Friday, February 6, 2009

02 September 1998 dan kini

Hampir 11 tahun tarikh itu berlalu. Bagi orang Melayu dan rakyat Malaysia yang tidak mudah lupa, tarikh tersebut sangat signifikan kepada kebangkitan rakyat menyatakan sikap mereka melawan kezaliman pemerintah.

Pada tarikh 02 September 1998 jam 10 pagi, Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah dipanggil menemui Perdana Menteri-Mahathir. Anwar diminta agar melepaskan jawatan, namun beliau enggan. Mahathir memberikan tempoh hingga jam 3 petang atau Anwar akan didakwa. Episod seterusnya menyaksikan Anwar dipecat pada petang hari itu juga. Anwar diminta mengosongkan kediaman rasmi dengan kadar segera. Elektrik, air dan telefon dipotong. Anwar juga tidak dibenarkan masuk ke pejabatnya bagi mengambil barang-barang peribadinya. Malam itu kediaman Anwar sesak dengan kehadiran orang ramai untuk mendengar penjelasan. Anwar seterusnya mengadakan jelajah hampir ke seluruh negeri menemui rakyat menceritakan hal sebenar bagi membela dirinya yang dianiaya. Laungan 'REFORMASI' bergempita dan rakyat sudah berani turun ke jalanraya.

Dan pada 20 September 1998 Anwar ditahan dibawah ISA. Tengah malam itu dalam sel di Bukit Aman, Anwar dibelasah hingga hampir menemui ajal oleh Ketua Polis Negara-Rahim Noor. Segalanya terbongkar apabila Anwar hadir ke mahkamah dengan mata lebam. Pada 14 April 1999, Anwar dijatuhi hukuman penjara selama 6 tahun. Tarikh itu terus diingati dengan panggilan 'Black 14'. Tarikh gelita untuk kehakiman, gelita untuk rakyat Malaysia yang dahagakan keadilan dan gelita untuk Malaysia tercinta.

Pada tahun itu diadakan juga pilihanraya umum ke-10. Rakyat menjadi hakim negara. Akibatnya Terengganu jatuh ke tangan Barisan Alternatif-PAS. Dan beberapa kerusi negeri lain banyak dikuasai pembangkang. Jumlah ahli parlimen pembangkang juga bertambah. Tapi ketika itu Anwar masih di dalam penjara Sg. Buloh dan Mahathir masih kekal Perdana Menteri Malaysia. Ketika itu ramai golongan muda pendokong gerakan reformasi tidak dapat mengundi. SPR dilihat menjadi penyelamat kepada Umno@BN.

Hampir 10 tahun selepas itu, Anwar sudah lepas bebas. 2008 muncul lagi pilihanraya ke-12. Rakyat menjadi hakim negara. Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak berjaya ditawan Pakatan Rakyat sementara Kelantan masih kekal di tangan PAS. Umno@BN sudah hilang 'seri penarik'. Rakyat sudah mual. Rakyat sudah sedar. Rakyat sudah menghukum.

Selepas 1998 hingga 2009, Umno@BN masih terhukum dengan kesilapan lampau pemimpinnya. Perbuatan Mahathir memecat Anwar selepas Anwar enggan meletak jawatan walaupun dalam kuasa budibicara beliau bukanlah justifikasi bahawa rakyat perlu menelan bulat-bulat keputusan tersebut. Mahathir pada ketika itu berada di puncak kuasa. Bukan sedikit juga jasanya pada negara setelah hampir 16 tahun menjadi Perdana Menteri. Rakyat seakan tersihir dengan pembangunan dan kemajuan yang diciptanya. Tapi semuanya tidak bermakna apabila dia membuat satu keputusan yang mungkin betul dari segi perundangan tetapi cukup 'salah di mata rakyat'. Bak kata pepatah, 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'. Sekali buat jahat Mahathir pada Anwar itulah yang menyebabkan rakyat membenci beliau dan bangkit menentang hingga berani turun ke jalanraya menyatakan protes secara terbuka.

Diimbau kembali rentetan peristiwa lalu kerana ada menyatakan bahawa suasana 'hangat reformasi' sukar diulangi. Bahangnya mungkin hanya terjadi sekali. Dan bagi yang menyertai atau menjadi sebahagian dari penggerak reformasi, mengingati tiap detik ianya berlaku satu pengalaman yang amat berharga. Namun ianya bukan suatu yang mustahil berulang lagi ketika ini. Watak-watak seperti polis, SPR, kehakiman, Umno@BN dan rakyat masih ada. Cuma watak-watak lain yang mungkin sedikit berbeza. Dan yang paling penting rakyat tidak mudah lupa. Walau bagaimana cuba dielak dari rakyat membuat keputusan, masanya akan tiba juga.

