Showing posts with label reformasi. Show all posts
Showing posts with label reformasi. Show all posts

Wednesday, July 29, 2009

1Malaysia : Mari Kita Cipta Sejarah



Walaupun banyak blog dah siar artikel macam ni tapi aku pun tak mahu ketinggalan menjadi sebahagian dari pencipta sejarah.

01hb Ogos 2009 rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan bencikan kezaliman akan mencipta sejarah.

Pada hari itu Kuala Lumpur sekali lagi akan menjadi saksi kebangkitan rakyat.

Kerajaan harus belajar dari sejarah. Kezaliman dan kekerasan selamanya tidak mampu mengekang suara rakyat.

Rakyat bangkit kerana kezaliman kerajaan menggunakan akta ISA untuk menyekat kebebasan dan hak rakyat.

Kezaliman ISA tidak mengenal bangsa.

ISA zalim pada bangsa Melayu.

ISA zalim pada bangsa Cina.

ISA zalim pada bangsa India.

Rakyat Malaysia yang merdeka jiwanya tidak rela dibelenggu oleh undang-undang zalim seperti ISA.

Friday, July 17, 2009

1Malaysia : Siapa Pembelot Rakyat Malaysia??? (S.P.R.M)

Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut.

Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut. SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP.

Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan.

Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah. Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan.

Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan.

Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya. Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis. Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik

SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit. Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa.

Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu. Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia.

Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau.

Malaysia Today menulis semua ini. Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today.

SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama. Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana Umno menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri.

Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku!

Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap.

Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan. SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahumenyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang.

Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM.

Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu.

Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia. Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan.

Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah.

Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau.

SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh kealam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ketingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang.

Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap.

Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa. Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh.

Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua.

Thursday, February 12, 2009

PESANAN SEBELUM TIDUR

Polis telah pun mengharamkan ceramah umum di Perak sehingga keadaan kembali tenang. Tidak tahu sampai bila. Semuanya bergantung kepada kuasa Polis, bukan kuasa rakyat.

Media akhbar parti, Harakah dan Suara Keadilan dirampas hampir di seluruh negara oleh KDN. Juga tidak tahu sampai bila akan dihentikan.

Media dajjal semakin gila menyebar dakyah dan propaganda bagi terus menipu rakyat. Berita Hairan, Utusan Meloya dan TV sedang 'menjernihkan' imej kerajaan haram di Perak.

YAB Menteri Besar Perak yang sah, Dato Seri Mohd Nizar dinafikan haknya untuk menyampaikan maklumat. Tiada liputan yang elok. Semuanya menggunakan ayat sama, penderhaka. Sedangkan rakyat menilai sebaliknya. Penderhaka pada rakyat bukan Nizar. Rakyat bukan bodoh.

Namun ada segelintir rakyat yang masih tidak punya akses pada maklumat dan media alternatif. Pandangan mereka dibentuk oleh maklumat yang serong. Menjadi tanggungjawab kita membetulkan sistem ini dengan apa cara sekali pun.

Kita bakal berdepan dengan 2 pilihanraya kecil serentak tidak lama lagi. Tuntutan menyampaikan maklumat ini menjadi semakin penting dan mendesak.

Adalah disarankan kita kembalikan semula semangat sepertimana era Reformasi 1999.

Buat salinan artikel, sebarkan blog yang menyokong perjuangan rakyat, tinggalkan di tempat-tempat strategik untuk bacaan seperti di warung kopi atau tempat tumpuan awam.

Mahazalim, mahafiraun, detikdaily, tranungkite merupakan wadah maklumat internet yang muncul era reformasi.

Kita telah disekat sebagaimana tahun 1999 dan kita perlu bangkit dengan semangat sepertimana era reformasi 1999.

Umno@BN telah berada bagai telur di hujung tanduk. Tindakan mereka sekarang tidak akan dapat menyelamatkan mereka lagi.

Ayuhhh.....segarkan kembali semangat reformasi 1999. Sebarkan maklumat.

Friday, February 6, 2009

02 September 1998 dan kini

Hampir 11 tahun tarikh itu berlalu. Bagi orang Melayu dan rakyat Malaysia yang tidak mudah lupa, tarikh tersebut sangat signifikan kepada kebangkitan rakyat menyatakan sikap mereka melawan kezaliman pemerintah.

Pada tarikh 02 September 1998 jam 10 pagi, Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah dipanggil menemui Perdana Menteri-Mahathir. Anwar diminta agar melepaskan jawatan, namun beliau enggan. Mahathir memberikan tempoh hingga jam 3 petang atau Anwar akan didakwa. Episod seterusnya menyaksikan Anwar dipecat pada petang hari itu juga. Anwar diminta mengosongkan kediaman rasmi dengan kadar segera. Elektrik, air dan telefon dipotong. Anwar juga tidak dibenarkan masuk ke pejabatnya bagi mengambil barang-barang peribadinya. Malam itu kediaman Anwar sesak dengan kehadiran orang ramai untuk mendengar penjelasan. Anwar seterusnya mengadakan jelajah hampir ke seluruh negeri menemui rakyat menceritakan hal sebenar bagi membela dirinya yang dianiaya. Laungan 'REFORMASI' bergempita dan rakyat sudah berani turun ke jalanraya.

