Thursday, March 26, 2009

Siapa Senasib Mukhriz....Muhyiddin Dalam Debaran

Khairy Jamaluddin telah pun memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno dengan bergaya menewaskan Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir.

Walaupun terpalit dengan tuduhan politik wang dan serangan peribadi bertali-arus dari Mahathir, namun perwakilan pemuda tetap memilihnya sebagi ketua mereka.

KJ bukan sahaja menang tetapi apa yang menarik Mukhriz mendapat tempat tercorot di belakang Khir Toyo. Di peringkat pencalonnan keadaan sebaliknya berlaku apabila Mukhriz menang selesa dan KJ mendapat pencalonan 'bantuan talian hayat'.

Ini mungkin signal dari perwakilan. Dan kalau trend ini berkekalan maka perkara yang lebih menarik perhatian ialah nasib yang bakal diterima Muhyiddin dalam perebutan Timbalan Presiden Umno.

Najib sudah pasti menjadi Presiden Umno. Najib sebagai Presiden Umno yang pada persepsi rakyat adalah penerus legasi Mahathir.

Sekiranya Muhyiddin kecundang, yang juga adalah calon pilihan Mahathir, maka selepas ini Mahathir terpaksa juga meneruskan taktik serangan biasanya terhadap musuh politiknya dengan nada yang mungkin lebih keras. Walaupun sudah keluar dari Umno hampir setahun tetapi seolah-olah beliau masih lagi bertindak 'macam lah' Umno itu parti milik peribadinya!!!

Apa pun baiklah kita biarkan saja parti Umno itu dengan pergolakkan dalamannya. Kerana kejadian yang berlaku adalah penunjuk bahawa parti itu memang tidak lagi relevan menerajui pemerintahan negara.

Perhatian rakyat sebenarnya tertumpu pada 3 pilihanraya kecil yang bakal diadakan dalam masa 3 minggu lagi. Siapa pun yang dipilih perwakilan Umno untuk menjadi pemimpin mereka, rakyat sudah tidak peduli. Rakyat sudah ada keputusan sendiri dalam pilihanraya. Hukuman tetap berjalan sebagaimana hukuman rakyat di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Umno ibarat kapal terbang yang sudah mengalami kerosakan enjin dan kehabisan minyak. Maka siapa pun yang menjadi pilotnya sudah tidak bermakna lagi. Kapal terbang itu akan terhempas tidak lama lagi. Ibarat nangka busuk jatuh ke bumi.

Dan kepada Mahathir, anda sepatutnya berehat saja dan tumpukan perhatian mengerjakan amal ibadat. Umno pun sudah tidak lagi melayan pandangan anda. Rakyat pula sudah lama 'menendang' anda.

Kepada Umno dan Najib.....selamat jalan.

Tuesday, March 3, 2009

HORMATI KEHENDAK RAKYAT

Sekadar catatan ringkas.

Peluang untuk membetulkan keadaan yang kalut di Perak menjelma semula. Di fahamkan bahawa Menteri Besar Perak Dato Seri Nizar akan memohon mengadap Sultan Perak dalam masa terdekat bagi mempersembahkan usul membubarkan DUN Perak yang telah diluluskan dalam persidangan tergempar pagi tadi.

Rakyat menanti keputusan Sultan Perak dengan penuh harapan dan debaran.

Masa untuk membetulkan kesilapan sudah tiba. Kesannya nanti samada rakyat akan terus mengutuk atau memaafkan kesalahan lalu lantas kembali menghormati institusi yang menjadi payung kepada rakyat.

Berdoalah agar diberi hidayah dan dipermudahkan.

RAKYAT HAKIM NEGARA!!!