Sunday, August 16, 2009

1Malaysia : Nuri bakal dilelong



Aksi terbang sengek Nuri ini tidak ada kena-mengena dengan berat badan Rosmah.


'Helikopter Nuri masih boleh digunakan'
14-07-2007 05:13:35 PM

MUADZAM SHAH: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan memang mempunyai rancangan untuk menggantikan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), bagaimanapun bukan dalam tempoh terdekat ini.

Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata ini kerana helikopter jenis itu masih boleh digunakan.

"Ada (rancangan untuk menggantikan helikopter itu), tapi tidak serta merta sebab helikopter itu masih boleh digunakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kompleks Sukan Muadzam Shah, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian sebuah helikopter Nuri TUDM yang membawa enam pegawai dan anggota TUDM yang dilaporkan hilang semalam semasa dalam penerbangan dari Pangkalan TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur ke Kuantan.

Ditanya sama ada perkhidmatan helikopter Nuri digantung ketika ini, Najib berkata: "Itu terpulang kepada (pihak) tentera udara (TUDM)".

Mengenai operasi mengesan helikopter itu yang dilaporkan hilang setelah terputus hubungan dengan menara kawalan kira-kira 9.35 pagi semalam, kira-kira 10 minit setelah berlepas, Timbalan Perdana Menteri berkata usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan.

"Usaha masih dijalankan, pada saat ini (tengah hari ini) masih belum dijumpai oleh kerana kawasan itu (hutan) tebal," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat yang dihentikan malam tadi, disambung semula pada pukul 7 pagi ini melibatkan ratusan anggota tentera termasuk 100 anggota Rejimen Askar Melayu dari Kem Bentong.

Selain daripada operasi khas di darat, usaha mengesan helikopter Nuri itu turut dibuat melalui pengawasan di udara oleh pesawat dan helikopter TUDM.

Operasi itu juga banyak bertumpu di kawasan sekitar Awana iaitu berhampiran Genting Highlands, kawasan yang dilaporkan kali terakhir helikopter itu dilihat di ruang udara, sebelum ia terputus hubungan dengan menara kawalan.

Difahamkan, enam yang berada di dalam pesawat Sikorsky S61 itu ialah juruterbang dan pembantunya berpangkat kapten, dua sarjan udara serta dua lagi laskar udara kanan. BERNAMA




Keranda terbang a.k.a helikopter Nuri bakal diganti segera.

Muhyiddin akan dengan kadar segera bertemu Rosmah bagi mendapatkan persetujuan beliau.

Razak Baginda akan juga segera dipanggil pulang bagi diberi kontrak membekal helikopter baru.

Najib sibuk kerana tengah cari penawar virus selesema babi untuk merawat kerabat diraja yang telah dijangkiti virus yang tak kenal darjat itu.

SPR boleh menarik nafas lega kerana pilihanraya kecil parlimen Pagoh tidak jadi dilakukan. Hanya sipi-sipi saja lagi.

Nuri menyambut ulangtahun ke-41 pada tahun ini.

Helikopter bawa Muhyiddin buat pendaratan cemas di Tuaran

KOTA KINABALU: Helikopter Nuri Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang membawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin hari ini membuat pendaratan cemas di Tuaran Sabah akibat cuaca buruk.

Selain Muyiddin, turut berada dalam pesawat yang membawa 14 penumpang serta anak kapal itu ialah setiausaha akhbar beliau Datuk Ainon Mohd serta Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin.

No comments:

Post a Comment