Tuesday, September 29, 2009

SELCAT : POLITIK MENGELAT

Alih-alih Khalid Samad pulak yang kena. Agaknya anak Ali yang sorang ni fobia dengan 2 orang bernama Khalid kat Selangor.



Ye lah, nak buat macam mana,Hasan dan Mustafa sama-sama anak Ali mesti la ada perasaan 'perpaduan' bila sedarah-sedaging, senada-seirama, satu arah satu tujuan dan sehati berdansa nak menari dengan Umno kot.



Alasan yang diberikan kerana Khalid Samad membuat kenyataan terbuka yang boleh merosakkan imej parti. Lepas ni mungkin Mahfuz pun kena, dia pun membuat kenyataan terbuka kepada Hasan Ali yang juga membuat kritikan terbuka dalam isu SELCAT.


Hari ni dah masuk 10 Syawal, orang Melayu kata dah masuk 10 hari raya. Ada saper-saper tahu kat mana Ahli Parlimen Marang berada sekarang??? Dia tak habis beraya lagi ke??? Atau dia terlupa yang dia Presiden parti!!!!

Orang tua-tua kata, anak jadi kurang ajar kerana mak-bapak tak ajar. Anak buat salah sampai dah kecoh satu kampung berkelahi tapi dia buat derk jer. Bila jiran nasihat dan tegur, dia kata jangan masuk campur.

Muktamar akan datang, aku harap ada vacancy untuk jawatan Presiden dan jawatan-jawatan yang satu geng dengannya. ....."Apa buat sampah, menyusahkan!!!!".

SELCAT : Nakal Sungguh Anak Ali.....

Dulu Tok Guru dah tegur seorang anak Ali ni, dalam tahun lepas. Dia diam sekejap. Tak tahu la samada dia diam tu tanda faham atau diam tanda geram. Dia ni pernah merasa jadi Timbalan Menteri zaman PAS bersekutu dengan UMNO@BN masa Dato' Asri jadi Presiden PAS. Mungkin rasa seronok jadi Timbalan Menteri tu masih terasa lagi kot.



Tak tahu la apa nasib Ali, ada anak lelaki tapi degil-degil belaka pulak tu. Dan yang ni spesies anak Ali yang paling degil, cukup pandai putar-alam dan dengan muka selamber buat-buat macam tak salah apa-apa pun. Dulu pun pernah jadi Timbalan Menteri Umno karat tapi dah kena pecat. Terdapat tanda-tanda nak rujuk semula. Sekarang dalam proses gila talak. Yang ni pun Tok Guru baru jer tegur lepas raya baru ni.



Anak Ali yang sorang ni agak bernasib baik. Setakat ni masih lagi seorang Exco. Tapi macam anak-anak Ali yang lain, dia ni pun dah ada tanda-tanda 'meroyan'. Aku harap sebelum virus meroyan tu bertukar menjadi virus gila babi, baik Tok Guru tegur cepat-cepat. Kalau degil jugak, tarik telinga keliling kampung.

Meroyan dia ni lain macam sikit, ada kata kesampukan kempunan nak jadi MB, ada pulak yang kata meroyan dia bermusim bila ada pilihanraya kecil dan ada pulak kata dah kena cenuai anak Toyo (toyol?).


Kepada 3 orang anak Ali ni, jangan ingat rakyat bodoh. Jangan ingat rakyat mudah lupa. Dan kepada penyokong-penyokong dan macai-macai 3 orang anak Ali ni, kalau nak bodoh, bodoh la sorang-sorang, jangan nak bodohkan jamaah pulak.

Sekian dimaklumkan.


Friday, September 18, 2009

GIVE THANKS TO ALLAH by Mikael Jackson

Sori la pada kengkawan pasal lama tak update blog. Bz sesangat ramadhan tahun ni.

Insyaallah 2-3 hari lagi kita bakal menyambut Eid-Mubarak.

Oitt....sebelum tu aku nak share skit satu lagu yang aku baru dengar dari hp member aku malam tadi. Dia kata lagu ni Mikaeel@Michael Jackson yang nyanyi. Dan khabarnya kerana lagu ni la MJ dibunuh'.

Korang boleh dengar lagu tu dan lirik kat bawah ni :


Give Thanks To Allah - Michael Jackson


Give Thanks To ALLAH!

Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
PRAISE HIM ALL DAY FOR,
what is and what was
take hold of your eman
dont givin to shaitaan

oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghafoor Allahu Raheem Allahu yuhibbul el Mohsineen,
hua Khalikuna hua Razikuna wahuwa Allah kulli shaien Kadir

Allah is Ghafoor Allah is Raheem Allah is the one who loves the Mohsineen,
He is a creater, He is a sustainer and He is the one who has power over all.

Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all day full,
what is and what was
take hold of your eman
dont givin to shaitaan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghafoor Allahu Raheem Allahu yuhibbul el Mohsineen,
hua Khalikuna hua Razikuna wahuwa Allah kulli shaien Kadir

Allah is Ghafoor Allah is Raheem Allah is the one who loves the Mohsineen,
He is a creater, He is a sustainer and He is the one who has power over all.



Ni pulak laporan berita pasal MJ peluk Islam :




Semoga rohnya dicucuri rahmat. Kita pun belum tahu bagaimana kesudahan kita nanti.

Dan aku nak ucapkan Selamat Merayakan Eidulfitri. Kalau ada salah silap, terkutuk, aku minta maaf la.

Saturday, September 5, 2009

1Malaysia : Sahabat Ayah Pin



Apa pun, kita haruslah jadi warga negara yang mengenang budi dan berterima kasih kepada kerajaan BN yang bertindak sebagai "agen" Allah menyampaikan rezeki kepada hamba-hambaNYA di Malaysia. Tidak rugi berterima kasih dan menjadi rakyat yang menghargai keprihatinan pihak Kerajaan kepada rakyat. Terima kasih Dato' Seri Najib!


Aku marah la jugak kalau penyokong Umno@BN di bodoh, nak buat macam mana dah memang bodoh tak boleh diajar dah. Tapi aku amat marah kalau penyokong Umno@BN ni membuat cubaan banggang untuk membodohkan orang lain pulak.


Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah meng"ilham"kan kepada Kerajaan BN melalui Dato' Seri Najib Tun Razak diatas pertimbangannya untuk menyampaikan habuan yang ditunggu-tunggu oleh setiap kakitangan kerajaan. Tidak mengira parti mana yang disokong oleh kakitangan kerajaan itu, dia tetap akan mendapat BONUS! Itulah jasa BN kepada rakyat. Itulah rahmat Allah yang disampaikan melalui Kerajaan BN.


Hanya kerana habuan dunia-bonus, yang entah berapa ratus sen, ada yang dah gelap hati mendakwa kerajaan BN sebagai agen Allah.

Seteruk-teruk masa Pak Lah jadi PM dengan idea Islam Hadhari pun tadak 'umat Umno' yang tahap banggang macam ni. Bila sampai jer time Najib jadi PM 1Malaysia, dah ada penyokong Umno membuat kenyataan ala-ala Ayah Pin atau Nabi Kahar-Nabi Umat Melayu.

Bangsat sangat ke pengetahuan agama diorang ni???

Ditengah-tengah umat Islam sedang mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dan rahmat dibuka luas, syaitan pula dibelenggu, ni ada pulak 'bapak Ketuanan Syaitan Melayu' yang cuba menyebarkan doktrin baru.....BN Agen ALLAH!!!!!

Aku nak tengok apa komen kepala bapak ketua PEKIDA, kepala bapak PERKASA, kepala bapak PEWARIS dan yang paling penting.....apa kata MAJLIS FATWA. Kepada Tok Mupeti HarusSanaSini, aku nak tengok berapa tinggi songkok hang!!!!!

Baca jer la kat bawah ni apa yang ditulis oleh penyokong Umno. Link cari sendiri, aku tak mahu promote.

Ini Tahun ada BONUS! Contributed by dukeofmontecristo on Wednesday, September 02 @ 11:05:37 MYT Topic: KOMENTAR

Syukur, Alhamdulillah! Puji-pujian pada Allah S.W.T Yang Maha Pemurah lagi Maha Pemberi Rezeki. Melalui sumber-sumber risikan-risikan amat meyakinkan dan boleh dikenal pasti, semua pekerja-pekerja sektor awam Kerajaan akan memperolehi "durian runtuh" pada tahun ini. Dengar-dengarnya, BONUS akan diberikan sebelum Hari Raya Aidilfitri, manakala bakinya pula ialah pada hujung tahun ini. Syukur kepada Allah sekali lagi.


Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah meng"ilham"kan kepada Kerajaan BN melalui Dato' Seri Najib Tun Razak diatas pertimbangannya untuk menyampaikan habuan yang ditunggu-tunggu oleh setiap kakitangan kerajaan. Tidak mengira parti mana yang disokong oleh kakitangan kerajaan itu, dia tetap akan mendapat BONUS! Itulah jasa BN kepada rakyat. Itulah rahmat Allah yang disampaikan melalui Kerajaan BN.

Namun, harus diingatkan bahawa BONUS ini dikhabarkan hanya akan diberikan kepada kakitangan kerajaan Pusat sahaja. Kepada kakitangan kerajaan Negeri, silalah bertanyakan kepada kerajaan Negeri masing-masing. Kepada mereka-mereka yang berkhidmat dengan kerajaan Negeri Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, sila minta pada "mereka-mereka" yang berkenaan.


Yang di Kedah, sila minta pada Ustaz Azizan. Dengar kata Kerajaan Kedah dapat untung besar dari sumber balak di Bukit Kaci. Yang di Kelantan, sila minta pada Nik Aziz. Dengar--dengarnya sumber perairan negeri yang berjarak kurang dari 1 kilometer di kawasan Kelantan ada banyak "minyak". Tapi tak tahulah minyak petrol atau minyak angin! Dah lebih 18 tahun memerintah negeri, takkan tak berduit juga?


