Friday, June 19, 2009

BILA USTAZ 'MADAH BERHELAH'

Aku tak terniat nak kutuk. Cuma tertarik nak siarkan beberapa artikel dan komen yang aku rasa boleh la kita pakat-pakat renungkan.

Selalu la juga jenguk blog peribadi Ketua Pemuda PAS yang baru menang tanpa bertanding. Nak tengok la juga apa 'gagasan' atau idea bombastik beliau. Kita ni ahli biasa, idea pun kurang, pada Ketua la kita duk menumpang harap kot-kot menjelma idea yang bergeliga. Kalau ketua pun tak dapat nak fikir atau sama macam ahli biasa fikir atau lebih teruk langsung tak tahu apa yang ahli biasa tengah fikir, aku rasa baik la ketua tu muhasabah diri.

Biasa la, bila kita buat blog ada orang baca. Bila orang baca blog kita, ada yang sokong ada yang tak sokong, ada yang faham, ada yang tak berapa faham dan ada yang main percaya sebab blog tu ketua yang empunya. Kalau tulis kucing bertanduk pun ada yang percaya. Wala' tahap ni kita jangan persoal. Biar la dah dia nak percaya nak buat macam mana. Harap-harap benarlah cerita kucing bertanduk tu. Pada mereka, ketua tak menipu.

Tapi aku juga cukup tertarik tentang komen yang pembaca berikan. Macam kat bawah ni :

RAJA said...

Salam.

Sirah perlu diperhalusi dan lebih pd itu dijadikan panduan.

Namun jgn sesekali jadikan sirah sebagai pendinding menutup kebenaran demi kepentingan peribadi.

Saya kira ustaz telah sedar dan redha selepas mendapat sedikit 'tips dan hints' dari tok guru nik aziz semasa di Temerloh berkenaan isu UG. Rupanya perisai ego ustaz cukup tebal.

Sekali lagi saya tekankan, rakyat sudah celik politik, bijak membaca apa yg tersirat lebih dr yg tersurat.

Pemimpin perlu jelas dalam setiap tindakan dan keputusan.

Amat malang ustaz nampaknya memilih utk bersikap baling batu sembunyi tangan. Ingat, ustaz adalah pimpinan pemuda sebuah parti Islam. Kepimpinan yg lemah akan juga dilihat rakyat sebagai Islam lemah.

Dalam usrah dan kuliah sebelum muktamar begitu bersemangat melemparkan idea UG, Erdogan dan Ulamak dengan keras tp tanpa objektif. Ibarat menampar angin.

Kenapa setelah melihat ada tentangan yg begitu kuat khasnya dari ahli bawahan dan Mursyidul Am sendiri, ustaz bersikap selamba???

Kiranya ayat2 dan kata2 ustaz dipetik sebelum muktamar oleh media perdana TANPA DIPUTAR-BELIT PUN, kerosakan yg timbul dlm jamaah rasanya sama teruk dgn apa yg berlaku sekrang.

Cuma ada satu statement ustaz yg dipetik oleh media perdana berkaitan cabaran ustaz terhadap husam agar bertanding jwatan presiden. Itu pun sudah menimbulkan kegelisahan. Anggapan liar mengatakan itu tektik mencari populariti murahan.

Jgn asyik menuduh media putar alam sedngkan kita sendiri membuat statement yg amat tidak bijak. Itu memberi ruang kpd mereka menjalankan perencanaan jahat mereka dgn mudah.

Ustaz menggelak menerangkan secara terus dan telus berkenaan isu UG yg saya percaya ustaz adalah antara penyokong tegarnya.

Namun tulisan ustaz yg menempelak 'seseorang' secara tidak gentlemen di dalam blog mencermikan jatidiri ustaz yg lemah utk berdepan dgn isu nasional secara berdepan.

Maaf saya pohon jika pandangan kali ini agak keras.

Sepertimana ada ahli yg sudah mula menyesal tersilap membuat pilihan semasa muktamar, ustaz perlu sedar bahawa pemuda juga 'sudah garu kepala'.

Mereka menyoal...Inikah mutu kepimpinan baru kita????

Hormat saya kepada Tok Guru Nik Aziz yang jelas, tegas dan konsisten dalam setiap tindakan dan keputusan.

Mungkin ada yg berkata bahawa ahli yg bising2 tu kurang tarbiyyah.