Dan pada 20 September 1998 Anwar ditahan dibawah ISA. Tengah malam itu dalam sel di Bukit Aman, Anwar dibelasah hingga hampir menemui ajal oleh Ketua Polis Negara-Rahim Noor. Segalanya terbongkar apabila Anwar hadir ke mahkamah dengan mata lebam. Pada 14 April 1999, Anwar dijatuhi hukuman penjara selama 6 tahun. Tarikh itu terus diingati dengan panggilan 'Black 14'. Tarikh gelita untuk kehakiman, gelita untuk rakyat Malaysia yang dahagakan keadilan dan gelita untuk Malaysia tercinta.

Pada tahun itu diadakan juga pilihanraya umum ke-10. Rakyat menjadi hakim negara. Akibatnya Terengganu jatuh ke tangan Barisan Alternatif-PAS. Dan beberapa kerusi negeri lain banyak dikuasai pembangkang. Jumlah ahli parlimen pembangkang juga bertambah. Tapi ketika itu Anwar masih di dalam penjara Sg. Buloh dan Mahathir masih kekal Perdana Menteri Malaysia. Ketika itu ramai golongan muda pendokong gerakan reformasi tidak dapat mengundi. SPR dilihat menjadi penyelamat kepada Umno@BN.

Hampir 10 tahun selepas itu, Anwar sudah lepas bebas. 2008 muncul lagi pilihanraya ke-12. Rakyat menjadi hakim negara. Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak berjaya ditawan Pakatan Rakyat sementara Kelantan masih kekal di tangan PAS. Umno@BN sudah hilang 'seri penarik'. Rakyat sudah mual. Rakyat sudah sedar. Rakyat sudah menghukum.

Selepas 1998 hingga 2009, Umno@BN masih terhukum dengan kesilapan lampau pemimpinnya. Perbuatan Mahathir memecat Anwar selepas Anwar enggan meletak jawatan walaupun dalam kuasa budibicara beliau bukanlah justifikasi bahawa rakyat perlu menelan bulat-bulat keputusan tersebut. Mahathir pada ketika itu berada di puncak kuasa. Bukan sedikit juga jasanya pada negara setelah hampir 16 tahun menjadi Perdana Menteri. Rakyat seakan tersihir dengan pembangunan dan kemajuan yang diciptanya. Tapi semuanya tidak bermakna apabila dia membuat satu keputusan yang mungkin betul dari segi perundangan tetapi cukup 'salah di mata rakyat'. Bak kata pepatah, 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'. Sekali buat jahat Mahathir pada Anwar itulah yang menyebabkan rakyat membenci beliau dan bangkit menentang hingga berani turun ke jalanraya menyatakan protes secara terbuka.

Diimbau kembali rentetan peristiwa lalu kerana ada menyatakan bahawa suasana 'hangat reformasi' sukar diulangi. Bahangnya mungkin hanya terjadi sekali. Dan bagi yang menyertai atau menjadi sebahagian dari penggerak reformasi, mengingati tiap detik ianya berlaku satu pengalaman yang amat berharga. Namun ianya bukan suatu yang mustahil berulang lagi ketika ini. Watak-watak seperti polis, SPR, kehakiman, Umno@BN dan rakyat masih ada. Cuma watak-watak lain yang mungkin sedikit berbeza. Dan yang paling penting rakyat tidak mudah lupa. Walau bagaimana cuba dielak dari rakyat membuat keputusan, masanya akan tiba juga.

Rakyat bukan barang permainan, rakyat bukan barang dagangan, rakyat perlu dihormati untuk menghormati, justeru hak rakyat perlu dikembalikan. Biarlah Mahatihr seorang sahaja yang memegang catatan sejarah hitam dengan membuat berjuta jasa tapi tenggelam dengan hanya satu keputusan yang silap di mata rakyat. Rakyat hakim negara.

Saturday, January 10, 2009

DAH START NAK HANGAT....

RINGKAS TERKINI : Polis sedang menyiasat satu insiden kecil pergaduhan antara penyokong PAS dan BN.

**Insiden tersebut berlaku di DUN Wakaf Mempelam dan DUN Batu Burok. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

**Polis terpaksa menghentikan ceramah PKR di Kg. Cina kerana permit TIDAK DILULUSKAN. Tindakan diambil dibawah Seksyen 24 (b) Akta Polis.

**Bendera PAS yang paling banyak diturunkan oleh Petugas SPR kerana memasang di tempat yang dilarang.

corongkita : Nak buat lagu mana, polis dan SPR punya kuasa. Jangan layan provokasi. Ingat pesan aku ni. Ambik gambar siapa yang buat kecoh.

BILA BUAYA MERAYU....

Adat orang bertanding mesti ada kempen, adat orang berkempen mesti ada janji, lepas berjanji ada pula kata-kata rayuan.
Semua ni dilakukan untuk satu tujuan...undilah saya!!!

Jumaat adalah hari ke-4 kempen bagi P.36. Suasana bertambah hangat walau tidak sehangat seperti yang diharapkan namun lebih hangat dari 2-3 hari yang lepas. Mungkin kerana faktor cuti hujung minggu hari Jumaat dan Sabtu di Terengganu.

(TERKINI : Nurul Izzah melawat Pasar Tani Cabang Tiga Sabtu 10/01/2009 jam 9.00pagi.)

Hari Jumaat juga menyaksikan wajah-wajah Menteri dari pusat berselerak di Kuala Terengganu dengan berbagai aktiviti yang diatur. Ada yang buka pusat pemeriksaan kesihatan, ada yang merasmikan majlis pecah tanah membuat rumah, ada yang berjalan kaki masuk ke kedai-kedai menemui pengundi, ada yang pergi rumah ke rumah sambil masuk dan duduk bersila dengan tuan rumah, ada yang menyampaikan bantuan fakir miskin dan macam-macam lagi. Memang meriah sungguh berbanding hari-hari lain dibantu dengan cuaca yang mendung. Umno nampaknya memonopoli gerakerja tersebut kerana jentera kerajaan pusat dan negeri turut sama memainkan peranan seolah-olah sebahagian parti komponen Umno@BN.

