab dia yang pandai duk berjanji pagi petang siang malam. Ada yang pandai merayu. Macam janji jugak, rayu pun tak salah. Cuma merayu tu biar la genuine dan relevant bukan dibuat-buat masa kempen dan nampak macam sarkastik aje. Apa ingat rakyat bodoh lagi??

Terkini, bila dah puas merayu, dah lesuh berjanji, bila nampak macam tak jalan jugak...pengundi tak makan umpan maka tektik 'gedebe' digunakan. Maka terkeluarlah ayat-ayat macam ni :

''You baik sama saya, saya pun baik sama you. You tak baik sama saya, saya sepuluh kali tak baik sama you”

Ayat ni bunyi macam kemaruk. Kemaruk baru dapat jadi Mat Begocoh!!!! Penyu tentu takkan berhenti menangis kalau terdengar ayat ni.


Pengundi P.36....kalau la puak-puak puaka ni hangpa pilih jugak jadi tok wakil....aku cadangkan baik Hospital Tg. Rambutan tu buka cawangan kat Terengganu. Dekat sikit nak hantar pi berubat. (p/s: terpakai pada yang memangkah selain bulan)

Monday, January 12, 2009

CERAMAH PAKATAN RAKYAT

Datang beramai-ramai. Jangan lupa derma ikhlas untuk perjuangan dan rakyat Palestin.


Isnin,12 Januari 2009

- DUN Wakaf Mempelam (Kg.Panji dan Kg.Kubang Tangga)

Penceramah : Dr.Zarawi.


- DUN Bandar (Kg.Tok Ku)

Penceramah : Saudara Saiful Izham.

** Kg.Kuala Hiliran.
Penceramah :Tn.Hj Rahman.


-
DUN Ladang (Kg.Batas Baru) Penceramah : YB Chai

** Kg.Panji Alam.
Penceramah :Mustafa Kamil.
** Markas PKR Ladang. Penceramah : Fariz Musa, Hj.Rahman, Wan Rahim, YB Dato' Tengku Hassan dan Sdr Saiful Izham.
** PKR Bukit Besar. Penceramah :Razali Alias, Cikgu Bard dan Tn.Hj.Suhaimi.

-DUN Batu Buruk di Jalan Sekolah Kebangsaan Chendering Pantai
Penceramah :Sdr Mustafa Kamil,
** Pantai Batu Buruk. Penceramah : YB Amiruddin.
** Pejabat PKR Negeri. Penceramah :Shamsul Iskandar, Low Chee Chong, Ginie Lim dan Wan Rahim.


Tertakluk kepada perubahan di saat-saat akhir.

TERKINI : UNDI POS HARI INI.

Proses pengundian pos bagi pilihanraya kecil P.36 bermula hari ini.

Undi pos akan disimpan di lokap polis dan hanya dibuka untuk pengiraan pada 17hb ini.

REALITI RAKYAT DAN FANTASI PEMIMPIN.....

Aku ada baca kat Bernama berita ni :

"KUALA TERENGGANU, 11 Jan (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak perlu menggunakan label negara kebajikan kerana pimpinan negara telah melaksanakannya sejak memerintah."
"Tak payahlah nak kata kita ini negara kebajikan, tak payah buat label kerana hakikatnya kita memang sudah negara kebajikan. Tak payah nak kata nak perjuangkan negara kebajikan kerana Malaysia di bawah pimpinan Abdullah (Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) amat-amat cakna kepada kepentingan rakyat," katanya."

Lepas tu jumpa pulak berita ni :

"KUANTAN: Kerajaan negeri melalui Yayasan Pahang (YP) menyediakan peruntukan RM2 juta bagi menjayakan Program Bantuan Pakaian dan Beg Sekolah (PBPBS) untuk dinikmati oleh kira-kira 25,000 pelajar miskin di seluruh negeri."

"Menurut berita itu lagi dari jumlah tersebut, seramai 1,337 orang pelajar miskin adalah dari Bentong, Jerantut (1,414 orang), Raub (1,256 pelajar), Pekan (1,923 pelajar), Temerloh (2,402 pelajar), Lipis (1,145 pelajar), Bera (1,105 pelajar), Maran (1,423 pelajar), Kuantan (5,291 pelajar), Cameron Highland (416 pelajar) dan Rompin (1,801 pelajar)."


Lepas tu jumpa pulak gambar ni, gambar rumah di Pekan:




Ada lagi, ni rumah pemimpin Umno di Terengganu :



Ni rumah rakyat kat Terengganu :



Najib cakap tu kerajaan kebajikan negara mana???

Kat Mongolia ada ke parti politik bernama Barisan Nasional???

BALUN SEGANTANG....BERI SEULAS...



Aku tak dapat la nak confirm CEO TNB ni ahli Umno ker tak. Cuma bila tengok kenyataan dia yang dibuat di Kuala Terengganu semalam rasa macam tak sedap hati. Bunyi ayat macam berkempen saja. Tak mengapalah. Jadi ahli mana-mana parti yang berdaftar kat Malaysia ni bukannya satu jenayah pun.

Di Terengganu, katanya TNB dibayar RM415,734 sebulan untuk subsidi 43,156 pengguna seumpamanya, yang juga 17 peratus daripada keseluruhan 273,787 pengguna elektrik di negeri itu, katanya pada sidang akhbar sempena Program Bersama Pelanggan TNB di Balai Raya Kuala Ibai Pantai di sini hari ini.

Che Khalib berkata bagi kawasan Kuala Terengganu, kerajaan membayar RM133,000 kepada TNB, membabitkan 14,000 pengguna.


Tu cerita TNB duk sibuk canang pasal kerajaan BN yang pemurah pada rakyat. Ni ada satu lagi, duk cerita benda yang sama jugak. Cerita budi baik BN perabis duit pada rakyat naiktaraf Tadika Kemas.

KUALA TERENGGANU: Kerajaan memperuntukkan RM77 juta untuk menaik taraf 220 Taska Kemas kepada Taska Permata Kemas mulai tahun ini.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Dasar Permata negara, berkata sejak ditubuhkan pada 2007, 14 Pusat Permata sudah beroperasi membabitkan 380 kanak-kanak dengan 80 tenaga pengajar berkelulusan sekurang-kurangnya diploma.

Tak cukup lagi??? Ni ada satu lagi, yang ni mesti Pengerusi JKKK senyum lebar. Biasanya yang banyak dapat manfaat bila ada bajet untuk kontraktor kelas F ialah Pengerusi JKKK la. Pengerusi JKKK ni ahli parti mana??? Jawab la sendiri. Aku malas nak usul periksa.

KUALA TERENGGANU: Kerajaan menyediakan peruntukan RM900 juta tahun ini untuk Projek Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) khusus untuk manfaat kontraktor kelas F di seluruh negara bagi memastikan kumpulan itu tidak terjejas dengan krisis ekonomi dunia, kata Datuk Seri Najib Razak.

Kuala Terengganu sekarang ni dah jadi macam pusat pentadbiran negara pulak. Semua pengumuman penting kerajaan dibuat kat P.36. Tak tahu la, aku dengar cerita banyak bangunan kerajaan kat Putrajaya tu bocor. Mungkin sebab tu kot segala macam jenis mak nenek pengumuman dibuat kat P.36 ni. Lagi pun sekarang musim hujan. Aku cuba la jugak nak bersangka baik kat kerajaan. Asyik duk hentam saja tak sedap jugak.


Ok lah. Yang kerajaan beri pada rakyat tu aku nak ucap berbanyak terima kasih. Bagus juga bila ada pilihanraya kecil ni, kerajaan boleh jadi pemurah dengan tiba-tiba!!!! Tapi bila ada yang kata semua ni sebab pilihanraya, ada menteri yang jawab semua tu dah rancang lama dah. Dah dia menteri, dia jawab la macam tu, cuba tanya kat Mat Sabu, mesti dapat jawapan berbeza.


