Tuesday, November 24, 2009

Kota Siputeh : Cisss........Derhaka Kau Kadir!!!!

Cissssss....cissssss......cissss......cissss kau Kadir......pantang Melayu derhaka!!!!

Berani kau kata Malaysia takde 1st Lady. Berani sunnguh kau ni yer Kadir????

Kadir.....Kadir.....kau tahu tak betapa susah payahnya nak membawa fesyen yang menepati ciri-ciri pemakaian wanita Islam kat bini Obama??? Berbuih mulut tahu tak!!!! Hari ni senang-senang kau kata 1Malaysia ni takde 1st Lady.....cissssss.....berani sungguh kau derhaka Kadir!!!!
Kau dah tak baca NST ker Kadir sejak pencen ni????

Bukan saja bab fesyen, bab ekonomi pun sama. Naik kematu tapak kasut ke hulu ke hilir membawa idea peranan dan sumbangan wanita dalam memajukan ekonomi negara seperti di Dubai baru-baru ni. Kadir, kau ingat senang ke nak pegi Dubai tu??? Kalau takat jadi bini Ketua JKKK tak payah mimpi la nak ke Dubai, takat ke Nilai atau Bukit Kayu Hitam boleh la.

Cisss derhaka kau Kadir!!!! Kau ingat Lee Kuan Yew tu bodoh ke???

Lee said he called on Rosmah because he had been told that she and her husband worked as a team. He asked to see her, and Najib made arrangements for them to meet.


Kau ni Kadir sama je macam lawyer ni. Korang ni dengki kat Rosmah ke???

Rosmah is the Prime Minister’s wife with a status. But she is not a politician and she possesses no governmental position.

But Lee said that Najib and Rosmah work as a team. Najib may consider his wife’s views before making a decision.

Aku malas nak layan Melayu derhaka macam kau ni Kadir. Baik aku pegi shopping. Cuma aku nak tanya kau sikit Kadir, sekarang ni ada Year End Sales ker kat New York tu???

Accompanying Najib on the trip is his wife, Datin Seri Rosmah Mansor. On hand to welcome them at the hotel where they are staying in the Big Apple were Malaysian embassy and consulate-general staff as well as a group of Malaysian businessmen.



Thursday, October 29, 2009

EGM PAS : Update

Minta maaf la bebanyak pada geng-geng penjenguk sekalian. Dah lama tak update blog. Banyak isu yang nak ditulis tapi terkantoi akibat perkhidmatan internet yang masih ada tempat yang tak kesampaian beruk and band.

Dari isu kekalahan PAS pada PRU Bagan Pinang, EGM Umno, EGM MCA, lawatan Najib ke Perancis, kegawatan hubungan antara Indonesia-Malaysia, kritikan pedas Professor Aziz Bari, Belanjawan 2010, lawatan sambil shopping Rosmah ke Dubai, sidang DUN Perak dan terkini isu EGM PAS. Semuanya tu memang aku nak ulas. Dah memang niat betul-betul nak tulis dalam blog, tapi apakan daya, jodoh tak kesampaian.

So, kepada pembaca sekalian, aku kirimkan pantun aje la kali ini........

Kalau ada sumur di ladang,
boleh hamba menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang, broadband atau streamyx.....,
insyallah berjumpa lagi.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur berkecai badan Altantunya angkara Rosmah,
Pergi ke Dubai bershopping jua.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Rosmah shopping bukan dia yang bayar,
Bonus takde rakyat gigit jari.

Tuesday, September 29, 2009

SELCAT : POLITIK MENGELAT

Alih-alih Khalid Samad pulak yang kena. Agaknya anak Ali yang sorang ni fobia dengan 2 orang bernama Khalid kat Selangor.



Ye lah, nak buat macam mana,Hasan dan Mustafa sama-sama anak Ali mesti la ada perasaan 'perpaduan' bila sedarah-sedaging, senada-seirama, satu arah satu tujuan dan sehati berdansa nak menari dengan Umno kot.



Alasan yang diberikan kerana Khalid Samad membuat kenyataan terbuka yang boleh merosakkan imej parti. Lepas ni mungkin Mahfuz pun kena, dia pun membuat kenyataan terbuka kepada Hasan Ali yang juga membuat kritikan terbuka dalam isu SELCAT.


Hari ni dah masuk 10 Syawal, orang Melayu kata dah masuk 10 hari raya. Ada saper-saper tahu kat mana Ahli Parlimen Marang berada sekarang??? Dia tak habis beraya lagi ke??? Atau dia terlupa yang dia Presiden parti!!!!

Orang tua-tua kata, anak jadi kurang ajar kerana mak-bapak tak ajar. Anak buat salah sampai dah kecoh satu kampung berkelahi tapi dia buat derk jer. Bila jiran nasihat dan tegur, dia kata jangan masuk campur.

Muktamar akan datang, aku harap ada vacancy untuk jawatan Presiden dan jawatan-jawatan yang satu geng dengannya. ....."Apa buat sampah, menyusahkan!!!!".

SELCAT : Nakal Sungguh Anak Ali.....

Dulu Tok Guru dah tegur seorang anak Ali ni, dalam tahun lepas. Dia diam sekejap. Tak tahu la samada dia diam tu tanda faham atau diam tanda geram. Dia ni pernah merasa jadi Timbalan Menteri zaman PAS bersekutu dengan UMNO@BN masa Dato' Asri jadi Presiden PAS. Mungkin rasa seronok jadi Timbalan Menteri tu masih terasa lagi kot.



Tak tahu la apa nasib Ali, ada anak lelaki tapi degil-degil belaka pulak tu. Dan yang ni spesies anak Ali yang paling degil, cukup pandai putar-alam dan dengan muka selamber buat-buat macam tak salah apa-apa pun. Dulu pun pernah jadi Timbalan Menteri Umno karat tapi dah kena pecat. Terdapat tanda-tanda nak rujuk semula. Sekarang dalam proses gila talak. Yang ni pun Tok Guru baru jer tegur lepas raya baru ni.



Anak Ali yang sorang ni agak bernasib baik. Setakat ni masih lagi seorang Exco. Tapi macam anak-anak Ali yang lain, dia ni pun dah ada tanda-tanda 'meroyan'. Aku harap sebelum virus meroyan tu bertukar menjadi virus gila babi, baik Tok Guru tegur cepat-cepat. Kalau degil jugak, tarik telinga keliling kampung.

Meroyan dia ni lain macam sikit, ada kata kesampukan kempunan nak jadi MB, ada pulak yang kata meroyan dia bermusim bila ada pilihanraya kecil dan ada pulak kata dah kena cenuai anak Toyo (toyol?).


Kepada 3 orang anak Ali ni, jangan ingat rakyat bodoh. Jangan ingat rakyat mudah lupa. Dan kepada penyokong-penyokong dan macai-macai 3 orang anak Ali ni, kalau nak bodoh, bodoh la sorang-sorang, jangan nak bodohkan jamaah pulak.

Sekian dimaklumkan.


Friday, September 18, 2009

GIVE THANKS TO ALLAH by Mikael Jackson

Sori la pada kengkawan pasal lama tak update blog. Bz sesangat ramadhan tahun ni.

Insyaallah 2-3 hari lagi kita bakal menyambut Eid-Mubarak.

Oitt....sebelum tu aku nak share skit satu lagu yang aku baru dengar dari hp member aku malam tadi. Dia kata lagu ni Mikaeel@Michael Jackson yang nyanyi. Dan khabarnya kerana lagu ni la MJ dibunuh'.

Korang boleh dengar lagu tu dan lirik kat bawah ni :


Give Thanks To Allah - Michael Jackson


Give Thanks To ALLAH!

Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
PRAISE HIM ALL DAY FOR,
what is and what was
take hold of your eman
dont givin to shaitaan

oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghafoor Allahu Raheem Allahu yuhibbul el Mohsineen,
hua Khalikuna hua Razikuna wahuwa Allah kulli shaien Kadir

Allah is Ghafoor Allah is Raheem Allah is the one who loves the Mohsineen,
He is a creater, He is a sustainer and He is the one who has power over all.

Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all day full,
what is and what was
take hold of your eman
dont givin to shaitaan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghafoor Allahu Raheem Allahu yuhibbul el Mohsineen,
hua Khalikuna hua Razikuna wahuwa Allah kulli shaien Kadir

Allah is Ghafoor Allah is Raheem Allah is the one who loves the Mohsineen,
He is a creater, He is a sustainer and He is the one who has power over all.



Ni pulak laporan berita pasal MJ peluk Islam :




Semoga rohnya dicucuri rahmat. Kita pun belum tahu bagaimana kesudahan kita nanti.

Dan aku nak ucapkan Selamat Merayakan Eidulfitri. Kalau ada salah silap, terkutuk, aku minta maaf la.