Masa study dulu aku pernah sewa rumah dengan budak-budak bujang. Hostel hanya disediakan pada semester pertama, masuk semester ke-2 kena la cari rumah sewa.
Rumah tu ada 3 bilik. Aku berkongsi bilik dengan seorang cikgu sandaran. Tua sikit jer dari umur aku.
Pada satu petang tu aku sembang-sembang la dengan dia pasal pengalaman dia mengajar. Dia baru mengajar 2 bulan. Dia mengajar subjek Bahasa Malaysia. Macam-macam perangai budak dia dah jumpa. Tapi ada sorang budak yang dia cukup bebulu. Nama budak tu Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin.
Walaupun pun Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin tu budak Melayu tapi bila tiba tang subjek Bahasa Malaysia dia jadi blurrr. Pernah kawan aku tu tanya apakah makna peribahasa harapkan pagar, pagar makan padi.......Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin hanya terkebil-kebil. Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin terpaku. Mata Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin bulat macam nampak hantu.
Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin macam tak faham soalan. Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin seolah tak faham bahasa Melayu. Mulut Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin seakan terkunci. Selepas diulang-soal beberapa kali, Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin tetap begitu. Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin macam budak benggong.
Kawan aku pernah bertanya kepada Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin apakah cita-cita beliau. Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin menjawab beliau sangat minat hendak menjadi FRU. Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin suka tengok cerita James Bond. Masa tu tahun 1989, filem James Bond yang tengah meletup bertajuk 'License to Kill'.
Kawan aku tu seorang yang penyabar. Walaupun mendapat murid benggong seperti Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin, namum dia tetap cuba mengajar Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin agar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara 1Malaysia.
Tu cerita 20 tahun yang lepas. Baru-baru ni aku jumpa kawan aku tu kat stesen minyak. Dia pakai kereta ciptaan tempatan je. Lepas habis jadi cikgu sandaran, dia dapat tawaran sebagai pegawai Jabatan Perhutanan.
Dalam duk bertanya khabar tu, dia tanya aku ingat tak lagi pada Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin????
Macam mana aku nak ingat, rupa dia pun aku tak kenal. Tak pernah jumpa pun. Cuma cerita tentang kebenggongangnya saja pernah dengar.
Dia kata, walaupun masa belajar dulu Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin macam budak benggong tapi dia bernasib baik. Sekarang Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin dah berjawatan besar. Aku tanya Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin dapat jadi pegawai FRU ke??? Dia kata Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin dah jadi Penguasa Kanan sekarang.
Baguslah kalau macam tu. Dapatlah Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin berbakti pada masyarakat, pada rakyat 1Malaysia. Rakyat 1Malaysia menaruh harapan besar pada Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin. Cikgu yang mengajar dia dulu pun tumpang bangga. Rakyat 1Malaysia 'bertuah'. Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin lagi la bertuah.
Mohd Anuar bagaimanapun hanya diam dan seolah-olah tergamam dengan soalan tersebut.
Nota kaki : Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin adalah watak khayalan semata-mata. Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin tidak ada kena-mengena samada yang masih hidup, yang tengah mati, yang sedang disoal-siasat atau yang dah jatuh bangunan. Ayah Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin melarang mana-mana pihak menggunakan akronim untuk nama anaknya. DVD filem James Bond 'License To Kill' boleh didapati di kedai menjual DVD di bangunan Plaza Massalam.
No comments:
Post a Comment