Kalau duk kira bajet semua sekali pengumuman kerajaan tentang projek-projek untuk rakyat sepanjang masa pilihanraya kecil P.36 agak-agak berapa billion??? Yang ni pun aku malas nak kira. Nak tahu kira sendiri la. Cuma aku pun tak lupa jugak pasal berapa banyak kerajaan duk perabis duit untuk projek-projek yang diberi pada kroni. Serba sedikit yang aku duk ingat lagi :

  1. Pembangunan Wilayah Iskandar RM 240 bilion
  2. Pembangunan Koridor Utara RM 160 bilion
  3. Pembangunan Koridor Pantai Timur RM 170 bilion
  4. Pembangunan Koridor Sabah RM 115 bilion
  5. Pembangunan PGCC di Pulau Pinang RM 24 bilion
  6. Jambatan Pulau Pinang ke-2 RM 3 bilion
  7. Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS - RM 1,550.000.00
  8. Kos perbaiki MRR 2 - RM 70,000,000.00
  9. Kos perbaiki kerja bangunan Matrade - RM 120,000,000.00
  10. Pembelian jet baru Abdullah - RM200,000,000.00
  11. Bayaran pampasan kerana gagal meneruskan pembinaan jambatan bengkok - RM 257,000,000.00
  12. Pembelian kapal selam - .........
  13. Pembelian Sukhoi - ...........
  14. Pembelian Helikopter - .........
  15. Pembinaan landasan keretapi berkembar Ipoh - Padang Besar - ..........
  16. Masjid Kristal - ............
  17. Monsoon Cup - ...........

Aku pun dah penat nak tulis dah....aku rasa siapa yang dapat projek ni lagi penat nak kira duit!!!

Aku pun nak tanya ketua-ketua cawangan Umno kat Bukit Depu, Kg. Kolam, Gong Tok Nasek, Cendering dan lain-lain cawangan, berapa projek yang dapat dari senarai kat atas tu??? Kalau jawapannya tak sampai RM100 ribu seorang, aku nasihatkan ketua cawangan tu pergi buat pemeriksaan doktor. Pastikan tiada apa penyakit kat dalam otak. Aku bukan tuduh hang sakit otak, cuma aku kasihan la. Hang sokong buat apa??? Tu belum lagi aku tanya kat makcik-makcik yang aku nampak bersemangat dengan tudung jambul merah sibuk berkempen naik rumah turun rumah. Aku rasa depa tu tak pernah dengar pun nama projek tu. Yang ni pun kena pergi jumpa doktor jugak. Silap-silap ada yang rumah kena roboh masa nak buat projek monsoon cup.

Kalau la Umno menang lagi pilihanraya kecil P.36 kali ni, aku rasa kubu kuat Umno yang selama ni sinonim dengan negeri Johor baik diserah pada Terengganu. Dok gitu???

Sunday, January 11, 2009

MEMANG PENIPU....

Umno ni sanggup lakukan apa saja asalkan niat untuk menang tercapai. Terkini bila petugas pilihanraya dari AMK berjaya mengesan Umno menggunakan logo PKR pada vest mereka.

Harap petugas-petugas semua berhati-hati. Sudah ada tanda-tanda Umno nak start main kotor.

P.36 : NAJIB PERLEKEH PAK LAH.....

Wan Farid adalah calon Umno@BN dalam pilihanraya kecil P.36. Ke hulu ke hilir berjumpa pengundi. Senyum sampai lusuh. Bersalam pun sampai haus tapak tangan. Minum air kat warung macam nak pecah perut. Tiap waktu solat berjamaah kat masjid atau surau. Pendek kata apa saja la akan dibuat masa berkempen ni. Kalau dulu-dulu nak senyum pun payah. Nak jumpa lagi la susah..ni orang Umno pun sendiri duk complaint. Tapi sekarang ni celik mata saja nampak Wan Farid...kat tv...kat radio.. kat paper...kat Kuala Terengganu. Calon PAS pun kerja kuat juga berkempen cuma tak disiarkan dalam media. Yer lah...semua orang faham media kat Malaysia tahap 'bebas' macam mana.

Tu aku tak kisah la sebab semua tu calon. Berkempen tu wajib nak tarik undi. Cuma yang aku tak faham bila si Najib ni pulak tumpang semangkuk (hayun?) berkempen untuk diri sendiri. Berita tv pun lebih banyak siar ucapan Najib. Calon Umno tu bisu ke??? Kalau calon Umno segan, tak banyak cakap, baik siarkan ucapan calon PAS. Biar rakyat dengar..biar rakyat buat perbandingan..biar rakyat jadi hakim. Tapi siar yang betul la...jangan pulak siar yang dah edit..siar separuh-separuh pastu pembaca berita buat ulasan sendiri. Tu tak adil. Tu macam nak tipu rakyat.

Berbalik pada tajuk asal...Najib dilapor sebagai berkata :

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan memberikan pertimbangan yang sebaiknya terhadap permintaan kakitangan kerajaan apabila menjadi Perdana Menteri tidak lama lagi.

"Percayalah, pada masa akan datang, kakitangan kerajaan akan mendapat pembelaan sebaiknya daripada kerajaan," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama kakitangan kerajaan Persekutuan dan negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.
Najib ni macam duk perli Pak Lah. Duk kata Pak Lah tak beri pembelaan pada kakitangan awam. Memang la Najib tak sebut 'direct', tapi yang tersirat macam tu la lebih-kurang.

Aku nak tanya la kat Najib ni sikit....kalau dah perasan kakitangan awam tak dapat pembelaan sekarang, hang kan TPM dan Menteri Kewangan...apa tak cukup kuasa lagi ke??? Masa Anwar Ibrahim jadi TPM dan Menteri Kewangan dulu pun banyak yang dia buat untuk kakitangan awam. Rumah untuk cikgu-cikgu sekarang yang ala-ala kondominium ni Anwar punya inisiatif, naiktaraf berek polis yang macam sarang burung kepada yang lebih selesa, naik gaji polis, gaji askar dan yang paling penting zaman Anwar jadi TPM dulu minyak dan tol tak dibenarkan naik!!! Apa jawatan Anwar dulu tak sama dengan jawatan Najib sekarang???

Najib ni jangan jadi macam Wan Farid...minta jadi Ahli Palimen baru boleh buat itu ini. Baca sini.

Yang aku tahu Najib ni belum pun jadi PM dah buat macam-macam hal yang kontroversi yang bukan pun berkaitan pasal pembelaan kakitangan awam. Yang selalu orang duk sebut ialah pasal beli kapal selam, jet sukhoi, pasal helikopter dan terkini nak 'jual' IJN kat Sime Darby. Yang ni Najib boleh buat pulak tanpa perlu tunggu dapat kuasa jadi PM??? Yang pasal Mongolia tu aku malas nak sebut. Rakyat dah faham. Cuma puak Umno yang payah nak faham.

Pendek cerita...rakyat perlu tolak Umno@BN. Rakyat di P.36 perlu tolak Wan Farid. Mereka ni hanya tahu nak jawatan....dapat jawatan lupa pada rakyat yang beri amanah suruh jaga negara. Yang depa duk ingat macam mana nak rompak harta negara. Yang dapat 'pembelaan' ialah kroni-kroni sahaja. Kepada kakitangan awam yang mengundi di P.36 yang baca blog aku ni....jangan percaya janji-janji Najib. Dan jangan percaya kat janji-janji Rosmah yang sama ligat duk berkempen kat P.36 sekarang ni.

