Sempena Hari Ibu. Cerita donggeng rakyat ini berlaku di sebuah kampung pendalaman di Selatan Las Vegas.
Ibu@Bik Mama : Arif Jr.....tengah buat apa kat luar tu?
Arif Jr. : Tengah berlatih main yo-yo ibu....
Ibu@Bik Mama : Ok...berlatih elok-elok. Biar semua penonton terpesona dan yakin bahawa permainan yo-yo Arif Jr. adalah yang terbaik. Esok hari penting. Ramai yang menunggu permainan Arif Jr.
Sehari selepas itu.
Arif Jr. : Ibu..ibu...Arif Jr. dah berjaya ibu. Ramai yang gembira dan yakin dengan permainan yo-yo Arif Jr. tadi. Semua berpendapat bahawa apa yang Arif Jr. buat adalah yang paling adil dalam permainan yo-yo tadi.
Ibu@Bik Mama : Syabass!!!! Arif Jr. berehat dulu. Ibu nak bercakap dengan abang kamu sekejap. Arif Senior.....mari sini. Ada hal penting yang perlu dibereskan.
Arif Senior : Ya ibu...ada apa ibu panggil saya???
Ibu@Bik Mama : Arfi Senior....kamu tahu yang adik kamu telah menunjukkan satu persembahan yang baik dan menyakinkan dalam permainan yo-yo tadi. Ramai yang gembira. Ibu lagi turut gembira. Tapi kamu tahu yang ibu telah mengajar kamu satu teknik sulit permainan yo-yo yang jarang-jarang dilakukan. Kamu masih ingat ajaran ibu itu Arif Senior???
Arif Senior : Ingat ibu. Tapi bila ibu mahu Arif Senior bermain yo-yo dengan teknik sulit itu ibu? Kan tadi adik baharu saja bermain yo-yo. Kegembiraan orang ramai masih belum reda lagi ibu.
Ibu@Bik Mama : Ibu mahu kamu main esok. Boleh?
Arif Senior : Tapi nanti mesti ada yang marah. Kan permainan yo-yo ni mengambil masa sedikit. Adik pun mengambil masa hampir 3 bulan sebelum boleh bermain yo-yo dan menyakinkan orang ramai. Lagi pun teknik sulit yo-yo ni agak berlainan sekali dengan teknik yo-yo yang adik main tadi. Kalau orang ramai marah macam mana??
Ibu@Bik Mama : Ibu tahu...tapi ini semua atas permintaan pakcik kamu. Jangan takut kalau ada orang yang marah. Ibu dah pun berbincang dengan pencacai topi merah angkut najis. Dia akan tolong jika apa-apa berlaku.
Arif Senior : Pakcik yang mana satu yang nak minta tolong ibu???
Ibu@Bik Mama : Pakcik kamu pendatang haram dari Pulau Sicily tu. Pakcik Black Devil. Ibu kena tolong dia, kalau tak ibu pun akan susah nanti.
Arif Senior : Baik lah ibu. Segala perintah ibu akan Arif Senior laksanakan.
Ibu@Bik Mama : Bagus. Bulan depan kamu adik-beradik akan ibu beri tugas baru.
Arif Senior & Arif Jr. : Terima kasih ibu.
MORAL : Syurga dibawah tapak kaki ibu.
Tuesday, May 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KALAU ISTANA @ SULTAN PERAK NAJIB BOLEH JUMPA BILA2 MASA DIA SUKA...INIKAN PULA MAHKAMAH PERSEKUTUAN @ HAKIM....SMS SAHAJA PUN CUKUP....
ReplyDeleteYe betul..sms baru berapa sen, kalau orang tua tu pandai wat 8pax/active5 lagi la untung..he he he
ReplyDelete