Tuesday, November 24, 2009

Kota Siputeh : Cisss........Derhaka Kau Kadir!!!!

Cissssss....cissssss......cissss......cissss kau Kadir......pantang Melayu derhaka!!!!

Berani kau kata Malaysia takde 1st Lady. Berani sunnguh kau ni yer Kadir????

Kadir.....Kadir.....kau tahu tak betapa susah payahnya nak membawa fesyen yang menepati ciri-ciri pemakaian wanita Islam kat bini Obama??? Berbuih mulut tahu tak!!!! Hari ni senang-senang kau kata 1Malaysia ni takde 1st Lady.....cissssss.....berani sungguh kau derhaka Kadir!!!!
Kau dah tak baca NST ker Kadir sejak pencen ni????

Bukan saja bab fesyen, bab ekonomi pun sama. Naik kematu tapak kasut ke hulu ke hilir membawa idea peranan dan sumbangan wanita dalam memajukan ekonomi negara seperti di Dubai baru-baru ni. Kadir, kau ingat senang ke nak pegi Dubai tu??? Kalau takat jadi bini Ketua JKKK tak payah mimpi la nak ke Dubai, takat ke Nilai atau Bukit Kayu Hitam boleh la.

Cisss derhaka kau Kadir!!!! Kau ingat Lee Kuan Yew tu bodoh ke???

Lee said he called on Rosmah because he had been told that she and her husband worked as a team. He asked to see her, and Najib made arrangements for them to meet.


Kau ni Kadir sama je macam lawyer ni. Korang ni dengki kat Rosmah ke???

Rosmah is the Prime Minister’s wife with a status. But she is not a politician and she possesses no governmental position.

But Lee said that Najib and Rosmah work as a team. Najib may consider his wife’s views before making a decision.

Aku malas nak layan Melayu derhaka macam kau ni Kadir. Baik aku pegi shopping. Cuma aku nak tanya kau sikit Kadir, sekarang ni ada Year End Sales ker kat New York tu???

Accompanying Najib on the trip is his wife, Datin Seri Rosmah Mansor. On hand to welcome them at the hotel where they are staying in the Big Apple were Malaysian embassy and consulate-general staff as well as a group of Malaysian businessmen.



Thursday, October 29, 2009

EGM PAS : Update

Minta maaf la bebanyak pada geng-geng penjenguk sekalian. Dah lama tak update blog. Banyak isu yang nak ditulis tapi terkantoi akibat perkhidmatan internet yang masih ada tempat yang tak kesampaian beruk and band.

Dari isu kekalahan PAS pada PRU Bagan Pinang, EGM Umno, EGM MCA, lawatan Najib ke Perancis, kegawatan hubungan antara Indonesia-Malaysia, kritikan pedas Professor Aziz Bari, Belanjawan 2010, lawatan sambil shopping Rosmah ke Dubai, sidang DUN Perak dan terkini isu EGM PAS. Semuanya tu memang aku nak ulas. Dah memang niat betul-betul nak tulis dalam blog, tapi apakan daya, jodoh tak kesampaian.

So, kepada pembaca sekalian, aku kirimkan pantun aje la kali ini........

Kalau ada sumur di ladang,
boleh hamba menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang, broadband atau streamyx.....,
insyallah berjumpa lagi.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur berkecai badan Altantunya angkara Rosmah,
Pergi ke Dubai bershopping jua.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Rosmah shopping bukan dia yang bayar,
Bonus takde rakyat gigit jari.

Tuesday, September 29, 2009

SELCAT : POLITIK MENGELAT

Alih-alih Khalid Samad pulak yang kena. Agaknya anak Ali yang sorang ni fobia dengan 2 orang bernama Khalid kat Selangor.



Ye lah, nak buat macam mana,Hasan dan Mustafa sama-sama anak Ali mesti la ada perasaan 'perpaduan' bila sedarah-sedaging, senada-seirama, satu arah satu tujuan dan sehati berdansa nak menari dengan Umno kot.



Alasan yang diberikan kerana Khalid Samad membuat kenyataan terbuka yang boleh merosakkan imej parti. Lepas ni mungkin Mahfuz pun kena, dia pun membuat kenyataan terbuka kepada Hasan Ali yang juga membuat kritikan terbuka dalam isu SELCAT.


Hari ni dah masuk 10 Syawal, orang Melayu kata dah masuk 10 hari raya. Ada saper-saper tahu kat mana Ahli Parlimen Marang berada sekarang??? Dia tak habis beraya lagi ke??? Atau dia terlupa yang dia Presiden parti!!!!

Orang tua-tua kata, anak jadi kurang ajar kerana mak-bapak tak ajar. Anak buat salah sampai dah kecoh satu kampung berkelahi tapi dia buat derk jer. Bila jiran nasihat dan tegur, dia kata jangan masuk campur.

Muktamar akan datang, aku harap ada vacancy untuk jawatan Presiden dan jawatan-jawatan yang satu geng dengannya. ....."Apa buat sampah, menyusahkan!!!!".

SELCAT : Nakal Sungguh Anak Ali.....

Dulu Tok Guru dah tegur seorang anak Ali ni, dalam tahun lepas. Dia diam sekejap. Tak tahu la samada dia diam tu tanda faham atau diam tanda geram. Dia ni pernah merasa jadi Timbalan Menteri zaman PAS bersekutu dengan UMNO@BN masa Dato' Asri jadi Presiden PAS. Mungkin rasa seronok jadi Timbalan Menteri tu masih terasa lagi kot.



Tak tahu la apa nasib Ali, ada anak lelaki tapi degil-degil belaka pulak tu. Dan yang ni spesies anak Ali yang paling degil, cukup pandai putar-alam dan dengan muka selamber buat-buat macam tak salah apa-apa pun. Dulu pun pernah jadi Timbalan Menteri Umno karat tapi dah kena pecat. Terdapat tanda-tanda nak rujuk semula. Sekarang dalam proses gila talak. Yang ni pun Tok Guru baru jer tegur lepas raya baru ni.



Anak Ali yang sorang ni agak bernasib baik. Setakat ni masih lagi seorang Exco. Tapi macam anak-anak Ali yang lain, dia ni pun dah ada tanda-tanda 'meroyan'. Aku harap sebelum virus meroyan tu bertukar menjadi virus gila babi, baik Tok Guru tegur cepat-cepat. Kalau degil jugak, tarik telinga keliling kampung.

Meroyan dia ni lain macam sikit, ada kata kesampukan kempunan nak jadi MB, ada pulak yang kata meroyan dia bermusim bila ada pilihanraya kecil dan ada pulak kata dah kena cenuai anak Toyo (toyol?).


Kepada 3 orang anak Ali ni, jangan ingat rakyat bodoh. Jangan ingat rakyat mudah lupa. Dan kepada penyokong-penyokong dan macai-macai 3 orang anak Ali ni, kalau nak bodoh, bodoh la sorang-sorang, jangan nak bodohkan jamaah pulak.

Sekian dimaklumkan.


Friday, September 18, 2009

GIVE THANKS TO ALLAH by Mikael Jackson

Sori la pada kengkawan pasal lama tak update blog. Bz sesangat ramadhan tahun ni.

Insyaallah 2-3 hari lagi kita bakal menyambut Eid-Mubarak.

Oitt....sebelum tu aku nak share skit satu lagu yang aku baru dengar dari hp member aku malam tadi. Dia kata lagu ni Mikaeel@Michael Jackson yang nyanyi. Dan khabarnya kerana lagu ni la MJ dibunuh'.

Korang boleh dengar lagu tu dan lirik kat bawah ni :


Give Thanks To Allah - Michael Jackson


Give Thanks To ALLAH!

Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
PRAISE HIM ALL DAY FOR,
what is and what was
take hold of your eman
dont givin to shaitaan

oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghafoor Allahu Raheem Allahu yuhibbul el Mohsineen,
hua Khalikuna hua Razikuna wahuwa Allah kulli shaien Kadir

Allah is Ghafoor Allah is Raheem Allah is the one who loves the Mohsineen,
He is a creater, He is a sustainer and He is the one who has power over all.

Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all day full,
what is and what was
take hold of your eman
dont givin to shaitaan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghafoor Allahu Raheem Allahu yuhibbul el Mohsineen,
hua Khalikuna hua Razikuna wahuwa Allah kulli shaien Kadir

Allah is Ghafoor Allah is Raheem Allah is the one who loves the Mohsineen,
He is a creater, He is a sustainer and He is the one who has power over all.



Ni pulak laporan berita pasal MJ peluk Islam :




Semoga rohnya dicucuri rahmat. Kita pun belum tahu bagaimana kesudahan kita nanti.

Dan aku nak ucapkan Selamat Merayakan Eidulfitri. Kalau ada salah silap, terkutuk, aku minta maaf la.

Saturday, September 5, 2009

1Malaysia : Sahabat Ayah Pin



Apa pun, kita haruslah jadi warga negara yang mengenang budi dan berterima kasih kepada kerajaan BN yang bertindak sebagai "agen" Allah menyampaikan rezeki kepada hamba-hambaNYA di Malaysia. Tidak rugi berterima kasih dan menjadi rakyat yang menghargai keprihatinan pihak Kerajaan kepada rakyat. Terima kasih Dato' Seri Najib!


Aku marah la jugak kalau penyokong Umno@BN di bodoh, nak buat macam mana dah memang bodoh tak boleh diajar dah. Tapi aku amat marah kalau penyokong Umno@BN ni membuat cubaan banggang untuk membodohkan orang lain pulak.


Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah meng"ilham"kan kepada Kerajaan BN melalui Dato' Seri Najib Tun Razak diatas pertimbangannya untuk menyampaikan habuan yang ditunggu-tunggu oleh setiap kakitangan kerajaan. Tidak mengira parti mana yang disokong oleh kakitangan kerajaan itu, dia tetap akan mendapat BONUS! Itulah jasa BN kepada rakyat. Itulah rahmat Allah yang disampaikan melalui Kerajaan BN.


Hanya kerana habuan dunia-bonus, yang entah berapa ratus sen, ada yang dah gelap hati mendakwa kerajaan BN sebagai agen Allah.

Seteruk-teruk masa Pak Lah jadi PM dengan idea Islam Hadhari pun tadak 'umat Umno' yang tahap banggang macam ni. Bila sampai jer time Najib jadi PM 1Malaysia, dah ada penyokong Umno membuat kenyataan ala-ala Ayah Pin atau Nabi Kahar-Nabi Umat Melayu.

Bangsat sangat ke pengetahuan agama diorang ni???

Ditengah-tengah umat Islam sedang mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dan rahmat dibuka luas, syaitan pula dibelenggu, ni ada pulak 'bapak Ketuanan Syaitan Melayu' yang cuba menyebarkan doktrin baru.....BN Agen ALLAH!!!!!

Aku nak tengok apa komen kepala bapak ketua PEKIDA, kepala bapak PERKASA, kepala bapak PEWARIS dan yang paling penting.....apa kata MAJLIS FATWA. Kepada Tok Mupeti HarusSanaSini, aku nak tengok berapa tinggi songkok hang!!!!!

Baca jer la kat bawah ni apa yang ditulis oleh penyokong Umno. Link cari sendiri, aku tak mahu promote.

Ini Tahun ada BONUS! Contributed by dukeofmontecristo on Wednesday, September 02 @ 11:05:37 MYT Topic: KOMENTAR

Syukur, Alhamdulillah! Puji-pujian pada Allah S.W.T Yang Maha Pemurah lagi Maha Pemberi Rezeki. Melalui sumber-sumber risikan-risikan amat meyakinkan dan boleh dikenal pasti, semua pekerja-pekerja sektor awam Kerajaan akan memperolehi "durian runtuh" pada tahun ini. Dengar-dengarnya, BONUS akan diberikan sebelum Hari Raya Aidilfitri, manakala bakinya pula ialah pada hujung tahun ini. Syukur kepada Allah sekali lagi.


Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah meng"ilham"kan kepada Kerajaan BN melalui Dato' Seri Najib Tun Razak diatas pertimbangannya untuk menyampaikan habuan yang ditunggu-tunggu oleh setiap kakitangan kerajaan. Tidak mengira parti mana yang disokong oleh kakitangan kerajaan itu, dia tetap akan mendapat BONUS! Itulah jasa BN kepada rakyat. Itulah rahmat Allah yang disampaikan melalui Kerajaan BN.

Namun, harus diingatkan bahawa BONUS ini dikhabarkan hanya akan diberikan kepada kakitangan kerajaan Pusat sahaja. Kepada kakitangan kerajaan Negeri, silalah bertanyakan kepada kerajaan Negeri masing-masing. Kepada mereka-mereka yang berkhidmat dengan kerajaan Negeri Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, sila minta pada "mereka-mereka" yang berkenaan.


Yang di Kedah, sila minta pada Ustaz Azizan. Dengar kata Kerajaan Kedah dapat untung besar dari sumber balak di Bukit Kaci. Yang di Kelantan, sila minta pada Nik Aziz. Dengar--dengarnya sumber perairan negeri yang berjarak kurang dari 1 kilometer di kawasan Kelantan ada banyak "minyak". Tapi tak tahulah minyak petrol atau minyak angin! Dah lebih 18 tahun memerintah negeri, takkan tak berduit juga?


Yang mana di Selangor, sila minta pada Khalid Ibrahim. Orang kata Selangor duit banyak. Rasanya kalau setakat bonus 7-8 bulan tu "sap sap sui" sahaja. Apa nak dirisaukan? Kalau takde duit nak beri bonus, duit "zakat" ada! Di Pulau Pinang, Khalifah Guan Eng juga mampu memberikan bonus. Takkanlah menyewa di rumah mewah tapi tidak mampu nak beri bonus pada kakitangan kerajaan Pulau Pinang? "Depa" pun nak duduk kat "anglo mewah"juga.


Apa pun, kita haruslah jadi warga negara yang mengenang budi dan berterima kasih kepada kerajaan BN yang bertindak sebagai "agen" Allah menyampaikan rezeki kepada hamba-hambaNYA di Malaysia. Tidak rugi berterima kasih dan menjadi rakyat yang menghargai keprihatinan pihak Kerajaan kepada rakyat. Terima kasih Dato' Seri Najib!



Wednesday, September 2, 2009

1Malaysia : Pengerusi SPR masa kecik2 dulu.


Mangkuk Tandas ini tidak ada kaitan dengan Pengerusi SPR. Namun pembaca tidak dapat dihalang untuk menaruh sangkaan bahawa SPR merupakan tempat Umno@BN melepas segala najis mereka.
Mangkuk Tandas serupa boleh didapati di SPRM dan PDRM.



Masa kekecik dulu, dalam darjah 2, pengerusi SPR skang ni satu sekolah dgn gua. Dia jadi Ketua Pengawas. Lu bayangkan darjah 2 jadi Ketua Pengawas. Niamakahai. Nak kata ensem, 10 kali lagi ensem gua. Rambut gua tegak2, rambut dia time tu belah tengah gua cakap lu. Ala2 Berg la. Haha.

Setelah gua selidik dan siasat, rupa2nya bapak dia Guru Besar sekolah kat situ. Ceh.. patutlah. Dah la Guru Besar, Ketua UMNO cawangan plak tu. Misai tebal ular sawa.

Nak dijadikan cerita, satu kes telah berlaku. Pengerusi SPR ni, apa nama.... (baca ala2 Mahathir), Abdul Aziz telah ponteng selama 2 hari berturut2. Mengikut undang2 sekolah tu, yang bapak dia sendiri cipta, sapa2 berjawatan tak hadir sekolah 2 hari berturut2, tanpa kebenaran kena lucut jawatan.

