Seseorang dinilai berdasarkan perangai dan sejarah perangainya. Misalnya, kalau tiba-tiba hari ini saya tampil dengan penuh wara' serta bercakap dengan gaya yang penuh syakhsiyyah dan tarbiyyah, orang tak kata saya dah insaf.
Orang kata bakaq dah gila.
Saya juga boleh berlakon sebagai orang baik. Bercakap seperti wali dan mengatur ayat bagaikan seorang nabi. Boleh berlakon. Tetapi, habis lama pun tahan la tiga hari.
Lepas tu, terpacul balik segala perangai buruk aku.
Hari ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mendakwa, pihaknya tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan berhubung kes terbunuhnya Teoh Beng Hock yang sebelum itu disoalsiasat berjam-jam sehinga ke pagi buta oleh SPRM malah dilaporkan tidur di 'hotel' SPRM (sila rujuk berita The Star hari ini bertajuk "We have nothing to hide, says MACC chief" dan komen-komen di sini).
"Kami akan dedahkan semua. Kami sudah ada fakta-faktanya, kami akan adakan sidang akhbar dan memberikan laporan penuh," dakwa Mamat itu.
Ahmad Said boleh kata apa saja. Tetapi, orang menilai beliau berdasarkan perangainya serta sejarah perangainya.
Berdasarkan perangai dan sejarah perangainya, dengan memilih ayat sehabis lembut yang saya mampu, izinkankan saya katakan, i find it extremely hard to believe Ahmad Said or SPRM.
Saya tidak menghasut orang lain supaya menuduh Ahmad Said dan SPRM kaki tipu, cakap pembohong hidup-hidup. Saya juga tidak kata Ahmad Said dan SPRM compulsive liar tahap gaban. Masalahnya, susah sungguh saya nak mempercayai Mamat itu dan SPRM yang dikepalainya, susah sangat-sangat!
Mamat itu boleh mendedahkan semuanya. Tetapi, saya bimbang ada sifat tertentu yang lebih terdedah dan terserlah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment