Monday, February 9, 2009

BERKORBAN APA SAJA.....

2 pilihanraya kecil di Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dun Bukit Selambau, Kedah akan diadakan dalam masa 60 hari lagi. SPR akan mengumumkan esok bila hari penamaan calon, tempoh berkempen serta hari pembuangan undi akan dijalankan.

2 pilihanraya ini menuntut pengorbanan yang bukan kepalang dari rakyat yang cintakan keadilan. Setelah peristiwa trajis perampasan kuasa secara haram oleh Umno@BN diterajui Najib ke atas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, ini adalah peluangnya rakyat membuktikan bahawa Umno@BN sebenarnya telah hampir mati. Rakyat telah mual dan muak dengan politik perkauman, politik gula-gula, politik ugut dan politik rendah moral pimpinan Umno@BN.

Pilihanraya kecil DUN Behrang dan Changkat Jering berjaya 'dihalang' oleh SPR atas sebab-sebab teknikal yang dangkal. Pembubaran DUN Perak juga tidak mendapat perkenan Sultan. Rakyat seakan hilang arah. Rakyat tidak dapat 'melepaskan angin' dalam badan mereka. Angin ingin melakukuan perubahan melalui pilihanraya. Lalu rakyat memilih 'pilihan jalanraya' seperti yang berlaku Jumaat lalu di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Najib yang cuba bertindak jaguh sudah mampu tersenyum simpul. Media dajjal menjadi gila. Segala berita ingin disuakan ke telinga rakyat betapa Umno@BN kini kembali mendapat sokongan. Mereka lupa satu perkara. Melayu hari ini tidak lupa...rakyat Malaysia tidak lupa. Rakyat telah bangun dari mimpi setelah 50 tahun dibuai donggeng Umno@BN.

Nah...sekarang sudah ada 2 pilihanraya kecil seperti yang di harap-harapkan. Walaupun bukan di Behrang atau Changkat Jering, inilah juga peluang rakyat memberi sekali lagi isyarat jelas kepada Najib dan pimpinan Umno@BN yang lain bahawa hasrat rakyat untuk terus menolak Umno@BN masih konsisten pasca 8 Mac 2008. Rakyat tidak peduli jika MAc nanti Najib diangkat menjadi Presiden Umno. Rakyat bahkan tidak rela Najib menjadi Perdana Menteri yang dalam sejarah negara sudah dikaitkan dengan banyak skandal yang masih menjadi tanda tanya. Persepsi rakyat tetap tidak berubah. Dan Najib gagal merubahnya.

Umno@BN akan menggunakan segala jentera, malah dijangka lebih hebat dari Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Dulu Umno@BN menggunakan 3M, iaitu money, media dan machinery. Sekarang Umno@BN ada M yang ke-4, monarchy.

Sekali lagi diingatkan kepada pejuang Pakatan Rakyat, pengorbanan kali ini dalam menghadapi 2 pilihanraya kecil di Perak dan Kedah bukan kepalang dan calang-calang. Kepada yang bekerja swasta atau kerajaan, di harapkan bersedia mengisi borang cuti. Kalau tidak dapat sepenuh masa pun, boleh hadir setakat termampu. Kepada yang bekerja sendiri, bolehlah berkira-kira dengan anak-beranak, handai-taulan agar urusan peniagaan tidak terganggu.

Money talking. Ini merupakan halangan terbesar kita. Adalah di jangkakan bahawa pilihanraya kecil akan dijalankan akhir bulan ini atau seawal Mac nanti. Oleh itu, gaji atau pendapatan untuk bulan Februari ini bolehlah 'ditarik' sedikit untuk belanja sara diri. Bagi yang berkemampuan, bolehlah menyumbang lebih sedikit. Memang tiap kali ada pilihanraya, bilik-bilik gerakan Pakatan Rakyat tidak pernah kering dengan sumbangan yang melimpah-ruah. Inilah semangat yang ada pada kita yang tidak pernah wujud dalam jiwa penyokong-penyokong Umno@BN.

Ingat ini baik-baik. Minggu lepas mereka merampas kerajaan sah Perak secara haram. Mereka dengan angkuh menggunakan media seolah-olah semuanya atas kehendak rakyat Perak. YAB Dato Seri Nizar ditengking oleh SUK dengan biadab. Tidak dibenar masuk ke pejabat Menteri Besar. Lepas itu dengan angkuhnya mendakwa bahawa akan ada lagi negeri di bawah Pakatan Rakyat akan tumbang. Najib ingin menjadi Perdana Menteri dengan rekod 'cemerlang'. Ingin merampas, mengugut kerajaan Kedah dan Selangor melalui pintu belakang.

Ingat ini baik-baik. Sekarang kita kena bekerja keras. Kita wajib tumpaskan dan hapuskan kezaliman Najib Umno@BN ini dengan segera. Inilah peluang kita yang terbaik. Kita jatuhkan Umno@BN di kala mereka tengah berseronok menjelajah seluruh Perak 'menjaja' MB haram mereka. Kita sanggah mereka dengan isyarat yang jelas. Pilihanraya Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau adalah medan perang rakyat. Hancurkan kezaliman Umno@BN. Tumbangkan kerajaan haram Umno@BN di Perak. Sedarkan Najib bahawa beliau juga tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Ingat ini baik-baik. Maruah perjuangan kita mesti dipertahankan. Doa kita kepada Allah untuk diadakan pilihanraya telah diperkenan Allah. Kita mesti bertekad, kali ini tamatlah riwayat keangkuhan Najib Umno@BN yang cuba memperbodohkan rakyat.

Suara rakyat suara keramat.

4 comments:

  1. najib pasti kantoi kali ni. paklah selamat. semua org tuju ke najib. khairy bijak.

    ReplyDelete
  2. insyaALLAH... doa org yg dizalimi pasti dimakbulkan...

    ReplyDelete
  3. imej najib musnah. kerajaan luar pun tak akan hormat malaysia lagi. ikut pandangan aku, najib tak sempat jd pm. perasan tak paklah dan kj diam jer skrg ni. atur strategi tu.

    ReplyDelete
  4. aku dah start nak ambik cuti. tunggu esok jer spr umum tarikh p/raya.

    ReplyDelete