Showing posts with label ziana zain. Show all posts
Showing posts with label ziana zain. Show all posts

Sunday, June 20, 2010

Sempena Hari Bapa : Malang Sungguh Anak Wartawan Ni



Aku nak ucapkan takziah la pada anak-anak si wartawan ni yang standardnya lebih teruk dari Pengerusi JKKK. Nasihatkanlah pada ayah korang tu cepat-cepat pegi berubat sebelum pilihanrya umum akan datang, kot-kot Umno/APCO@BN kalah, terus gila babi panjat pagar jiran sebelah.

Pesan juga kat mak korang supaya jaga makan minum dia baik-baik, ada sindrom penyakit kurang kasih sayang tu.

Tuesday, November 24, 2009

Kota Siputeh : Cisss........Derhaka Kau Kadir!!!!

Cissssss....cissssss......cissss......cissss kau Kadir......pantang Melayu derhaka!!!!

Berani kau kata Malaysia takde 1st Lady. Berani sunnguh kau ni yer Kadir????

Kadir.....Kadir.....kau tahu tak betapa susah payahnya nak membawa fesyen yang menepati ciri-ciri pemakaian wanita Islam kat bini Obama??? Berbuih mulut tahu tak!!!! Hari ni senang-senang kau kata 1Malaysia ni takde 1st Lady.....cissssss.....berani sungguh kau derhaka Kadir!!!!
Kau dah tak baca NST ker Kadir sejak pencen ni????

Bukan saja bab fesyen, bab ekonomi pun sama. Naik kematu tapak kasut ke hulu ke hilir membawa idea peranan dan sumbangan wanita dalam memajukan ekonomi negara seperti di Dubai baru-baru ni. Kadir, kau ingat senang ke nak pegi Dubai tu??? Kalau takat jadi bini Ketua JKKK tak payah mimpi la nak ke Dubai, takat ke Nilai atau Bukit Kayu Hitam boleh la.

Cisss derhaka kau Kadir!!!! Kau ingat Lee Kuan Yew tu bodoh ke???

Lee said he called on Rosmah because he had been told that she and her husband worked as a team. He asked to see her, and Najib made arrangements for them to meet.


Kau ni Kadir sama je macam lawyer ni. Korang ni dengki kat Rosmah ke???

Rosmah is the Prime Minister’s wife with a status. But she is not a politician and she possesses no governmental position.

But Lee said that Najib and Rosmah work as a team. Najib may consider his wife’s views before making a decision.

Aku malas nak layan Melayu derhaka macam kau ni Kadir. Baik aku pegi shopping. Cuma aku nak tanya kau sikit Kadir, sekarang ni ada Year End Sales ker kat New York tu???

Accompanying Najib on the trip is his wife, Datin Seri Rosmah Mansor. On hand to welcome them at the hotel where they are staying in the Big Apple were Malaysian embassy and consulate-general staff as well as a group of Malaysian businessmen.



Thursday, October 29, 2009

EGM PAS : Update

Minta maaf la bebanyak pada geng-geng penjenguk sekalian. Dah lama tak update blog. Banyak isu yang nak ditulis tapi terkantoi akibat perkhidmatan internet yang masih ada tempat yang tak kesampaian beruk and band.

Dari isu kekalahan PAS pada PRU Bagan Pinang, EGM Umno, EGM MCA, lawatan Najib ke Perancis, kegawatan hubungan antara Indonesia-Malaysia, kritikan pedas Professor Aziz Bari, Belanjawan 2010, lawatan sambil shopping Rosmah ke Dubai, sidang DUN Perak dan terkini isu EGM PAS. Semuanya tu memang aku nak ulas. Dah memang niat betul-betul nak tulis dalam blog, tapi apakan daya, jodoh tak kesampaian.

So, kepada pembaca sekalian, aku kirimkan pantun aje la kali ini........

Kalau ada sumur di ladang,
boleh hamba menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang, broadband atau streamyx.....,
insyallah berjumpa lagi.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur berkecai badan Altantunya angkara Rosmah,
Pergi ke Dubai bershopping jua.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Rosmah shopping bukan dia yang bayar,
Bonus takde rakyat gigit jari.