Dah kecoh beb. Semua tunggu pengumuman Guru Besar jer la. Tapi Isnin depan la sebab perhimpunan besar dan lama setiap Isnin. Cari alasan la tuh.

Isnin pun tiba. Semua berhimpun. Lepas cikgu2 lain berucap, tibalah waktu paling lama sekali nak berdiri. Yakni Guru Besar berucap. Gua ambil part paling penting jer la.

"Dengan ini saya mengisytiharkan, bahawa Abdul Aziz kekal Ketua Pengawas kerana dia tidak hadir pada minggu yang berlainan. Satu hari Jumaat minggu pertama, satu hari Isnin minggu kedua."

"Dah agak dah....." Terdengar satu suara agak biadap dari kalangan murid2.

"Lagi pun, Abdul Aziz tidak hadir dalam 2 jenis pakaian berbeza. Hari Jumaat dia pakai baju Melayu. Hari Isnin tu plak dia pakai seluar sekolah jenama Big Jeans."

"Dah agak dah...." Terdengar satu suara dikalangan barisan guru.

"Lagi pun dia ponteng dalam 2 keadaan berbeza. Hari Jumaat dia mandi lombong. Tapi hari Isnin dia pergi main bidio kat Wisma Punca Emas."

"Mampuih p la....." Terdengar suara dari pekerja kantin.

Bodoh piang.

Sepatutnya, pada gua yang tahap bangang gak undang2 ni, kuasa isytihar kosong atau tidak pada Speaker. SPR hanya jalankan urusan pilihanraya.

Speaker isytihar lucut jawatan - SPR ready untuk pilihanraya - UMNO fail bantahan di mahkamah. Baru betul.

Di dah SPR pulak jadi hakim. Gua yang bodoh ke, sistem kerajaan yang bodoh ni?


P/S : Guru Besar dan Ketua Pengawas yang adil dan dedikasi diharap tidak berkecil hati dengan kisah yang dipaparkan. Ianya hanya untuk dijadikan tauladan kepada kroni-kroni Umno yang berada di sekolah. Kepada Aduka yang mungkin tengah memohon jawatan kosong sebagai tukang sebat syariah...terima kasih banyak-banyak. Lepas sebat Kartika...... standby untuk sebat Jarjis pulak.


Saturday, August 22, 2009

SELAMAT BERPUASA

Sorry la, sibuk sikit sampai hampir terlupa untuk mengucapkan "Selamat Menjalani Ibadah Puasa."




Para pengundi di Permatang Pasir, jangan lupa mengundi calon selain Umno@BN.

Klip Upin dan Ipin di atas tu aku tujukan khas untuk calon Umno si Rohaizat.

Dengan ucapan.....kalau dah kahwin 2 tu ngaku jer la..........

Tahun ni giliran balik beraya rumah bini muda kat Jengka ke????


Isteri potong alat kemaluan suami



Isnin, 23 Mac 2009
NEW DELHI - Dua kejadian berasingan dilaporkan berlaku di India di mana dua orang isteri yang geram dengan suami mereka yang menggatal dengan perempuan lain, bertindak memotong alat kelakian suami masing-masing.

Jettu Devi, 30, cuba memotong alat kelakian suaminya setelah terserempak dengan suaminya Kaushak Kishor Sing, 30-an, yang sedang berasmara dengan seorang wanita lain di rumah mereka di Katihar, sebuah daerah di negeri Bihar, minggu lepas.



Kepada isteri pertama Rohaizat dan isteri keduanya....jangan cuba nak tiru perbuatan seperti di atas nunnnnn.....kalau dah kontot, tiada gunanya lagi untuk kalian berdua.

Thursday, August 20, 2009

1Malaysia : Guna Tektik Jerman Cuba Tipu 1Malaysia

Tektik Jerman mengikut pemahaman orang biasa atau orang kampung ialah helah lapuk yang digunakan untuk menipu atau mengelirukan orang dari isu sebenar yang lebih gempar. Semua orang kampung sebenarnya dah tahu tektik yang digunakan kerana dipercayai tektik ini sudah wujud sejak Perang Dunia-1 lagi. Antara sebab mengapa Jerman kalah dalam Perang Dunia-2 ialah kerana menggunakan tektik lapuk yang sudah bocor sejak Perang Dunia-1. Korang tengok la History Channel kat Astro untuk keterangan yang lebih terperinci.


Sebagai contoh mudah tektik Jerman ialah seperti insiden di bawah :


Kenderaan SPRM rosak akibat molotov koktil

KLANG: Sebuah kenderaan pacuan empat roda kepunyaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rosak dipercayai selepas dilempar dengan enam bom molotov koktil awal pagi tadi.

Pegawai SPRM yang datang ke pejabat mereka di bangunan Pejabat Tanah dan Daerah Klang Lama di sini pagi tadi mendapati bahagian hadapan kenderaan Nissan X-Trail yang sering digunakan oleh pegawai penyiasat SPRM telah rosak.

Pegawai SPRM menyifatkan ia sebagai "tindakan pengecut" dan percubaan untuk menakut-nakutkan Suruhanjaya itu daripada menjalankan siasatan terhadap ahli-ahli politik dan orang-orang perseorangan.




Isu besar yang sebenar cuba ditutup yangboleh bikin gempar 1Malaysia ialah :







Tektik Jerman ini selalu digunakan pada zaman sebelum merdeka oleh Pak Pandir. Namun pada tahun 2009, ada lagi segelintir makhluk kat Malaysia masih menggunakan tektik Jerman ini. Tidaklah dapat dipastikan samada mereka itu asal-usul keturunannya sedarah dengan Pak Pandir atau tidak.

Wednesday, August 19, 2009

1Malaysia : Si Benggong yang bertuah




Masa study dulu aku pernah sewa rumah dengan budak-budak bujang. Hostel hanya disediakan pada semester pertama, masuk semester ke-2 kena la cari rumah sewa.

Rumah tu ada 3 bilik. Aku berkongsi bilik dengan seorang cikgu sandaran. Tua sikit jer dari umur aku.

Pada satu petang tu aku sembang-sembang la dengan dia pasal pengalaman dia mengajar. Dia baru mengajar 2 bulan. Dia mengajar subjek Bahasa Malaysia. Macam-macam perangai budak dia dah jumpa. Tapi ada sorang budak yang dia cukup bebulu. Nama budak tu Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin.

Walaupun pun Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin tu budak Melayu tapi bila tiba tang subjek Bahasa Malaysia dia jadi blurrr. Pernah kawan aku tu tanya apakah makna peribahasa harapkan pagar, pagar makan padi.......Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin hanya terkebil-kebil. Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin terpaku. Mata Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin bulat macam nampak hantu.

Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin macam tak faham soalan. Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin seolah tak faham bahasa Melayu. Mulut Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin seakan terkunci. Selepas diulang-soal beberapa kali, Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin tetap begitu. Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin macam budak benggong.

Kawan aku pernah bertanya kepada Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin apakah cita-cita beliau. Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin menjawab beliau sangat minat hendak menjadi FRU. Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin suka tengok cerita James Bond. Masa tu tahun 1989, filem James Bond yang tengah meletup bertajuk 'License to Kill'.

Kawan aku tu seorang yang penyabar. Walaupun mendapat murid benggong seperti Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin, namum dia tetap cuba mengajar Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin agar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara 1Malaysia.

Tu cerita 20 tahun yang lepas. Baru-baru ni aku jumpa kawan aku tu kat stesen minyak. Dia pakai kereta ciptaan tempatan je. Lepas habis jadi cikgu sandaran, dia dapat tawaran sebagai pegawai Jabatan Perhutanan.

Dalam duk bertanya khabar tu, dia tanya aku ingat tak lagi pada Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin????

Macam mana aku nak ingat, rupa dia pun aku tak kenal. Tak pernah jumpa pun. Cuma cerita tentang kebenggongangnya saja pernah dengar.

