Safe by the bell. SPR sebentar tadi baru sahaja membuat keputusan bahawa kedudukan 2 Exco Perak dari PKR yang dilaporkan meletak jawatan masih sah sebagai ADUN. Justeru itu pilihanraya kecil tidak perlu diadakan. Walaupun ada yang memberi pendapat keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar berhubung kekosongan dua kerusi - Changkat Jering dan Behrang - yang akan membuka laluan untuk pilihanraya kecil adalah muktamad dan tidak boleh dicabar. Saya tidak berkemampuan untuk berhujah dari sudut perundangan secara terperinci. Apa yang ingin diutarakan di sini adalah dari segi moral dan pandangan umum khasnya rakyat di negeri Perak dalam kemelut yang melanda suasana politik negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
Daripada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan parti politik samada dari PR atau Umno@BN, tidak dapat tidak ianya pasti menunjukkan ke arah batang tubuh bakal Perdana Menteri, Najib Razak. Pandangan ini bukanlah pandangan kosong, ianya juga ada bersandarkan pada fakta lampau iaitu pada tahun 2004 ketika pilihanraya umum diadakan. Ketika itu, apa yang digelar 10 budak hitam dari PKR (dulunya PKN- Parti Keadilan Nasional)telah mengisytiharkan menyertai Umno di rumah Najib. Mereka dijanjikan habuan dan ada kenyataan terbuka dibuat tetapi hingga kini masih tiada jawapan atau penafian dibuat samada oleh Najib atau 10 budak hitam tersebut.
Terbaru dan telah pun diakui secara akuan bersumpah bahawa Najib juga terlibat dalam 'urusniaga' tawar-menawar untuk ADUN PKR menyeberang ke dalam Umno.
Jumlah yang ditawarkan bukan sedikit, malah menerjah hingga puluhan juta seperti didakwa dalam akuan bersumpah tersebut. Kalau akuan bersumpah dari ADUN PKR dianggap bias, terkini pengakuan juga telah dibuat oleh seorang bekas timbalan menteri bahawa memang wujud pertemuan antara Najib dan ADUN PKR tersebut sepertimana didakwa dalam akuan bersumpah. Jadi di sini, adakah salah jika rakyat menuding jari ke satu arah...Najib!!!!
Dalam negara yang mengamalkan demokrasi, pandangan umum atau persepsi rakyat terhadap pemimpin bukanlah satu kesalahan. Pemikiran rakyat tidak boleh dikongkong ala pemerintahan komunis. Namun akta yang ada berjaya menakut-nakutkan rakyat dari meluahkan secara zahir apa pandangan mereka kepada pemimpin. Oleh itu sebilangan besar rakyat yang tidak punya saluran maklumat alternatif dan masih bergantung pada media perdana yang telah lama dipasung, minda mereka juga terpasung dengan berita-berita berat sebelah yang kadangkala jauh dari kebenaran. Bagi pemimpin yang korup, maklumat alternatif ini satu ancaman dan penyebar maklumat mesti dikekang. Itu yang berlaku pada blogger seperti Raja Petra yang beberapa kali telah ditahan.
Episod tawar-menawar ini juga bukan terhad untuk memancing ADUN PKR menyertai Umno sahaja, bahkan melibatkan juga 'suasana' lain. Ketua Umum PKR- Anwar Ibrahim sekarang dituduh melakukan seks luar tabie dengan bekas pembantu khas beliau. Dalam kes ini ada juga pertemuan diadakan antara Saiful dengan Najib sebelum laporan polis dibuat. Rakyat juga cuba disogok dengan cerita bahawa Saiful berjumpa Najib kerana ingin mendapat sokongan permohonan biasiswa beliau. Jadi sekali lagi, adakah salah jika rakyat menuding jari ke satu arah...Najib!!!!
