Friday, January 29, 2010

Kembar Tak Seiras : Tuan Ibrahim Tuan Man vs Ahmad Rithaudeen

Apa yang berlaku pada hari ini 29-01-2010

Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali.



Apa yang berlaku pada tahun lepas 18-03-2009


Menurut Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Tan Sri Rithaudeen, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilarang daripada bertanding untuk jawatan timbalan presiden kerana didapati melanggar peraturan kempen.




Persepsi rakyat pada ketika KJ hanya diberi amaran oleh Lembaga Disiplin Umno ialah kerana dia menantu Perdana Menteri. So, dia selamat. Pengerusi Lembaga Disiplin Umno dilihat seolah tidak berani bertindak tegas dan double standard.

Itu dulu, tahun lepas dan berlaku pada parti Umno. Parti yang dikatakan korup.

Hari ini perkara yang hampir sama berlaku dalam PAS. Walaupun pertuduhannya berbeza antara keduanya, namun ramai melihat kesannya hampir sama malah tindakan Hassan Ali dianggap lebih mudarat bagi sesetengah pihak. Persepsi rakyat ialah Hassan Ali terselamat kerana beliau adalah 'orang Presiden'.

Malah ketika Lembaga Disiplin PAS yang sudah beberapa kali menangguhkan keputusannya pun sudah memberi gambaran ada sesuatu yang tidak kena. Ungkapan paling popular ialah Hassan Ali selamat, Khalid kena. Nah....betul kan?

Ini baru berlaku sebentar tadi dan berlaku pada parti PAS. Parti yang berimej Islam.

Oh ya...itu hanya persepsi. Persepsi tiada nilai bagi PAS. Dia tak peduli pun persepsi rakyat. Aku pun bukan setaraf Aziz Bari, lagi la PAS tak layan.

Kalau dulu PAS perli keputusan Lembaga Disiplin Umno double standard. Mungkinkah kali ni rasanya ada orang Umno ucap tahniah kat Hassan Ali kot!!!

No comments:

Post a Comment