Dia kata, walaupun masa belajar dulu Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin macam budak benggong tapi dia bernasib baik. Sekarang Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin dah berjawatan besar. Aku tanya Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin dapat jadi pegawai FRU ke??? Dia kata Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin dah jadi Penguasa Kanan sekarang.

Baguslah kalau macam tu. Dapatlah Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin berbakti pada masyarakat, pada rakyat 1Malaysia. Rakyat 1Malaysia menaruh harapan besar pada Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin. Cikgu yang mengajar dia dulu pun tumpang bangga. Rakyat 1Malaysia 'bertuah'. Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin lagi la bertuah.


Inkues Teoh: Saksi SPRM tergamam secara tiba-tiba

SHAH ALAM: Pemangku Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Anuar Ismail, secara tiba-tiba tergamam dan tidak dapat menjawab ketika disoal-siasat oleh peguam pihak kerajaan, Tan Hock Chuan, tentang bagaimanakah siasatan dijalankan ke atas mendiang Teoh Beng Hock.

Ketika Tan meminta saksi ke-16 inkues kematian Teoh ini menjelaskan situasi proses tersebut dijalankan, Mohd Anuar, 32, hanya diam seolah-olah tidak memahami soalan yang diajukan kepadanya.

"Semasa kamu masuk ke dalam bilik tersebut (bilik soal siasat dijalankan) bagaimana suasana semasa Nadzri (Mohd Nadzri Ibrahim) rakam percakapan Teoh?" soal Tan.

Mohd Anuar bagaimanapun hanya diam dan seolah-olah tergamam dengan soalan tersebut.


Nota kaki : Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin adalah watak khayalan semata-mata. Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin tidak ada kena-mengena samada yang masih hidup, yang tengah mati, yang sedang disoal-siasat atau yang dah jatuh bangunan. Ayah Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin melarang mana-mana pihak menggunakan akronim untuk nama anaknya. DVD filem James Bond 'License To Kill' boleh didapati di kedai menjual DVD di bangunan Plaza Massalam.

Tuesday, August 18, 2009

1Malaysia : Aku Terpegun


Binatang ni lidah bercabang dan suka makan bangkai.



Sekadar gambar hiasan. Tiada kena-mengena dengan rumah Ketua Kampung Khir Toyo.




Syukurlah jika apa yang dikatakan di bawah ini benar belaka.


Tiada siapa yang istimewa dalam siasatan SPRM - Ahmad Said

KUALA LUMPUR: Tiada sesiapa pun diberi keistimewaan dalam siasatan kes rasuah sama ada membabitkan orang awam atau manamana anggota politik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

Katanya, SPRM akan terus menyiasat keskes rasuah secara sama rata terhadap semua orang termasuk ahli politik sama ada dari parti kerajaan atau pembangkang.



Aku selalu bermimpi. Dalam mimpi tu aku tengok berita kat tv. Pembaca berita tu ada sebut nama Khir Toyo, Ali Rustam, Khairy Jamaluddin dan beberapa nama lain. Dalam mimpi tu juga pemberita tu ada sebut-sebut SPRM. Lepas tu aku tengok mangkuk-mangkuk tu tutup muka macam Sirul dan Azilah. Tapi tu cuma dalam mimpi la. Samada mimpi tu jadi kenyataan atau tidak, aku mana tahu!!!! Tanya la kat Ahmad Said tu.



KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Sembilan hari sebelum pemilihan Umno pada 26 Mac ini, politik Malaysia hari ini digemparkan dengan larangan bertanding jawatan timbalan presiden parti yang dikenakan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berhubung amalan politik wang.

Keputusan itu dibuat oleh Lembaga Disiplin Umno yang mendapati Mohd Ali, yang juga Naib Presiden Umno, bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno kerana kesalahan rasuah dan politik wang yang dilakukan oleh ejennya.

Pengerusi Lembaga itu Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail turut mengumumkan bahawa lembaga itu juga mendapati Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, bersalah mengikut perkara yang sama tetapi beliau hanya diberi amaran.
Mereka yang digantung keanggotaan selama setahun pula ialah Ketua Umno bahagian Bandar Tun Razak Datuk Mokhtar Samad, anggota Umno bahagian Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail, Timbalan Ketua Umno bahagian Kuala Krai Amran Mat dan seorang ketua cawangan Umno dalam bahagian Gua Musang, Mohd Zuki Mohd Zain. Tiga lagi yang juga bersalah tetapi hanya diberi amaran ialah Timbalan Ketua Umno bahagian Paya Besar Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah, AJK Umno bahagian Paya Besar Mohd Zaili Besar dan Naib Ketua Umno bahagian Paya Besar Mohd Sohaimi Jusoh.



Lagi berita berkaitan......

Rakyat negeri Selangor sekali lagi digemparkan dengan satu lagi kes penyelewengan berkenaan dengan rumah mewah yang dimiliki YB Sungai Panjang, sekaligus menimbulkan persoalan bagaimana YB Sungai Panjang yang pernah menyandang jawatan Menteri Besar Selangor dapat membiayai rumah yang begitu mewah dengan pendapatan yang tidak setimpal dengan kos pembinaan rumah mewah tersebut.

Rumah yang dimiliki oleh YB Sungai Panjang ini didirikan di atas kawasan seluas 50,000 kaki persegi. Anggaran kos pembinaan rumah itu ialah RM20 juta, manakala harga tanah ialah RM3.8 juta.


Kenali mereka :

Ali Rustam - Ketua Menteri Melaka
Khairy Jamaluddin a.k.a KJ - Ahli Parlimen Umno / Ketua Pemuda Umno
Khir Toyo - YB Umno Sungai Panjang / Ketua Pembangkang DUN Selangor
Datuk Abdul Manan Ismail - Ahli Parlimen Umno
Datuk Md Sohaimi - ADUN Umno
Mohd Zaili Besar - ADUN Umno


Aku harap Ahmad Said dah basuh muka dan dalam keadaan sedar semasa membuat kenyataan tersebut pada pemberita. Bukannya apa, dulu aku ada seorang kawan yang selalu berjalan masa tidur. Bila kita tanya dia jawab selamber jer. Tapi lepas dia sedar, dia tak ingat apa yang kita tanya dan apa yang dia jawab. Nama kawan aku tu Kassim, bukan Ahmad Said.

1Malaysia : Tendang Saka Umno



Ramai yang tanya aku kenapa tak tulis pasal pilihanraya kecil Permatang Pasir. Sebenarnya aku tak berapa nak ada mood nak ulas pasal Permatang Pasir ni. Dah ramai blogger lain yang tulis. Tiap jam ada saja update.

Lagi satu aku yakin yang pengundi di Permatang Pasir tu semuanya masih waras dan sihat akal. Orang yang sihat tubuh badan dan sihat akal tak kebulur nak pilih menantu yang kaki kapur. Rakyat yang bijak dan merdeka mindanya tak buat perangai gila babi nak pilih pemimpin yang dah ada rekod songlap duit. Ni bukan aku saja-saja buat fitnah. Ni bukan rekaan. Kalau tak percaya, pegi la tanya kat Presiden Majlis Peguam nunnnnn.......

The Sun today reported:

When contacted, Bar Council chairman Ragunath Kesavan said all offences under the Legal Profession Act, under which Rohaizat was guilty, hold personal liability.

Stressing that the charge as tantamount to criminal misconduct, he said Rohaizat, not his partner, was named by the complainant over a sum of about RM140,000.

“If you are an innocent party, you would not be found guilty by the (Bar Council’s) disciplinary board. Rohaizat’s appeal against the Bar Council decision was dismissed by the High Court on Aug 12,” said Ragunath.



Bagi orang Umno yang tak reti baca suratkhabar bahasa Inggeris, kat bawah ni aku copy paste artikel dalam bahasa Melayu.


"Kesalahan itu adalah tanggungannya sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.

