Monday, May 25, 2009

'Dia' NI ULAMA PAS KENA JAGA BETUL2.....

Pernah dengar pepatah, 'sekali air bah, sekali pantai berubah'?

Pepatah ni pernah dengar tak? "Sekali Sure Heboh berubah, sekali 'dia' buat tak endah".

Atau..."sekali parti berubah, sekali 'dia' gelabah".

Ada jugak yang nakal suruh lawan jadi calon kat Kelantan. Agak-agak 'ulamak-(ular dalam semak di belakang rumah mamak)' ni boleh menang tak? Atau dia akan kata 'dia' tak boleh campur politik. I'm above politics.

Yang hairannya, takkan la duk tengah buat umrah tapi bahasa macam mat rempit.

Mungkin lepas ni DBP boleh masukkan perkataan baru: HALAM - perbuatan yang haram tetapi dihalalkan.

Contoh ayat : Politik wang telah di halamkan oleh parti gerombolan.

Lagi satu : Haru sana sini setelah menghalamkan kerajaan haram.




P/S : Jangan betulkan monitor anda. Gambar dicilok dari sini.

Sunday, May 24, 2009

LUCAH..........

Dalam duk kemaruk baru dilantik jadi menteri sampai dah lupa adab Melayu. 'Mencarut' tak tentu pasal tak kira tempat. Kat pasar pun buat hal. Ameno ni parti lucah ke?

Dulu pun ada juga dengar-dengar cerita orang besar Ameno ni semacam ada kurap kat tangan bila dekat dengan perempuan mula la tangan tu nak menggaru meraba. Menggaru meraba pulak kat tempat sedap!!! Ameno ni parti lucah ke?

Punya la tak senonoh puak Ameno ni. Kat hotel meraba, kat pasar mencarut dan dalam parlimen pun buat kerja tak senonoh. Ameno ni parti lucah ke?

Ada sorang mamat tu dah la kena saman tak bayar-bayar, mencarut pulak depan orang ramai. Satu negeri dengan mamat raba-raba. Ameno ni parti lucah ke?

Patut la pun. Rupa-rupanya ayahanda Ameno ni pun hero jugak. Lucah betul Ameno niiiii....

Friday, May 22, 2009

KAMBING HITAM KATA BOLEH!!!!

Tafsiran kambing hitam mengikut kamus dewan adalah "orang yang dipersalahkan dalam sesuatu kejadian".

Kambing seperti mana rakyat Malaysia sedia maklum adalah salah satu ternakan yang menguntungkan dan kari kambing menjadi makanan kegemaran sesetengah golongan. Tidak kiralah samada orang itu kerjanya tukang sapu, pemandu lori, hakim, wakil rakyat, raja, polis atau sesiapa saja yang mampu menyuap makanan ke dalam mulut. Kari kambing sungguh enak dan keenakannya tidak bergantung kepada warna kambing tidak kira samada kambing itu hitam, coklat, kuning atau bertompok-tompok.

Penternak kambing akan mendapat keuntungan yang sungguh gemilang. Lebih-lebih lagi jika kambing itu dibeli dengan harga yang mahal oleh orang besar seperti Menteri Besar.

Pembeli kambing juga akan mendapat manfaat yang tidak terbilang jika membeli kambing dari penternak kambing yang terkenal. Dalam situasi ini, penternak dan pembeli kambing sama-sama mendapat keuntungan.

Kita juga tidak harus mengenepikan bahawa bukan semua kambing itu bernasib baik. Ada kambing yang menerima nasib malang. Kambing itu tidak dijadikan kari. Dan pemilik kambing itu juga adakalanya tidak mengaku kambing itu adalah miliknya. Dalam keadaan ini, kambing itu 'keseorangan'. Kesian pada kambing itu. Kambing itu menerima nasib malang kerana mengikut suruhan tuannya secara 'mengkambing buta'.

Biasanya dalam kelompok kambing, ada yang degil. Kambing yang bodoh sombong. Kambing yang tidak mengikut peraturan. Kambing ini tidak mempunyai harga diri. Malah kambing ini akan diseranah. Sekali lagi, tuan punya kambing ini juga mendapat manfaat dan kambing ini mendapat cercaan.

