Thursday, February 12, 2009

FALSAMPAH DAN FALSAFAH

Ketika ditanya sama ada beliau mendapat sokongan majoriti rakyat Perak walaupun selepas Sultan Azlan Shah tidak perkenan untuk membubarkan DUN ekoran kemelut politik yang melanda, beliau berkata: "Ini adalah proses demokrasi. Adakah anda faham mengenai demokrasi? Adakah anda faham mengenai falsafah politik demokrasi?".

Jawapan dari Datuk Dr Zambry Abdul Kadir - malaysiakini

Saya bukanlah pakar dalam bidang bahasa dan falsafah. Cuma teringin nak mengulas berkenaan demokrasi di Malaysia kerana tertarik dengan jawapan yang diberikan kepada wartawan oleh Datuk Dr Zamry pada hari pertama beliau memasuki pejabat Menteri Besar Perak hari ini. Demokrasi ialah dua perkataan yang diambil dari bahasa Yunan. 'Demos' yang bermakna rakyat dan 'kratos' bermakna kekuasaan. Demokrasi menurut kamus dewan merupakan pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihanraya. Ia juga ditakrifkan sebagai unit politik atau sosial yang pada dasarnya di kuasai oleh semua anggota. Dan takrif ketiga ialah keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas.

Jawapan Datuk Zamry itu tidak salah tetapi mungkin kurang tepat dalam iklim politik semasa sekarang dan pada persepsi sebahagian besar rakyat Malaysia khususnya di Perak.

Umno@BN cenderung menggunakan hujah demokrasi bagi mempertahankan kebanyakkan dasar dan tindakan yang diambil. Walaupun tindakan yang diambil jauh dari memenuhi prinsip asas demokrasi, namun itu semua tidak penting. Yang penting ialah bilamana hajat dan keinginan mesti dipenuhi walau dengan apa cara sekali pun.

Tika mana Datuk Zamry mengeluarkan jawapan tersebut hari ini, demokrasi selagi lagi dicalar apabila masih ada tahanan ISA di Kem Tahanan Kemunting yang letaknya di negeri Perak. Sebelum ini semasa kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak, pendirian telah diambil untuk memindahkan Kem Tahanan Kemunting ke negeri lain. Kerajaan yang tertegak dengan sokongan rakyat tak akan sanggup bersekongkol dengan kezaliman terhadap rakyat.

Hari ini juga hak rakyat dalam negara demokrasi yang dijamin oleh perlembagaan negara juga telah dirobek. Suara rakyat sekali lagi cuba dibendung. Rakyat dipaksa menerima maklumat hanya melalui sumber 'mereka' sahaja. Di Thailand, hatta Thaksin yang digulingkan dan hidup dalam buangan di luar negeri pun masih dibenar bercakap kepada penyokongnya melalui layar besar di stadium secara live interaktif. Kerajaan Thailand yang juga mempunyai raja tidak menyekat Thaksin menyampaikan 'amanatnya' kepada penyokong di bumi Thailand. Tapi di Malaysia, yang sistem pemerintahannya sama dengan Thailand, segala media perdana di kawal ketat. Jangan salahkan rakyat jika menggelar media tersebut dengan gelaran media dajjal. Pembawa berita bohong dan berat sebelah yang hanya bertujuan untuk mengelirukan rakyat.

Media perdana tak pernah menyiar kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan Perak di bawah pimpinan YAB Dato Seri Mohd Nizar Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat. Dalam masa hanya 11 bulan, banyak masalah rakyat yang berjaya diselesaikan. Sebelum ini Umno@BN yang lebih 50 tahun mentadbir Perak tidak mampu melakukannya. Bahkan adakala kala lebih menyusahkan rakyat. Hak untuk mendapatkan maklumat yang sebenar dan adil adalah juga salah satu tuntutan yang perlu ada dalam sebuah negara demokrasi. Rekod hak asasi manusia Malaysia juga berada di tahap kritikal pada penilaian dunia. Syukurlah ada internet, jika tidak pasti minda kita berjaya dipasung.

Jadi sebelum pemimpin Umno@BN bercakap atau menggunakan alasan demokrasi, mereka sepatutnya merenung cermin besar di depan mereka. Lihatlah wajah mereka melalui cermin itu. Yang terpapar nanti hanyalah wajah hodoh, busuk dan bernanah kerana pencabulan hak demokrasi rakyat Malaysia.

Wajah Umno@BN tidak akan menjadi bertambah elok walaupun berlaku peralihan kuasa Mac nanti. Malah dengan apa yang berlaku sekarang, peralihan kuasa tersebut bakal membawa Malaysia kembali ke zaman gelap. Rakyat sekali-kali tidak akan mengizinkan ini berlaku. Isyarat jelas akan dihantar pada pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau. Suara rakyat suara keramat.

3 comments:

  1. Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar...Hidupkan Revolusi Rakyat....Hidupkan Kerajaan Rakyat

    ReplyDelete
  2. REVOLUSI...REVOLUSI....REVOLUSI...

    ReplyDelete
  3. apa perasaan sultan perak buat mcm tu kat rakyat? boleh tido lena ke dia. atau mmg dah buta hati buta perut.

    ReplyDelete