"Rohaizat dipecat pada 7 Mac tahun lalu dan beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos tahun ini," akhbar The Edge semalam melaporkan kenyataan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan.

ImageRagunath berkata, kesalahan yang dilakukan itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah dan tidak ada akaun untuknya.

"Apabila lembaga menyiasat perkara ini dan perintah dibuat, tidak dipulangkan kepada pemegang amanah melibatkan wang berjumlah RM140,000.

"Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan.

"Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah," katanya lagi.


Aku pun malas nak ulas panjang. Aku cuma nak ucapkan good luck pada Umno kat Permatang Pasir.

Kata orang tua-tua, kalau dekat nak mampus tu Umno akan buat perkara yang pelik-pelik. Contohnya Umno pilih calon yang ada kurap, panau, jerawat batu dan kepala botak untuk masuk bertanding ratu cantik. Bagi Umno, itulah saja calon yang terbaik yang ada. Yang cantik dan lawa dah lari dari Umno. Perompak dan penyamun saja yang duk melangguk dalam Umno.

Tu tandanya orang tu dah dekat nak mati....buang tebiat. Tapi kalau binatang, orang panggil tendang saka. So, aku rasa Umno dah sampai stage tendang saka. Dah tak boleh nak ubat dah. Tunggu masa nak campak masuk lubang aje.

Monday, August 17, 2009

1Malaysia : Lagu Cintan Rosmah

Tengah aku drive, ada pulak Dj radio pasang lagu Ronan Keating - If Tomorrow Never Comes. Boleh la menenangkan sikit kepala yang asyik duk layan politik jer.

Lagu ni memang sedap. Dan kalau tak silap aku Rosmah pernah nyanyi lagu ni dan keluar klip video dalam youtube. Satu dunia mungkin terpegun masa tu dengar isteri PM Malaysia nyanyi lagu Mat Salleh!!!!!

Aku pun cuba la cari semula kat youtube tu nak letak kat entry kali ni. Tapi dah kena remove dari youtube dah klip video tu. Tak tahu la pasal apa. Keluar message, "This video has been removed due to terms of use violation."

Untuk tidak menghampakan peminat suara emas Rosmah, aku letak la jugak klip video dia berduet dengan Mawi untuk majlis amal.





Dan untuk tidak menghampakan peminat lagu Ronan Keating, aku masukkan juga la klip video lagu tu tapi bukan Ronan Keating yang nyanyi. Ni mamat mana ntah yang takder keje masuk reality show nak cuba nasib. Tapi bila aku dengar dan tengok dia nyanyi....fullamaaakkkk.......

Korang tengok dan nilai la sendiri mamat penangkap ayam ni nyanyi. Selamber dan sempoi jer. Yang pengadil tu pernah jadi hero Knight Rider.

Lagu "If Tomorrow Never Comes" ni juga aku tujukan kepada calon Umno@BN, Rohaizat Othman kat Permatang Pasir.

Sunday, August 16, 2009

1Malaysia : Nuri bakal dilelong



Aksi terbang sengek Nuri ini tidak ada kena-mengena dengan berat badan Rosmah.


'Helikopter Nuri masih boleh digunakan'
14-07-2007 05:13:35 PM

MUADZAM SHAH: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan memang mempunyai rancangan untuk menggantikan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), bagaimanapun bukan dalam tempoh terdekat ini.

Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata ini kerana helikopter jenis itu masih boleh digunakan.

"Ada (rancangan untuk menggantikan helikopter itu), tapi tidak serta merta sebab helikopter itu masih boleh digunakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kompleks Sukan Muadzam Shah, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian sebuah helikopter Nuri TUDM yang membawa enam pegawai dan anggota TUDM yang dilaporkan hilang semalam semasa dalam penerbangan dari Pangkalan TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur ke Kuantan.

Ditanya sama ada perkhidmatan helikopter Nuri digantung ketika ini, Najib berkata: "Itu terpulang kepada (pihak) tentera udara (TUDM)".

Mengenai operasi mengesan helikopter itu yang dilaporkan hilang setelah terputus hubungan dengan menara kawalan kira-kira 9.35 pagi semalam, kira-kira 10 minit setelah berlepas, Timbalan Perdana Menteri berkata usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan.

"Usaha masih dijalankan, pada saat ini (tengah hari ini) masih belum dijumpai oleh kerana kawasan itu (hutan) tebal," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat yang dihentikan malam tadi, disambung semula pada pukul 7 pagi ini melibatkan ratusan anggota tentera termasuk 100 anggota Rejimen Askar Melayu dari Kem Bentong.

Selain daripada operasi khas di darat, usaha mengesan helikopter Nuri itu turut dibuat melalui pengawasan di udara oleh pesawat dan helikopter TUDM.

Operasi itu juga banyak bertumpu di kawasan sekitar Awana iaitu berhampiran Genting Highlands, kawasan yang dilaporkan kali terakhir helikopter itu dilihat di ruang udara, sebelum ia terputus hubungan dengan menara kawalan.

Difahamkan, enam yang berada di dalam pesawat Sikorsky S61 itu ialah juruterbang dan pembantunya berpangkat kapten, dua sarjan udara serta dua lagi laskar udara kanan. BERNAMA




Keranda terbang a.k.a helikopter Nuri bakal diganti segera.

Muhyiddin akan dengan kadar segera bertemu Rosmah bagi mendapatkan persetujuan beliau.

Razak Baginda akan juga segera dipanggil pulang bagi diberi kontrak membekal helikopter baru.

Najib sibuk kerana tengah cari penawar virus selesema babi untuk merawat kerabat diraja yang telah dijangkiti virus yang tak kenal darjat itu.

SPR boleh menarik nafas lega kerana pilihanraya kecil parlimen Pagoh tidak jadi dilakukan. Hanya sipi-sipi saja lagi.

Nuri menyambut ulangtahun ke-41 pada tahun ini.

Helikopter bawa Muhyiddin buat pendaratan cemas di Tuaran

KOTA KINABALU: Helikopter Nuri Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang membawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin hari ini membuat pendaratan cemas di Tuaran Sabah akibat cuaca buruk.

Selain Muyiddin, turut berada dalam pesawat yang membawa 14 penumpang serta anak kapal itu ialah setiausaha akhbar beliau Datuk Ainon Mohd serta Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin.

Jangan bodoh sombong dengan pelanggan

Slogan macam sedap jer bunyinya....."Projek Usahawan Rakyat".

Tapi cuba la hangpa semua baca kat ruang komen kat bawah, bila ada customer komen, dia jadi macam naik angin semacam!!!!!

Kepada tokey SVR, jangan nak kurang ajaq......customer tanya tu jawab la baik-baik. Ada faham???

Blogger kulatlapok said...

salam Bro

Menarik tu, rasa macam berminat tapi nakkan info lagi lengkap pelannya camno??

Tuesday, August 11, 2009 6:55:00 AM

Anonymous spy said...

kan dah kata klik kat link yg diberikan..lg mau tanya ker?

Tuesday, August 11, 2009 8:34:00 PM

Blogger AKHBAR said...

hubungi saya untuk maklumat lanjut

Friday, August 14, 2009 9:09:00 AM

Blogger AKHBAR said...

hubungi saya untuk maklumat lanjut di akhbar33@gmail.com..
http://www.DuniaHerba.net/pam.enterprise

Friday, August 14, 2009 9:21:00 AM

Anonymous Anonymous said...

salam bro

saya dah mendaftar dan membuat bayaran rm168, kira org yang terawal la jugak sebab sebelum dilancarkan di kuantan lagi janji katanya nak hantar berbagai kad dalam tempoh 4 hari bekerja tapi hingga kini satu kad pun tak sampai.

satu lagi program ni kata tak perlu pairing, bukan mlm dsb tapi bila saya semak dekat frofile ada plak suruh kita taja orang lain jika mahu income bulanan dan faedah-faedah lain so bagi yang belum mendaftar tu fikir2 lah dulu saya akan melihat apa permainan mereka selepas ini.