Yang mana di Selangor, sila minta pada Khalid Ibrahim. Orang kata Selangor duit banyak. Rasanya kalau setakat bonus 7-8 bulan tu "sap sap sui" sahaja. Apa nak dirisaukan? Kalau takde duit nak beri bonus, duit "zakat" ada! Di Pulau Pinang, Khalifah Guan Eng juga mampu memberikan bonus. Takkanlah menyewa di rumah mewah tapi tidak mampu nak beri bonus pada kakitangan kerajaan Pulau Pinang? "Depa" pun nak duduk kat "anglo mewah"juga.


Apa pun, kita haruslah jadi warga negara yang mengenang budi dan berterima kasih kepada kerajaan BN yang bertindak sebagai "agen" Allah menyampaikan rezeki kepada hamba-hambaNYA di Malaysia. Tidak rugi berterima kasih dan menjadi rakyat yang menghargai keprihatinan pihak Kerajaan kepada rakyat. Terima kasih Dato' Seri Najib!



Wednesday, September 2, 2009

1Malaysia : Pengerusi SPR masa kecik2 dulu.


Mangkuk Tandas ini tidak ada kaitan dengan Pengerusi SPR. Namun pembaca tidak dapat dihalang untuk menaruh sangkaan bahawa SPR merupakan tempat Umno@BN melepas segala najis mereka.
Mangkuk Tandas serupa boleh didapati di SPRM dan PDRM.



Masa kekecik dulu, dalam darjah 2, pengerusi SPR skang ni satu sekolah dgn gua. Dia jadi Ketua Pengawas. Lu bayangkan darjah 2 jadi Ketua Pengawas. Niamakahai. Nak kata ensem, 10 kali lagi ensem gua. Rambut gua tegak2, rambut dia time tu belah tengah gua cakap lu. Ala2 Berg la. Haha.

Setelah gua selidik dan siasat, rupa2nya bapak dia Guru Besar sekolah kat situ. Ceh.. patutlah. Dah la Guru Besar, Ketua UMNO cawangan plak tu. Misai tebal ular sawa.

Nak dijadikan cerita, satu kes telah berlaku. Pengerusi SPR ni, apa nama.... (baca ala2 Mahathir), Abdul Aziz telah ponteng selama 2 hari berturut2. Mengikut undang2 sekolah tu, yang bapak dia sendiri cipta, sapa2 berjawatan tak hadir sekolah 2 hari berturut2, tanpa kebenaran kena lucut jawatan.

Dah kecoh beb. Semua tunggu pengumuman Guru Besar jer la. Tapi Isnin depan la sebab perhimpunan besar dan lama setiap Isnin. Cari alasan la tuh.

Isnin pun tiba. Semua berhimpun. Lepas cikgu2 lain berucap, tibalah waktu paling lama sekali nak berdiri. Yakni Guru Besar berucap. Gua ambil part paling penting jer la.

"Dengan ini saya mengisytiharkan, bahawa Abdul Aziz kekal Ketua Pengawas kerana dia tidak hadir pada minggu yang berlainan. Satu hari Jumaat minggu pertama, satu hari Isnin minggu kedua."

"Dah agak dah....." Terdengar satu suara agak biadap dari kalangan murid2.

"Lagi pun, Abdul Aziz tidak hadir dalam 2 jenis pakaian berbeza. Hari Jumaat dia pakai baju Melayu. Hari Isnin tu plak dia pakai seluar sekolah jenama Big Jeans."

"Dah agak dah...." Terdengar satu suara dikalangan barisan guru.

"Lagi pun dia ponteng dalam 2 keadaan berbeza. Hari Jumaat dia mandi lombong. Tapi hari Isnin dia pergi main bidio kat Wisma Punca Emas."

"Mampuih p la....." Terdengar suara dari pekerja kantin.

Bodoh piang.

Sepatutnya, pada gua yang tahap bangang gak undang2 ni, kuasa isytihar kosong atau tidak pada Speaker. SPR hanya jalankan urusan pilihanraya.

Speaker isytihar lucut jawatan - SPR ready untuk pilihanraya - UMNO fail bantahan di mahkamah. Baru betul.

Di dah SPR pulak jadi hakim. Gua yang bodoh ke, sistem kerajaan yang bodoh ni?


P/S : Guru Besar dan Ketua Pengawas yang adil dan dedikasi diharap tidak berkecil hati dengan kisah yang dipaparkan. Ianya hanya untuk dijadikan tauladan kepada kroni-kroni Umno yang berada di sekolah. Kepada Aduka yang mungkin tengah memohon jawatan kosong sebagai tukang sebat syariah...terima kasih banyak-banyak. Lepas sebat Kartika...... standby untuk sebat Jarjis pulak.