Saturday, August 22, 2009

SELAMAT BERPUASA

Sorry la, sibuk sikit sampai hampir terlupa untuk mengucapkan "Selamat Menjalani Ibadah Puasa."




Para pengundi di Permatang Pasir, jangan lupa mengundi calon selain Umno@BN.

Klip Upin dan Ipin di atas tu aku tujukan khas untuk calon Umno si Rohaizat.

Dengan ucapan.....kalau dah kahwin 2 tu ngaku jer la..........

Tahun ni giliran balik beraya rumah bini muda kat Jengka ke????


Isteri potong alat kemaluan suami



Isnin, 23 Mac 2009
NEW DELHI - Dua kejadian berasingan dilaporkan berlaku di India di mana dua orang isteri yang geram dengan suami mereka yang menggatal dengan perempuan lain, bertindak memotong alat kelakian suami masing-masing.

Jettu Devi, 30, cuba memotong alat kelakian suaminya setelah terserempak dengan suaminya Kaushak Kishor Sing, 30-an, yang sedang berasmara dengan seorang wanita lain di rumah mereka di Katihar, sebuah daerah di negeri Bihar, minggu lepas.



Kepada isteri pertama Rohaizat dan isteri keduanya....jangan cuba nak tiru perbuatan seperti di atas nunnnnn.....kalau dah kontot, tiada gunanya lagi untuk kalian berdua.

Thursday, August 20, 2009

1Malaysia : Guna Tektik Jerman Cuba Tipu 1Malaysia

Tektik Jerman mengikut pemahaman orang biasa atau orang kampung ialah helah lapuk yang digunakan untuk menipu atau mengelirukan orang dari isu sebenar yang lebih gempar. Semua orang kampung sebenarnya dah tahu tektik yang digunakan kerana dipercayai tektik ini sudah wujud sejak Perang Dunia-1 lagi. Antara sebab mengapa Jerman kalah dalam Perang Dunia-2 ialah kerana menggunakan tektik lapuk yang sudah bocor sejak Perang Dunia-1. Korang tengok la History Channel kat Astro untuk keterangan yang lebih terperinci.


Sebagai contoh mudah tektik Jerman ialah seperti insiden di bawah :


Kenderaan SPRM rosak akibat molotov koktil

KLANG: Sebuah kenderaan pacuan empat roda kepunyaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rosak dipercayai selepas dilempar dengan enam bom molotov koktil awal pagi tadi.

Pegawai SPRM yang datang ke pejabat mereka di bangunan Pejabat Tanah dan Daerah Klang Lama di sini pagi tadi mendapati bahagian hadapan kenderaan Nissan X-Trail yang sering digunakan oleh pegawai penyiasat SPRM telah rosak.

Pegawai SPRM menyifatkan ia sebagai "tindakan pengecut" dan percubaan untuk menakut-nakutkan Suruhanjaya itu daripada menjalankan siasatan terhadap ahli-ahli politik dan orang-orang perseorangan.




Isu besar yang sebenar cuba ditutup yangboleh bikin gempar 1Malaysia ialah :







Tektik Jerman ini selalu digunakan pada zaman sebelum merdeka oleh Pak Pandir. Namun pada tahun 2009, ada lagi segelintir makhluk kat Malaysia masih menggunakan tektik Jerman ini. Tidaklah dapat dipastikan samada mereka itu asal-usul keturunannya sedarah dengan Pak Pandir atau tidak.

Wednesday, August 19, 2009

1Malaysia : Si Benggong yang bertuah




Masa study dulu aku pernah sewa rumah dengan budak-budak bujang. Hostel hanya disediakan pada semester pertama, masuk semester ke-2 kena la cari rumah sewa.

Rumah tu ada 3 bilik. Aku berkongsi bilik dengan seorang cikgu sandaran. Tua sikit jer dari umur aku.

Pada satu petang tu aku sembang-sembang la dengan dia pasal pengalaman dia mengajar. Dia baru mengajar 2 bulan. Dia mengajar subjek Bahasa Malaysia. Macam-macam perangai budak dia dah jumpa. Tapi ada sorang budak yang dia cukup bebulu. Nama budak tu Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin.

Walaupun pun Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin tu budak Melayu tapi bila tiba tang subjek Bahasa Malaysia dia jadi blurrr. Pernah kawan aku tu tanya apakah makna peribahasa harapkan pagar, pagar makan padi.......Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin hanya terkebil-kebil. Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin terpaku. Mata Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin bulat macam nampak hantu.

Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin macam tak faham soalan. Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin seolah tak faham bahasa Melayu. Mulut Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin seakan terkunci. Selepas diulang-soal beberapa kali, Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin tetap begitu. Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin macam budak benggong.

Kawan aku pernah bertanya kepada Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin apakah cita-cita beliau. Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin menjawab beliau sangat minat hendak menjadi FRU. Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin suka tengok cerita James Bond. Masa tu tahun 1989, filem James Bond yang tengah meletup bertajuk 'License to Kill'.

