Monday, January 11, 2010

HARGA BOTOL & PETROL NAIK

Wanita Pertama, Rusnah Mangsur atau nama manjanya RM, hari ini mengumumkan harga baru bagi semua jenis botol kaca dan juga kenaikan harga petrol sahaja berkuatkuasa serta-merta.

Menjawab soalan wartawan Mongolia berkenaan alasan kenaikan tersebut, RM memberitahu ianya bagi membendung perbuatan membakar secara membuta-tuli yang mengakibatkan pembaziran petrol dan botol kaca. Alasan kencing manis sebelum ini digunakan bagi menaikkan harga gula dan harga sepatu jenama CROC yang melindungi kaki dari terluka.

Ditanya perkembangan kes enjin jet yang lesap, dengan selamba saja RM menjawab bahawa kes itu telah selesai sebaik sahaja beliau selesai membeli-belah di Dubai.

Turut bersama RM dalam sidang media tersebut ialah Bapak Polis, beliau juga ditanya mengapa pembaling-pembaling botol petrol amatur masih belum berjaya diberkas, walaupun kes seperti ini pernah berlaku, dengan gaya seorang gentleman beliau menjawab bahawa ini semua adalah angkara siri CSI. Pembaling-pembaling amatur tersebut berjaya melenyapkan bukti atau petunjuk penting kerana pengaruh siri TV tersebut.

Bapak Polis juga menekankan bahawa bukti tilam dan bulu lebih senang dijumpai berbanding bukti cctv atau keterangan pengawal keselamatan@jaga di tempat kejadian.

Diluar semasa sidang media diadakan, NGO terkenal PEGIDA sedang berdemonstrasi sambil mendapat kerjasama penuh anggota keselamatan. Tiada seorang anggota PEGIDA dijentik mahupun dibelasah apatah lagi ditahan.


-Laporan Agensi Berita BERTAPA


KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengganggap kejadian membaling bom molotov cocktail di rumah ibu bapanya di Jalan Ipoh di sini awal pagi tadi bertujuan untuk menakut-nakutkan dirinya dan menghalangnya daripada menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

*****************
Ambiga pernah menerima surat yang membenci beliau dan ancaman bunuh. Malah, koktel Molotov juga pernah dilemparkan ke rumah beliau. Ratusan orang daripada pelbagai kumpulan agama dan ahli-ahli konservatif kerajaan telah membuat bantahan di bangunan majlis peguam untuk menuntut supaya beliau ditahan.

Thursday, January 7, 2010

Kambing-Kambing Hitam 1MALAYSIA.

Aku semalam pegi la kedai mamak pekena beriyani kambing. Puhhhh....toksah cerita la pasal kambing ni memang favourite aku. Rozita Che Wan lalu pun tak sedar!!!

Dalam aku duk tengah makan tu, aku perati la jugak meja-meja kat kiri kanan aku. Sebelah kiri aku ada India 2 orang duk semeja, sebelah kanan aku ada Cina dalam 4 orang duk semeja. Yang aku duk ralik sangat perhati tu bukan apa, aku tengok Cina India tu pun macam aku jugak duk pelahap beriyani kambing. Cehhhh.....isi-isi semua dah diaorang sapu, aku cuma dapat bahagian rusuk jer. Yer la dah aku datang lewat.

Tengah sedap-sedap makan, mamak tokey kedai kat kaunter tu pasang Astro Awani. Tang tu jugak berita pasal enjin jet hilang tu keluar. Kesian ada, menyampah ada, nak menyumpah pun ada....yer la dah bodoh sangat. Kalau ada orang yang percaya mangkuk hayun 2 ekor tu yang punya kerja, lagi 10 kali bodoh. Aku rasa kambing yang kena sembelih buat lauk beriyani lagi cerdik.

Lupa aku nak kasi tahu, beriyani yang aku makan tu ada nama baru....Nasi Beriyani Kambing 1Malaysia. Kreatif jugak mamak tu buat gimik nak tarik pelanggan. Aku tak tahu la kat Parlimen Pekan ada tak beriyani tu. Kalau ada tentu Rosmah suka kot.


Menu Kambing Hitam C4 (2 ekor dah nak kena sembelih)


Tuesday, January 5, 2010

Official Announcements : New #8 Wonders Of The World





Recently Malaysia has discovers the #8 wonders of the world...........


Rank-and-file behind theft of jet engines

Attorney-general Abdul Gani Patail shed little light on the progress over the loss of two RMAF F5-E jet engines, when he only revealed that no senior air force officers were involved in the theft from a military airbase in Sungai Besi in 2007.



