Friday, May 22, 2009

KAMBING HITAM KATA BOLEH!!!!

Tafsiran kambing hitam mengikut kamus dewan adalah "orang yang dipersalahkan dalam sesuatu kejadian".

Kambing seperti mana rakyat Malaysia sedia maklum adalah salah satu ternakan yang menguntungkan dan kari kambing menjadi makanan kegemaran sesetengah golongan. Tidak kiralah samada orang itu kerjanya tukang sapu, pemandu lori, hakim, wakil rakyat, raja, polis atau sesiapa saja yang mampu menyuap makanan ke dalam mulut. Kari kambing sungguh enak dan keenakannya tidak bergantung kepada warna kambing tidak kira samada kambing itu hitam, coklat, kuning atau bertompok-tompok.

Penternak kambing akan mendapat keuntungan yang sungguh gemilang. Lebih-lebih lagi jika kambing itu dibeli dengan harga yang mahal oleh orang besar seperti Menteri Besar.

Pembeli kambing juga akan mendapat manfaat yang tidak terbilang jika membeli kambing dari penternak kambing yang terkenal. Dalam situasi ini, penternak dan pembeli kambing sama-sama mendapat keuntungan.

Kita juga tidak harus mengenepikan bahawa bukan semua kambing itu bernasib baik. Ada kambing yang menerima nasib malang. Kambing itu tidak dijadikan kari. Dan pemilik kambing itu juga adakalanya tidak mengaku kambing itu adalah miliknya. Dalam keadaan ini, kambing itu 'keseorangan'. Kesian pada kambing itu. Kambing itu menerima nasib malang kerana mengikut suruhan tuannya secara 'mengkambing buta'.

Biasanya dalam kelompok kambing, ada yang degil. Kambing yang bodoh sombong. Kambing yang tidak mengikut peraturan. Kambing ini tidak mempunyai harga diri. Malah kambing ini akan diseranah. Sekali lagi, tuan punya kambing ini juga mendapat manfaat dan kambing ini mendapat cercaan.

Seperti dikatakan awal tadi, kari kambing memang enak. Si penggemarnya tidak ambil pot pasal warna kambing tersebut. Seorang hakim yang memakan kambing yang sedap tidak pernah bertanya apakah warna kambing itu. Seorang raja tidak pernah pun bertanya kepada tukang masak istana apa warna kambing yang dimasak semasa santapan malam. Seorang ketua polis tidak langsung peduli samada kari kambing itu berasal dari kambing yang berwarna hitam atau bertompk-tompok. Seorang setiausaha dewan tidak pernah pun menyiasat samada kambing yang dimakan di kedai mamak di Pangkor berwarna hijau atau biru.

Mereka ini semua penggemar kari kambing. Mereka kurang arif tentang warna kambing. Apa yang dihidangkan kepada mereka semuanya disapu dan sedap.

Tapi betulkah pendapat yang mengatakan bahawa kambing warna hitam dagingnya sedap dibuat kari???

Patutlah mereka ni kerap sangat makan kari kambing!!!

1 comment:

  1. aku rasa diaorg ni suka makan semut. sebab tu perangai bingai bertindak mcm org bodoh.

    ReplyDelete