Kawan aku tu seorang yang penyabar. Walaupun mendapat murid benggong seperti Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin, namum dia tetap cuba mengajar Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin agar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara 1Malaysia.

Tu cerita 20 tahun yang lepas. Baru-baru ni aku jumpa kawan aku tu kat stesen minyak. Dia pakai kereta ciptaan tempatan je. Lepas habis jadi cikgu sandaran, dia dapat tawaran sebagai pegawai Jabatan Perhutanan.

Dalam duk bertanya khabar tu, dia tanya aku ingat tak lagi pada Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin????

Macam mana aku nak ingat, rupa dia pun aku tak kenal. Tak pernah jumpa pun. Cuma cerita tentang kebenggongangnya saja pernah dengar.

Dia kata, walaupun masa belajar dulu Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin macam budak benggong tapi dia bernasib baik. Sekarang Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin dah berjawatan besar. Aku tanya Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin dapat jadi pegawai FRU ke??? Dia kata Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin dah jadi Penguasa Kanan sekarang.

Baguslah kalau macam tu. Dapatlah Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin berbakti pada masyarakat, pada rakyat 1Malaysia. Rakyat 1Malaysia menaruh harapan besar pada Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin. Cikgu yang mengajar dia dulu pun tumpang bangga. Rakyat 1Malaysia 'bertuah'. Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin lagi la bertuah.


Inkues Teoh: Saksi SPRM tergamam secara tiba-tiba

SHAH ALAM: Pemangku Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Anuar Ismail, secara tiba-tiba tergamam dan tidak dapat menjawab ketika disoal-siasat oleh peguam pihak kerajaan, Tan Hock Chuan, tentang bagaimanakah siasatan dijalankan ke atas mendiang Teoh Beng Hock.

Ketika Tan meminta saksi ke-16 inkues kematian Teoh ini menjelaskan situasi proses tersebut dijalankan, Mohd Anuar, 32, hanya diam seolah-olah tidak memahami soalan yang diajukan kepadanya.

"Semasa kamu masuk ke dalam bilik tersebut (bilik soal siasat dijalankan) bagaimana suasana semasa Nadzri (Mohd Nadzri Ibrahim) rakam percakapan Teoh?" soal Tan.

Mohd Anuar bagaimanapun hanya diam dan seolah-olah tergamam dengan soalan tersebut.


Nota kaki : Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin adalah watak khayalan semata-mata. Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin tidak ada kena-mengena samada yang masih hidup, yang tengah mati, yang sedang disoal-siasat atau yang dah jatuh bangunan. Ayah Salamon Pahamin bin Rustam Muhyiddin melarang mana-mana pihak menggunakan akronim untuk nama anaknya. DVD filem James Bond 'License To Kill' boleh didapati di kedai menjual DVD di bangunan Plaza Massalam.

Tuesday, August 18, 2009

1Malaysia : Aku Terpegun


Binatang ni lidah bercabang dan suka makan bangkai.



Sekadar gambar hiasan. Tiada kena-mengena dengan rumah Ketua Kampung Khir Toyo.




Syukurlah jika apa yang dikatakan di bawah ini benar belaka.


Tiada siapa yang istimewa dalam siasatan SPRM - Ahmad Said

KUALA LUMPUR: Tiada sesiapa pun diberi keistimewaan dalam siasatan kes rasuah sama ada membabitkan orang awam atau manamana anggota politik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

Katanya, SPRM akan terus menyiasat keskes rasuah secara sama rata terhadap semua orang termasuk ahli politik sama ada dari parti kerajaan atau pembangkang.



Aku selalu bermimpi. Dalam mimpi tu aku tengok berita kat tv. Pembaca berita tu ada sebut nama Khir Toyo, Ali Rustam, Khairy Jamaluddin dan beberapa nama lain. Dalam mimpi tu juga pemberita tu ada sebut-sebut SPRM. Lepas tu aku tengok mangkuk-mangkuk tu tutup muka macam Sirul dan Azilah. Tapi tu cuma dalam mimpi la. Samada mimpi tu jadi kenyataan atau tidak, aku mana tahu!!!! Tanya la kat Ahmad Said tu.



KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Sembilan hari sebelum pemilihan Umno pada 26 Mac ini, politik Malaysia hari ini digemparkan dengan larangan bertanding jawatan timbalan presiden parti yang dikenakan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berhubung amalan politik wang.

Keputusan itu dibuat oleh Lembaga Disiplin Umno yang mendapati Mohd Ali, yang juga Naib Presiden Umno, bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno kerana kesalahan rasuah dan politik wang yang dilakukan oleh ejennya.

Pengerusi Lembaga itu Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail turut mengumumkan bahawa lembaga itu juga mendapati Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, bersalah mengikut perkara yang sama tetapi beliau hanya diberi amaran.
Mereka yang digantung keanggotaan selama setahun pula ialah Ketua Umno bahagian Bandar Tun Razak Datuk Mokhtar Samad, anggota Umno bahagian Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail, Timbalan Ketua Umno bahagian Kuala Krai Amran Mat dan seorang ketua cawangan Umno dalam bahagian Gua Musang, Mohd Zuki Mohd Zain. Tiga lagi yang juga bersalah tetapi hanya diberi amaran ialah Timbalan Ketua Umno bahagian Paya Besar Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah, AJK Umno bahagian Paya Besar Mohd Zaili Besar dan Naib Ketua Umno bahagian Paya Besar Mohd Sohaimi Jusoh.