Saya ingin menarik perhatian. Sebagai pemimpin, jenguk2 lah ke bawah, jumpa ahli dan rakyat, santuni mereka di khalayak umum bukan hanya di surau atau masjid, senyumlah walau terpaksa, setia dan dengan sabar dengarlah suara hati mereka.

Dari situ kita akan dapat resapi bahawa mereka amat sayangkan perjuangan ini. Sama seperti kita. Dan mereka melakukannya tanpa jawatan, tanpa balasan.

Mungkin juga selepas itu baru kita sedar dan bertanya kpd diri kita sendiri. Adakah ahli kurang tarbiyyah atau aku sebagai pemimpin yg jauh dari mendampingi mereka secara dekat???

Tok Guru Nik Aziz hari ini 'terpaksa' mengeluarkan kata dua kpd Timbalan Presiden.

Itu kerana Tok Guru Nik Aziz bukan sahaja pemimpin parti tetapi pemimpin rakyat.

18 June 2009 02:23

***********************************

Ada la juga pembaca yang memberi komen dan mencipta satu 'tag' baru yang buat aku senyum. Hawau betul!!! Ada ker dia kata ustaz ni ' ustaz madah berhelah'....hehehehe.... :

Bawwab Haiyyu Asyir said...

Bro, janganlah hurai seribu dalil pada apa yang secara umumnya tidak membawa maslahah pada keseluruhan. Jangan jadi ustaz 'madah berhelah'. Ikhlaskan perkataan, teguhkan perbuatan dan istiqomah dalam perjuangan.
Jangan jadi macam orang Mesir yang boleh hurai beribu persoalan, tapi dalam perbuatan, hampeh........ (memang jenis pandai cakap jer, buat nanti dulu).

***********************************

Dan yang paling buat aku ketawa macam komen di bawah :

hanizar said...

ustaz tanta,

boleh tak kuruskan badan ?


***********************************

Hampeh!!!! Ada ker nak suruh ustaz kurus badan????

Tapi selain dia pandai bergurau, dia juga ada beri buah fikiran ikut cara dia.

hanizar said...

Kepada Ketua pemuda PAS,

Boleh lah kalau nak berdakwah kepada umno macam nabi musa berdakwah dengan Firaun. TAPI apa yang Nasa and cikgu Pa buat bukannya nak berdakwah ke UMNO ...kalau pun nak berdakwah ya USTAZ, orang tak main DALAM GELAP USTAZ OOOI ..biar logic lah sikit ...tak payah nak cover line lah ustaz...

alahai, kalau 'rundingan' sampai nak tubuh kerajaan sekali mcm di Selangor, dan sampai telefon ust ahmad awang untuk suruh bukak jalan tubuh kerajaan dengan UMNO di Perak, dakwah apa tu ustaz oiii???

"Sebaik-baik kalimah adalah di depan sultan yang zalim. Sampai ke depan pintu pemerintah yang zalim kita mesti pergi." - awat ustaz tak pi berbincang / berdialog mengadap sultan perak pasai krisis perak hari tu??

ceh!.. cakap berdegaq degaq..

Forum dengan orang2 PR sendiri pun takut nak pergi.


Allah hantar nabi musa kat firaun untuk menyeru dia BERHENTI melakukan kekejaman & menyembah tuhan yg satu. Tak de pulak Allah hantar nabi musa untuk BERSATU dengan Firaun.

Nabi Musa jumpa firaun nak minta supaya bapak angkatnya memeluk Islam. Nasa jumpa najib nak minta jawatan menteri.

Nabi Musa jumpa Firaun diistana Firaun didepan pembesar-pembesar serta pendita-pendita Firaun - bukan dalam gelap, di luar negeri dan di tempat-tempat tersembunyi. Message yang dibawa olih Nabi Musa cukup terang dan jelas - bukan "melontarkan idea".

Nabi Musa benar-benar berdakwah tak ada cerita nak jadi menteri, timbalan menteri atau pun duta. Kalau "ulamak" seperti Hamid Othman, Yusuf Nor, Mufti Perak, Us.Firdaus AlHafiz, tak ketingalan Us.Naqai tak berjaya "berdakwah" kepada UMNO - apa jaminan Nasaruddin Mat Isa boleh berjaya?

Us.Nasaruddin AlPahangi,percayalah "berdakwah" itu hanyalah kata-kata manis dan "cover-up" kepada agenda yang lain. Anda baru memegang jawatan yang penting penuh amanah, jangan terseret bersama boneka-boneka UMNO ini.

Saya sarankan Ustaz serban besar ini pergi ke Putrajaya esok, ketok pintu Istana Najib dan terang-terang perjelaskan kepadanya segala perkara mungkar yang UMNO perlu henti lakukan. Dah buat itu semua baru datang balik dan buat kenyataan kepada media yang anda telah
pun berdakwah. Kalau tak berani buat demikian jangan cakap macam Pak Lebai sebarangan.

***********************************

Lepas ni korang baca la sendiri kat blog tu. Ada banyak perkara dan ilmu agama yang menarik yang dapat kita pelajari. Kita boleh berbeza pendapat namun ada batasnya.

HILANG LARI KE MANA PULAK???

Di Malaysia kejadian orang hilang semakin menjadi-jadi. Tak kira kanak-kanak atau orang dewasa. Tak kira latar belakang. Tak kira bangsa.

Ada yang cuba nak buka mulut, tak lama lepas tu hilang satu keluarga. Tahun ni tak tahu la di mana mereka menyambut Deepavali.

Lepas tu ribut takde, hujan takde tiba-tiba mamat ni pulak hilang. Ada la orang duk kata yang dia ni sekarang berada kat Indonesia. Kuat sungguh pengaruh sinetron.

Dua ekor mamat ni pulak perangai macam budak tak cukup umur. Keluar rumah sampai keluarga pun tak tahu pegi mana. Lain kali kalau nak melancung ke Pekan tu beritahu la. Bukan apa, nak kirim beli kain tenun.

Hari ni ada lagi macam kisah orang nak hilang sekali lagi. Ada orang kata ni kes bapak halau anak. Dah anak tu degil sangat tak dengar nasihat. Harap-harap la budak ni tak pegi melencong ke Pekan lagi. Kat situ bukan ada apa pun. Ikan patin ada la kot.

Aku ni kalau nak jalan-jalan kat dalam negeri dah jenuh rasanya. Teringin pulak rasanya nak menenangkan otak kat oversea pulak. Dah keadaan tengah kalut buat pening kepala jer. Tapi mengenangkan nak naik kapal terbang lama-lama aku tak berapa sanggup, baik la aku duk rumah jer. Lagi pun kat London takder keropok lekor. Aku tak berapa suka makan burger.

Wednesday, June 17, 2009

SEGERAKAN EGM PAS....HALAU PENGKHIANAT ISLAM....


Akhirnya apa yang terbuku dan tersirat di sebalik nasihat dan kenyataan keras Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz diluahkan secara terbuka hari ini. Timbalan Presiden PAS seakan 'dihalau' bagai anjing buruk kepala agar meninggalkan PAS dan menyertai Umno.

Sudah tidak dapat dinafikan lagi, punca keretakan dan perpecahan PAS adalah idea Kerajaan Perpaduan. Suatu idea yang walaupun 'jika baik', pengumumannya telah dibuat secara terburu-buru dan tanpa perancangan serta penjelasan. Hanya beberapa kerat pimpinan sahaja yang kemaruk hendak menjayakannya. Sebahagian besar ahli menolaknya. Rakyat langsung tidak melihat kebijakan disebalik idea 'sampah' tersebut. Ahli yang menyokong pula kerana terpedaya dengan momokan hanya ulamak mampu memimpin PAS. Erdogan adalah golongan yang perlu disisihkan dari saf kepimpinan. Label Ulamak dan Erdogan digunakan bagi mengelirukan perwakilan muktamar. Dan perang saraf ini berjaya 'memujuk' perwakilan membuat pemilihan yang mungkin boleh mengakibatkan satu tragedi dalam sejarah PAS.

Lebih malang apabila yang dilihat sebagai Boneka Umno ini dilantik ke jawatan penting parti. Sayap kanan PAS, Dewan Pemuda PAS Pusat pula hanya membisu kerana wala' pada saranan seorang Pengarah Pilihanraya. Wala' ini boleh ditafsir sebagai seakan bersetuju dengan idea Kerajaan Perpaduan. Lagi pun kemenangan tanpa bertanding Ketua DPPP adalah 'atas tiket' ulamak. Bukan rahsia lagi bagaimana Pemuda PAS yang baru hebat berkempen untuk memenangkan calon tertentu. Namun akhirnya beliau sudah tahu perkara sebenar ketika pertemuan dengan Tok Guru Nik Aziz di Temerloh. Beliau mungkin sedar yang beliau dijadikan alat untuk kepentingan peribadi inidividu tertentu. Nasi sudah menjadi bubur. Lagak hero melancarkan kempen anti-ISA di Parlimen tidak berjaya mengangkat imej DPPP. Semuanya nampak 'tawar'. Beliau hanyalah retorika semboyan perang, bukannya seorang pahlawan medan perang.