Kalau Najib nak beri dan berjanji jugak...minta puak-puak Umno tu beri yang ni dulu..baca sini.

Tapi yang paling afdal...jangan pilih dah Umno ni..jangan percaya Umno...jangan beri peluang kat Umno....PANGKAH SAJA CALON PAS!!!!

BLOG

Blog akan di update setelah beberapa masalah selesai...teruskan membaca.

Saturday, January 10, 2009

DAH START NAK HANGAT....

RINGKAS TERKINI : Polis sedang menyiasat satu insiden kecil pergaduhan antara penyokong PAS dan BN.

**Insiden tersebut berlaku di DUN Wakaf Mempelam dan DUN Batu Burok. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

**Polis terpaksa menghentikan ceramah PKR di Kg. Cina kerana permit TIDAK DILULUSKAN. Tindakan diambil dibawah Seksyen 24 (b) Akta Polis.

**Bendera PAS yang paling banyak diturunkan oleh Petugas SPR kerana memasang di tempat yang dilarang.

corongkita : Nak buat lagu mana, polis dan SPR punya kuasa. Jangan layan provokasi. Ingat pesan aku ni. Ambik gambar siapa yang buat kecoh.

BILA BUAYA MERAYU....

Adat orang bertanding mesti ada kempen, adat orang berkempen mesti ada janji, lepas berjanji ada pula kata-kata rayuan.
Semua ni dilakukan untuk satu tujuan...undilah saya!!!

Jumaat adalah hari ke-4 kempen bagi P.36. Suasana bertambah hangat walau tidak sehangat seperti yang diharapkan namun lebih hangat dari 2-3 hari yang lepas. Mungkin kerana faktor cuti hujung minggu hari Jumaat dan Sabtu di Terengganu.

(TERKINI : Nurul Izzah melawat Pasar Tani Cabang Tiga Sabtu 10/01/2009 jam 9.00pagi.)

Hari Jumaat juga menyaksikan wajah-wajah Menteri dari pusat berselerak di Kuala Terengganu dengan berbagai aktiviti yang diatur. Ada yang buka pusat pemeriksaan kesihatan, ada yang merasmikan majlis pecah tanah membuat rumah, ada yang berjalan kaki masuk ke kedai-kedai menemui pengundi, ada yang pergi rumah ke rumah sambil masuk dan duduk bersila dengan tuan rumah, ada yang menyampaikan bantuan fakir miskin dan macam-macam lagi. Memang meriah sungguh berbanding hari-hari lain dibantu dengan cuaca yang mendung. Umno nampaknya memonopoli gerakerja tersebut kerana jentera kerajaan pusat dan negeri turut sama memainkan peranan seolah-olah sebahagian parti komponen Umno@BN.

Bagi calon PAS pula, gerakerja yang hampir sama turut dilakukan. Dari pagi hingga ke petang. Cuma ianya melibatkan kelompok ahli parti tempatan dan beberapa pimpinan PR. Namun sambutan rakyat sungguh memberangsangkan.

Pada sebelah malam pula aktiviti ceramah dijalankan seperti biasa oleh calon PAS di beberapa tempat berbeza. Sekarang giliran PAS pula dilihat memonopoli aktiviti penerangan melalui ceramah. Pengalaman menjalankan ceramah terus kepada pengundi memberi advantage kepada PAS. Kerana tiada media lain yang dapat digunakan maka petugas-petugas ceramah PAS lebih jauh efisien. Umno hanya tertumpu pada majlis makan malam di dewan besar yang sebahagian besar dihadiri oleh pimpinan BN. Ceramah kelompok dijalankan di bilik gerakan Umno yang biasanya tersedia buah tangan dan makan minum untuk mereka yang sanggup hadir dan terpaksa hadir. Namun kehadiran amat memilukan. Kalau ibarat buat filem...memang tak balik modal dan panggung tutup!!!

Khabarnya esok ada nama besar(?) Umno bakal mengegarkan P.36. Dulu pun dia dah selalu gegar dengan isu 6 kotak dokumen rasuah pemimpin Umno. Dan pernah juga mengegar pintu Sungai Buloh dan Kem Tahanan Kemunting. Datang esok untuk membantu rakan baiknya berkempen. Silakanlah. Tiada halangan. Rakyat dan pengundi pun nak dengar apa donggeng terbaru. Kalau boleh edar bersama gambar terbaru banglo besar yang baru siap hari raya lepas.

Namun ada satu yang sangat menarik hati saya untuk dikupas ialah kenyataan oleh Wan Farid apabila menemui pengundi-pengundi. Beliau dilaporkan sebagai berkata :

“Bila saya berjumpa dengan pengundi, saya kata, berilah peluang kepada saya. Dan jika saya tidak boleh membantu mereka, hukumlah saya dalam pilihanraya berikutnya."

"Menurutnya, beliau mahu menjadi wakil rakyat yang boleh menyelesaikan masalah rakyat."
Wan Farid mungkin terlupa agaknya. Sebelum ini pun beliau adalah senator yang melayakkan beliau digelar Yang Berhormat. Yang Berhormat Senator kurang 'prestige' berbanding dengan dengan Yang Berhormat ADUN atau Ahli Parlimen. Itu anggapan sesetengah pihak.

Wan Farid juga mungkin terlupa bahawa beliau pernah berjawatan Timbalan Menteri. Kedua-dua jawatan tersebut baru saja dilepaskan dalam masa seminggu yang lalu.

Apakah dengan berjawatan Timbalan Menteri dulu Wan Farid tidak berbuat apa-apa untuk rakyat???

Apakah dengan jawatan tersebut tidak cukup untuk Wan Farid menyelesaikan masalah rakyat???

Tidak cukupkah lagi peluang dan masa menjadi Senator dan Timbalan Menteri maka rakyat perlu memberi dia peluang lain sebagai Ahli Parlimen pula???

Benar Wahid Endut juga seorang Yang Berhormat DUN dan pernah sepenggal menjadi Exco Negeri Terengganu. Tetapi beliau menjadi ADUN di negeri yang diperintah oleh Umno@BN sekarang. Banyak kemudahan dan hak beliau sebagai wakil rakyat disekat. Menjadi Exco pula kepada kerajaan negeri yang diperintah PAS pada tahun 1999-2004. Ketika itu pun banyak hak kerajaan negeri disekat oleh kerajaan pusat seperti wang royalti.

Berbeza dengan Wan Farid. Jawatan beliau disokong oleh segala macam kemudahan kerajaan baik di peringkat pusat atau negeri. Maka apa perlu diberi lagi peluang ke-2??? Tiada jaminan beliau akan membantu rakyat. Sekadar janji dan kata-kata sahaja. Mat rempit pun akan berjanji macam-macam ketika ditahan di lokap tetapi bila lepas akan terus dengan aktiviti rempitnya juga. Mungkin dengan aksi lebih merbahaya ala-ala superman.

Wan Farid sebenarnya telah patut dihukum kerana telah gagal membantu rakyat. Jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri cukup mempunyai pengaruh besar. Boleh saja pada ketika itu beliau menggunakannya untuk membantu rakyat. Bukannya dengan mendera rakyat.

Rakyat Terengganu dan Malaysia masih tidak lupa dengan peristiwa Batu Burok. Rakyat tidak mahu dibaham oleh buaya yang sama.


Friday, January 9, 2009

TERKINI : KOTAK..KOTAK...

Malam ni atau malam esok 'budak 6 kotak' akan turun berkempen membantu sahabat beliau berkempen, berceramah dan berdonggeng di P.36.

Adalah dipercayai enam kotak yang beliau kecohkan selama 10 tahun ini telah pun dijual kepada peraih kotak terpakai untuk menampung perbelanjaan menyiapkan banglo mewah beliau.