Lagi berita berkaitan......

Rakyat negeri Selangor sekali lagi digemparkan dengan satu lagi kes penyelewengan berkenaan dengan rumah mewah yang dimiliki YB Sungai Panjang, sekaligus menimbulkan persoalan bagaimana YB Sungai Panjang yang pernah menyandang jawatan Menteri Besar Selangor dapat membiayai rumah yang begitu mewah dengan pendapatan yang tidak setimpal dengan kos pembinaan rumah mewah tersebut.

Rumah yang dimiliki oleh YB Sungai Panjang ini didirikan di atas kawasan seluas 50,000 kaki persegi. Anggaran kos pembinaan rumah itu ialah RM20 juta, manakala harga tanah ialah RM3.8 juta.


Kenali mereka :

Ali Rustam - Ketua Menteri Melaka
Khairy Jamaluddin a.k.a KJ - Ahli Parlimen Umno / Ketua Pemuda Umno
Khir Toyo - YB Umno Sungai Panjang / Ketua Pembangkang DUN Selangor
Datuk Abdul Manan Ismail - Ahli Parlimen Umno
Datuk Md Sohaimi - ADUN Umno
Mohd Zaili Besar - ADUN Umno


Aku harap Ahmad Said dah basuh muka dan dalam keadaan sedar semasa membuat kenyataan tersebut pada pemberita. Bukannya apa, dulu aku ada seorang kawan yang selalu berjalan masa tidur. Bila kita tanya dia jawab selamber jer. Tapi lepas dia sedar, dia tak ingat apa yang kita tanya dan apa yang dia jawab. Nama kawan aku tu Kassim, bukan Ahmad Said.

1Malaysia : Tendang Saka Umno



Ramai yang tanya aku kenapa tak tulis pasal pilihanraya kecil Permatang Pasir. Sebenarnya aku tak berapa nak ada mood nak ulas pasal Permatang Pasir ni. Dah ramai blogger lain yang tulis. Tiap jam ada saja update.

Lagi satu aku yakin yang pengundi di Permatang Pasir tu semuanya masih waras dan sihat akal. Orang yang sihat tubuh badan dan sihat akal tak kebulur nak pilih menantu yang kaki kapur. Rakyat yang bijak dan merdeka mindanya tak buat perangai gila babi nak pilih pemimpin yang dah ada rekod songlap duit. Ni bukan aku saja-saja buat fitnah. Ni bukan rekaan. Kalau tak percaya, pegi la tanya kat Presiden Majlis Peguam nunnnnn.......

The Sun today reported:

When contacted, Bar Council chairman Ragunath Kesavan said all offences under the Legal Profession Act, under which Rohaizat was guilty, hold personal liability.

Stressing that the charge as tantamount to criminal misconduct, he said Rohaizat, not his partner, was named by the complainant over a sum of about RM140,000.

“If you are an innocent party, you would not be found guilty by the (Bar Council’s) disciplinary board. Rohaizat’s appeal against the Bar Council decision was dismissed by the High Court on Aug 12,” said Ragunath.



Bagi orang Umno yang tak reti baca suratkhabar bahasa Inggeris, kat bawah ni aku copy paste artikel dalam bahasa Melayu.


"Kesalahan itu adalah tanggungannya sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.

"Rohaizat dipecat pada 7 Mac tahun lalu dan beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos tahun ini," akhbar The Edge semalam melaporkan kenyataan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan.

ImageRagunath berkata, kesalahan yang dilakukan itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah dan tidak ada akaun untuknya.

"Apabila lembaga menyiasat perkara ini dan perintah dibuat, tidak dipulangkan kepada pemegang amanah melibatkan wang berjumlah RM140,000.

"Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan.

"Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah," katanya lagi.


Aku pun malas nak ulas panjang. Aku cuma nak ucapkan good luck pada Umno kat Permatang Pasir.

Kata orang tua-tua, kalau dekat nak mampus tu Umno akan buat perkara yang pelik-pelik. Contohnya Umno pilih calon yang ada kurap, panau, jerawat batu dan kepala botak untuk masuk bertanding ratu cantik. Bagi Umno, itulah saja calon yang terbaik yang ada. Yang cantik dan lawa dah lari dari Umno. Perompak dan penyamun saja yang duk melangguk dalam Umno.

Tu tandanya orang tu dah dekat nak mati....buang tebiat. Tapi kalau binatang, orang panggil tendang saka. So, aku rasa Umno dah sampai stage tendang saka. Dah tak boleh nak ubat dah. Tunggu masa nak campak masuk lubang aje.