Sunday, June 14, 2009

MANEK URAI : BONEKA UMNO NO ENTRY!!!


Isu Kerajaan Perpaduan-UG, nampaknya semakin hangat diperkatakan. Walaupun ada saranan agar isu ini 'ditutup mulutkan' namun ianya tetap diperkatakan. Isu ini bukan lagi menjadi isu PAS atau isu PR tapi ianya sudah menjadi isu nasional. Tak percaya? Anda semestnya tidak bercampur-gaul dengan khalayak ramai jika mengatakan bahawa ianya hanya mainan media pencacai Umno@BN untuk meretakkan PR. Ini realiti politik negara kita sekarang ini. Amat malang bagi ahli atau pimpinan PAS yang masih menggunakan hujah dangkal tersebut bagi menyelamatkan kerusi yang dah terasa bahang.

Pergilah luangkan masa duduk sebentar di kedai kopi, majlis kenduri kahwin atau tempat tumpuan umum. Pasang telinga. Atau jika ada keberanian, cuba teknik provokasi. Anda akan dapati bahawa persepsi rakyat pada isu UG ialah ianya idea mengarut!!! Bukan sahaja rakyat biasa tetapi di kalangan ahli sendiri PAS sendiri pun masih kabur.

Isu UG bukan lagi seperti ribut dalam cawan kepada PAS tetapi teko, piring dan cawan pun dah meletup. Tok Guru Nik Aziz secara tegas, jelas dan konsisten menentang idea UG ini. Kenyataan beliau tidak pernah bercelaru dan flip-flop. Malah beliau menuntut agar penjelasan diberikan segera bagi meredakan kegelisahan ahli-ahli PAS dan rakyat.

Dalam politik, persepsi rakyat atau ahli adalah penting dan tidak dapat dinafikan. Walaupun tiada pengakuan nyata namun indikasi jelas siapa penyokong kepada idea UG di kalangan pimpinan PAS adalah Presiden PAS, Timbalan Presiden PAS, SUA PAS, Ketua DPPP, Timbalan Mursyidul Am dan PJ Selangor. Mereka ini dilihat memainkan peranan besar 'mengasak' minda ahli PAS dan rakyat agar menerima gagasan Kerajaan Perpaduan dengan Umno. Malah kenyataan Ustaz Ahmad Awang mengukuhkan lagi bahawa memang ada pimpinan PAS yang cuba main silap mata politik murahan dan khianat!!!! PAS juga nampaknya sudah menjemput Umno masuk hingga ke dalam kelambu muktamarnya tahun ini. Ini persepsi rakyat. Mungkin benar mungkin tidak.

Dalam ruang usrah diulang sebut bahawa ahli perlu wala' pada pimpinan dan keputusan yang dibuat oleh pimpinan. Full stop. Tiada penjelasan. Ahli dibiar terus keliru. Nampaknya gelaran ustaz berjaya menyelamatkan seseorang daripada menjawab isu. Apakah Tok Guru Nik Aziz tidak wala'? Apakah jawatan Pengarah Pilihanraya Pusat lebih tinggi dari Mursyidul Am? Apakah susah bagi Ketua DPPP memahami hiraki parti sendiri? Namun itulah yang berlaku sekarang. Memburukkan lagi keadaan apabila seseorang yang bertanggungjawab dalam proses penggiraan undi semasa muktamar mengambil masa 6 jam untuk mengira 1044 undi dilantik ke jawatan penting parti sebagai SUA. Keputusan ini ibarat tikus membaiki labu. Tiada menjernihkan keadaan bahkan mencerminkan kelemahan daya kepimpinan. Ada pula yang melabelkan tindakan melantik itu sebagai melayan ego atau 'keras keng'.

Hari ini, Tok Guru Nik Aziz mungkin sekali lagi tidak wala'. Ketua DPPP mungkin boleh berbisik kepada Tok Guru Nik Aziz agar beliau jangan selalu tidak wala'.

Dan hari ini juga ada seorang manusia bukan Islam juga tidak wala'. Bukannya saja tidak wala', tapi telah membuat kenyataan panas. Kenyataan panas ini adalah manifestasi daripada sikap penyokong UG yang dilihat akan memakan diri dan merosakkan parti. Seorang yang bukan Islam nampaknya khuatir jika PAS kalah di Manek Urai kepada Umno. Beliau lebih sedar dan dapat mencerna suasana politik semasa daripada beberapa pimpinan PAS.

Tetapi pimpinan PAS yang menyokong UG boleh datang dan berkempen di Manek Urai. Tidak perlu risau. Arahan itu bukannya datang dari Presiden atau Timbalan Presiden atau SUA PAS. Cuma janganlah datang ke Manek Urai dengan 'penajaan' dari penaja yang sama semasa muktamar.

1 comment:

  1. Boneka UMNO ialah mereka yg yg kecewa dgn kekalahan semasa Muktamar!!

    muktamad

    ReplyDelete