Monday, January 12, 2009

REALITI RAKYAT DAN FANTASI PEMIMPIN.....

Aku ada baca kat Bernama berita ni :

"KUALA TERENGGANU, 11 Jan (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak perlu menggunakan label negara kebajikan kerana pimpinan negara telah melaksanakannya sejak memerintah."
"Tak payahlah nak kata kita ini negara kebajikan, tak payah buat label kerana hakikatnya kita memang sudah negara kebajikan. Tak payah nak kata nak perjuangkan negara kebajikan kerana Malaysia di bawah pimpinan Abdullah (Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) amat-amat cakna kepada kepentingan rakyat," katanya."

Lepas tu jumpa pulak berita ni :

"KUANTAN: Kerajaan negeri melalui Yayasan Pahang (YP) menyediakan peruntukan RM2 juta bagi menjayakan Program Bantuan Pakaian dan Beg Sekolah (PBPBS) untuk dinikmati oleh kira-kira 25,000 pelajar miskin di seluruh negeri."

"Menurut berita itu lagi dari jumlah tersebut, seramai 1,337 orang pelajar miskin adalah dari Bentong, Jerantut (1,414 orang), Raub (1,256 pelajar), Pekan (1,923 pelajar), Temerloh (2,402 pelajar), Lipis (1,145 pelajar), Bera (1,105 pelajar), Maran (1,423 pelajar), Kuantan (5,291 pelajar), Cameron Highland (416 pelajar) dan Rompin (1,801 pelajar)."


Lepas tu jumpa pulak gambar ni, gambar rumah di Pekan:




Ada lagi, ni rumah pemimpin Umno di Terengganu :



Ni rumah rakyat kat Terengganu :



Najib cakap tu kerajaan kebajikan negara mana???

Kat Mongolia ada ke parti politik bernama Barisan Nasional???

5 comments:

  1. dengki ke rumah wan farid tu bsar? dia mampu. nak rumah besar kena la rajin keje bukan duk warung kopi main dam siang malam ingat boleh jd kaya ke?? jg nnak salahkan kerajaan pulak kalau diri sndiri yg malas nk usaha.

    ReplyDelete
  2. pemimpin uomo/bn kaya raya kerana rasuah, baham duit rakyat. kaya dengan jalan menipu.Memang pemimpin umno kerja keras tipu rakyat

    ReplyDelete
  3. bukasn dengki tapi buat harta dr mencuri buat apa. salah tu. kaya tak salah.

    ReplyDelete
  4. bengong la duk dengki umah org besar...
    dah tu..takkan nak surh umah semua same besar,baru dikatakan negara berkebajikan..????

    org rumah besar tu sbb dulu dia rajin belajo..perah otak study siang malam..br tua2 leh jadi kaya..

    tu yg umah buruk tu sbb dulu mereka malas belajo..kerja pun malas...isap rokok minum kopi..semua nak wat keje senang..lps tu mula nak dengki rumah org besar...kata rasua,,kata itu..kata ini..

    ReplyDelete
  5. benggong lagi la org yg sokong org duk umah besar tp hasil dr rasuah dn menipu rakyat.

    mengggonngggg......

    ReplyDelete