Friday, August 14, 2009 11:11:00 AM

Anonymous Anonymous said...

salam bro

saya dah mendaftar dan membuat bayaran rm168, kira org yang terawal la jugak sebab sebelum dilancarkan di kuantan lagi janji katanya nak hantar berbagai kad dalam tempoh 4 hari bekerja tapi hingga kini satu kad pun tak sampai.

satu lagi program ni kata tak perlu pairing, bukan mlm dsb tapi bila saya semak dekat frofile ada plak suruh kita taja orang lain jika mahu income bulanan dan faedah-faedah lain so bagi yang belum mendaftar tu fikir2 lah dulu saya akan melihat apa permainan mereka selepas ini.

Friday, August 14, 2009 12:26:00 PM

Anonymous Anonymous said...

salamm...
aku pon dah daftar hampir 2 mggu..tp satu kad pon x kunjung tibe...caner aku nak promote kt kengkawan as a bukti yg meyakinkan tuk diorg join svr nih..!satu lagi, kan kene maintain minyak petronas 100 sbln so aku dh rugi 1/2 bulan tuk collect point tuk kad smart pay tuh..!diharap pihak terlibat memikirkan cara paling efisen dlm menangani kelambatan sampainya kad2 berkaitan kpd kami..jgn buat kami menggu & terus menanti....

*****puteri******

Friday, August 14, 2009 1:45:00 PM

Blogger boyz said...

salam teman semua...
minta tolong klik link dibawah....
dari klik tersebut dapat gak saya 10 sen...
http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a
tolong yer... terima kasih

Friday, August 14, 2009 2:58:00 PM

Anonymous SVR TEAM said...

Bukan ker dah diberi tahu..bahawa pihak PETRONAS telah mengarahkan supaya kad SMARTPAY digantikan dengan GIFT CARD yang fungsinya sama dengan SMARTPAY..kenapa tak tengok pengumuman dan info.. Pairing itu MLM...tapi dalam program ini bukannya PAIRING, tetapi komisyen atas MEMBERSHIP..ia berlaku dalam mana-mana program hatta agen kad kredit, agen kad privillage pelancongan, agen insurans dan lain-lain lagi..Itu adalah ganjaran..masalahnya anda yang sudah mendaftar tidak hadir dalam taklimat yang diadakan di seluruh negara. Maka anda mudah membuat keputusan sendiri dan tidak dapat info..Berjiwa IT sikit dan tengok maklumat yang dipapatkan dalam blog www.svrnetwork.blogspot.com atau pun www.svr2u.com.. Kad SMARTPAY ditukar dengan GIFT CARD kerada ada pihak-pihak macam anda yang senantiasa tidak berpuas hati biarpun program itu membawa kebaikan. Org daftar kad kredit pun perlu tunggu beberapa minggu sebelum KAD KREDIT sampai... Dalam hal ini ia berlaku masalah bilamana ada pihak yang memungut DUIT dan tidak DAFTAR ahli terbabit. Bila laporan polis dibuat, ahli berkenaan mengatakan mereka bisnes KAD PETRONAS.. Inilah yg menyebabkan nama agensi itu tercalar dan akhirnya menarik balik kad tersebut. Tetapi, SVR telah memaklumkan bahawa ia digantikan dengan GIFT CARD yang fungsinya sama dengan SMARTPAY..cuma logo Petronas dalam web dan presantion tidak dibenarkan demi mengelakkan kekeliruan.. Anda yang membuat komen tidak faham perkara ini, kerana tidak peka dan tidak langsung hadir dalam banyak taklimat yang telah dibuat...Maka itu, usahlah membuat kenyataan rambang di sini. RM168 boleh dipulangkan jika anda tidak mahu meneruskan program ini. Kad GOLD untuk shopping juga telah digunakan oleh pelanggan SVR..tiada masalah, dan SVR akan menghantar semua kad mulai minggu depan. Kelewatan berpunca 3 kad dihantar sekali gus dengan pos laju. oleh itu harap bersabar. Tidak ada bisnes yang mudah untuk dilakukan..anda tidak mahu rekmen kawan2 guna sendiri nanti.. Tidak perlu pertikai soal ganjaran dan komisyen yang ditawarkan kepada ahli yang mempromosikan prgram ini. Harap Maklum

Saturday, August 15, 2009 7:06:00 AM

Anonymous Anonymous said...

SVR TEAM said...

Org daftar kad kredit pun perlu tunggu beberapa minggu sebelum KAD KREDIT sampai... betul lah tu, tapi tentu jurujual kad kredit tu dah bagitau awal2 lg akan sampai dlm masa beberapa minggu tapi ejen svr ni dah bagitau awal2 akan dihantar dalam tempoh 4 hari habis tu camno orang tak komplen cuba cakap berlapik dari awal kan bagus.

Katanya dah ada ahli yang mendapat rm10k - 15k sehari, siapa orangnya tunjuklah bukti gambar dan no talipon sekali untuk mudah dihubungi bagi mendapatkan info bagaimana mereka boleh berjaya sampai ke tahap itu dengan pantas sedangkan program ini baru saja dilancarkan dan ini merupakan satu kredit kepada syarikat dalam usaha menarik orang ramai untuk menjadi ahli.

Terima kasih.

Saturday, August 15, 2009 7:27:00 PM

Blogger HALIM said...

Salam semua,

Apa pun komen yang diberikan di atas saya setuju akan tetapi setiap apa yang kita buat ada juga masalah. Masalahnya pada diri kita dan syarikat. Ada baiknya beri pendapat seperti syarikat harus mempercepatkan urusan pemberian kad tersebut dari kita melalak tak tentu pasal.
Saya pun dah menyertainya pada 4hb. ogos 09 yang lalu. Untuk yang berhampiran dengan saya ( Negeri Sembilan, Bahau ) bolehlah hubungi saya untuk maklumat lanjut di talian 013-6100737 (Halim).

Sekian.

Sunday, August 16, 2009 3:20:00 AM

Anonymous Anonymous said...

baca jawapan dari svr team dan halim pun rasa dah tawar hati nak join, tak mesra pelanggan langsung!!!!!

jawab komen pun dah macam emo jer.....

jawab la baik2 kerana yg tanya tu customer yg beri duit pada bisnes korang dan yg bayar gaji korang utk tanggung anak-bini!!!!!

hampehhh berniaga camni.....

Sunday, August 16, 2009 11:05:00 AM

Wednesday, August 12, 2009

1Malaysia : 300 Mati Pucuk serentak di Perak

Dunia dan Malaysia sedang bergelut dengan wabak selesema babi atau nama mesranya h1n1. Setakat hari ini 40 orang telah disahkan mati akibat virus maut itu di negara Auntie Rosmah ini.

WHO juga mengumumkan bahawa vaksin bagi merawat penyakit h1n1 ini masih dalam peringkat ujian. Pilihan terbaik yang ada ialah menyuntik pesakit yang dijangkiti dengan anti-viral. Langkah pencegahan pula ialah membasuh tangan, memakai topeng muka (contohi Sirul dn Azilah), menjauhi tempat-tempat awam seperti Sureheboh, Pesta Pekan di parlimen Najib, perlawanan bolasepak Liga Perdana Malaysia (memang penonton dah kurang pun), jualan murah sempena hari raya, acara-acara yang bakal dirasmikan oleh Rosmah dan lain-lain tempat.

Mengikut cerita Mat Indon di hentian Puduraya, kerajaan Indonesia meletakkan tanda amaran "JAUHI BABI" di setiap pintu masuk lapangan terbang negara itu sebagai langkah pencegahan utama. Babi merupakan punca utama wabak h1n1.

Dan tak lama lagi di Permatang Pasir, mungkin akan ada tanda amaran "JAUHI BN". Sukar untuk dipastikan samada terdapat persamaan antara selesema babi dengan BN.

