Tuesday, August 18, 2009

1Malaysia : Aku Terpegun


Binatang ni lidah bercabang dan suka makan bangkai.



Sekadar gambar hiasan. Tiada kena-mengena dengan rumah Ketua Kampung Khir Toyo.




Syukurlah jika apa yang dikatakan di bawah ini benar belaka.


Tiada siapa yang istimewa dalam siasatan SPRM - Ahmad Said

KUALA LUMPUR: Tiada sesiapa pun diberi keistimewaan dalam siasatan kes rasuah sama ada membabitkan orang awam atau manamana anggota politik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

Katanya, SPRM akan terus menyiasat keskes rasuah secara sama rata terhadap semua orang termasuk ahli politik sama ada dari parti kerajaan atau pembangkang.



Aku selalu bermimpi. Dalam mimpi tu aku tengok berita kat tv. Pembaca berita tu ada sebut nama Khir Toyo, Ali Rustam, Khairy Jamaluddin dan beberapa nama lain. Dalam mimpi tu juga pemberita tu ada sebut-sebut SPRM. Lepas tu aku tengok mangkuk-mangkuk tu tutup muka macam Sirul dan Azilah. Tapi tu cuma dalam mimpi la. Samada mimpi tu jadi kenyataan atau tidak, aku mana tahu!!!! Tanya la kat Ahmad Said tu.



KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Sembilan hari sebelum pemilihan Umno pada 26 Mac ini, politik Malaysia hari ini digemparkan dengan larangan bertanding jawatan timbalan presiden parti yang dikenakan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berhubung amalan politik wang.

Keputusan itu dibuat oleh Lembaga Disiplin Umno yang mendapati Mohd Ali, yang juga Naib Presiden Umno, bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno kerana kesalahan rasuah dan politik wang yang dilakukan oleh ejennya.

Pengerusi Lembaga itu Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail turut mengumumkan bahawa lembaga itu juga mendapati Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, bersalah mengikut perkara yang sama tetapi beliau hanya diberi amaran.
Mereka yang digantung keanggotaan selama setahun pula ialah Ketua Umno bahagian Bandar Tun Razak Datuk Mokhtar Samad, anggota Umno bahagian Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail, Timbalan Ketua Umno bahagian Kuala Krai Amran Mat dan seorang ketua cawangan Umno dalam bahagian Gua Musang, Mohd Zuki Mohd Zain. Tiga lagi yang juga bersalah tetapi hanya diberi amaran ialah Timbalan Ketua Umno bahagian Paya Besar Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah, AJK Umno bahagian Paya Besar Mohd Zaili Besar dan Naib Ketua Umno bahagian Paya Besar Mohd Sohaimi Jusoh.



Lagi berita berkaitan......

Rakyat negeri Selangor sekali lagi digemparkan dengan satu lagi kes penyelewengan berkenaan dengan rumah mewah yang dimiliki YB Sungai Panjang, sekaligus menimbulkan persoalan bagaimana YB Sungai Panjang yang pernah menyandang jawatan Menteri Besar Selangor dapat membiayai rumah yang begitu mewah dengan pendapatan yang tidak setimpal dengan kos pembinaan rumah mewah tersebut.

Rumah yang dimiliki oleh YB Sungai Panjang ini didirikan di atas kawasan seluas 50,000 kaki persegi. Anggaran kos pembinaan rumah itu ialah RM20 juta, manakala harga tanah ialah RM3.8 juta.


Kenali mereka :

Ali Rustam - Ketua Menteri Melaka
Khairy Jamaluddin a.k.a KJ - Ahli Parlimen Umno / Ketua Pemuda Umno
Khir Toyo - YB Umno Sungai Panjang / Ketua Pembangkang DUN Selangor
Datuk Abdul Manan Ismail - Ahli Parlimen Umno
Datuk Md Sohaimi - ADUN Umno
Mohd Zaili Besar - ADUN Umno


Aku harap Ahmad Said dah basuh muka dan dalam keadaan sedar semasa membuat kenyataan tersebut pada pemberita. Bukannya apa, dulu aku ada seorang kawan yang selalu berjalan masa tidur. Bila kita tanya dia jawab selamber jer. Tapi lepas dia sedar, dia tak ingat apa yang kita tanya dan apa yang dia jawab. Nama kawan aku tu Kassim, bukan Ahmad Said.

No comments:

Post a Comment