Bagi calon PAS pula, gerakerja yang hampir sama turut dilakukan. Dari pagi hingga ke petang. Cuma ianya melibatkan kelompok ahli parti tempatan dan beberapa pimpinan PR. Namun sambutan rakyat sungguh memberangsangkan.

Pada sebelah malam pula aktiviti ceramah dijalankan seperti biasa oleh calon PAS di beberapa tempat berbeza. Sekarang giliran PAS pula dilihat memonopoli aktiviti penerangan melalui ceramah. Pengalaman menjalankan ceramah terus kepada pengundi memberi advantage kepada PAS. Kerana tiada media lain yang dapat digunakan maka petugas-petugas ceramah PAS lebih jauh efisien. Umno hanya tertumpu pada majlis makan malam di dewan besar yang sebahagian besar dihadiri oleh pimpinan BN. Ceramah kelompok dijalankan di bilik gerakan Umno yang biasanya tersedia buah tangan dan makan minum untuk mereka yang sanggup hadir dan terpaksa hadir. Namun kehadiran amat memilukan. Kalau ibarat buat filem...memang tak balik modal dan panggung tutup!!!

Khabarnya esok ada nama besar(?) Umno bakal mengegarkan P.36. Dulu pun dia dah selalu gegar dengan isu 6 kotak dokumen rasuah pemimpin Umno. Dan pernah juga mengegar pintu Sungai Buloh dan Kem Tahanan Kemunting. Datang esok untuk membantu rakan baiknya berkempen. Silakanlah. Tiada halangan. Rakyat dan pengundi pun nak dengar apa donggeng terbaru. Kalau boleh edar bersama gambar terbaru banglo besar yang baru siap hari raya lepas.

Namun ada satu yang sangat menarik hati saya untuk dikupas ialah kenyataan oleh Wan Farid apabila menemui pengundi-pengundi. Beliau dilaporkan sebagai berkata :

“Bila saya berjumpa dengan pengundi, saya kata, berilah peluang kepada saya. Dan jika saya tidak boleh membantu mereka, hukumlah saya dalam pilihanraya berikutnya."

"Menurutnya, beliau mahu menjadi wakil rakyat yang boleh menyelesaikan masalah rakyat."
Wan Farid mungkin terlupa agaknya. Sebelum ini pun beliau adalah senator yang melayakkan beliau digelar Yang Berhormat. Yang Berhormat Senator kurang 'prestige' berbanding dengan dengan Yang Berhormat ADUN atau Ahli Parlimen. Itu anggapan sesetengah pihak.

Wan Farid juga mungkin terlupa bahawa beliau pernah berjawatan Timbalan Menteri. Kedua-dua jawatan tersebut baru saja dilepaskan dalam masa seminggu yang lalu.

Apakah dengan berjawatan Timbalan Menteri dulu Wan Farid tidak berbuat apa-apa untuk rakyat???

Apakah dengan jawatan tersebut tidak cukup untuk Wan Farid menyelesaikan masalah rakyat???

Tidak cukupkah lagi peluang dan masa menjadi Senator dan Timbalan Menteri maka rakyat perlu memberi dia peluang lain sebagai Ahli Parlimen pula???

Benar Wahid Endut juga seorang Yang Berhormat DUN dan pernah sepenggal menjadi Exco Negeri Terengganu. Tetapi beliau menjadi ADUN di negeri yang diperintah oleh Umno@BN sekarang. Banyak kemudahan dan hak beliau sebagai wakil rakyat disekat. Menjadi Exco pula kepada kerajaan negeri yang diperintah PAS pada tahun 1999-2004. Ketika itu pun banyak hak kerajaan negeri disekat oleh kerajaan pusat seperti wang royalti.

Berbeza dengan Wan Farid. Jawatan beliau disokong oleh segala macam kemudahan kerajaan baik di peringkat pusat atau negeri. Maka apa perlu diberi lagi peluang ke-2??? Tiada jaminan beliau akan membantu rakyat. Sekadar janji dan kata-kata sahaja. Mat rempit pun akan berjanji macam-macam ketika ditahan di lokap tetapi bila lepas akan terus dengan aktiviti rempitnya juga. Mungkin dengan aksi lebih merbahaya ala-ala superman.

Wan Farid sebenarnya telah patut dihukum kerana telah gagal membantu rakyat. Jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri cukup mempunyai pengaruh besar. Boleh saja pada ketika itu beliau menggunakannya untuk membantu rakyat. Bukannya dengan mendera rakyat.

Rakyat Terengganu dan Malaysia masih tidak lupa dengan peristiwa Batu Burok. Rakyat tidak mahu dibaham oleh buaya yang sama.


Friday, January 9, 2009

TERKINI : KOTAK..KOTAK...

Malam ni atau malam esok 'budak 6 kotak' akan turun berkempen membantu sahabat beliau berkempen, berceramah dan berdonggeng di P.36.

Adalah dipercayai enam kotak yang beliau kecohkan selama 10 tahun ini telah pun dijual kepada peraih kotak terpakai untuk menampung perbelanjaan menyiapkan banglo mewah beliau.

