Monday, August 17, 2009

1Malaysia : Lagu Cintan Rosmah

Tengah aku drive, ada pulak Dj radio pasang lagu Ronan Keating - If Tomorrow Never Comes. Boleh la menenangkan sikit kepala yang asyik duk layan politik jer.

Lagu ni memang sedap. Dan kalau tak silap aku Rosmah pernah nyanyi lagu ni dan keluar klip video dalam youtube. Satu dunia mungkin terpegun masa tu dengar isteri PM Malaysia nyanyi lagu Mat Salleh!!!!!

Aku pun cuba la cari semula kat youtube tu nak letak kat entry kali ni. Tapi dah kena remove dari youtube dah klip video tu. Tak tahu la pasal apa. Keluar message, "This video has been removed due to terms of use violation."

Untuk tidak menghampakan peminat suara emas Rosmah, aku letak la jugak klip video dia berduet dengan Mawi untuk majlis amal.





Dan untuk tidak menghampakan peminat lagu Ronan Keating, aku masukkan juga la klip video lagu tu tapi bukan Ronan Keating yang nyanyi. Ni mamat mana ntah yang takder keje masuk reality show nak cuba nasib. Tapi bila aku dengar dan tengok dia nyanyi....fullamaaakkkk.......

Korang tengok dan nilai la sendiri mamat penangkap ayam ni nyanyi. Selamber dan sempoi jer. Yang pengadil tu pernah jadi hero Knight Rider.

Lagu "If Tomorrow Never Comes" ni juga aku tujukan kepada calon Umno@BN, Rohaizat Othman kat Permatang Pasir.

1 comment:

  1. Ever wanted to get free YouTube Subscribers?
    Did you know that you can get these AUTOMATICALLY AND TOTALLY FREE by using Add Me Fast?

    ReplyDelete