Seperti dikatakan awal tadi, kari kambing memang enak. Si penggemarnya tidak ambil pot pasal warna kambing tersebut. Seorang hakim yang memakan kambing yang sedap tidak pernah bertanya apakah warna kambing itu. Seorang raja tidak pernah pun bertanya kepada tukang masak istana apa warna kambing yang dimasak semasa santapan malam. Seorang ketua polis tidak langsung peduli samada kari kambing itu berasal dari kambing yang berwarna hitam atau bertompk-tompok. Seorang setiausaha dewan tidak pernah pun menyiasat samada kambing yang dimakan di kedai mamak di Pangkor berwarna hijau atau biru.

Mereka ini semua penggemar kari kambing. Mereka kurang arif tentang warna kambing. Apa yang dihidangkan kepada mereka semuanya disapu dan sedap.

Tapi betulkah pendapat yang mengatakan bahawa kambing warna hitam dagingnya sedap dibuat kari???

Patutlah mereka ni kerap sangat makan kari kambing!!!

Tuesday, May 12, 2009

ARIF MAIN YO-YO.....

Sempena Hari Ibu. Cerita donggeng rakyat ini berlaku di sebuah kampung pendalaman di Selatan Las Vegas.


Ibu@Bik Mama : Arif Jr.....tengah buat apa kat luar tu?

Arif Jr. : Tengah berlatih main yo-yo ibu....

Ibu@Bik Mama : Ok...berlatih elok-elok. Biar semua penonton terpesona dan yakin bahawa permainan yo-yo Arif Jr. adalah yang terbaik. Esok hari penting. Ramai yang menunggu permainan Arif Jr.


Sehari selepas itu.

Arif Jr. : Ibu..ibu...Arif Jr. dah berjaya ibu. Ramai yang gembira dan yakin dengan permainan yo-yo Arif Jr. tadi. Semua berpendapat bahawa apa yang Arif Jr. buat adalah yang paling adil dalam permainan yo-yo tadi.

Ibu@Bik Mama : Syabass!!!! Arif Jr. berehat dulu. Ibu nak bercakap dengan abang kamu sekejap. Arif Senior.....mari sini. Ada hal penting yang perlu dibereskan.

Arif Senior : Ya ibu...ada apa ibu panggil saya???

Ibu@Bik Mama : Arfi Senior....kamu tahu yang adik kamu telah menunjukkan satu persembahan yang baik dan menyakinkan dalam permainan yo-yo tadi. Ramai yang gembira. Ibu lagi turut gembira. Tapi kamu tahu yang ibu telah mengajar kamu satu teknik sulit permainan yo-yo yang jarang-jarang dilakukan. Kamu masih ingat ajaran ibu itu Arif Senior???

Arif Senior : Ingat ibu. Tapi bila ibu mahu Arif Senior bermain yo-yo dengan teknik sulit itu ibu? Kan tadi adik baharu saja bermain yo-yo. Kegembiraan orang ramai masih belum reda lagi ibu.

Ibu@Bik Mama : Ibu mahu kamu main esok. Boleh?

Arif Senior : Tapi nanti mesti ada yang marah. Kan permainan yo-yo ni mengambil masa sedikit. Adik pun mengambil masa hampir 3 bulan sebelum boleh bermain yo-yo dan menyakinkan orang ramai. Lagi pun teknik sulit yo-yo ni agak berlainan sekali dengan teknik yo-yo yang adik main tadi. Kalau orang ramai marah macam mana??

Ibu@Bik Mama : Ibu tahu...tapi ini semua atas permintaan pakcik kamu. Jangan takut kalau ada orang yang marah. Ibu dah pun berbincang dengan pencacai topi merah angkut najis. Dia akan tolong jika apa-apa berlaku.

Arif Senior : Pakcik yang mana satu yang nak minta tolong ibu???

Ibu@Bik Mama : Pakcik kamu pendatang haram dari Pulau Sicily tu. Pakcik Black Devil. Ibu kena tolong dia, kalau tak ibu pun akan susah nanti.

Arif Senior : Baik lah ibu. Segala perintah ibu akan Arif Senior laksanakan.

Ibu@Bik Mama : Bagus. Bulan depan kamu adik-beradik akan ibu beri tugas baru.

Arif Senior & Arif Jr. : Terima kasih ibu.



MORAL : Syurga dibawah tapak kaki ibu.