Sekian untuk makluman.


***TERKINI : JANGAN LAYAN SEBARANG PROVOKASI DI SEBARANG TEMPAT TUMPUAN AWAM ATAU CERAMAH PAKATAN RAKYAT. SILA BERSEDIA DENGAN KAMERA UNTUK MERAKAMKAN PERBUATAN INDIVIDU TERBABIT.

CALON LAWAK

Wan Farid ni jangan la nak buat lawak berlebihan pulak...hang tu calon pilihanraya bukannya peserta Raja Lawak Astro. Bila Mahathir kata Wan Farid calon yang paling buruk, ramai yang melenting kata tak betul. Dah dulu masa dia jadi Presiden Umno, semua yang Mahathir kata, ahli Umno angguk saja, kutuk Nabi pun ahli Umno angguk juga. Aku pun tak faham orang Umno ni. Mahathir baru nak batuk pun ada ahli Majlis Tertinggi Umno angkat tangan tanda setuju!!!

Balik pada cerita Wan Farid. Wan Farid kata salah satu cara dia nak pikat pengundi ialah dengan senyuman. Betullah senyum tu pun satu sedekah...cuma aku nak tanya la sikit, selama ni tak pernah senyum ka bila jumpa orang? Bila mai masa nak berkempen baru belajar nak senyum? Patut la bila Pak Lah datang Terengganu semalam dia kata ada orang Umno sendiri duk bising complaint hang ni sombong yang amat.

Satu lagi lawak Wan Farid ni bila dia nak guna pendekatan 3M iaitu mendengar, memahami dan menyelesaikan masalah rakyat. Ni aku langsung tak setuju!!! Seluruh alam dah tahu cara Umno berkempen lagu mana. Dah 12 kali pilihanraya umum dan dah berpuluh kali pilihanraya kecil, yang Umno duk guna 3M ialah money, machinery dan media. Ni 3M yang aku tahu Umno duk selalu perasap kemenyan tiap kali pilihanraya. Ada yang duk kata 4M, M yang ke-4 ialah meletup!!! Yang ni aku tak berani nak komen apa, kalau nak tahu pasal meletup ni kena tanya kat Raja Petra, dia tahu sangat siapa yang buat kerja letup-meletup ni. Umno ni kalau tak kempen guna duit-money, salahguna jentera kerajaan-machinery dan tak guna suratkhabar dan tv pengampu-media, jangan la kat dunia ni sebut nama Umno. Dah jadi darah daging. Ibarat aur dengan tebing. Macam irama dan lagu tak dapat dipisahkan.

Seperkara lagi, aku duk perati Wan Farid ni tak pernah pun bercakap, berucap, berkempen macam calon Umno kat Permatang Pauh buat. Ada la niat nak jenguk kejap nak dengar kat bilik gerakan Umno masa dia singgah, tapi takat intro memperkenalkan diri ada la. Tu budak sekolah pun pandai. Aku dulu pun naik pentas juga masa ada perhimpunan baca ikrar. Yang selalu dia buat ialah duk menempel. Masa Najib cakap, dia duk belah tepi pandang camera sambil senyum control hensem. Masa Pak Lah cakap pun sama, masa MB Terengganu cakap pun dia buat lagu tu juga. Bercakap la sikit. Calon Umno kat Permatang Pauh tu punya la semangat berceramah sampai Cina pun tepuk tangan masa dia berucap bahasa Cina. Kawan Cina aku kata, bahasa Cina dia ada class.

Bukan apa, sebagai yang menawarkan diri bertanding untuk jawatan ahli parlimen, kepetahan bercakap tu penting. Takkan dalam parlimen nak duk diam je. Kena la bercakap bagi pihak rakyat yang dah pilih kita. Kalau jadi Timbalan Menteri pun kena la pandai cakap jugak. Duk kat kedai kopi pun kena pandai bersembang. Jangan jadi macam senator 'makcik' dari Terengganu semalam yang bercakap tunggang-langgang, keluar berita live pulak tu. Dari situ dah dapat agak tahap mana pemikiran dia.

Zaman sekarang bukan macam dulu. Dulu calon Umno kalau letak batang pisang pun confirm menang. La ni tak boleh lagu tu dah. Rakyat dah pandai. Tu yang Umno tak suka rakyat pandai sangat. Kalau dah pandai memang rakyat takkan sokong Umno.

Kalau la aku ni rapat dengan Wan Farid, sebagai kawan aku wajib beri nasihat kat dia supaya jangan letak jawatan senator dulu. Jangan bertanding calon parlimen atas tiket Umno. Aku takut bila sembang kat kedai kopi nanti aku pulak yang kena bayar. Dah dia tak ada keje lepas bertanding nanti ni!!!!


***TERKINI : JANGAN LAYAN SEBARANG PROVOKASI DI SEBARANG TEMPAT TUMPUAN AWAM ATAU CERAMAH PAKATAN RAKYAT. SILA BERSEDIA DENGAN KAMERA UNTUK MERAKAMKAN PERBUATAN INDIVIDU TERBABIT.

APASAL BUAT LAGU TU KAT WAN FARID???