Perghhh......mamat-mamat yang 'menghaibkan' enjin jet tu patutnya tampil ke depan membuat pengakuan secara sukarela secepat mungkin. Bernard Weber memang takjub la kalu jumpa hang semua. Tak payah la dia susah-susah lagi round dunia cari benda yang pelik dan ajaib.

David Copperfield pun takat boleh ghaibkan sekejap je Statue of Liberty, lepas tu dia kena letak balik patung tu. Tapi hang boleh pindah enjin jet, bukan sebiji tapi 2 biji, pindah ke oversea pulak tu. Enjin tu pulak tak balik-balik dah!!!!

Kat Discovery Channel pun hang boleh tayang muka. Aku jamin sahih laku punya. Pagi petang siang malam muka hang semua akan keluar kat ASTRO. Rosmah mesti jeles habis kat hang.... muka dia yang dah licin tu takda sapa pun nak puji!!!

Tu semua kalu hang berbasib baik la. Kalu nasib tak baik, tido Sg. Buloh la jawabnya. Dulu dah ada 2 ekor kambing hitam masuk Sg. Buloh, lepas ni hang pulak la jadi kambing hitam.

Bagus la gitu. 1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kambing hitam biar masuk Sg. Buloh banyak-banyak. PKFZ nanti pun dengar cerita nak hantar banyak jugak kambing hitam. Kenapa??? Tak percaya!!!! Lu pikirlah sendiri........






Tuesday, November 24, 2009

Kota Siputeh : Cisss........Derhaka Kau Kadir!!!!

Cissssss....cissssss......cissss......cissss kau Kadir......pantang Melayu derhaka!!!!

Berani kau kata Malaysia takde 1st Lady. Berani sunnguh kau ni yer Kadir????

Kadir.....Kadir.....kau tahu tak betapa susah payahnya nak membawa fesyen yang menepati ciri-ciri pemakaian wanita Islam kat bini Obama??? Berbuih mulut tahu tak!!!! Hari ni senang-senang kau kata 1Malaysia ni takde 1st Lady.....cissssss.....berani sungguh kau derhaka Kadir!!!!
Kau dah tak baca NST ker Kadir sejak pencen ni????

Bukan saja bab fesyen, bab ekonomi pun sama. Naik kematu tapak kasut ke hulu ke hilir membawa idea peranan dan sumbangan wanita dalam memajukan ekonomi negara seperti di Dubai baru-baru ni. Kadir, kau ingat senang ke nak pegi Dubai tu??? Kalau takat jadi bini Ketua JKKK tak payah mimpi la nak ke Dubai, takat ke Nilai atau Bukit Kayu Hitam boleh la.

Cisss derhaka kau Kadir!!!! Kau ingat Lee Kuan Yew tu bodoh ke???

Lee said he called on Rosmah because he had been told that she and her husband worked as a team. He asked to see her, and Najib made arrangements for them to meet.


Kau ni Kadir sama je macam lawyer ni. Korang ni dengki kat Rosmah ke???

Rosmah is the Prime Minister’s wife with a status. But she is not a politician and she possesses no governmental position.

But Lee said that Najib and Rosmah work as a team. Najib may consider his wife’s views before making a decision.

Aku malas nak layan Melayu derhaka macam kau ni Kadir. Baik aku pegi shopping. Cuma aku nak tanya kau sikit Kadir, sekarang ni ada Year End Sales ker kat New York tu???

Accompanying Najib on the trip is his wife, Datin Seri Rosmah Mansor. On hand to welcome them at the hotel where they are staying in the Big Apple were Malaysian embassy and consulate-general staff as well as a group of Malaysian businessmen.



Thursday, October 29, 2009

EGM PAS : Update

Minta maaf la bebanyak pada geng-geng penjenguk sekalian. Dah lama tak update blog. Banyak isu yang nak ditulis tapi terkantoi akibat perkhidmatan internet yang masih ada tempat yang tak kesampaian beruk and band.

Dari isu kekalahan PAS pada PRU Bagan Pinang, EGM Umno, EGM MCA, lawatan Najib ke Perancis, kegawatan hubungan antara Indonesia-Malaysia, kritikan pedas Professor Aziz Bari, Belanjawan 2010, lawatan sambil shopping Rosmah ke Dubai, sidang DUN Perak dan terkini isu EGM PAS. Semuanya tu memang aku nak ulas. Dah memang niat betul-betul nak tulis dalam blog, tapi apakan daya, jodoh tak kesampaian.

So, kepada pembaca sekalian, aku kirimkan pantun aje la kali ini........

Kalau ada sumur di ladang,
boleh hamba menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang, broadband atau streamyx.....,
insyallah berjumpa lagi.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur berkecai badan Altantunya angkara Rosmah,
Pergi ke Dubai bershopping jua.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Rosmah shopping bukan dia yang bayar,
Bonus takde rakyat gigit jari.