Jadi dalam PAS, pemegang jawatan utama dilihat menyokong idea Kerajaan Perpaduan. Ironinya, Presiden PAS tidak dilihat pula sebagai pencetus idea tersebut. Bahkan kebanyakkan berpendapat bahawa Presiden PAS 'dipesongkan' oleh orang di kiri kanan beliau yang membuatkan beliau terpesona lantas menyokong idea tersebut. Presiden dianggap menjadi 'agent' sahaja bukannya mastermind.

Hari ini juga beberapa pimpinan PAS membuat kenyataan yang dapat menyedarkan apakah idea Kerajaan Perpaduan ini mengarut atau benar-benar memang mengarut. Mengarut kerana selama ini memang rupanya Majlis Syura Ulama PAS tidak pernah berbincang isu Kerajaan Perpaduan. Dan benar-benar mengarut bila Setiausaha Agung PAS cuba pula nak main silap mata nak mengheret Pakatan Rakyat, PKR dan DAP. Selama ini jelas yang PKR dan DAP menolak idea mengarut tersebut. Mustapha Ali bertindak seakan sudah desperate oleh kerana Tok Guru Nik Aziz sudah beri kata dua pada Timbalan Presiden PAS. Kenyataan Mustapha Ali seperti layang-layang terputus tali. Tiada apa yang dapat dipegang lagi.

Namun disebalik amaran keras Tok Guru Nik Aziz dan kenyataan maha karut Mustapha Ali, Ustaz Harun Taib membawa satu cadangan yang bolehlah dianggap bakal menjernihkan keadaan. Beliau sedar bahawa yang mula-mula 'menyalak' isu Kerajaan Perpaduan ini adalah beberapa pimpinan PAS sahaja, bukannya PR. Lantas idea bijak dari beliau apabila mencadangkan agar satu Muktamar Tergempar PAS-EGM diadakan bagi meleraikan segala kekusutan.

Ramai percaya jika EGM diadakan dan melibatkan penyertaan akar umbi tanpa ada unsur-unsur label-melabel dan segala macam 'perkara luar biasa' dan '6 jam perkara dalam luar biasa', keputusan yang dicapai dalam EGM itu nanti adalah cerminan sebenar kehendak akar umbi PAS yang dalam keadaan keliru dan tegang.

Persoalannya, mahukah mereka yang terlibat secara langsung dalam kemelut ini mengambil tanggungjawab atas apa yang mereka telah 'kerjakan' dan perkatakan serta bersikap gentlemen melepaskan jawatan secara sukarela demi keutuhan PAS?

Rasanya tiada masalah melepaskan jawatan tinggi dalam parti PAS walaupun baru dimenangi tak sampai sebulan lepas. Inilah masanya 'mereka' pula menagih dan menguji keikhlasan Umno mengambil mereka masuk 'barisan' dan berpadu sepertimana yang mereka mimpikan siang malam.

Harap-harap pesawat yang membawa Presiden PAS balik dari London tidak membawa penumpang yang dijangkiti virus H1N1-M1. Nanti tertangguh pula cadangan mempercepatkan EGM kerana Presiden terpaksa di kuarantin.

Sunday, June 14, 2009

MANEK URAI : BONEKA UMNO NO ENTRY!!!


Isu Kerajaan Perpaduan-UG, nampaknya semakin hangat diperkatakan. Walaupun ada saranan agar isu ini 'ditutup mulutkan' namun ianya tetap diperkatakan. Isu ini bukan lagi menjadi isu PAS atau isu PR tapi ianya sudah menjadi isu nasional. Tak percaya? Anda semestnya tidak bercampur-gaul dengan khalayak ramai jika mengatakan bahawa ianya hanya mainan media pencacai Umno@BN untuk meretakkan PR. Ini realiti politik negara kita sekarang ini. Amat malang bagi ahli atau pimpinan PAS yang masih menggunakan hujah dangkal tersebut bagi menyelamatkan kerusi yang dah terasa bahang.