Dalam masa seminggu ini juga, negara kita telah dikejutkan dengan penyakit gila. Beberapa pesakit dari Johor dan Kuala Lumpur telah pun mengisytiharkan diri mereka mengidap penyakit ini tanpa segan silu. Muka-muka pengidap penyakit ini akan dapat dilihat dengan jelas di muka hadapan akhbar perdana.

Hari ini entah apa bala lagi, muncul pula sekelompok 300 orang yang mempunyai simpton penyakit mati pucuk di Perak pula. Mereka mungkin mati pucuk akibat tekanan perasaan kerana telah lama tidak mendapat kontrak.

Penyakit gila dan mati pucuk ini mungkin lebih merbahaya daripada virus selesema babi-h1n1. Ini dapat dikenalpasti kerana walaupun mereka berhimpun tanpa permit tetapi FRU yang lengkap bertopeng pun tidak berani dekat apatah lagi menjentik atau memulas telinga mereka.

Masih tidak terdapat vaksin yang berkesan untuk merawat penyakit gila dan mati pucuk jenis terbaru ini. Tetapi menurut pendapat pakar, sejenis ubat pelega boleh diberikan kepada pesakit ini semasa tempoh pilihanraya kecil di Permatang Pasir nanti. Kontrak-kontrak membuat jalan segera, membuat jambatan segera, kontrak tukang pacak bendera, membekal t-shirt, kain batik, topi dan nasi bungkus adalah senarai ubat pelega tersebut.

Pesakit gila dan mati pucuk akan merasa tenang setelah mendapat kontrak tersebut kerana mereka tidak payah membuatnya. Cukup sekadar mendapat untung atas angin sahaja.


Bernama melaporkan, hari ini di Ipoh, kira-kira 300 individu daripada 30 pertubuhan bukan kerajaan di Perak berhimpun di pekarangan Bangunan Umno Perak di sini sebagai menyokong kenyataan Muhyiddin.



Mereka terdiri daripada anggota persatuan dan pertubuhan yang bernaung di bawah Dewan Perniagaan Melayu Perak (DPMP), Gabungan Kontraktor Melayu Perak serta beberapa NGO.



1Malaysia : H1N1 Dah Merayap Ke Istana!!!

KUANTAN: Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan lima anakanda baginda dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAF) kerana dijangkiti Influenza A (H1N1).

Lima anakanda baginda yang berumur tujuh hingga 14 tahun, termasuk pasangan kembar yang berusia sembilan tahun dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu, manakala baginda dimasukkan keesokan harinya.


Pengarah hospital, Datuk Dr Ardi Awang ketika dihubungi, berkata keadaan baginda dan semua anakanda Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang sedang dirawat di wad diraja hospital berkenaan sudah diberikan antiviral.

"Kita membuat pengawasan dan baginda serta anakanda akan dibenarkan keluar daripada hospital apabila pulih sepenuhnya," katanya.

Mereka ialah Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 14; Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, 12; pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 9; dan Tengku Puteri Jihan Khalsom 'Athiyatullah, 7 tahun.

Sementara itu, Tunku Azizah Aminah berkata, keluarga baginda dipercayai dijangkiti daripada anakandanya, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah yang mendapat jangkitan di Sekolah Kebangsaan St Thomas, di sini.
Baginda berkata, Tengku Hassanal Ibrahim dan Tengku Muhammad Iskandar yang bercuti daripada belajar di luar negara turut dijangkiti.

"Apa yang merisaukan saya adalah Tengku Ahmad Ismail yang menghidap asma dan radang paru-paru ringan. Anak saya juga kadang-kadang muntah dan meracau. Selain itu, tujuh pekerja istana telah dikuarantin kerana ada tanda-tanda penyakit itu," katanya.

Baginda juga meminta kerajaan dan rakyat lebih serius menangani wabak itu yang kini mengorbankan banyak nyawa di negara ini.

"Saya bimbang kerana pihak tertentu dan orang ramai seolah-olah tidak memandang serius wabak ini. Kesedaran kurang dan majlis yang membabitkan orang ramai masih dianjurkan walaupun penyakit mudah merebak," katanya

Isa: ???????????????????

**********************************************************************************


p/s : Cinta itu buta dan virus juga buta tak memilih mangsa. Mungkin selepas ni Najib sendiri akan pergi ke luar negeri membeli ubat anti-viral berkodi-kodi (tanpa komisen???) kerana dah ada orang besar yang dijangkiti. Standard Malaysia memang gitu........

1Malaysia : Mengapa Musa Hassan tetap selamat?

Sudah banyak surat sumpah yang disiarkan oleh Malaysia Today mengenai apa yang didakwa sebagai kaitan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dengan sindiket kongsi gelap (Sila lihat posting blog ini yang bertajuk "Musa Hassan akan terus jadi KPN" Di dalamnya ada pautan kepada surat-surat sumpah yang tidak dipadamkan nama pihak yang terlibat). Semalam disiarkan lagi.

Makin banyak didedahkan, makin kukuh kedudukan Musa. Dia disambung lagi perkhidmatannya. Apakah sebenarnya jasa Musa yang dipanggil si tukang lobi? Tukang lobi biasanya mendapat habuan. Mungkin Musa melakukan kerja-kerja kebajikan dan tak mendapat habuan. Tetapi, kalaulah dia dapat habuan, adakah dia makan sorang-sorang?

Adakah tidak ada ahli politik yang tumpang sekaki? Sedangkan mereka perlukan banyak wang untuk menjual beli manusia atau human trafficking - iaitu kegiatan membeli perwakilan yang diharapkan undi mereka dalam pemilihan parti dan perwakilan pula menjual undi dan maruah diri.

Musa sering dikaitkan dengan B K Tan. Awal-awal dulu, saya ingat hanya Musa sahaja yang dikaitkan dengan Tan. Rupa-rupanya ada ahli politik Umno yang dikaitkan dengan Tan, iaitu bekas Bendahari Umno, Datuk Abdul Azim Mohamed Zabidi (Sila lihat posting blog ini bertajuk "Umno dituduh boneka gangster pulak").

Tidakkah pendedahan tersebut menunjukkan penyusupan Tan dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) begitu jauh dan mendalam? Tan didakwa kepala gangster. Persoalannya, berapa ramai lagi kepala gangster yang menyusup begitu jauh dan mendalam dalam kerajaan BN? Adakah Tan seorang sahaja?

Tan juga didakwa menjadi kepala along. Kalau benar dia kepala along dan beliau pula kelihatan begitu jauh dan mendalam penyusupannya dalam kerajaan BN, adakah harapan rakyat untuk melihat Malaysia yang bebas along hanyalah harapan palsu yang ditaburkan untuk penyedap mata melihat dan telinga mendengar sahaja?

Berkawan dengan kepala gangster yang dituduh menjadi kepala along, kepala sindiket judi haram, kepala sindiket persundalan dan entah kepala apa lagi tidak mengkhianati kepercayaan orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia yang mengharapkan kerajaan yang bersih?

Bolehkah rakyat disalahkan jika mereka terus dicengkam kebimbangan terhadap kadar jenayah yang tinggi? (Lihat The Star 27/7/09 "Poll: Most citizens concerned over high crime rate"). Salahkah mereka jika mereka yakin bahawa kadar jenayah akan terus tinggi kerana Ketua Polis Negara dan pemimpin Umno didakwa menjadi peliharaan kepala gangster dan kepala along? Apa usaha Ketua Polis Negara dan pemimpin Umno untuk mematahkan habis-habisan dakwaan itu?

Musa juga dituduh penipu. Dan bila didakwa bahawa beliau menipu mengenai kadar jenayah di negara ini, mengapa tidak ada sebarang penyiasatan dan tindakan? (Lihat posting blog ini "KPN menipu menteri miskin intelek?")

