Tuesday, August 18, 2009

1Malaysia : Tendang Saka Umno



Ramai yang tanya aku kenapa tak tulis pasal pilihanraya kecil Permatang Pasir. Sebenarnya aku tak berapa nak ada mood nak ulas pasal Permatang Pasir ni. Dah ramai blogger lain yang tulis. Tiap jam ada saja update.

Lagi satu aku yakin yang pengundi di Permatang Pasir tu semuanya masih waras dan sihat akal. Orang yang sihat tubuh badan dan sihat akal tak kebulur nak pilih menantu yang kaki kapur. Rakyat yang bijak dan merdeka mindanya tak buat perangai gila babi nak pilih pemimpin yang dah ada rekod songlap duit. Ni bukan aku saja-saja buat fitnah. Ni bukan rekaan. Kalau tak percaya, pegi la tanya kat Presiden Majlis Peguam nunnnnn.......

The Sun today reported:

When contacted, Bar Council chairman Ragunath Kesavan said all offences under the Legal Profession Act, under which Rohaizat was guilty, hold personal liability.

Stressing that the charge as tantamount to criminal misconduct, he said Rohaizat, not his partner, was named by the complainant over a sum of about RM140,000.

“If you are an innocent party, you would not be found guilty by the (Bar Council’s) disciplinary board. Rohaizat’s appeal against the Bar Council decision was dismissed by the High Court on Aug 12,” said Ragunath.



Bagi orang Umno yang tak reti baca suratkhabar bahasa Inggeris, kat bawah ni aku copy paste artikel dalam bahasa Melayu.


"Kesalahan itu adalah tanggungannya sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.

"Rohaizat dipecat pada 7 Mac tahun lalu dan beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos tahun ini," akhbar The Edge semalam melaporkan kenyataan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan.

ImageRagunath berkata, kesalahan yang dilakukan itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah dan tidak ada akaun untuknya.

"Apabila lembaga menyiasat perkara ini dan perintah dibuat, tidak dipulangkan kepada pemegang amanah melibatkan wang berjumlah RM140,000.

"Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan.

"Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah," katanya lagi.


Aku pun malas nak ulas panjang. Aku cuma nak ucapkan good luck pada Umno kat Permatang Pasir.

Kata orang tua-tua, kalau dekat nak mampus tu Umno akan buat perkara yang pelik-pelik. Contohnya Umno pilih calon yang ada kurap, panau, jerawat batu dan kepala botak untuk masuk bertanding ratu cantik. Bagi Umno, itulah saja calon yang terbaik yang ada. Yang cantik dan lawa dah lari dari Umno. Perompak dan penyamun saja yang duk melangguk dalam Umno.

Tu tandanya orang tu dah dekat nak mati....buang tebiat. Tapi kalau binatang, orang panggil tendang saka. So, aku rasa Umno dah sampai stage tendang saka. Dah tak boleh nak ubat dah. Tunggu masa nak campak masuk lubang aje.

No comments:

Post a Comment