Monday, February 9, 2009

TERKINI : BUKIT SELAMBAU, KEDAH

TERKINI : Sah akan ada pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau Kedah. Pengumuman telah dibuat sebentar tadi oleh YAB Menteri Besar Kedah. ADUN tersebut V.Arumugam telah meletakkan jawatan sebagai Exco dan ADUN serentak.


Sebentar lagi YAB Menteri Besar Kedah akan mengadakan sidang media.

Tidak dapat ditolak kemungkinan bahawa akan ada satu lagi pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau di Kedah pula.

Najib semakin tenat. Kedudukan beliau sebagai bakal Presiden Umno dan bakal Perdana Menteri semakin terancam.

Jika kalah kedua-dua pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau, maka Najib telah ditunjukkan jalan keluar oleh rakyat. Jika kalah salah satu pun, Najib dianggap hilang kepercayaan rakyat menerajui Malaysia sebagai Perdana Menteri. Jalan terbaik, jika berani, ialah Perdana Menteri sekarang bubar parlimen dan isytihar pilihanraya umum.

Namun sejarah lampau membuktikan bahawa Umno@BN bukanlah parti anak jantan. Apa yang menjadi kegusaran ialah jika Umno@BN akan menggunakan sisa-sisa kuasa yang ada untuk mengadakan lagi Ops Lalang dengan menangkap pimpinan Pakatan Rakyat. Isu terkini yang akan dieksploitasi ialah isu derhaka kepada Sultan - saman Sultan.

Rakyat diminta istiqamah dalam perjuangan menuntut keadilan dan melawan kezaliman. Yakinlah semakin kuat tekanan bermakna kemenangan semakin hampir.

Suara Rakyat Suarat Keramat!!!!!!

2 comments:

  1. mati la najib kali ni..tak sempat jd presiden umno dan pm....kesian bik mama ...kurus la lepas ni....

    SELAMAT JALAN UMNO......DULU KINI SELAMANYA...NYAH KO DARI MUKA BUMI MALAYSIA NI...KALAU NAK TUBUH UMNO KAT ZIMBABWE AKU TAK KISAH....

    ReplyDelete
  2. ya allah...allah maha besar...betapa bijak perancangan kau ya allah....hapuskan terus pemimpin yg khianat rakyat..baru mniggu lepas mereka bergembira rampas kerajaan secarsa haram... allah maha besar....

    ReplyDelete