Sekian untuk makluman.


***TERKINI : JANGAN LAYAN SEBARANG PROVOKASI DI SEBARANG TEMPAT TUMPUAN AWAM ATAU CERAMAH PAKATAN RAKYAT. SILA BERSEDIA DENGAN KAMERA UNTUK MERAKAMKAN PERBUATAN INDIVIDU TERBABIT.

CALON LAWAK

Wan Farid ni jangan la nak buat lawak berlebihan pulak...hang tu calon pilihanraya bukannya peserta Raja Lawak Astro. Bila Mahathir kata Wan Farid calon yang paling buruk, ramai yang melenting kata tak betul. Dah dulu masa dia jadi Presiden Umno, semua yang Mahathir kata, ahli Umno angguk saja, kutuk Nabi pun ahli Umno angguk juga. Aku pun tak faham orang Umno ni. Mahathir baru nak batuk pun ada ahli Majlis Tertinggi Umno angkat tangan tanda setuju!!!

Balik pada cerita Wan Farid. Wan Farid kata salah satu cara dia nak pikat pengundi ialah dengan senyuman. Betullah senyum tu pun satu sedekah...cuma aku nak tanya la sikit, selama ni tak pernah senyum ka bila jumpa orang? Bila mai masa nak berkempen baru belajar nak senyum? Patut la bila Pak Lah datang Terengganu semalam dia kata ada orang Umno sendiri duk bising complaint hang ni sombong yang amat.

Satu lagi lawak Wan Farid ni bila dia nak guna pendekatan 3M iaitu mendengar, memahami dan menyelesaikan masalah rakyat. Ni aku langsung tak setuju!!! Seluruh alam dah tahu cara Umno berkempen lagu mana. Dah 12 kali pilihanraya umum dan dah berpuluh kali pilihanraya kecil, yang Umno duk guna 3M ialah money, machinery dan media. Ni 3M yang aku tahu Umno duk selalu perasap kemenyan tiap kali pilihanraya. Ada yang duk kata 4M, M yang ke-4 ialah meletup!!! Yang ni aku tak berani nak komen apa, kalau nak tahu pasal meletup ni kena tanya kat Raja Petra, dia tahu sangat siapa yang buat kerja letup-meletup ni. Umno ni kalau tak kempen guna duit-money, salahguna jentera kerajaan-machinery dan tak guna suratkhabar dan tv pengampu-media, jangan la kat dunia ni sebut nama Umno. Dah jadi darah daging. Ibarat aur dengan tebing. Macam irama dan lagu tak dapat dipisahkan.

Seperkara lagi, aku duk perati Wan Farid ni tak pernah pun bercakap, berucap, berkempen macam calon Umno kat Permatang Pauh buat. Ada la niat nak jenguk kejap nak dengar kat bilik gerakan Umno masa dia singgah, tapi takat intro memperkenalkan diri ada la. Tu budak sekolah pun pandai. Aku dulu pun naik pentas juga masa ada perhimpunan baca ikrar. Yang selalu dia buat ialah duk menempel. Masa Najib cakap, dia duk belah tepi pandang camera sambil senyum control hensem. Masa Pak Lah cakap pun sama, masa MB Terengganu cakap pun dia buat lagu tu juga. Bercakap la sikit. Calon Umno kat Permatang Pauh tu punya la semangat berceramah sampai Cina pun tepuk tangan masa dia berucap bahasa Cina. Kawan Cina aku kata, bahasa Cina dia ada class.

Bukan apa, sebagai yang menawarkan diri bertanding untuk jawatan ahli parlimen, kepetahan bercakap tu penting. Takkan dalam parlimen nak duk diam je. Kena la bercakap bagi pihak rakyat yang dah pilih kita. Kalau jadi Timbalan Menteri pun kena la pandai cakap jugak. Duk kat kedai kopi pun kena pandai bersembang. Jangan jadi macam senator 'makcik' dari Terengganu semalam yang bercakap tunggang-langgang, keluar berita live pulak tu. Dari situ dah dapat agak tahap mana pemikiran dia.

Zaman sekarang bukan macam dulu. Dulu calon Umno kalau letak batang pisang pun confirm menang. La ni tak boleh lagu tu dah. Rakyat dah pandai. Tu yang Umno tak suka rakyat pandai sangat. Kalau dah pandai memang rakyat takkan sokong Umno.

Kalau la aku ni rapat dengan Wan Farid, sebagai kawan aku wajib beri nasihat kat dia supaya jangan letak jawatan senator dulu. Jangan bertanding calon parlimen atas tiket Umno. Aku takut bila sembang kat kedai kopi nanti aku pulak yang kena bayar. Dah dia tak ada keje lepas bertanding nanti ni!!!!


***TERKINI : JANGAN LAYAN SEBARANG PROVOKASI DI SEBARANG TEMPAT TUMPUAN AWAM ATAU CERAMAH PAKATAN RAKYAT. SILA BERSEDIA DENGAN KAMERA UNTUK MERAKAMKAN PERBUATAN INDIVIDU TERBABIT.

APASAL BUAT LAGU TU KAT WAN FARID???

Semalam kempen Umno kat P.36 nampak sedikit berseri dengan kedatangan Presiden Umno yang dah nak tamat tempoh 3 bulan lagi. Ramai menjangkakan kempen Umno@BN bertambah ligat selepas mendengar amanat yang disampaikan dalam satu majlis sambil makan-makan, dengar, gelak dan tepuk oleh Presiden Umno tu. Tapi sampai tengah malam 'semangat' tu tak muncul-muncul pun di P.36. Puas juga duk ronda-ronda keliling tapi kebanyakan bilik gerakan Umno standard macam tu juga...penuh dengan aktiviti makan & gelak. Dah tu Presiden Umno datang buat apa??? Takkan tak pernah makan angin kat Kuala Terengganu selama ni!!!

Dalam duk melilau pusing keliling tu dapat la satu berita yang rasanya amat menyedihkan calon Umno Wan Farid, kalau la dia dengar confirm kecil hati menangis tak berlagu la jawabnya. Yer la... kawan tu dah la letak jawatan nak bertanding punya pasal, tup-tup ada pulak kata macam-macam kat belakang...bab ni aku rasa kesian kat Wan Farid. Ni yang dikata kawan makan kawan.

Dalam perjumpaan tertutup malam tadi, Presiden Umno menasihatkan kepada jentera Umno agar jangan memberi maklumat yang salah berkenaan calon Umno Wan Farid tu. Kesian dia dah korban jawatan senator jadi kena la tolong dia beri menang pilihanraya ni. Nanti lepas ni dia takdak kerja nak buat. Najib belum tentu nak beri dia jawatan dah dia dicop budak Paklah. Ni bukan aku yang kata, ni bekas Presiden Umno sendiri yang kata. Bekas Presiden Umno yang dah keluar Umno. Sapa lagi....dia tu lah....

Presiden Umno Pak Lah kecewa sebab Umno yang lebih sibuk mengutuk calon depa sendiri. Patutnya jentera Umno kena la kempen beri pengundi sokong Umno, ni dah terbalik pulak!!!!

Lepas tu dapat lagi berita sedih kedua yang melanda Wan Farid semalam bila parti komponen BN iaitu Gerakan sendiri mengakui bahawa orang Cina lebih menyukai calon PAS daripada calon Umno. Yang ni lagi satu kes berat!!!! Padahal berita jam 8 malam keluar kenyataan Presiden Umno yang pengundi Cina masih menyokong Wan Farid...berita tiga suku tipu ka atau Abdullah yang tipu??? Dah memang dalam puak-puak penipu ni memang susah la nak kenal mana satu penipu biasa dan mana satu penipu tegar.

Tu cerita pasal Presiden Umno dan parti Gerakan. Depa tu orang luar. Ni pulak cerita pasal orang kuat Umno Terengganu sendiri pun tak puas hati juga kat Wan Farid ni. Yang ni aku malas nak ulas....baca jer la kat sini.

Nampaknya kita sebagai manusia patut rasa kesian kat Wan Farid ni. Jangan salah faham..aku kata kesian...bukan suruh undi dia pun. Yang ni kena clear. Semua duk beri komen negatif pasal dia, dari orang Umno, parti komponen dan bekas presiden Umno pun semua macam tak berkenan kat si Wan Farid ni. Kalau macam ni la gayanya....aku tak tahu la apa nak kata kalau pengundi P.36 jatuh hati sangat kat Wan Farid ni. Ada satu kemungkinan yang menyebabkan orang Melayu cepat jatuh hati....mungkin dah kena minyak senyonyong kot??? Yer la.... benda ni masih menebal dalam masyarakat orang Melayu...sebab tu ada slogan dulu, kini dan selamanya. Tu slogan tahyul la tu....tahyul bagi sekelompok kecil pengundi dan penyokong yang masih lagi duk letak harapan kat parti yang dah nak mereput ni.

Stesen tv dan media arus perdana lain pun tak terkecuali terpesona dengan benda tahyul ni. Sekarang duk tayang segala macam benda pasal Terengganu. Sampai puaka pun masuk tv...tak caya tanya la puaka niyang rapik.






Thursday, January 8, 2009

HUJAN DAH TURUNNN.......

























Hari ni Presiden Umno datang ke P.36. Mengikut maklumat yang tersebar luas beliau datang bagi 'membantu' jentera Umno yang amat sangat lesu. Bukan lesu pasal apa, lesu la pasal belum massyukkkkk. Kita tengok malam ni mesti ramai yang bersidai kat bilik gerakan Umno tunjuk muka dan daftar nama. Berapa agaknya bayaran yang diterima??? Itulah nilai maruah mereka.

Yang datang ramai-ramai penamaan tu kebanyakan dari luar. Bukan susah sangat nak kenal, kalau dengar cakap pun kita tahu memang sah orang luar. Tak sebut makang, gi mane, sape die....tu semua trade mark orang Terengganu. Lepas tengahari semua berterabur balik selepas shopping kat Pasar Payang.

Hari ni hari ke-3 kempen, Umno ni memang tak boleh hidup kalau tak guna trick lama. Sejak semalam dan pagi ni dah ada bendera PAS kena turun. Alasannya kerana tempat tu dilarang pasang bendera. Yer la kalau betul macam tu...tapi pasal pasal bendera Umno tak cabut juga??? Ni semua nak beri orang marah dan mencetus provokasi. Kalau cabut pun bendera Umno tidak sebanyak bendera PAS.

Tak cukup dengan tu Umno dah start main gertak. Guna BPR la pulak. Biasa la...kalau kita lapor kita yang kena siasat. Selepas tu kes tak tahu hujung pangkal. Berapa kali dah berlaku macam ni.
Asyik ambil keterangan tapi tiada siasatan, kalau siasat pun tak selesai-selesai juga.

Umno juga terpaksa menggunakan media bagi memburukkan imej PAS dengan isu negeri lain. Macam kat Permatang Pauh dulu isu Exco Perak kena tangkap rasuah. Sekarang pun hentam Perak juga isu Tadika Kemas.

Sebenarnya Umno dah dapat mengagak apa bakal berlaku jika gelombang ini tidak disekat. Kedatangan Presiden Umno bukanlah dengan tangan kosong....kalau tangan kosong alamatnya tutup la bilik gerakan Umno. Pasti ada sesuatu yang menarik akan berlaku.

Sepanjang 2 malam ceramah PR di P.36 yang turut dihadiri oleh Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Aziz, sambutan rakyat memang mengegarkan. Berbanding suasana suram dan ala-ala berkabung dalam program anjuran Umno. Yang datang tu pun sebab terpaksa atau nak menerima bantuan.

Kedatangan Abdullah Badawai ke Kuala Terengganu pasti dipenuhi dengan program 'hulur-hulur' untuk pengundi di P.36. Kita tengoklah nanti samada Presiden Umno itu berjaya membawa satu magic bagi membantu calon Umno Wan Farid boleh tidur lena sepanjang tempoh kempen.

SEDIA KE GARISANNN.....LOMPATTT.......

Pada hari penamaan calon P.36 baru-baru ni ada calon bebas yang masuk bertanding dengan menggunakan simbol buku. Tak tahu lagi nasib beliau samada menang atau kalah. Penggundi di P.36 akan menentukannya pada 17 Januari nanti.

Pada pilihanraya umum ke-12 Mac tahun lepas, ada seorang calon bebas yang bertanding menggunakan lambang PAS. Dan nasib beliau telah kita semua ketahui.

Namun yang belum jelas ialah adakah beliau akan terus dengan status 'bebas' atau sedang mengintai peluang melompat menyertai parti pilihan hatinya???

Ibarat orang bercinta. Lama tak jumpa akan melahirkan perasaan rindu dendam. Rindu pada parti yang diidamkan dan dendam pada musuh parti yang ingin disertainya.

Bila dah dibuai cinta...maka ayat-ayat cinta akan terpacul untuk membela 'kekasih' yang meminta pertolongan. Membela kekasih dengan 'menjerkah' musuh kekasih. Dengan harapan kekasih akan faham maksud tersirat dan akan memudahkan acara peminangan. Bila akan berkahwin??? Rasanya tak lama lagi dah..tunggu aje.

Faham tak apa aku tulis ni???? Kalau tak faham kena turun padang kat P.36...baru senang nak faham.

DIA DATANGGG.....

Kertas undi pos akan dikeluarkan Sabtu ini. Sebanyak 1,035 kertas undi pos akan diedar kepada pasukan keselamatan seperi polis, tentera dan pelajar luar negeri yang mendaftar sebagai penggundi pos.

Tarikh undi pos dijalankan tidak diketahui. Hanya ditetapkan tarikh serah semula kertas undi tersebut adalah sebelum 5 petang 17 Januari 2009.

TOLONG EJA....D.E.M.O.K.R.A.S.I.

Berita masa sekarang cukup haru kalau baca. Ada berita pasal beri duit kat pengundi, ada berita macam nak pilihanraya kecil sekali lagi, ada calon yang percaya kat nombor, pasal taring, ada yang nak jadi hero kampung, ada pulak dah 50 tahun baru teringat nak bermesra dan macam-macam segala jenis cerita boleh baca. Tak kira la baca sumber mana pun baik dalam internet, suratkhabar, radio dan tv.

Cuma rasanya macam nak komen sikit la. Kita ni dah 50 tahun lebih merdeka. Dari makan ubi kayu, sekarang dah boleh masak burger sendiri dalam rumah. Dulu kayuh basikal pergi mengaji, sekarang dah boleh merempit selepas balik mengaji. Yang aku tak faham ada satu perkara tak ubah-ubah dari dulu sampai sekarang walau ramai dah berbunyi...'kebebasan media'. Yang ni dari dulu memang jarang-jarang nak bebas...bebas la sekejap...tak lama...tapi 'ke dalam' la jawabnya. Hang yang muda-muda ni kenal tak Pak Said-Said Zahari ni??? Kalau tak kenal kena buka buku sejarah semula...aku malas nak cerita kat sini. Tapi kalau sebut Farid Ridzwan dan Shabery Chik mesti semua kenal. Sebut 'jom heboh' mesti seronok sampai melompat kot ???

