Monday, May 11, 2009

GELITA 511.......

Cuaca nampak mendung pagi ni. Tapi ramai yang kata langit gelap, hujan lebat dan ribut petir bakal berlaku jam 02:30pm hari ni. Ni bukan nujum cuma persepsi cuaca politik Malaysia. Cukup sedikit yang meneka langit cerah petang nanti. Tak boleh nak salah mereka. Masing-masing ada alasan masing-masing. Biasanya tanda-tanda awal yang muncul tu boleh pakai juga.

Yang berkata langit akan kembali cerah pun ada alasan juga. Bisikan yang mempunyai seribu makna tersirat.

Apa pun alasan yang diberikan, ada satu 'alasan' yang rasanya agak menyengat dan boleh kita sama-sama fikirkan dalam masa yang tinggal sedikit ini. Baca sini.

Bak kata pepatah mat salleh, "action speaks louder thapn words".

Raya lambat lagi. Tapi kalau kacau dodol rasanya dapat 2 kawah besar kot. Yer la, 1 kawah kurang-kurang 3 jam kena kacau. Dah kalau 6 jam sanggup tunggu, dapat la 2 kawah dodol.

Apa ingat nak tunggu 6 jam tu sekejap ke???

Kalau tak kerana 'cintakan dodol yang hitam' tu, tak teringin la nak tunggu 6 jam!!!


No comments:

Post a Comment