Monday, May 11, 2009

PECAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG : BRAVO NIZAR

Manusia ni kadang-kadang bila diuji dengan kesenangan 'haram' yang sekejap (tak sampai 100 hari pun), mula la bersikap angkuh dan besar kepala tak tentu pasal.

Ada pulak yang bersikap tidak adil walaupun jawatan yang dipegang memerlukan seseorang itu wajib bersikap berkecuali, adil dan bertanggungjawab.

Tapi ada mangkuk yang tak faham-faham. Buat kerja tak ikut undang-undang walau jawatan jelas berkaitan undang-undang. Sampai hakim pun complaint.

Nasib badan la. Terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata jawatan binasa.


Lepas ni mari kita tengok siapa pulak yang kena kerana terlajak kata mengkhianati amanah rakyat.

Lif punya hal pun nak kecoh mamat tu. Membodek tahap gaban tak kira tempat.

Sekarang biar dia tahu langit tu tinggi atau rendah.

PERAK : The Malaysian Book of Records

Ada sesiapa tahu macam mana nak daftar sebagai pemegang rekod dunia Malaysia???

Kalau ada sesiapa tahu, sila la beritahu mamat ni yang pegang rekod jawatan MB tak sampai 100 hari.

Ada dapat pingat, piala atau wang tunai tak pada pemegang rekod ni?

MANA MAHU LARI???

Ramai dah tahu keputusannya. Syukurlah masih ada lagi makhluk Allah yang berani menyatakan kebenaran.

Dalam berjuta rakyat Malaysia yang bersyukur kerana doa dan harapan mereka Allah makbulkan, ada juga mereka yang macam nak naik pitam dengan keputusan mahkamah ni!!!!
Sampai nak tengok atap mahkamah pun tak berapa berani.

Dah selama ni dalam masa 3 bulan dah buat macam-macam perangai. Pada hal sebelum tu pijak semut pun tak penyek bila nak jumpa YAB Dato Seri Nizar, Menteri Besar Perak yang sah dari dulu dan kini.

Kepada rakyat Perak yang tengah cari kerja tu, tak lama lagi banyaklah kerja kosong.

Itu pun kalau mereka tu ada maruah la. Kalau mereka buat macam lembu kenyang, tak boleh buat lagu mana dah. Dah memang jenis macam tu. Tunggu langit gugur pun tak letak juga jawatan.

Lepas penat kat Penanti ni, kita pulun pulak kat seluruh Perak.

Jumpa lagi kita yeop....insyaallah.

GELITA 511.......

Cuaca nampak mendung pagi ni. Tapi ramai yang kata langit gelap, hujan lebat dan ribut petir bakal berlaku jam 02:30pm hari ni. Ni bukan nujum cuma persepsi cuaca politik Malaysia. Cukup sedikit yang meneka langit cerah petang nanti. Tak boleh nak salah mereka. Masing-masing ada alasan masing-masing. Biasanya tanda-tanda awal yang muncul tu boleh pakai juga.

Yang berkata langit akan kembali cerah pun ada alasan juga. Bisikan yang mempunyai seribu makna tersirat.

Apa pun alasan yang diberikan, ada satu 'alasan' yang rasanya agak menyengat dan boleh kita sama-sama fikirkan dalam masa yang tinggal sedikit ini. Baca sini.

Bak kata pepatah mat salleh, "action speaks louder thapn words".

Raya lambat lagi. Tapi kalau kacau dodol rasanya dapat 2 kawah besar kot. Yer la, 1 kawah kurang-kurang 3 jam kena kacau. Dah kalau 6 jam sanggup tunggu, dapat la 2 kawah dodol.

Apa ingat nak tunggu 6 jam tu sekejap ke???

Kalau tak kerana 'cintakan dodol yang hitam' tu, tak teringin la nak tunggu 6 jam!!!


Thursday, May 7, 2009

DUN PERAK BUBAR

Kenapa??? Tak percaya????

Baca di sini......

Berdoalah.........

1 Malaysia.....takziah......

Takziah buat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan.

Hari ini adalah hari malang, hari berkabung, hari di mana demokrasi telah dicabul, demokrasi telah di C4 kan dan rakyat kembali menjadi hamba......

Hari ini undang-undang rimba menjadi raja!!!!

TAKZIAH RAKYAT 1 MALAYSIA..........