Sunday, June 20, 2010

Sempena Hari Bapa : Malang Sungguh Anak Wartawan Ni



Aku nak ucapkan takziah la pada anak-anak si wartawan ni yang standardnya lebih teruk dari Pengerusi JKKK. Nasihatkanlah pada ayah korang tu cepat-cepat pegi berubat sebelum pilihanrya umum akan datang, kot-kot Umno/APCO@BN kalah, terus gila babi panjat pagar jiran sebelah.

Pesan juga kat mak korang supaya jaga makan minum dia baik-baik, ada sindrom penyakit kurang kasih sayang tu.

Tuesday, February 9, 2010

The Unelected President

Patut la George Bush ni jahat nak mampus perangai macam Setan. Habis negara Islam diserangnya. Rupanya George Bush ni menang dapat jadi President bukan kerana rakyat suka kat dia tapi kerana Supreme Court yang bagi dia menang.

Issshhhh..... jahat sungguh pemimpin Amerika yang menang ikut pintu Supreme Court ni. Tak caya? Tanya la rakyat Iraq.

Tapi itu kat Amerika, bukan kat Malaysia laaaa....... kat Amerika ada Supreme Court, kat Malaysia Mahkamah Persekutuan. Bunyi pun lain, lagi pun tak baik sangka buruk. Tapi jangan jadi bodoh.


The Unelected President
How George W. Bush Stole the White House from America's Voters


Supreme Court Strips Al Gore of Oscar; Declares George W. Bush Winner


Fresh off his Oscar victory last night for Best Documentary, Al Gore has been stripped of his title by the U.S. Supreme Court. George W. Bush was declared the new winner despite the fact that he had not received a single vote

Thursday, February 4, 2010

CAN I F**K YOU??? : INGAT PESAN IBU.....

Ibu telah tiada. Telah lama pergi mengadap Ilahi. Namun pesan ibu takkan ku lupakan....hingga akhir nyawa.


Pesan ibu.....jangan jadi pelesit. Biar lambat asal selamat.


Pesan Ibu.... kalau naik gaji, buat kerja baik-baik. Nanti orang menyampah dan menyumpah.

PUTRAJAYA: Seramai 98,747 anggota dan pegawai polis bakal menikmati penyelarasan gaji dan kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Khidmat Polis (ITKP) sekurang-kurangnya RM1,500 hingga RM6,000 bergantung kepada pangkat dan perubahan jadual gaji matriks.


Pesan Ibu lagi.... kalau ada orang cuba nak rogol atau mencabul.... kena teriak kuat-kuat minta tolong atau lari atau terajang kat alat sulit perogol tu atau cakar muka dia atau buat la apa saja untuk melepaskan diri. Jangan jadi bodoh banggang pegi mandi bersiap pakai bedak dan minyak wangi pulak.

KUALA LUMPUR: Tindakan bijak dan berani seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun segera mendapatkan pertolongan sejurus melihat ibunya diserang seorang lelaki berjaya menyelamatkan wanita berkenaan daripada kemungkinan menjadi mangsa rogol jirannya sendiri.

Walaupun dia 'takut dan tidak mahu", Mohd Saiful berkata, dia mengikut juga arahan Anwar dan membersihkan diri dalam bilik air serta keluar dengan memakai tuala dan masuk ke dalam bilik tidur.


Pesan ibu.... ingat pepatah orang tua-tua..... buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Nanti seumur hidup orang duk mengata dan caci kat kita.



Dan nasihat Ibu lagi.... ini nasihat yang paling 'vogue' sekali...... jangan nak penaya atau nak letup sesama kita.

Rosmah Nasihat Wanita Jangan Jatuhkan Wanita Lain

MELAKA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menasihatkan kaum wanita dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar tidak menjadikan wanita lain sebagai musuh terutama di tempat kerja.