Ibarat macam permainan sukan bolasepak, rakyat sudah dapat membaca corak permainan bagaimana sesuatu pasukan akan gunakan. Nampaknya pasukan Najib masih menggunakan tektik permainan yang lama. Maka risiko untuk kalah dalam perlawanan terbaru adalah tinggi seperti mana perlawanan di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Lawan sudah tahu ke arah mana bola akan dibawa. Rakyat di Perak juga sudah bersedia meraikan kemenangan hattrick bagi PR. Namun SPR sudah meniupkan wisel. Pun begitu, rakyat sudah kenal hati budi pemimpin. Hukuman kalau tidak sekarang boleh juga ditangguh hingga pilihanraya umum akan datang. Rakyat hakim negara!!!!
Dan kepada 2 orang Exco Perak dari PKR, jika mereka khianat pada perjuangan maka mereka juga pasti tidak akan dimaafkan oleh rakyat. Kedua-duanya jika membuat keputusan yang salah pasti akan mendapat kutukan dan hinaan oleh rakyat serta dilayan seperti anjing kurap oleh Umno kerana mereka sudah tidak bernilai lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
apasal polis tak siasat? pilih bulu ker?
ReplyDeletePASni kita tunggu Najib@Najis bersumpah pulak!
ReplyDeleteSedih mengenangkan nasib 2 orang adun yang sedang berlumuran dengan najis,apakah permintaan badan atau sial yang menimpa dirinya,pon bolehkah dikira satu ujian buat dirinya atau boleh juga di buat iktibar buat yang lain2nya.Renong2kanlah.
ReplyDeleteKasihan... dianggap macam anjing kurap didalam gerombolan anjing2,hinanya tuh..
Anjing tetap anjing maseh lagi makhluk Allah,membawai ia Najis Mughalazah, tubuh anjing kalau dibasuh,dimandikan dengan disabun dan di shampu walau disamak sekali pon tetap mughalazah.
Dua ADUN pkr ni dah memang lah maanusia diangkat sebagai pemimpin,bolih pakai ke orang cam tu kalau dia balik kepangkal jalan dan memohon maaf pada rakyat secara terbuka membuat pengakuan apa yang sebenarnya terjadi yang menyebabkan hal yang mengharu hara tu.
aku rasa dlm perkra ni kerajaan PR perak bertindak pra-matang bila mengeluarkan surat perletakkan jawatan 2 org exco perak tu.
ReplyDeletepatut dengar dulu apa masalahnya kalau memang dia nak lompat betul2 baru la keluar surat tu.
mereka tu diperangkap dlm tuduhan rasuah, so mungkin mereka tersepit kena masuk penjara free.
so apa saja tawaran yg datang mereka mungkin terima krn sudah kena aniaya. pernah tak kita semua fikir kalau kita di tempat diaorg tu???
anak-bini nak letak dimana??? diaorg bukannya jutawan pun. baru jer jadi exco gaji pun berapa sangat dpt simpan.
time amik rasuah tak ingat anak bini ke , tak ingat halal haram ke ,
ReplyDeleteaku tengok macam anwar jer yg tak mampu bertahan. najib dah gugurkan nuklear..abis PR hancur...
ReplyDeleteYg dok lompat-lompat tu dah sah takde pegangan & prinsip..apa nak simpan lagi..ni sume Tuhan nak tapis..nak tunjuk sape yg betol2 bole pakai ngan takleh pakai..bia tak menang takpe..jangan menang dengan bantuan org2 hina mcm tu..sok lusa dia gigit kita..
ReplyDeleteBila kita kata nak amalkan ISLAM ramai yang memandang secara negetif, mundur lah...pengganas lah...tapi percayalah jika ISLAM menjadi pegangan..ASAS perjuangan kita akan lebih kuat...
ReplyDeleteislam tetap islam. dulu kini dan selamanya tetap islam dihatiku. jika sume mahukan islam, benda2 negatif insyaAllah akan terhindar daripada berlaku.
ReplyDeleteda kalah tu udahler..redha la..fitnah korang tetap berdosa..
ReplyDelete