Semalam kempen Umno kat P.36 nampak sedikit berseri dengan kedatangan Presiden Umno yang dah nak tamat tempoh 3 bulan lagi. Ramai menjangkakan kempen Umno@BN bertambah ligat selepas mendengar amanat yang disampaikan dalam satu majlis sambil makan-makan, dengar, gelak dan tepuk oleh Presiden Umno tu. Tapi sampai tengah malam 'semangat' tu tak muncul-muncul pun di P.36. Puas juga duk ronda-ronda keliling tapi kebanyakan bilik gerakan Umno standard macam tu juga...penuh dengan aktiviti makan & gelak. Dah tu Presiden Umno datang buat apa??? Takkan tak pernah makan angin kat Kuala Terengganu selama ni!!!

Dalam duk melilau pusing keliling tu dapat la satu berita yang rasanya amat menyedihkan calon Umno Wan Farid, kalau la dia dengar confirm kecil hati menangis tak berlagu la jawabnya. Yer la... kawan tu dah la letak jawatan nak bertanding punya pasal, tup-tup ada pulak kata macam-macam kat belakang...bab ni aku rasa kesian kat Wan Farid. Ni yang dikata kawan makan kawan.

Dalam perjumpaan tertutup malam tadi, Presiden Umno menasihatkan kepada jentera Umno agar jangan memberi maklumat yang salah berkenaan calon Umno Wan Farid tu. Kesian dia dah korban jawatan senator jadi kena la tolong dia beri menang pilihanraya ni. Nanti lepas ni dia takdak kerja nak buat. Najib belum tentu nak beri dia jawatan dah dia dicop budak Paklah. Ni bukan aku yang kata, ni bekas Presiden Umno sendiri yang kata. Bekas Presiden Umno yang dah keluar Umno. Sapa lagi....dia tu lah....

Presiden Umno Pak Lah kecewa sebab Umno yang lebih sibuk mengutuk calon depa sendiri. Patutnya jentera Umno kena la kempen beri pengundi sokong Umno, ni dah terbalik pulak!!!!

Lepas tu dapat lagi berita sedih kedua yang melanda Wan Farid semalam bila parti komponen BN iaitu Gerakan sendiri mengakui bahawa orang Cina lebih menyukai calon PAS daripada calon Umno. Yang ni lagi satu kes berat!!!! Padahal berita jam 8 malam keluar kenyataan Presiden Umno yang pengundi Cina masih menyokong Wan Farid...berita tiga suku tipu ka atau Abdullah yang tipu??? Dah memang dalam puak-puak penipu ni memang susah la nak kenal mana satu penipu biasa dan mana satu penipu tegar.

Tu cerita pasal Presiden Umno dan parti Gerakan. Depa tu orang luar. Ni pulak cerita pasal orang kuat Umno Terengganu sendiri pun tak puas hati juga kat Wan Farid ni. Yang ni aku malas nak ulas....baca jer la kat sini.

Nampaknya kita sebagai manusia patut rasa kesian kat Wan Farid ni. Jangan salah faham..aku kata kesian...bukan suruh undi dia pun. Yang ni kena clear. Semua duk beri komen negatif pasal dia, dari orang Umno, parti komponen dan bekas presiden Umno pun semua macam tak berkenan kat si Wan Farid ni. Kalau macam ni la gayanya....aku tak tahu la apa nak kata kalau pengundi P.36 jatuh hati sangat kat Wan Farid ni. Ada satu kemungkinan yang menyebabkan orang Melayu cepat jatuh hati....mungkin dah kena minyak senyonyong kot??? Yer la.... benda ni masih menebal dalam masyarakat orang Melayu...sebab tu ada slogan dulu, kini dan selamanya. Tu slogan tahyul la tu....tahyul bagi sekelompok kecil pengundi dan penyokong yang masih lagi duk letak harapan kat parti yang dah nak mereput ni.

Stesen tv dan media arus perdana lain pun tak terkecuali terpesona dengan benda tahyul ni. Sekarang duk tayang segala macam benda pasal Terengganu. Sampai puaka pun masuk tv...tak caya tanya la puaka niyang rapik.






Thursday, January 8, 2009

DIA DATANGGG.....

Kertas undi pos akan dikeluarkan Sabtu ini. Sebanyak 1,035 kertas undi pos akan diedar kepada pasukan keselamatan seperi polis, tentera dan pelajar luar negeri yang mendaftar sebagai penggundi pos.

Tarikh undi pos dijalankan tidak diketahui. Hanya ditetapkan tarikh serah semula kertas undi tersebut adalah sebelum 5 petang 17 Januari 2009.

TOLONG EJA....D.E.M.O.K.R.A.S.I.

Berita masa sekarang cukup haru kalau baca. Ada berita pasal beri duit kat pengundi, ada berita macam nak pilihanraya kecil sekali lagi, ada calon yang percaya kat nombor, pasal taring, ada yang nak jadi hero kampung, ada pulak dah 50 tahun baru teringat nak bermesra dan macam-macam segala jenis cerita boleh baca. Tak kira la baca sumber mana pun baik dalam internet, suratkhabar, radio dan tv.

Cuma rasanya macam nak komen sikit la. Kita ni dah 50 tahun lebih merdeka. Dari makan ubi kayu, sekarang dah boleh masak burger sendiri dalam rumah. Dulu kayuh basikal pergi mengaji, sekarang dah boleh merempit selepas balik mengaji. Yang aku tak faham ada satu perkara tak ubah-ubah dari dulu sampai sekarang walau ramai dah berbunyi...'kebebasan media'. Yang ni dari dulu memang jarang-jarang nak bebas...bebas la sekejap...tak lama...tapi 'ke dalam' la jawabnya. Hang yang muda-muda ni kenal tak Pak Said-Said Zahari ni??? Kalau tak kenal kena buka buku sejarah semula...aku malas nak cerita kat sini. Tapi kalau sebut Farid Ridzwan dan Shabery Chik mesti semua kenal. Sebut 'jom heboh' mesti seronok sampai melompat kot ???

Yalah asyik-asyik duk cerita pasal belah sana (Umno la) saja pasal apa??? Yang belah sini (PR-PAS la sapa lagi!!!) nak buat ceramah pun kena permit, kena buat belah malam, tak boleh ganggu lalu-lintas, nak masuk tv jangan harap la, nak cakap sikit dalam radio pun jangan mimpi..Selangor yang PR perintah pun tak dapat air-time walau seminit. Kalau ada pun keluar tv dan suratkahabar semua cerita masuk angin keluar asap!!! Hak konon-kononnya berita baik-baik belah sana sampai pagi duk tayang ulang-ulang...tak caya??? Cuba bangun pukul 2-3 pagi pastu buka tv (RTM la). Hang tengok la puas-puas sampai juling mata.

Kalau sebut kebebasan media nanti dia kata mana ada kebebasan mutlak....betul la tak mutlak tapi yang duk buat sekarang ni langsung tak adil...teruk sangat berat sebelah. Kalau sebut juga lagi kebebasan media nanti dia kata jangan ikut barat. Ni aku nak beritahu sikit....yang barat tu yang elok kita boleh ikut. Dalam 2-3 bulan lepas bukan main seronok tengok kat Astro bila masa nak pilih Presiden Amerika. Depa buat live Presidential Debate, rakyat Amerika dan seluruh dunia boleh tengok. Tu contoh kat barat, contoh terdekat Thailand. Semua parti yang bertanding boleh masuk tv saluran khas...kat situ boleh kempen sampai lenguh pun takpa 'RTM Bangkok' tak halang pun.

Tapi bising kat blog pun tak jadi apa cuma boleh la beri sedikit kesedaran bahawa hak untuk mendapat maklumat yang betul, adil dan telus tu mesti kita perjuangkan. Sekarang belah sana berkuasa dia sekat media....tak lama lagi insyaallah kita pula pegang kuasa. Kalau nak lagi cepat kena kerja kuat kat P.36 ni. Tak percaya??? Mesti tak pergi dengar ceramah Anwar dengan Tok Guru Nik Aziz dan calon PAS P.36 kat Tanjung semalam!!!! Betul la hangpa ni baca blog je boleh harap..bila time buat kerja semua menikus!!!

Wednesday, January 7, 2009

P.36 - CUBA MINTA HAKMILIK TANAH DAN AIR PERCUMA

Dah jadi badi tiap kali pilihanraya macam-macam dok janji nak beri pada rakyat. Seolah-olah selama ni rakyat tak dapat apa pun...ada pilihanraya baru sibuk nak beri itu ini.

Projek pembangunan RM5.8 juta untuk penduduk Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri merancang melaksanakan projek pembangunan bernilai RM5.8 juta di Kuala Terengganu sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat untuk menerajui kawasan itu pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan ini.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata, peruntukan tersebut meliputi RM2 juta untuk projek membaiki longkang dan jalan raya yang rosak manakala RM3.8 juta lagi untuk projek-projek kecil di kawasan Parlimen Kuala Terengganu.


Tu yang jenis berjanji. Ada juga dengar cerita jenis ugut!!!

Sebuah keluarga yg telah kematian bapa dan hidup dibelenggu kemiskinan.Keluarga tersebut yang menerima bantuan zakat dr kerajaan negeri telah diberi amaran oleh puteri umno untuk tidak rapat dgn seorang ajk muslimat PAS yg sering menziarahinya.

Aku pun bukanlah pandai sangat. Tapi kalau boleh nak bagitau kat pengundi di P.36 tu apakata kali ni minta kerajaan negeri Terengganu beri hakmilik tanah dan air percuma kat rakyat Terenganu. Tak kira la sapa menang pun kerana yg lawan ni kerusi parlimen, negeri Kuwait Malaysia ni tetap puak Umno dok jaga lagi. Tanah dan air tu kuasa kerajaan negeri, macam Selangor dan Perak duk buat tu. Kalau Wan Farid kalah pun kerajaan negeri boleh buat juga. Tak perlu tunggu Umno menang parlimen.

Lagi satu isu pengangkutan awam kat Bandaraya Kuala Terengganu ni teruk amat!!! Buat malu jer dapat status bandaraya. Pi la gegar ofis Datuk Bandar cerita pasal isu ni. Ni isu setempat yang hari-hari rakyat Kuala Terengganu kena hadapi. Lagi pun isu ni dah lama dah. Yang aku tengok jalanraya yang dah elok pun dok korek buat baru lagi apa pasal??? Buat la jalan kampung..bukannya jalan tar ke rumah pengerusi JKKK je. Sekarang musim hujan jalan becak. Nak pegi surau pun basah kain dulu terpercik.

Kalau boleh minta tunaikan secepat mungkin dalam tempoh kempen ni. Dah nak tolong sangat baik minta dua menda tu berguna utk jangkamasa panjang. Takat duk janji nak buat parit, longkang, jalan tu nak beri projek kat kroni depa je.

Tanah yg PAs proses dulu boleh la MB Terengganu skrg lulus beri geran kekal. PAsal air tu kalau tak sempat boleh la mulakan dengan membuat sidang media terbuka. Kurang-kurang satu Malaysia boleh jadi saksi yg Terengganu pun berhajat nak beri air percuma pd rakyat.

Ini cadangan saja. Tak tahu la kot-kot orang Terengganu dah selesa dengan wang ehsan...dengar cerita dapat la RM400 untuk buka sekolah. Sampai lupa barang-barang mahal takat beri byk tu sekali pergi market pun habis. Takkan tiap bulan nak suruh wakil rakyat meninggal??? iskkk....tak baik cakap gitu.....

LAWAN LAGI.....

Nak pilihanraya kecil lagi sekali pulak ke???
Kita tunggu jer la keputusannya mahkamah nanti.

Baca sini..Klik sini...

Tuesday, January 6, 2009

YAKIN SANGAT...ADA APA-APA KE???


Memang la adat bertanding semua nak menang. Siapa nak kalah??? Tu semua orang tahu.

"Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau optimis pencapaian Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, akan lebih baik daripada pilihanraya umum Mac lalu."
"Semasa minum pagi bersama Ustaz Abu Bakar Chik di sebuah gerai depan pejabat Utusan Terengganu, saya terbaca kenyataan Menteri Besar, Ahmad Said bahawa beliau yakin BN boleh menang dengan majoriti meningkat berkali ganda, sehingga 3,500 undi."

Tapi bila tengok mood dan trend rakyat sekarang rasanya payah Umno@BN ni nak pulun macam dulu-dulu. Tapi kenyataan depa ni macam yakin yang amat macam ada magic pulak.

Dah tahu Umno ni perangai putar-alam guna segala macam helah, petugas dan jentera jangan la senang hati tengok ramai hadir kat penamaan pagi tadi. Tu yang ramai-ramai tu kebanyakkannya orang luar yang tak mengundi pun. Datang untuk beri sokongan moral. Tugas utama dan penting kena pegi terus tuju pada pengundi, pujuk depa, ambik hati depa, terangkan pasal dasar kita, apa pasal rakyat kena tolak puak belah sana....nak tulis banyak...hang tanya la kat ketua biliik gerakan apa perlu buat!!!!

Malam ni c4 ceramah kat mana????

**Dalam berita tadi ada beritahu tiap Dun dalam P.36 ada diwujudkan Pusat Operasi Taktikal PDRM....so ada 4 semuanya...Errmmmm....sebelum ni tak pernah dengar pun PDRM buat macam ni. Labu...labuuu.....

Baca sini
, baca sini dan baca sini.

TERKINI : AKIM TARIK DIRI

Tanda-tanda awal Umno akan tersembam. Pun begitu petugas dan jentera parti jangan alpa...Umno@BN ni penuh dengan tipu muslihat.

Naib Presiden Akim batal hasrat tanding di saat akhir

[DIKEMAS KINI 9.45 PAGI] KUALA TERENGGANU: Naib Presiden Angkatan Keadilan (Akim), Harun Mohamad memutuskan untuk tidak bertanding pada saat-saat terakhir bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu

Beliau yang masuk ke pusat penamaan calon pada pukul 9.20 pagi tadi bagi menyerahkan borangnya bagaimanapun telah mengubah fikirannya atas alasan peribadi dan politik.

"Pagi ini saya mendapat ilham (untuk tidak bertanding). Lagipun, saya tidak berapa sihat sekarang.

"Saya memberi laluan kepada calon PAS untuk menghadapi Umno," katanya ketika ditemui di luar pusat penamaan calon.

Harun, 63, yang juga Pesuruhjaya Akim Terengganu bagaimanapun menafikan yang beliau dipujuk oleh mana-mana parti politik termasuk PAS untuk tidak bertanding.

Beliau turut meminta penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Umno supaya menyokong calon PAS atas alasan bahawa dasar Akim dan PAS adalah selaras untuk menjaga kepentingan masyarakat Islam.

Harun sebelum ini pernah bertanding pada pilihan raya umum 1974 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk.

...............................................................................................................................................................

Calon Akim tarik diri dan minta pengundi sokong PAS

Intan Abdullah & Khairul Azlan
Tue | Jan 06, 09 | 9:47:39 am MYT

KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Hrkh) - Calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun @ Abdul Rahman Mohamad mengumumkan menarik diri dari bertanding dalam pilihanraya kecil P.036 Kuala Terengganu pada pukul 9.30 pagi tadi.



Harun mengumumkan penarikan diri beliau sepuluh minit selepas memasuki Stadium Negeri.

Beliau turut menyeru kepada pengundi-pengundi di Kuala Terengganu agar memberikan sokongan padu kepada calon PAS, Abdul Wahid Endut.

Harun menjelas beliau menarik diri kerana dasar perjuangan Akim dan PAS adalah sama./wann_

**Artikel dipetik dari harakahdaily dan mStar.

C4 NAK MAI....NAJIB BALIK AWAL





Najib ni bijak jugak. Dia awal-awal lagi dah kata prk P.36 ni bukannya kayu ukur penerimaan rakyat terhadapnya sebagai bakal PM.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak played down suggestions tonight that the Kuala Terengganu by-election is a referendum on his leadership.
Agak-agaknya Najib dah tahu hayat Umno dalam prk P.36 ni cuma nyawa-nyawa ikan, sebab tu dia kata lagu tu. Nak cover line!!!!

Tu belum lagi c4 (baca si 4- empat orang) ni mai ceramah kat rakyat dan pengundi di Kuala Terengganu. Ada pulak seorang tu baru je masuk PAS dari parti Umno. Kes dia kena pecat pasal Najib jugak. Dah beli helikopter mahal pasal apa...ada yang murah tak nak beli.

