Dunia dan Malaysia sedang bergelut dengan wabak selesema babi atau nama mesranya h1n1. Setakat hari ini 40 orang telah disahkan mati akibat virus maut itu di negara Auntie Rosmah ini.
WHO juga mengumumkan bahawa vaksin bagi merawat penyakit h1n1 ini masih dalam peringkat ujian. Pilihan terbaik yang ada ialah menyuntik pesakit yang dijangkiti dengan anti-viral. Langkah pencegahan pula ialah membasuh tangan, memakai topeng muka (contohi Sirul dn Azilah), menjauhi tempat-tempat awam seperti Sureheboh, Pesta Pekan di parlimen Najib, perlawanan bolasepak Liga Perdana Malaysia (memang penonton dah kurang pun), jualan murah sempena hari raya, acara-acara yang bakal dirasmikan oleh Rosmah dan lain-lain tempat.
Mengikut cerita Mat Indon di hentian Puduraya, kerajaan Indonesia meletakkan tanda amaran "JAUHI BABI" di setiap pintu masuk lapangan terbang negara itu sebagai langkah pencegahan utama. Babi merupakan punca utama wabak h1n1.
Dan tak lama lagi di Permatang Pasir, mungkin akan ada tanda amaran "JAUHI BN". Sukar untuk dipastikan samada terdapat persamaan antara selesema babi dengan BN.
Dalam masa seminggu ini juga, negara kita telah dikejutkan dengan penyakit gila. Beberapa pesakit dari Johor dan Kuala Lumpur telah pun mengisytiharkan diri mereka mengidap penyakit ini tanpa segan silu. Muka-muka pengidap penyakit ini akan dapat dilihat dengan jelas di muka hadapan akhbar perdana.
Hari ini entah apa bala lagi, muncul pula sekelompok 300 orang yang mempunyai simpton penyakit mati pucuk di Perak pula. Mereka mungkin mati pucuk akibat tekanan perasaan kerana telah lama tidak mendapat kontrak.
Penyakit gila dan mati pucuk ini mungkin lebih merbahaya daripada virus selesema babi-h1n1. Ini dapat dikenalpasti kerana walaupun mereka berhimpun tanpa permit tetapi FRU yang lengkap bertopeng pun tidak berani dekat apatah lagi menjentik atau memulas telinga mereka.
Bernama melaporkan, hari ini di Ipoh, kira-kira 300 individu daripada 30 pertubuhan bukan kerajaan di Perak berhimpun di pekarangan Bangunan Umno Perak di sini sebagai menyokong kenyataan Muhyiddin.
Mereka terdiri daripada anggota persatuan dan pertubuhan yang bernaung di bawah Dewan Perniagaan Melayu Perak (DPMP), Gabungan Kontraktor Melayu Perak serta beberapa NGO.

Masih tidak terdapat vaksin yang berkesan untuk merawat penyakit gila dan mati pucuk jenis terbaru ini. Tetapi menurut pendapat pakar, sejenis ubat pelega boleh diberikan kepada pesakit ini semasa tempoh pilihanraya kecil di Permatang Pasir nanti. Kontrak-kontrak membuat jalan segera, membuat jambatan segera, kontrak tukang pacak bendera, membekal t-shirt, kain batik, topi dan nasi bungkus adalah senarai ubat pelega tersebut.
Pesakit gila dan mati pucuk akan merasa tenang setelah mendapat kontrak tersebut kerana mereka tidak payah membuatnya. Cukup sekadar mendapat untung atas angin sahaja.
Pesakit gila dan mati pucuk akan merasa tenang setelah mendapat kontrak tersebut kerana mereka tidak payah membuatnya. Cukup sekadar mendapat untung atas angin sahaja.
Bernama melaporkan, hari ini di Ipoh, kira-kira 300 individu daripada 30 pertubuhan bukan kerajaan di Perak berhimpun di pekarangan Bangunan Umno Perak di sini sebagai menyokong kenyataan Muhyiddin.
Mereka terdiri daripada anggota persatuan dan pertubuhan yang bernaung di bawah Dewan Perniagaan Melayu Perak (DPMP), Gabungan Kontraktor Melayu Perak serta beberapa NGO.
Oooooo... senang je ya ubat mati pucuk. Kalau gitu tak payahla diurut-urut anu tu....
ReplyDeleteTip untuk menghadapi H1N1: cuba makan epal hijau sekurang2nya 6 biji sehari, dan minum fresh orange. Tips ni dari kawan yang baru saja saya terima melalui email. Nak saya forwardkah? ybmola at yahoo
ReplyDelete