Ada satu lagi pesanan....tapi dari pak sedara belah atuk aku.... dia pesan kalau nak dapat biasiswa, kena belajar rajin-rajin. Kalau dah bodoh nak mampus, jangan harap dapat biasiswa.

Najib juga berkata, Saiful pernah datang menemuinya di kediamannya sebelum ini untuk memohon biasiswa.

Mohd Saiful memulakan keterangannya dengan menceritakan mengenai latar belakang pendidikannya kepada DPP kanan DPP Mohd Yusof.

Katanya, dia tercicir dari Universiti Tenaga kerana keputusannya yang teruk.



Saturday, January 30, 2010

JENGKA MARI TARAK BUNYI PUNYA MAAA.....


Dulu masa Gula-gula Hacks atak bunyi ini macam..... irrelevant!!! irrelevant!!! tak relevan!!!!
1999 itu undi punya jam mari..... rakyat hukum BN.




Lepas tu atak lagi bunyi ini macam (ini mabuk punya olang-dia sendiri kata la)..... correct!!! correct!!! korek!!!
2008 itu undi punya jam lagi mari.....rakyat hukum BN.





Sikalang ada bunyi baru...baru semalam dia sudah keluar itu bunyi ini macam..... kerajaang perpaduang!!! kerajaang perpaduang!!! kerajaang perpaduang!!!
2012 itu undi punya jam mau mari.....gua rasa tak sedap badan.


Satu sumber memberitahu, 12 pemimpin tertinggi parti itu ditaja penginapan mereka oleh individu yang tidak dikenali, diragui mempunyai kaitan dengan Umno.

Manakala satu sumber yang lain memberitahu Malaysiakini, hanya sembilan bilik pemimpin atasan parti ditaja oleh pihak luar.






Terima kasih Tuan Gula-gula Hacks.

Terima kasih Tuan Correct -korek.

Terima kasih Tuan Musa.

terima kasih Tuan SPR.

Terima kasih Tuan SPRM.

Terima kasih Tuan Ibrahim.

Friday, January 29, 2010

Kembar Tak Seiras : Tuan Ibrahim Tuan Man vs Ahmad Rithaudeen

Apa yang berlaku pada hari ini 29-01-2010

Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali.



Apa yang berlaku pada tahun lepas 18-03-2009


Menurut Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Tan Sri Rithaudeen, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilarang daripada bertanding untuk jawatan timbalan presiden kerana didapati melanggar peraturan kempen.




Persepsi rakyat pada ketika KJ hanya diberi amaran oleh Lembaga Disiplin Umno ialah kerana dia menantu Perdana Menteri. So, dia selamat. Pengerusi Lembaga Disiplin Umno dilihat seolah tidak berani bertindak tegas dan double standard.

Itu dulu, tahun lepas dan berlaku pada parti Umno. Parti yang dikatakan korup.

Hari ini perkara yang hampir sama berlaku dalam PAS. Walaupun pertuduhannya berbeza antara keduanya, namun ramai melihat kesannya hampir sama malah tindakan Hassan Ali dianggap lebih mudarat bagi sesetengah pihak. Persepsi rakyat ialah Hassan Ali terselamat kerana beliau adalah 'orang Presiden'.

Malah ketika Lembaga Disiplin PAS yang sudah beberapa kali menangguhkan keputusannya pun sudah memberi gambaran ada sesuatu yang tidak kena. Ungkapan paling popular ialah Hassan Ali selamat, Khalid kena. Nah....betul kan?

Ini baru berlaku sebentar tadi dan berlaku pada parti PAS. Parti yang berimej Islam.

Oh ya...itu hanya persepsi. Persepsi tiada nilai bagi PAS. Dia tak peduli pun persepsi rakyat. Aku pun bukan setaraf Aziz Bari, lagi la PAS tak layan.

Kalau dulu PAS perli keputusan Lembaga Disiplin Umno double standard. Mungkinkah kali ni rasanya ada orang Umno ucap tahniah kat Hassan Ali kot!!!