Yalah asyik-asyik duk cerita pasal belah sana (Umno la) saja pasal apa??? Yang belah sini (PR-PAS la sapa lagi!!!) nak buat ceramah pun kena permit, kena buat belah malam, tak boleh ganggu lalu-lintas, nak masuk tv jangan harap la, nak cakap sikit dalam radio pun jangan mimpi..Selangor yang PR perintah pun tak dapat air-time walau seminit. Kalau ada pun keluar tv dan suratkahabar semua cerita masuk angin keluar asap!!! Hak konon-kononnya berita baik-baik belah sana sampai pagi duk tayang ulang-ulang...tak caya??? Cuba bangun pukul 2-3 pagi pastu buka tv (RTM la). Hang tengok la puas-puas sampai juling mata.

Kalau sebut kebebasan media nanti dia kata mana ada kebebasan mutlak....betul la tak mutlak tapi yang duk buat sekarang ni langsung tak adil...teruk sangat berat sebelah. Kalau sebut juga lagi kebebasan media nanti dia kata jangan ikut barat. Ni aku nak beritahu sikit....yang barat tu yang elok kita boleh ikut. Dalam 2-3 bulan lepas bukan main seronok tengok kat Astro bila masa nak pilih Presiden Amerika. Depa buat live Presidential Debate, rakyat Amerika dan seluruh dunia boleh tengok. Tu contoh kat barat, contoh terdekat Thailand. Semua parti yang bertanding boleh masuk tv saluran khas...kat situ boleh kempen sampai lenguh pun takpa 'RTM Bangkok' tak halang pun.

Tapi bising kat blog pun tak jadi apa cuma boleh la beri sedikit kesedaran bahawa hak untuk mendapat maklumat yang betul, adil dan telus tu mesti kita perjuangkan. Sekarang belah sana berkuasa dia sekat media....tak lama lagi insyaallah kita pula pegang kuasa. Kalau nak lagi cepat kena kerja kuat kat P.36 ni. Tak percaya??? Mesti tak pergi dengar ceramah Anwar dengan Tok Guru Nik Aziz dan calon PAS P.36 kat Tanjung semalam!!!! Betul la hangpa ni baca blog je boleh harap..bila time buat kerja semua menikus!!!

Wednesday, January 7, 2009

P.36 - CUBA MINTA HAKMILIK TANAH DAN AIR PERCUMA

Dah jadi badi tiap kali pilihanraya macam-macam dok janji nak beri pada rakyat. Seolah-olah selama ni rakyat tak dapat apa pun...ada pilihanraya baru sibuk nak beri itu ini.

Projek pembangunan RM5.8 juta untuk penduduk Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri merancang melaksanakan projek pembangunan bernilai RM5.8 juta di Kuala Terengganu sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat untuk menerajui kawasan itu pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan ini.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata, peruntukan tersebut meliputi RM2 juta untuk projek membaiki longkang dan jalan raya yang rosak manakala RM3.8 juta lagi untuk projek-projek kecil di kawasan Parlimen Kuala Terengganu.


Tu yang jenis berjanji. Ada juga dengar cerita jenis ugut!!!

Sebuah keluarga yg telah kematian bapa dan hidup dibelenggu kemiskinan.Keluarga tersebut yang menerima bantuan zakat dr kerajaan negeri telah diberi amaran oleh puteri umno untuk tidak rapat dgn seorang ajk muslimat PAS yg sering menziarahinya.

Aku pun bukanlah pandai sangat. Tapi kalau boleh nak bagitau kat pengundi di P.36 tu apakata kali ni minta kerajaan negeri Terengganu beri hakmilik tanah dan air percuma kat rakyat Terenganu. Tak kira la sapa menang pun kerana yg lawan ni kerusi parlimen, negeri Kuwait Malaysia ni tetap puak Umno dok jaga lagi. Tanah dan air tu kuasa kerajaan negeri, macam Selangor dan Perak duk buat tu. Kalau Wan Farid kalah pun kerajaan negeri boleh buat juga. Tak perlu tunggu Umno menang parlimen.

Lagi satu isu pengangkutan awam kat Bandaraya Kuala Terengganu ni teruk amat!!! Buat malu jer dapat status bandaraya. Pi la gegar ofis Datuk Bandar cerita pasal isu ni. Ni isu setempat yang hari-hari rakyat Kuala Terengganu kena hadapi. Lagi pun isu ni dah lama dah. Yang aku tengok jalanraya yang dah elok pun dok korek buat baru lagi apa pasal??? Buat la jalan kampung..bukannya jalan tar ke rumah pengerusi JKKK je. Sekarang musim hujan jalan becak. Nak pegi surau pun basah kain dulu terpercik.

Kalau boleh minta tunaikan secepat mungkin dalam tempoh kempen ni. Dah nak tolong sangat baik minta dua menda tu berguna utk jangkamasa panjang. Takat duk janji nak buat parit, longkang, jalan tu nak beri projek kat kroni depa je.

Tanah yg PAs proses dulu boleh la MB Terengganu skrg lulus beri geran kekal. PAsal air tu kalau tak sempat boleh la mulakan dengan membuat sidang media terbuka. Kurang-kurang satu Malaysia boleh jadi saksi yg Terengganu pun berhajat nak beri air percuma pd rakyat.

Ini cadangan saja. Tak tahu la kot-kot orang Terengganu dah selesa dengan wang ehsan...dengar cerita dapat la RM400 untuk buka sekolah. Sampai lupa barang-barang mahal takat beri byk tu sekali pergi market pun habis. Takkan tiap bulan nak suruh wakil rakyat meninggal??? iskkk....tak baik cakap gitu.....

LAWAN LAGI.....

Nak pilihanraya kecil lagi sekali pulak ke???
Kita tunggu jer la keputusannya mahkamah nanti.

Baca sini..Klik sini...

NYANYI LAGU WARISAN LAGI.....

Sekarang ni buka tv bila tiba slot pasal Terengganu asyik duk main lagi arwah Sudirman-Warisan. Lagu ni memang sedap aku pun suka dengar tapi bila tv duk guna lagu tu untuk kempen aku jadi meluat pulak.

Lagu tu popular semula masa pilihanraya 2004...masa tu hampir bungkus BA-Barisan Altenatif. Memang la orang Melayu ni apologetik dan sentimental, dengar guna lagu jer habis cair. Sekarang ni Umno buat lagi trick sama sekali lagi. Suruh pertahan warisan....warisan Umno...warisan Melayu. Kalau Umno kalah habis la Melayu kat Malaysia ni.

Satu lagi isu pulak yang Umno duk canang isu hudud. Beritahu kat India, bising kat Cina jangan undi PAS nanti PAS menang dia buat hudud susah. Susah nanti ada kena sunat!!!! Apa punya kepala macam ni pun ada???

Umno nak cakap apa pun itu dia punya pasal. Yang penting petugas-petugas parti kena kerja kuat dan jangan alpa. Isu hudud ni insyaallah tak jalan. Tengok gambar pun dah tahu.

Tuesday, January 6, 2009

START MAIN ISU...START TUTUP ISU....

Nampaknya Umno dah start menutup beberapa isu yang mereka jangka akan memakan diri. Antara isu terkini yang ditutup ialah berkenaan Sime Darby membatalkan niat mengambil-alih IJN. Dan tak lama lagi akan diumumkan harga minyak turun. Pasal royalti dia dah tutup awal. Lega la sikit buka sekolah baru ni dapat wang ehsan dalamRM400 kot.

Baguslah kalau begitu, ianya memberi manfaat langsung pada rakyat. Tapi harga barang yang tak turun-turun ni macam mana??? Isu yuran PIBG sekolah masih samar, ada sekolah kata tangguh dulu yuran PIBG..nak tangguh sampai lepas pilihanraya ke??? Memang la kerajaan dah hapuskan yuran sekolah sejak tahun lepas, tapi yuran PIBG pulak yang jadi mahal pasal apa??? Macam kong kali kong pulak jadinya.

