Tuesday, September 29, 2009

SELCAT : POLITIK MENGELAT

Alih-alih Khalid Samad pulak yang kena. Agaknya anak Ali yang sorang ni fobia dengan 2 orang bernama Khalid kat Selangor.



Ye lah, nak buat macam mana,Hasan dan Mustafa sama-sama anak Ali mesti la ada perasaan 'perpaduan' bila sedarah-sedaging, senada-seirama, satu arah satu tujuan dan sehati berdansa nak menari dengan Umno kot.



Alasan yang diberikan kerana Khalid Samad membuat kenyataan terbuka yang boleh merosakkan imej parti. Lepas ni mungkin Mahfuz pun kena, dia pun membuat kenyataan terbuka kepada Hasan Ali yang juga membuat kritikan terbuka dalam isu SELCAT.


Hari ni dah masuk 10 Syawal, orang Melayu kata dah masuk 10 hari raya. Ada saper-saper tahu kat mana Ahli Parlimen Marang berada sekarang??? Dia tak habis beraya lagi ke??? Atau dia terlupa yang dia Presiden parti!!!!

Orang tua-tua kata, anak jadi kurang ajar kerana mak-bapak tak ajar. Anak buat salah sampai dah kecoh satu kampung berkelahi tapi dia buat derk jer. Bila jiran nasihat dan tegur, dia kata jangan masuk campur.

Muktamar akan datang, aku harap ada vacancy untuk jawatan Presiden dan jawatan-jawatan yang satu geng dengannya. ....."Apa buat sampah, menyusahkan!!!!".

1 comment: