Saturday, January 10, 2009

BILA BUAYA MERAYU....

Adat orang bertanding mesti ada kempen, adat orang berkempen mesti ada janji, lepas berjanji ada pula kata-kata rayuan.
Semua ni dilakukan untuk satu tujuan...undilah saya!!!

Jumaat adalah hari ke-4 kempen bagi P.36. Suasana bertambah hangat walau tidak sehangat seperti yang diharapkan namun lebih hangat dari 2-3 hari yang lepas. Mungkin kerana faktor cuti hujung minggu hari Jumaat dan Sabtu di Terengganu.

(TERKINI : Nurul Izzah melawat Pasar Tani Cabang Tiga Sabtu 10/01/2009 jam 9.00pagi.)

Hari Jumaat juga menyaksikan wajah-wajah Menteri dari pusat berselerak di Kuala Terengganu dengan berbagai aktiviti yang diatur. Ada yang buka pusat pemeriksaan kesihatan, ada yang merasmikan majlis pecah tanah membuat rumah, ada yang berjalan kaki masuk ke kedai-kedai menemui pengundi, ada yang pergi rumah ke rumah sambil masuk dan duduk bersila dengan tuan rumah, ada yang menyampaikan bantuan fakir miskin dan macam-macam lagi. Memang meriah sungguh berbanding hari-hari lain dibantu dengan cuaca yang mendung. Umno nampaknya memonopoli gerakerja tersebut kerana jentera kerajaan pusat dan negeri turut sama memainkan peranan seolah-olah sebahagian parti komponen Umno@BN.

Bagi calon PAS pula, gerakerja yang hampir sama turut dilakukan. Dari pagi hingga ke petang. Cuma ianya melibatkan kelompok ahli parti tempatan dan beberapa pimpinan PR. Namun sambutan rakyat sungguh memberangsangkan.

Pada sebelah malam pula aktiviti ceramah dijalankan seperti biasa oleh calon PAS di beberapa tempat berbeza. Sekarang giliran PAS pula dilihat memonopoli aktiviti penerangan melalui ceramah. Pengalaman menjalankan ceramah terus kepada pengundi memberi advantage kepada PAS. Kerana tiada media lain yang dapat digunakan maka petugas-petugas ceramah PAS lebih jauh efisien. Umno hanya tertumpu pada majlis makan malam di dewan besar yang sebahagian besar dihadiri oleh pimpinan BN. Ceramah kelompok dijalankan di bilik gerakan Umno yang biasanya tersedia buah tangan dan makan minum untuk mereka yang sanggup hadir dan terpaksa hadir. Namun kehadiran amat memilukan. Kalau ibarat buat filem...memang tak balik modal dan panggung tutup!!!

Khabarnya esok ada nama besar(?) Umno bakal mengegarkan P.36. Dulu pun dia dah selalu gegar dengan isu 6 kotak dokumen rasuah pemimpin Umno. Dan pernah juga mengegar pintu Sungai Buloh dan Kem Tahanan Kemunting. Datang esok untuk membantu rakan baiknya berkempen. Silakanlah. Tiada halangan. Rakyat dan pengundi pun nak dengar apa donggeng terbaru. Kalau boleh edar bersama gambar terbaru banglo besar yang baru siap hari raya lepas.

Namun ada satu yang sangat menarik hati saya untuk dikupas ialah kenyataan oleh Wan Farid apabila menemui pengundi-pengundi. Beliau dilaporkan sebagai berkata :

“Bila saya berjumpa dengan pengundi, saya kata, berilah peluang kepada saya. Dan jika saya tidak boleh membantu mereka, hukumlah saya dalam pilihanraya berikutnya."

"Menurutnya, beliau mahu menjadi wakil rakyat yang boleh menyelesaikan masalah rakyat."
Wan Farid mungkin terlupa agaknya. Sebelum ini pun beliau adalah senator yang melayakkan beliau digelar Yang Berhormat. Yang Berhormat Senator kurang 'prestige' berbanding dengan dengan Yang Berhormat ADUN atau Ahli Parlimen. Itu anggapan sesetengah pihak.

Wan Farid juga mungkin terlupa bahawa beliau pernah berjawatan Timbalan Menteri. Kedua-dua jawatan tersebut baru saja dilepaskan dalam masa seminggu yang lalu.

Apakah dengan berjawatan Timbalan Menteri dulu Wan Farid tidak berbuat apa-apa untuk rakyat???

Apakah dengan jawatan tersebut tidak cukup untuk Wan Farid menyelesaikan masalah rakyat???

Tidak cukupkah lagi peluang dan masa menjadi Senator dan Timbalan Menteri maka rakyat perlu memberi dia peluang lain sebagai Ahli Parlimen pula???

Benar Wahid Endut juga seorang Yang Berhormat DUN dan pernah sepenggal menjadi Exco Negeri Terengganu. Tetapi beliau menjadi ADUN di negeri yang diperintah oleh Umno@BN sekarang. Banyak kemudahan dan hak beliau sebagai wakil rakyat disekat. Menjadi Exco pula kepada kerajaan negeri yang diperintah PAS pada tahun 1999-2004. Ketika itu pun banyak hak kerajaan negeri disekat oleh kerajaan pusat seperti wang royalti.

Berbeza dengan Wan Farid. Jawatan beliau disokong oleh segala macam kemudahan kerajaan baik di peringkat pusat atau negeri. Maka apa perlu diberi lagi peluang ke-2??? Tiada jaminan beliau akan membantu rakyat. Sekadar janji dan kata-kata sahaja. Mat rempit pun akan berjanji macam-macam ketika ditahan di lokap tetapi bila lepas akan terus dengan aktiviti rempitnya juga. Mungkin dengan aksi lebih merbahaya ala-ala superman.

Wan Farid sebenarnya telah patut dihukum kerana telah gagal membantu rakyat. Jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri cukup mempunyai pengaruh besar. Boleh saja pada ketika itu beliau menggunakannya untuk membantu rakyat. Bukannya dengan mendera rakyat.

Rakyat Terengganu dan Malaysia masih tidak lupa dengan peristiwa Batu Burok. Rakyat tidak mahu dibaham oleh buaya yang sama.


4 comments:

  1. buaya tu sebijik mcm parit

    ReplyDelete
  2. ezam pun dtg jugak malam ni

    ReplyDelete
  3. Rakyat KT mesti ingat dia pegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab tangkap rakyat tak berdosa dan masukkan dalam lokap ISA.
    Itulah kerjanya. Itulah! Itulah!
    Jadi jangan biarkan pisang berbuah dua kali.
    Katakan TIDAK kepada One Parit, undilah Wahid Endut!

    ReplyDelete
  4. natang ni la tembok org kat bt burok.....natang bewok nguhh la.

    ReplyDelete