Isu yang dia canang pasal isu hudud, ketuanan Melayu, puak-puak pro-muzakarah la, puak erdogan la dan isu babi. Tu belum kira bab ugut-mengugut nak tarik bantuan fakir miskin, biasiswa dan macam-macam lagi la.

Lagi satu Umno duk canang pasal Wan Farid akan dilantik Timbalan Menteri jika menang. Bukannya apa...arwah dulu pun Timbalan Menteri juga. Yer la...dah kawan tu dah resign semua...kalau kalah alamatnya jadi penggangur bertaraf jutawan la. Rakyat kat Kuala Terengganu ada yang kais pagi makan pagi...kalau tak kais takleh makan!!!

Tapi senang je....dia beri kita ambik, dah memang hak kita pun. Cuma kena guna 'picture memory' sikit, ingat Umno@BN...ingat gambar kat atas tu. Dah la kuat membelit, suka menelan, lidah bercabang dengan kepala-kepala pulak bercabang!!!! Memang takleh pakai langsung!!!!

Hantar kat zoo jer buat pameran ada gak faedahnya.

JANGAN KITA LUPA.....


Dulu lagi dah duk peringat...dalam polis duk jaga keamanan kat Kuala Terengganu ni ramai-ramai sampai 6,000 orang tu, jangan lupa nasib adik Sharlene ni.

Insyaallah penyokonng parti ni semuanya berdisiplin. Yang kita risau penjenayah kat luar tu suka hati sangat la polis sibuk buat kerja lain.

Jangan esok lusa keluar paper ada kedai emas kena pecah, bank kena rompak, orang kena ragut.

YAKIN SANGAT...ADA APA-APA KE???


Memang la adat bertanding semua nak menang. Siapa nak kalah??? Tu semua orang tahu.

"Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau optimis pencapaian Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, akan lebih baik daripada pilihanraya umum Mac lalu."
"Semasa minum pagi bersama Ustaz Abu Bakar Chik di sebuah gerai depan pejabat Utusan Terengganu, saya terbaca kenyataan Menteri Besar, Ahmad Said bahawa beliau yakin BN boleh menang dengan majoriti meningkat berkali ganda, sehingga 3,500 undi."

Tapi bila tengok mood dan trend rakyat sekarang rasanya payah Umno@BN ni nak pulun macam dulu-dulu. Tapi kenyataan depa ni macam yakin yang amat macam ada magic pulak.

Dah tahu Umno ni perangai putar-alam guna segala macam helah, petugas dan jentera jangan la senang hati tengok ramai hadir kat penamaan pagi tadi. Tu yang ramai-ramai tu kebanyakkannya orang luar yang tak mengundi pun. Datang untuk beri sokongan moral. Tugas utama dan penting kena pegi terus tuju pada pengundi, pujuk depa, ambik hati depa, terangkan pasal dasar kita, apa pasal rakyat kena tolak puak belah sana....nak tulis banyak...hang tanya la kat ketua biliik gerakan apa perlu buat!!!!

Malam ni c4 ceramah kat mana????

**Dalam berita tadi ada beritahu tiap Dun dalam P.36 ada diwujudkan Pusat Operasi Taktikal PDRM....so ada 4 semuanya...Errmmmm....sebelum ni tak pernah dengar pun PDRM buat macam ni. Labu...labuuu.....

Baca sini
, baca sini dan baca sini.

TERKINI : SAH 3 PENJURU!!!


Tiga calon disahkan layak bertanding dan pengesahan telah diumumkan pengurus pilihan raya kecil P.36 Mat Razali Kasim pada jam 11.30 pagi.
  1. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot.
  2. Calon Barisan Nasional (BN), Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
  3. Calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.
(Gambar : Hampir 40 ribu penyokong mengiringi calon PAS, Umno juga mendakwa hampir 40 ribu penyokong hadir)


TERKINI : FOTO PENAMAAN CALON P.36





TERKINI : 3 CALON SERAH BORANG PENCALONAN

Calon pertama serah borang ialah Wan Farid dari parti Umno@BN, calon kedua Wahid Endut dari PAS dan seorang calon bebas.

Proses penamaan calon prk P.36 Kuala Terengganu selesai jam 10:00 pagi tadi.

Kini menunggu tempoh bantahan. Keputusan akan diumum secara rasmi oleh Pengurus Pilihanraya. Semua dijangka selesai dalam tempoh sejam lagi.

TERKINI : AKIM TARIK DIRI

Tanda-tanda awal Umno akan tersembam. Pun begitu petugas dan jentera parti jangan alpa...Umno@BN ni penuh dengan tipu muslihat.

Naib Presiden Akim batal hasrat tanding di saat akhir

[DIKEMAS KINI 9.45 PAGI] KUALA TERENGGANU: Naib Presiden Angkatan Keadilan (Akim), Harun Mohamad memutuskan untuk tidak bertanding pada saat-saat terakhir bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu

Beliau yang masuk ke pusat penamaan calon pada pukul 9.20 pagi tadi bagi menyerahkan borangnya bagaimanapun telah mengubah fikirannya atas alasan peribadi dan politik.

"Pagi ini saya mendapat ilham (untuk tidak bertanding). Lagipun, saya tidak berapa sihat sekarang.

"Saya memberi laluan kepada calon PAS untuk menghadapi Umno," katanya ketika ditemui di luar pusat penamaan calon.

Harun, 63, yang juga Pesuruhjaya Akim Terengganu bagaimanapun menafikan yang beliau dipujuk oleh mana-mana parti politik termasuk PAS untuk tidak bertanding.

Beliau turut meminta penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Umno supaya menyokong calon PAS atas alasan bahawa dasar Akim dan PAS adalah selaras untuk menjaga kepentingan masyarakat Islam.

Harun sebelum ini pernah bertanding pada pilihan raya umum 1974 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk.

...............................................................................................................................................................

Calon Akim tarik diri dan minta pengundi sokong PAS

Intan Abdullah & Khairul Azlan
Tue | Jan 06, 09 | 9:47:39 am MYT

KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Hrkh) - Calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun @ Abdul Rahman Mohamad mengumumkan menarik diri dari bertanding dalam pilihanraya kecil P.036 Kuala Terengganu pada pukul 9.30 pagi tadi.



Harun mengumumkan penarikan diri beliau sepuluh minit selepas memasuki Stadium Negeri.

Beliau turut menyeru kepada pengundi-pengundi di Kuala Terengganu agar memberikan sokongan padu kepada calon PAS, Abdul Wahid Endut.

Harun menjelas beliau menarik diri kerana dasar perjuangan Akim dan PAS adalah sama./wann_

**Artikel dipetik dari harakahdaily dan mStar.

C4 NAK MAI....NAJIB BALIK AWAL





Najib ni bijak jugak. Dia awal-awal lagi dah kata prk P.36 ni bukannya kayu ukur penerimaan rakyat terhadapnya sebagai bakal PM.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak played down suggestions tonight that the Kuala Terengganu by-election is a referendum on his leadership.
Agak-agaknya Najib dah tahu hayat Umno dalam prk P.36 ni cuma nyawa-nyawa ikan, sebab tu dia kata lagu tu. Nak cover line!!!!

Tu belum lagi c4 (baca si 4- empat orang) ni mai ceramah kat rakyat dan pengundi di Kuala Terengganu. Ada pulak seorang tu baru je masuk PAS dari parti Umno. Kes dia kena pecat pasal Najib jugak. Dah beli helikopter mahal pasal apa...ada yang murah tak nak beli.

