Thursday, February 12, 2009

PESANAN SEBELUM TIDUR

Polis telah pun mengharamkan ceramah umum di Perak sehingga keadaan kembali tenang. Tidak tahu sampai bila. Semuanya bergantung kepada kuasa Polis, bukan kuasa rakyat.

Media akhbar parti, Harakah dan Suara Keadilan dirampas hampir di seluruh negara oleh KDN. Juga tidak tahu sampai bila akan dihentikan.

Media dajjal semakin gila menyebar dakyah dan propaganda bagi terus menipu rakyat. Berita Hairan, Utusan Meloya dan TV sedang 'menjernihkan' imej kerajaan haram di Perak.

YAB Menteri Besar Perak yang sah, Dato Seri Mohd Nizar dinafikan haknya untuk menyampaikan maklumat. Tiada liputan yang elok. Semuanya menggunakan ayat sama, penderhaka. Sedangkan rakyat menilai sebaliknya. Penderhaka pada rakyat bukan Nizar. Rakyat bukan bodoh.

Namun ada segelintir rakyat yang masih tidak punya akses pada maklumat dan media alternatif. Pandangan mereka dibentuk oleh maklumat yang serong. Menjadi tanggungjawab kita membetulkan sistem ini dengan apa cara sekali pun.

Kita bakal berdepan dengan 2 pilihanraya kecil serentak tidak lama lagi. Tuntutan menyampaikan maklumat ini menjadi semakin penting dan mendesak.

Adalah disarankan kita kembalikan semula semangat sepertimana era Reformasi 1999.

Buat salinan artikel, sebarkan blog yang menyokong perjuangan rakyat, tinggalkan di tempat-tempat strategik untuk bacaan seperti di warung kopi atau tempat tumpuan awam.

Mahazalim, mahafiraun, detikdaily, tranungkite merupakan wadah maklumat internet yang muncul era reformasi.

Kita telah disekat sebagaimana tahun 1999 dan kita perlu bangkit dengan semangat sepertimana era reformasi 1999.

Umno@BN telah berada bagai telur di hujung tanduk. Tindakan mereka sekarang tidak akan dapat menyelamatkan mereka lagi.

Ayuhhh.....segarkan kembali semangat reformasi 1999. Sebarkan maklumat.

3 comments:

  1. lawang tetap lawanggggg!!!!!!

    lawanggg sapa menangnnnnnn....

    ReplyDelete
  2. Umno boleh gunakan segalanya untuk mengekalkan kuasa. Dia lupa pepatah: "He can bring the horse to the water but he cannot make it drink".

    ReplyDelete
  3. kita tengoklah pilihanraya nanti.kitan tengok langit tnggi ka rendah.haram sadey punya BN!!

    ReplyDelete