Bila buat laporan...alih-alih dia pulak yang kena??? Apa pun kita ucap selamat datang pada orang baru tu, harap janji dia nak mai ceramah full time masa kempen prk P.36 tertunai.

Yang 3 orang lagi tu aku tak perlu tulis banyak-banyak...semua orang dah kenal.

Ada sapa-sapa yang tahu jadual ceramah depa ni boleh la beritahu, aku nak masuk dalam blog ni. Tapi kalau salah jangan marah kat aku...jadual ceramah masa prk memang selalu tukar-tukar last minute.


Monday, January 5, 2009

SEMUA HARUS WASPADA







Esok adalah hari penamaan calon bagi PRK P.36.

Sepertimana biasa keadaan pasti hangat kerana parti-parti yg bertanding akan cuba melakukan 'perang psikologi' awal dgn menunjukkan kekuatan sokongan masing-masing melalui kehadiran ramai penyokong.

Harus diambil perhatian agar semua mengambil langkah waspada kemungkinan wujud provokasi oleh pihak yg tidak bertanggungjawab yg bakal mencetus suasana panas.

Kepada penyokong2 yg hadir harap tidak melayan sebarang provokasi esok. Di antara peralatan atau gadget yg perlu di bawa bersama esok adalah :

  • Kamera atau camcoder bagi merakam suasana penamaan. Jika ada yg cuba mencetus provokasi, jgn layan dan ambil gambar sebagai bukti jika ada keperluan diguna di masa akan datang.
  • HP yg mempunyai kredit. Untuk membuat laporan atau hebahan kpd bilik gerakan jika berlaku apa2 kejadian yg tidak diingini. Sekali lagi, jgn hampiri kawasan panas tersebut.
  • Tuala kecil (good morning) dan sebotol air mineral. Mana la tahu kot2 FRU nak main sembur2 gas esok. Basahkan tuala dan tutup pd bahagian muka. LAngkah terbaik, tinggalkan tempat yg kecoh tu...kalau sempat ambil gambar apa yg berlaku dari jauh.
  • Payung. Sekarang musim hujan....sediakan payung sebelum hujan!!!!

RTM dengan baik hati akan memberi slot khas setiap hari sempena prk P.36. Ianya didakwa bebas dan hanya memberi informasi tentang parlimen terbabit. Tapi kita semua maklum bagaimana 'bebasnya' RTM ni.

Pastinya esok cameraman tv dan akhbar akan berada di posisi yg sesuai bagi menjalankan 'tugas sulit' mereka mengambil gambar para penyokong yg 'didakwa' menimbulkan kekecohan untuk disiarkan di muka depan akhbar atau dlm slot berita siaran tv.

Najib pun dah beri amaran agar jgn ada insiden cameraman dipukul spt prk Permatang Pauh baru2 ni. So, kena faham2 sendiri la bila Najib dah kata begitu mesti ada udang di sebalik batu!!!

Kepada penyokong dan petugas...selamat berjuang..semoga dilindungi Allah.

BILA DEPA NI NAK MAI KUALA TERENGGANU???





Prk P.36 akan menyaksikan pertarungan sengit dua musuh politik tradisi. Calon bebas kira tak masuk book!!! Dan tiap kali ada prk, ada watak-watak 'nasional' akan muncul untuk menarik sokongan pengundi.

3 orang ini adalah antara watak-watak yang dinanti oleh pengundi di P.36 untuk mereka mempersembahkan dongeng terkini daripada skrip parti masing-masing (depa tu sama parti).

Ada lagi watak yang tertinggal? Sila beri cadangan......
(Gambar atas sekali tu boleh laaa nooo...)

RAMAI-RAMAI TU NAK BUAT APA???

Media menyiarkan bahawa 6,000 orang polis akan dihantar ke Kuala Terengganu bagi mengawal ketenteraman awam sepanjang masa prk P.36.

Baguslah macam tu, memang tugas polis pun untuk jaga keselamatan rakyat. Gaji polis pun dibayar oleh rakyat melalui cukai.

Cuma kita tak mahu insiden macam dulu berlaku sekali lagi. Dulu pun cuma 200 orang je yang datang, tak sampai 6,000 pun tapi dah kecoh. Rakyat memang cintakan keamanan. Kecoh-kecoh dulu tu 'orang itu' yang punya angkara. Rakyat Terengganu tak lupa siapa 'orang itu'. Tak caya? Tunggu keputusan prk P.36. Pengundi P.36 tahulah macamana nak ajar 'orang itu'.

Tengok klip dibawah baru korang ingat balik........

http://www.youtube.com/watch?v=xaANpeYR-tw

Sunday, January 4, 2009

KEMPEN : PUTERI UMNO BOIKOT WAN FARID


Perasan atau tidak walaupun media memaparkan betapa sibuknya Wan Farid berkempen ke sana-sini tetapi tiada kelibat puteri Umno pun kelihatan mengiringi beliau.

Ketua Puteri Umno Terengganu yang juga memasang angan-angan dicalonkan dlm prk P.36 kecewa apabila Wan Farid yg dipilih. Dah lah tidak dilantik semula sebagai senator, tak seperti Wan Farid yg hanya merugikan kuota senator Terengganu kerana hanya memegang jawatan senator utk jangkamasa singkat akan meletakkan jawatan sehari sebelum penamaan calon.

Peranan jentera kempen wanita amat penting krn lebih 50% pengundi di P.36 adalah wanita.