Bila buat laporan...alih-alih dia pulak yang kena??? Apa pun kita ucap selamat datang pada orang baru tu, harap janji dia nak mai ceramah full time masa kempen prk P.36 tertunai.

Yang 3 orang lagi tu aku tak perlu tulis banyak-banyak...semua orang dah kenal.

Ada sapa-sapa yang tahu jadual ceramah depa ni boleh la beritahu, aku nak masuk dalam blog ni. Tapi kalau salah jangan marah kat aku...jadual ceramah masa prk memang selalu tukar-tukar last minute.


Monday, January 5, 2009

SEMUA HARUS WASPADA







Esok adalah hari penamaan calon bagi PRK P.36.

Sepertimana biasa keadaan pasti hangat kerana parti-parti yg bertanding akan cuba melakukan 'perang psikologi' awal dgn menunjukkan kekuatan sokongan masing-masing melalui kehadiran ramai penyokong.

Harus diambil perhatian agar semua mengambil langkah waspada kemungkinan wujud provokasi oleh pihak yg tidak bertanggungjawab yg bakal mencetus suasana panas.

Kepada penyokong2 yg hadir harap tidak melayan sebarang provokasi esok. Di antara peralatan atau gadget yg perlu di bawa bersama esok adalah :

  • Kamera atau camcoder bagi merakam suasana penamaan. Jika ada yg cuba mencetus provokasi, jgn layan dan ambil gambar sebagai bukti jika ada keperluan diguna di masa akan datang.
  • HP yg mempunyai kredit. Untuk membuat laporan atau hebahan kpd bilik gerakan jika berlaku apa2 kejadian yg tidak diingini. Sekali lagi, jgn hampiri kawasan panas tersebut.
  • Tuala kecil (good morning) dan sebotol air mineral. Mana la tahu kot2 FRU nak main sembur2 gas esok. Basahkan tuala dan tutup pd bahagian muka. LAngkah terbaik, tinggalkan tempat yg kecoh tu...kalau sempat ambil gambar apa yg berlaku dari jauh.
  • Payung. Sekarang musim hujan....sediakan payung sebelum hujan!!!!

RTM dengan baik hati akan memberi slot khas setiap hari sempena prk P.36. Ianya didakwa bebas dan hanya memberi informasi tentang parlimen terbabit. Tapi kita semua maklum bagaimana 'bebasnya' RTM ni.

Pastinya esok cameraman tv dan akhbar akan berada di posisi yg sesuai bagi menjalankan 'tugas sulit' mereka mengambil gambar para penyokong yg 'didakwa' menimbulkan kekecohan untuk disiarkan di muka depan akhbar atau dlm slot berita siaran tv.

Najib pun dah beri amaran agar jgn ada insiden cameraman dipukul spt prk Permatang Pauh baru2 ni. So, kena faham2 sendiri la bila Najib dah kata begitu mesti ada udang di sebalik batu!!!

Kepada penyokong dan petugas...selamat berjuang..semoga dilindungi Allah.

BILA DEPA NI NAK MAI KUALA TERENGGANU???





Prk P.36 akan menyaksikan pertarungan sengit dua musuh politik tradisi. Calon bebas kira tak masuk book!!! Dan tiap kali ada prk, ada watak-watak 'nasional' akan muncul untuk menarik sokongan pengundi.

3 orang ini adalah antara watak-watak yang dinanti oleh pengundi di P.36 untuk mereka mempersembahkan dongeng terkini daripada skrip parti masing-masing (depa tu sama parti).

Ada lagi watak yang tertinggal? Sila beri cadangan......
(Gambar atas sekali tu boleh laaa nooo...)

RAMAI-RAMAI TU NAK BUAT APA???

Media menyiarkan bahawa 6,000 orang polis akan dihantar ke Kuala Terengganu bagi mengawal ketenteraman awam sepanjang masa prk P.36.

Baguslah macam tu, memang tugas polis pun untuk jaga keselamatan rakyat. Gaji polis pun dibayar oleh rakyat melalui cukai.

Cuma kita tak mahu insiden macam dulu berlaku sekali lagi. Dulu pun cuma 200 orang je yang datang, tak sampai 6,000 pun tapi dah kecoh. Rakyat memang cintakan keamanan. Kecoh-kecoh dulu tu 'orang itu' yang punya angkara. Rakyat Terengganu tak lupa siapa 'orang itu'. Tak caya? Tunggu keputusan prk P.36. Pengundi P.36 tahulah macamana nak ajar 'orang itu'.

Tengok klip dibawah baru korang ingat balik........

http://www.youtube.com/watch?v=xaANpeYR-tw

Sunday, January 4, 2009

KEMPEN : PUTERI UMNO BOIKOT WAN FARID


Perasan atau tidak walaupun media memaparkan betapa sibuknya Wan Farid berkempen ke sana-sini tetapi tiada kelibat puteri Umno pun kelihatan mengiringi beliau.

Ketua Puteri Umno Terengganu yang juga memasang angan-angan dicalonkan dlm prk P.36 kecewa apabila Wan Farid yg dipilih. Dah lah tidak dilantik semula sebagai senator, tak seperti Wan Farid yg hanya merugikan kuota senator Terengganu kerana hanya memegang jawatan senator utk jangkamasa singkat akan meletakkan jawatan sehari sebelum penamaan calon.

Peranan jentera kempen wanita amat penting krn lebih 50% pengundi di P.36 adalah wanita.

PAS KATA DIA ISLAM...WAN FARID PUN ALIM JUGAK!!!

Selama ini PAs dianggap sinonim dgn Islam sementara Umno dilabel parti sekular. Benarkah begitu? Info terkini membuktikan sebaliknya. Calon P.36 dari Umno Wan Farid ternyata berusaha keras mengambil hati pengundi dan beliau juga tidak lupa bermunajat di malam hari demi membina kekuatan dalaman.

Tak percaya??? Cuba baca link di bawah sampai habis.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20090103220620/Article/index_html

CALON ATAU PARTI PILIHAN PENGUNDI???


Melihat pada mood semasa Umno bakal mengalami laluan sukar mempertahankan kerusi parlimen P.36 Kuala Terengganu. Namun ada juga yang meramal bahawa tindakan PAS menurunkan calon yang sudah 5 penggal memenangi DUN Wakaf Mempelam itu tindakan yang bakal mengundang krisis dalaman. Tapi akhirnya pengundi di Kuala Terengganu yang menentukannya siapa yang layak bergelar Ahli Parlimen.

Gelap matakah nanti orang Terengganu dengan curahan wang ehsan, janji pembangunan dan segala macam bantuan yang akan 'dipersembahkan' sepanjang 3 minggu ini???

PAS pula akan memainkan isu biasa seperti hudud, pembangunan membazir yang tidak membawa manfaat pada rakyat, royalti minyak, isu penyelewengan dan akhlak seorang pemimpin.

Apapun tawaran dan janji pilihanraya ini, rakyat harus ingat kuasa undi perlu diguna secara bijaksana.

PILIHANRAYA KECIL P.36 KUALA TERENGGANU


PRK Kuala Terengganu bakal diadakan tidak lama lagi. Pembaca-pembaca dari Kuala Terengganu bolehlah memberikan pendapat atau berita tentang apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Terengganu selama ini dengan menghantar email kepada saya- corongkita@yahoo.com. Email yang sesuai akan saya siarkan sementara bagi yang ingin memberi pendapat dan kritikan secara langsung bolehlah menulisnya di ruangan komen.

SALAM PERKENALAN

Blog ini ingin mengajak pembaca memberi pendapat, komen atau berita tentang keadaan atau prestasi kerajaan negeri masing-masing samada memuaskan atau sebaliknya.