Rakyat bukan barang permainan, rakyat bukan barang dagangan, rakyat perlu dihormati untuk menghormati, justeru hak rakyat perlu dikembalikan. Biarlah Mahatihr seorang sahaja yang memegang catatan sejarah hitam dengan membuat berjuta jasa tapi tenggelam dengan hanya satu keputusan yang silap di mata rakyat. Rakyat hakim negara.

11 comments:

  1. betul..betul...satu saja salah Mahatihr ....Bertindak tanpa restu rakyat. Bagaimana pula jika payung mahkota bertindak tanpa restu rakyat? Mungkinkah dalam jangka masa panjang pihak istana akan jadi seperti Mahathir? Wujud, berkata-kata, tetapi hakikatnya tiada siapa mabil peduli...dan yang pasti Mahathir akan menyaksikan hasil fitnahnya hingga akhir hayatnya. InsyAllah Mahathir akan lambat mati kerana rakyat akan berikan hukuman sediit demi sedikit...

    ReplyDelete
  2. pukul anak sindir menantu nampak? menantu kat perak ke???

    ReplyDelete
  3. aku dah mula meluat dgn raja dah.

    ReplyDelete
  4. betul spt apa ko tulis. reformasi di perak pulak. dulu mahathir kita lawan...skrg kita lawan jugak krn kezaliman wajib ditentang tak kira siapa dia pun.

    ReplyDelete
  5. dosa besar chedet ialah hina nabi dan zalimi anwar tp jasa paling besar cehdet ialah hapuskan kuasa raja2.

    ReplyDelete
  6. aku rasa mcm perasaan sama semasa anwar kena pecat dulu. raa benci pada kerajaan cuma kali ni benci pd raja yg tak adil. aku percaya reformasi kedua akan meletus lebih kurang hebat mcm zaman reformasi dulu. nizar akan menjelajah seluruh malaysia. REFORMASI....

    ReplyDelete
  7. Jangan memancing di darat, kelak anda dapat keparat.
    Berpolitiklah jika larat, jangan pula menipu RAKYAT.
    Raja diberi tahta, simbol payung kesejahteraan RAKYAT.
    Jika Raja menghina RAKYAT, kelak disamakan seperti keparat.

    ReplyDelete
  8. Setiap yang berlaku ada hikmahnya..inilah dinamakan takdir Allah swt..aku sedih melihat penyokong PAS dan PKR dok protes depan Istana Perak..dan aku tak lihat sekor pun puak Cina yang pertahankan PR padahal dalam kerajaan PR ada 18 ADUN bukan Melayu...kerana apa puak-puak ini tidak turun protes,kerana bagi mereka meningkatkan ekonomi keluarga lebih penting daripada turun di jalanan....terimalah dengan hati yang terbuka wahai penyokong PR..jika Allah disisi anda semua,suatu hari kemenangan yang lebih besar bakal mengiringi anda semua...cuba anda semua fikirkan kenapa Allah swt tidak memenangkan gerakan Islam di Malaysia sejak merdeka lagi...semua ketentuan adalah milik Allah ..Dia yang menentukan apa yang bakal dan telah berlaku. muhasabah lah pemimpin2 PAS,apakah yang membuatkan Allah menangguhkan Daulah Islamiyyah di bumi Malaysia...adakah kerana mereka bersekongkol dengan puak yang berniat jahat menghancurkan Islam dengan lebih dahsyat lagi di Malaysia,sedangkan kita melihat sekaarang keruntuhan moral orang Islam Melayu amat teruk sekarang..aku yakin komen aku ini akan dikutuk dan penyokong2 PR akan mengatakan aku penjilat BN.. Ya AllahYa Rabbul Alamin..Bukakanlah pintu hati umat 2 Islam di malaysia tidak kira penyokong BN atau PR agar tidak tergolong di dalam golongan yang sentiasa kerugian..Amiin..

    ReplyDelete
  9. bujar...bastard lah kepala hotak umno#bn & semua keturunan lanun di malaysia. duduk saja2 goyang kaki, makan tanggung berak cangkung guna duit rakyat. semua rakyat tanggung tp tak guna satu kupang pun!!!

    ReplyDelete
  10. Haha...UMNO makin tidak relevan.. Wang sahaja talian hayat. Kalau wang habis, dia akan duduk Argentina main kuda pulak

    ReplyDelete
  11. saya pun nak join sebagai sahabat blog juga...

    kualaterengganu36.blogspot.com

    ReplyDelete