Akhirnya, apa ikatan kepentingan antara Musa dan para pemimpin Umno? Jika tidak, masakan tempua bersarang rendah dan Musa terus selamat. Kenapa?!!


Tq Pak Bakaq.

Monday, August 10, 2009

1Malaysia : Tambah Hospital Sakit Gila

Saya selaku rakyat Malaysia yang prihatin ingin memohon kepada kerajaan Malaysia khasnya Kementerian Kesihatan agar mempertimbangkan permintaan saya agar hospital bagi merawat rakyat Malaysia yang dijangkiti penyakit gila ditambah.

Kebelakangan ini keperluan kepada hospital gila ini semakin mendesak. Minggu ini sahaja sebanyak hampir 1400 kes baru dikesan. Semalam sahaja hampir 400 berjaya dikesan mengidap penyakit gila tak bertempat ini di Johor. Dan hari ini pula hampir 1,000 orang mengidap simpton yang sama di ibu negara.

Pesakit gila ini tanpa segan silu mencari populariti di dada akhbar perdana dan media maya untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia betapa seriusnya penyakit gila yang mereka hidapi.

Penyakit gila jenis ini biasanya menyerang pada genetik bangsa Melayu sahaja. Walaupun begitu, ini tidak bermakna bangsa lain bebas dari penyakit ini. Sebagai langkah pencegahan sebelum ianya merebak, adalah lebih baik mereka ini dikuarantin sahaja di sebuah pulau dan dibekalkan dengan keris sebagai senjata untuk mereka ikhtiar hidup ala-ala siri survival.


Anwar pengkhianat bangsa: NGO sokong kenyataan Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,000 wakil daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) berhimpun di pekarangan Menara Dato' Onn di sini bagi menyatakan sokongan terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Mereka mula berkumpul sejak pukul 10.45 pagi dengan memegang kain rentang yang menyatakan sokongan kepada Muhyiddin dan mengecam Anwar sambil melaungkan "Hidup, hidup Tan Sri Muhyiddin... benam, benam Anwar Ibrahim."

1Malaysia : LUNATIC

Umno JB laung "Anwar Pengkhianat Bangsa"

Shahrir: Juga cabar Anwar saman mereka

JOHOR BAHARU: Anggota perwakilan Umno Johor Baharu yang menghadiri persidangan perwakilan bahagian hari ini mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya turut menyaman mereka selepas secara serentak melaungkan "Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa".

Laungan sebulat suara itu dilakukan 398 anggota perwakilan Umno Bahagian Johor Baharu dari 84 cawangan yang bersidang ketika Ketua Umno bahagian, Datuk Shahrir Abdul Samad menyampaikan ucapan perasmian.


Masa aku kecik dulu, ada sorang mamat kat kampung aku tu kerja dia asyik duk baling batu kat kereta yang lalu-lalang dalam kampung. Masa tu kereta proton takdak lagi. Kalu la kereta proton yang kena baling, aku rasa kemeknya mesti jatuh tahap kritikal.

Aku pernah tanya kat bapak aku apasal orang kampung tak tangkap mamat tu. Bapak aku jawab, mamat tu ada penyakit gila, orang kampung gelar budak tak makan saman!!!

Betul jugak, orang gila nak saman macam mana.

Kat Tampoi tu ada katil lagi ka untuk 398 pesakit baru????


Satu lagi, orang gila ni sah tak cerdik a.k.a bodoh. Orang selalu duk kata...bodoh macam lembu. Lembu bodoh takpa la sebab dia binatang memang takdak akal. Tapi kalau manusia bodoh, teruk lagi dari lembu yang makan rumput. Kalau manusia bodoh ni makan taik lembu ka???






Note : Sekadar gambar hiasan. Tiada kena-mengena dengan perwakilan 398 tu. Kalau ada sangkut-paut pun mungkin secara kebetulan akibat penyakit keturunan.








Thursday, August 6, 2009

1Malaysia : Kerajaan Sorip Dol Gangster Kg Dusun

" Bukan memerintah cara samseng"

"Demokarasi tidak bererti apa saja boleh dilakukan. Tentu sekali ia tidak bererti pemerintahan secara samseng," titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.

Baginda menegaskan dalam mana-mana perjalanan demokrasi, ada peraturan tentang bagaimana masyarakat harus diperintah, dan di Malaysia, peraturan ini termaktub dalam perlembagaan negara.

"Perlembagaan kita menjelaskan tidak saja hak-hak kita tetapi juga had terhadap hak-hak itu. Had ini menentukan bahawa keputusan tidak dibuat oleh mereka yang memiliki kuasa paling kuat, suara paling lantang dan bertindak secara paling kasar," ujar baginda.



Aku setuju sangat dengan kenyataan di atas nunnnnn......

Cuba bayangkan jika samseng jadi PM, ketua ah long jadi Ketua Polis Negara, tokey mesin kuda jadi Peguam Negara, raja dadah jadi bos SPeRM, perompak kedai emas jadi bos SPR........ tak ke haru negara!!!!!

Kalau dah malaun-malaun tu yang jadi pemegang jawatan utama pemerintahan negara bermakna rakyat dan warganegara yang baik-baik dan bertanggungjawab akan menjadi musuh negara????

Manusia yang waras akal dan sihat tubuh badan sudah pasti akan memilih orang baik-baik jadi pemimpin mereka.

Tapi syukurlah Malaysia tak sampai tahap tu lagi tapi bukan mustahil jadi macam tu. Sebab samseng ni dia tak kira bangsa semua dia cekup, ketuk, sepak terajang, bogel dan tolak.

Tak caya? Layan pic kat bawah..........






Ni mangsa bangsa India mati semasa dalam lokap polis.





Yang ni semua bangsa ada jadi mangsa keganasan FRU masa demo anti-ISA.





Budak Cina ni pulak lagi kesian, mati sehari sebelum kahwin.





Dalam Dewan Negeri pun buat perangai samseng seret orang keluar.





Walaupun aku tobat lahum takkan sokong Umno@BN tapi bila orang Umno kena zalim dengan SPRM, aku tetap tak setuju.





Tugas polis patutnya lindungi rakyat bukannya Ketua Polis tumbuk orang separuh nyawa.





Batu Burok menjadi saksi betapa polis 'mesra rakyat'.





Amoi ni kena letup hancur lebur oleh pegawai peribadi Najib.





Kes ni sampai sekarang tak selesai. Ni pun kerja polis jugak ni kat Memali.




Opssss....pic ni salah letak pulak. Comel lote orangnya......

Gamuda ni wasiat ke-8 ke????? hehehehehe..........

Baca jer kat sini, sini dan sini.........

Ni pulak kata-kata Hang Jebat yang evergreen..... "Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah".

Kalau Hang Jebat hidup lagi, memang sah dia kena ISA.

Tuesday, August 4, 2009

1Malaysia : Blogger Hantu Puaka Langsuir Keliwon

Beb. Sapa2 terutama Ketua Pemuda, tolong siasat benda alah ni. Adakah server web peribadi dia menggunakan server kerajaan?

Kalau ada kes penyalahgunaan, lu kena wat report polis. Report jer, walau tahu polis takut dengan bulu ketiak Rosmah.

Note : Tolong check bahasa Mongolia ada tak?

1Malaysia : Anak Buluh Betung

Siapa nak kenal anak buluh betung? Siapa pernah tengok anak buluh betung?

Aku pun tak pernah kenal dan jumpa anak buluh betung. Tapi pernah la dengar orang tua-tua kata waris anak buluh betung ni perangai jahat nak mampus!!!

Note : Gambar dibawah tiada kena-mengena dengan anak buluh betung yang sebenar.





Ni baru sebahagian dari pimpinan Pro-ISA yang hadir.




Ni juga sebahagian dari 70 ribu penyokong Pro-ISA yang hadir.




Yang ni pula apa?.......Lu pikir la sendiri......