Pergilah luangkan masa duduk sebentar di kedai kopi, majlis kenduri kahwin atau tempat tumpuan umum. Pasang telinga. Atau jika ada keberanian, cuba teknik provokasi. Anda akan dapati bahawa persepsi rakyat pada isu UG ialah ianya idea mengarut!!! Bukan sahaja rakyat biasa tetapi di kalangan ahli sendiri PAS sendiri pun masih kabur.

Isu UG bukan lagi seperti ribut dalam cawan kepada PAS tetapi teko, piring dan cawan pun dah meletup. Tok Guru Nik Aziz secara tegas, jelas dan konsisten menentang idea UG ini. Kenyataan beliau tidak pernah bercelaru dan flip-flop. Malah beliau menuntut agar penjelasan diberikan segera bagi meredakan kegelisahan ahli-ahli PAS dan rakyat.

Dalam politik, persepsi rakyat atau ahli adalah penting dan tidak dapat dinafikan. Walaupun tiada pengakuan nyata namun indikasi jelas siapa penyokong kepada idea UG di kalangan pimpinan PAS adalah Presiden PAS, Timbalan Presiden PAS, SUA PAS, Ketua DPPP, Timbalan Mursyidul Am dan PJ Selangor. Mereka ini dilihat memainkan peranan besar 'mengasak' minda ahli PAS dan rakyat agar menerima gagasan Kerajaan Perpaduan dengan Umno. Malah kenyataan Ustaz Ahmad Awang mengukuhkan lagi bahawa memang ada pimpinan PAS yang cuba main silap mata politik murahan dan khianat!!!! PAS juga nampaknya sudah menjemput Umno masuk hingga ke dalam kelambu muktamarnya tahun ini. Ini persepsi rakyat. Mungkin benar mungkin tidak.

Dalam ruang usrah diulang sebut bahawa ahli perlu wala' pada pimpinan dan keputusan yang dibuat oleh pimpinan. Full stop. Tiada penjelasan. Ahli dibiar terus keliru. Nampaknya gelaran ustaz berjaya menyelamatkan seseorang daripada menjawab isu. Apakah Tok Guru Nik Aziz tidak wala'? Apakah jawatan Pengarah Pilihanraya Pusat lebih tinggi dari Mursyidul Am? Apakah susah bagi Ketua DPPP memahami hiraki parti sendiri? Namun itulah yang berlaku sekarang. Memburukkan lagi keadaan apabila seseorang yang bertanggungjawab dalam proses penggiraan undi semasa muktamar mengambil masa 6 jam untuk mengira 1044 undi dilantik ke jawatan penting parti sebagai SUA. Keputusan ini ibarat tikus membaiki labu. Tiada menjernihkan keadaan bahkan mencerminkan kelemahan daya kepimpinan. Ada pula yang melabelkan tindakan melantik itu sebagai melayan ego atau 'keras keng'.

Hari ini, Tok Guru Nik Aziz mungkin sekali lagi tidak wala'. Ketua DPPP mungkin boleh berbisik kepada Tok Guru Nik Aziz agar beliau jangan selalu tidak wala'.

Dan hari ini juga ada seorang manusia bukan Islam juga tidak wala'. Bukannya saja tidak wala', tapi telah membuat kenyataan panas. Kenyataan panas ini adalah manifestasi daripada sikap penyokong UG yang dilihat akan memakan diri dan merosakkan parti. Seorang yang bukan Islam nampaknya khuatir jika PAS kalah di Manek Urai kepada Umno. Beliau lebih sedar dan dapat mencerna suasana politik semasa daripada beberapa pimpinan PAS.

Tetapi pimpinan PAS yang menyokong UG boleh datang dan berkempen di Manek Urai. Tidak perlu risau. Arahan itu bukannya datang dari Presiden atau Timbalan Presiden atau SUA PAS. Cuma janganlah datang ke Manek Urai dengan 'penajaan' dari penaja yang sama semasa muktamar.

Thursday, June 11, 2009

INILAH 'BARISAN' KITA......

Tahniah kepada yang mendapat kepercayaan perwakilan pada muktamar PAS baru-baru ini.

Tahniah juga kepada yang mendapat 'perlantikan' dari Presiden hari ini.

Semoga PAS akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang.


Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.