Wednesday, August 12, 2009

1Malaysia : 300 Mati Pucuk serentak di Perak

Dunia dan Malaysia sedang bergelut dengan wabak selesema babi atau nama mesranya h1n1. Setakat hari ini 40 orang telah disahkan mati akibat virus maut itu di negara Auntie Rosmah ini.

WHO juga mengumumkan bahawa vaksin bagi merawat penyakit h1n1 ini masih dalam peringkat ujian. Pilihan terbaik yang ada ialah menyuntik pesakit yang dijangkiti dengan anti-viral. Langkah pencegahan pula ialah membasuh tangan, memakai topeng muka (contohi Sirul dn Azilah), menjauhi tempat-tempat awam seperti Sureheboh, Pesta Pekan di parlimen Najib, perlawanan bolasepak Liga Perdana Malaysia (memang penonton dah kurang pun), jualan murah sempena hari raya, acara-acara yang bakal dirasmikan oleh Rosmah dan lain-lain tempat.

Mengikut cerita Mat Indon di hentian Puduraya, kerajaan Indonesia meletakkan tanda amaran "JAUHI BABI" di setiap pintu masuk lapangan terbang negara itu sebagai langkah pencegahan utama. Babi merupakan punca utama wabak h1n1.

Dan tak lama lagi di Permatang Pasir, mungkin akan ada tanda amaran "JAUHI BN". Sukar untuk dipastikan samada terdapat persamaan antara selesema babi dengan BN.

Dalam masa seminggu ini juga, negara kita telah dikejutkan dengan penyakit gila. Beberapa pesakit dari Johor dan Kuala Lumpur telah pun mengisytiharkan diri mereka mengidap penyakit ini tanpa segan silu. Muka-muka pengidap penyakit ini akan dapat dilihat dengan jelas di muka hadapan akhbar perdana.

Hari ini entah apa bala lagi, muncul pula sekelompok 300 orang yang mempunyai simpton penyakit mati pucuk di Perak pula. Mereka mungkin mati pucuk akibat tekanan perasaan kerana telah lama tidak mendapat kontrak.

Penyakit gila dan mati pucuk ini mungkin lebih merbahaya daripada virus selesema babi-h1n1. Ini dapat dikenalpasti kerana walaupun mereka berhimpun tanpa permit tetapi FRU yang lengkap bertopeng pun tidak berani dekat apatah lagi menjentik atau memulas telinga mereka.

Masih tidak terdapat vaksin yang berkesan untuk merawat penyakit gila dan mati pucuk jenis terbaru ini. Tetapi menurut pendapat pakar, sejenis ubat pelega boleh diberikan kepada pesakit ini semasa tempoh pilihanraya kecil di Permatang Pasir nanti. Kontrak-kontrak membuat jalan segera, membuat jambatan segera, kontrak tukang pacak bendera, membekal t-shirt, kain batik, topi dan nasi bungkus adalah senarai ubat pelega tersebut.

Pesakit gila dan mati pucuk akan merasa tenang setelah mendapat kontrak tersebut kerana mereka tidak payah membuatnya. Cukup sekadar mendapat untung atas angin sahaja.


Bernama melaporkan, hari ini di Ipoh, kira-kira 300 individu daripada 30 pertubuhan bukan kerajaan di Perak berhimpun di pekarangan Bangunan Umno Perak di sini sebagai menyokong kenyataan Muhyiddin.



Mereka terdiri daripada anggota persatuan dan pertubuhan yang bernaung di bawah Dewan Perniagaan Melayu Perak (DPMP), Gabungan Kontraktor Melayu Perak serta beberapa NGO.



Tuesday, August 4, 2009

1Malaysia : Blogger Hantu Puaka Langsuir Keliwon

Beb. Sapa2 terutama Ketua Pemuda, tolong siasat benda alah ni. Adakah server web peribadi dia menggunakan server kerajaan?

Kalau ada kes penyalahgunaan, lu kena wat report polis. Report jer, walau tahu polis takut dengan bulu ketiak Rosmah.

Note : Tolong check bahasa Mongolia ada tak?