Monday, February 9, 2009

ALLAH MAHA BESAR!!!! RAKYAT PERAK HUKUM NAJIB

Al-Fatihah. Ahli Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.

Parlimen Bukit Gantang mempunyai tiga DUN iaitu Changkat Jering, Trong dan Sepetang.


Dengan kuasa Allah, apa yang cuba dielak oleh Najib Umno@BN bakal terjadi. Najib bukan takut mengadap Sultan Perak, itu semua dalam poket beliau. Adat istiadat istana bukan perkara asing kerana beliau berasal dari golongan bangsawan. Tidak pernah kenal erti susah. Apa yang Najib bimbangkan ialah hukuman rakyat Perak. Benar, seminggu yang lalu SPR menolak untuk diadakan pilihanraya kecil 2 DUN di Perak dengan alasan yang dipertikai ramai pihak. Selepas itu Najib diselamatkan sekali lagi dengan keputusan Sultan Perak yang tidak memperkenankan pembubaran DUN Negeri Perak. Taboo Najib terhadap pilihanraya masih belum kebah. Tersembam di Permatang Pauh dan jatuh parit di Kuala Terengganu. Semuanya memberi indikator jelas, Umno@BN ditolak rakyat. Peralihan kuasa dari Abdullah kepada Najib Mac ini juga ditolak rakyat. Umno@BN berada di ambang sakaratulmaut politik Malaysia.

Sementara ramai dari kita melampiaskan kemarahan ke arah Istana Iskandariah, watak sebenar disebalik semuanya yang berlaku adalah tuk dalang yang bakal meniti persada kuasa di Putrajaya sebulan lagi. Tuk dalang ini yang patut dihamun rakyat. Tuk dalang inilah yang melanggar perlembagaan. Tuk dalang ini sudah melihat bahawa option lain sudah tertutup bagi menyambung hayat parti beliau selain berselindung di belakang tabir istana. Pada perkiraan tuk dalang, ketaatan Melayu pada raja bukan kepalang. Tidak pernah terlintas bahawa rakyat kali ini juga akan bangkit menentang kezaliman. Tidak kira di mana. Tidak kira warna. Samada biru gelap atau kuning....rakyat sudah tekad.

Rampasan kuasa haram dilakukan. Muncullah beliau dengan berkata-kata di corong media dajjal bahawa keyakinan rakyat terhadap parti beliau telah pulih. Dengan harapan 'kemaluan besar' yang diterima pada 2 pilihanraya kecil lalu sudah terbayar. Kononnnya beliau bukanlah bertanggungjawab terhadap kekalahan tersebut. Politik melepas diri yang beliau amalkan sejak dulu seakan menjadi. Semuanya nampak cantik bila semua jalan pilihanraya kecil telah ditutup. Rakyat dipaksa terima kenyataan pahit. Kenyataan demokrasi telah dicabul.

Beliau tahu, jika ada lagi pilihanraya kecil berlaku dalam masa terdekat, beliau tidak dapat lagi melepaskan diri dari bertanggungjawab. PakLah semacam sudah hilang peranan dalam iklim politik Malaysia sekarang. Amat jarang muncul di corong media dajjal. Sejak 8 Mac 2008, PakLah juga yang dipersalahkan tiap kali menerima kekalahan dalam pilihanraya. Tapi kali ini tidak lagi. Sementelah pula pilihanraya kecil di Perak. Mahathir pun tidak mampu menafikan bawah kali ini bukan PakLah yang patut dipersalahkan. Selama ini Mahathir lah yang menjadi tukang palu gendang tuk dalang. Semua kesalahan dipalu ke arah orang lain demi menyelamatkan tuk dalang asuhan beliau dari menerima aib. Namun kuasa Allah Maha Besar. Hari ini Allah menentukan bahawa seorang pejuang Islam, pejuang rakyat pergi mengadap Illahi. Allah menunaikan munajat hambaNya yang memohon pertolongan. Pemergian Ustaz Haji Roslan Shaharum bukanlah sia-sia. Insyaallah, pertolongan Allah telah sampai. Kali ini tuk dalang akan menerima bahana permainan politik kotor rampasan kuasa haram yang beliau caturkan.

Menariknya, DUN Changkat Jering terletak di dalam Parlimen Bukit Gantang. Di situ juga terdapat seekor pengkhianat rakyat. Gelaran beruk dan katak telah secara rasmi diberikan kepada beliau oleh rakyat Perak dan rakyat Malaysia sejak seminggu lalu. Rasanya kali ini rakyat Perak khususnya pengundi Changkat Jering tak akan melepaskan peluang menghukum pengkhianat tersebut. Kita juga ingin melihat skrip apa yang akan tuk dalang putarkan kali ini. Dalam suasana sekarang, skrip yang paling ampuh ialah skrip penderhaka. Percayalah, media dajjal akan memutarkan skrip ini siang malam bermula malam ini!!!!

Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang bakal berlaku dalam masa 60 hari lagi. Tidak boleh tidak, Najib akan bersemuka secara berdepan dengan rakyat Perak semasa berkempen. Najib juga dalam masa sebulan lagi akan berdepan dengan mesyuarat agung Umno. 2-3 malam sudah Najib bermimpi indah menaiki takhta presiden Umno, perkembangan yang berlaku hari ini mungkin merencatkan sedikit impian tersebut. Berhadapan dengan pilihanraya kecil dan mesyuarat agung Umno adalah 2 perkara yang cuba dielak berlaku serentak. Najib tiada pilihan. Dan rakyat juga tiada pilihan. Pilihan tunggal yang ada bagi rakyat ialah mencabut nyawa politik Umno@BN. Demokrasi akan kembali subur bila hak rakyat dikembalikan. Suara rakyat suara keramat. Pengundi di Parlimen Bukit Gantang, anda adalah pencipta sejarah. Pengundi Parlimen Bukit Gantang sekarang ini menjadi lebih penting dari pengundi Parlimen Pekan. Dan pastinya pengundi Parlimen Bukit Gantang tidak akan redha dengan kebejatan Umno@BN. Liang lahat politik Najib sedang digali pengundi Bukit Gantang. Rakyat hakim negara.

25 comments:

  1. hahahaha....siap ko najib ooiiii...kejor yeop kejor....kejor rosmah sama....

    ReplyDelete
  2. kita pakat baling kasut kat dajjal najib ni sekor sebelum jadi pm.

    ReplyDelete
  3. kita seluruh rakyat malaysia sama2 tentang binatang dajjal najib biar tak timbul lagi keturunan macam dia kat malaysia ni.

    ReplyDelete
  4. Kah kah kah...nak lari mana ..sangkut juga.
    Kah kah kah ingat semua akan reda kerana
    melayu mudah lupa ker...silap besar laaa

    Kasut gerenti akan terbang cuma depa nie
    sebijak Bush tak dalam elak mengelak nie.

    ReplyDelete
  5. Maha Suci Allah.

    Manusia merancang, Allah juga merancang dan Allah jualah sebaikbaik Perancang.

    Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh almarhum...

    ReplyDelete
  6. cepat beli kasut sblm kehabisan stok kat perak....

    ReplyDelete
  7. aku pengundi bkt gantang...siap hang najib...kami akan c4 hang!!!

    ReplyDelete
  8. Kepada para pejuang kebenaran ayuh bersedialah, perbanyakkan munajat kepada allah, hindar diri seboleh2nya dari perkara yang tidak disukaiNya. Bangunlah dengan semangat dan strategi yang bijaksana...kita gempur dan hancurkan keDajjalan BN... Allah huakbar...mudah2an kemenangan bersama kite insyaallah...

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum.

    Maha Suci Allah.

    Manusia merancang, Allah juga merancang dan Allah jualah sebaik-baik Perancang.
    najib juga merancang, tapi bengap+bingai, orang macam ni nak dijadikan perdana menteri malaysia? no.no.no.no.no.no.no.
    kalau nak jadi PM juga, jumaat depan, najib kena buat tazkirah sebelum sembahyang jumaat, berkhutbah atas mimbar dan imamkan sembahyang jumaat di masjid NURUL-EHSAN KG MEDAN.(masjid yang tak jadi mesyuarat agong pemilihan pegawai dan AJK)

    Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh almarhum...

    AL-FATHIHAH......

    dpr:cucu orang utan

    ReplyDelete
  10. UMNO akan beri kemenangan percuma semasa hari pernamaan calon, tecnical error, borang percalonan ditolak, so mereka tak perlu berdepan dengan rakyat. Tak percaya, tunggu dan lihat!

    ReplyDelete
  11. JAGA-JAGA! Lepas ni akan keluar undang2 baru. Semua rakyat jelata tidak di benarkan pakai kasut bila ada program bersama pemimpin.

    Kita pakat bawa teloq pula... :)

    ReplyDelete
  12. amboi.hang kata depa nak bagi kemenangan percuma.nih yg tak sedap aku nak baca nih.kuang ajaq punya kerajaan!!

    ReplyDelete
  13. Kesian BN, x sempat meraikan kemenangan dah kena lawan di 2 tempat. Gamaknya x lelap tidoklah Najis mlm ni, tengah dok pikiaq camma x menang PRK 2 tempat ni, kantong dah makin sikit, tulah hang ingat plan hang aje yang berjaya, plan Yang Maha Kuasa hang tak pernah nak pikiaq, Takbir!!!

    ReplyDelete
  14. paklah senyum...khairy ketawa terbahak-bahak, chedet garu kepala...najib hantuk kepala kat dinding...bik mama terjun lombong...

    ReplyDelete
  15. saya menyokong pendapat penulis iaitu umno akan
    memainkan ""|DERHAKA" KEPADA SULTAN sebagai senjata utama mereka. bersiapsedialah penggerak kerja parti PR untuk menerangkan kpd rakyat...mereka akan gunakan kpd pengundi isu..buang negeri, raja akan hapus kalau tak undi umno...dan bermacam2 lagi...jadi menjadi tugas...kempen rumah kerumah....kali ini mereka akan secara total menggunakan Media massa...nak pergi rumah ke rumah takut kot...

    ReplyDelete
  16. kepada kumpulan berani mati seperti wartawan IRAQ tuu...dinasihatkan anda menukar kasut dengan TELOR AYAM BUSOK "KEMUROK" .Anda boleh dptkan semasa ayam mengeram tapi tak menetas...itu yg paling best aromanya.Kelebihan pada alat ini ialah pembaling lebih selamat...jarak lebih jauh...percentage untuk kena mangsa lebih tinggi. Kalau tak kena target pun kena gerombolan lain bila pecah....ayohai..baunya pakai pewangi DUNHILL..belum tentu hilang pendekkata boleh pengsan bebb..apa lagi kalau dibaling sekali 3 biji serentak pasti tepat.

    ReplyDelete
  17. Salam PRK P39 Bukit Gantang.

    Perjuangan mesti diteruskan.
    Hidup adalah ujian bagi kamu, siapa kalangan kamu melakukan amalan terbaik (mafhum firman: al-Mulk:2)

    Najib akan di'aibkan oleh fenomena seterusnya.

    Tuhan kami, tolongi kami mengalahkan kaum penentang Islam. Aamiin.

    ReplyDelete
  18. mari2 kita kasi tahu sama NajibuYA@mongolia darjah kebesaran C4, supaya mimpi hg akan kenyataan . Kalau menang di Bukit Gantang munkin ke lawan kat Changkat Jering pula.Katak Babi@OJ skrg ni ada kt CCU selayang medical center. Hg merancang, ALLAH juga meranCAng. Dan PERANCANGAN ALLAH itulah YG HAKIKI.

    ReplyDelete
  19. teman nak tunggu wakil rakyat changkat jering turun....dia mesti turun ni kawasan dia...
    kalu teman nampak dia ..teman nak baling telor busuk....

    ReplyDelete
  20. teman orang perak memang semangat bebenor bila degor akan ada PRK di perak. kita lawan habis habisan...gerakkan seluruh jentera PR, masing2 kerja kuat untuk kemenangan dan kebenaran...ALLAHU AKBAR!!!

    ReplyDelete
  21. Setiap perbuatan ada balasannya....so kita tunggguuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  22. Ko orang ingat orang UMNO nak peluk tubuh melihat kasut terbang kat Najib. Jangan2 kasut sangkut kat kepala haji Hadi tak. Jangan main2 nak tunjunk samseng nanti sama2 kena sangkut kasut atas kepala orang2 PR daaaa!!!

    ReplyDelete
  23. semua penyokong yang hadhir hari penamaan calon kena bawak kasut@selipar@terompah jamban,kita baling ramai2...jgn biaq sorang dua,biaq semua baling,kalau polis nak cekup,jenuh depa,kena bertrack2 la....

    kalau semua setuju,kita mulakan 29 mac ni,NAJIB keluar jh masa spr umum nama,semua penyokong pr rejam dia dengan kasut!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  24. mmmmmm.......kita tunggu dan lihat ...

    ReplyDelete
  25. kalau begitu penyokong2 UMNO/BN kena standby bukan saja kasut tapi bawak tombak, keris taming sari, batu, cili padi atau tahi terbang untuk BN rejam Anuar, Hadi, Kit Siang dan Nik Aziz. Biar kita perang perangai biadap PR habis habisan. Kalau PR hendak perang BN akan bagi perang cukup2. Alang2 menyelok pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Ayoh penyokong2 UMNO/BN kita ajar samseng jalanan PR nanti...tunggu yeeek!!!!

    ReplyDelete