Monday, August 10, 2009

1Malaysia : Tambah Hospital Sakit Gila

Saya selaku rakyat Malaysia yang prihatin ingin memohon kepada kerajaan Malaysia khasnya Kementerian Kesihatan agar mempertimbangkan permintaan saya agar hospital bagi merawat rakyat Malaysia yang dijangkiti penyakit gila ditambah.

Kebelakangan ini keperluan kepada hospital gila ini semakin mendesak. Minggu ini sahaja sebanyak hampir 1400 kes baru dikesan. Semalam sahaja hampir 400 berjaya dikesan mengidap penyakit gila tak bertempat ini di Johor. Dan hari ini pula hampir 1,000 orang mengidap simpton yang sama di ibu negara.

Pesakit gila ini tanpa segan silu mencari populariti di dada akhbar perdana dan media maya untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia betapa seriusnya penyakit gila yang mereka hidapi.

Penyakit gila jenis ini biasanya menyerang pada genetik bangsa Melayu sahaja. Walaupun begitu, ini tidak bermakna bangsa lain bebas dari penyakit ini. Sebagai langkah pencegahan sebelum ianya merebak, adalah lebih baik mereka ini dikuarantin sahaja di sebuah pulau dan dibekalkan dengan keris sebagai senjata untuk mereka ikhtiar hidup ala-ala siri survival.


Anwar pengkhianat bangsa: NGO sokong kenyataan Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,000 wakil daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) berhimpun di pekarangan Menara Dato' Onn di sini bagi menyatakan sokongan terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Mereka mula berkumpul sejak pukul 10.45 pagi dengan memegang kain rentang yang menyatakan sokongan kepada Muhyiddin dan mengecam Anwar sambil melaungkan "Hidup, hidup Tan Sri Muhyiddin... benam, benam Anwar Ibrahim."

No comments:

Post a Comment